NUFFNANG

Friday 29 May 2020

Pemecatan ini adalah salah!', kata Tun Dr Mahathir dan empat yang lain

Pemecatan ini adalah salah!', kata Tun Dr Mahathir dan 

empat yang lain

'Pemecatan ini adalah salah!', kata Tun Dr Mahathir dan empat yang lain
Mereka juga turut menyatakan bahawa terdapat kecelaruan dalam pengurusan parti itu ketika ini. Gambar Fail















KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir berserta empat yang lain yang baharu 
digugurkan daripada parti Bersatu enggan menerima pengguguran mereka yang 
dianggap satu pemecatan yang salah serta bertentangan dengan undang-undang.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan bersama pada lewat Khamis malam, 
Dr. Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amiruddin Hamzah, 
Dr Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, akan menggunakan 
saluran undang-undang untuk mempertahankan hak mereka.

Jelas kenyataan itu juga, mereka tidak bersetuju dengan tindakan bahawa keahlian 
mereka itu dalam PPBM terhenti serta merta apatah lagi tidak memberikan hak 
kepada mereka untuk membela diri.

“Melalui surat bertarikh 28.05.2020, telah dinyatakan bahawa kami berlima 
telah kononnya melanggar peruntukan 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu. 
Dakwaan yang terkandung di dalam surat berkenaan adalah bahawa tindakan 
kami berlima mengambil kedudukan di Parlimen pada 18.05.2020 sebagai
wakil rakyat yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional dan menyebabkan 
kami melanggar perlembagaan parti Bersatu.
"Dilihat pada takrifan di atas, amat dangkal dan tidak munasabah untuk kami 
dikatakan telah keluar parti sedangkan kami hanya melaksanakan apa yang 
dibenarkan oleh undang-undang dan hak kami di bawah  Perlembagaan 
Persekutuan selaku Ahli Parlimen yang sah," jelas kenyataan  tersebut.

Mereka juga turut menyatakan bahawa terdapat kecelaruan dalam pengurusan 
parti itu ketika ini di mana surat pengguguran keahlian itu ditandatangani 
oleh individu yang tidak sepatutnya.

“Ia ditandatangani oleh individu yang tidak diberikuasa di bawah perlembagaan 
parti dan tidak langsung menampakkan Bersatu ditadbir secara profesional. 
Tindakan seorang Setiausaha Kerja yang mengutus surat sebegini kepada yang 
diantaranya adalah para pengasas parti Bersatu sendiri adalah sangat menjelikkan 
serta biadab,” antara kandungan kenyataan yang turut dikongsikan kepada media.

Kelima-lima mereka juga bertekad untuk mengembalikan semula Bersatu ke 
landasan yang betul dan tidak lagi digunakan  sebagai oleh mereka yang tamakkan 
kuasa dan kedudukan .

source : astroawani

No comments: