NUFFNANG

Saturday 5 December 2020

[BONGKAR!!!!...]...Siapa Arkitek Utama Tumbangnya Pakatan Harapan?

Siapa Arkitek Utama Tumbangnya Pakatan Harapan?
1. Apabila BERSATU keluar dari Pakatan Harapan bersama kumpulan Azmin Ali pada 24, PH hilang majoriti dan secara automatik kerajaan PH runtuh. Secara automatik dan tanpa perlu meletakkan jawatan, Tun Mahathir sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri.
2. Majlis Tertinggi BERSATU tidak peduli dengan rayuan malah sebak linang air mata Tun pada mesyuarat terakhir untuk tidak keluar dari PH dan bersekongkol dengan semua perompak dan penjenayah UMNO yang sudahpun berdepan dengan tindakan mahkamah atas segala rasuah dan jenayah melesapkan wang rakyat berbillion ringgit. Malah seorang dari mereka menumbuk meja di hadapan Tun. Kata Tun pada malam tersebut, "Jangan paksa saya membuat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip saya."
3. Tun Mahathir bukan seperti Muhyiddin yang akan menyogok orang dengan rasuah jawatan dan hingga kini, ketakutan apabila disarankan undian di Parlimen untuk mengesahkan kedudukan majoriti beliau. Tun juga tidak seperti Anwar Ibrahim, yang walaupun tiada majoriti, seperti budak yang meneriakkan serigala mendakwa ada majoriti yang kukuh dan menyakinkan untuk membentuk kerajaan. Malah dia sanggup mengadap Agong dan meninggalkan tanpa satu namapun YB yang menyokong beliau menjadi PM. Ini telah memaksa pihak Istana Negara mengeluarkan kenyataan menasihati Anwar untuk mengikut Undang-undang.
4. Kerana tidak mengikut nasihat Tun kesannya :
a. Rasuah jawatan yang nilainya malah mencecah berbilion terpaksa dihidangkan untuk Muhyiddin kekal berkuasa
b. BERSATU dicekik di leher oleh penjenayah-penjenayah UMNO yang berterusan mengugut mahukan kuasa, kedudukan malah untuk lepas dari Undang-undang.
c. Kuasa BERSATU di Johor, Kedah, Melaka, Sabah dan kini, Perak jatuh.
d. Musa Aman lepas dari tindakan Undang-undang dan Kerajaan Sabah jatuh
e. Pandemik di Sabah meledak dengan pilihanraya.
f. Kerajaan Malaysia menjadi kerajaan yang paling tidak stabil di rantau Asia dan dielakkan oleh pelabur-pelabur
5. Portal seperti Malaysiakini berusaha keras menyalahkan Tun Mahathir walaupun hakikatnya, Mahathir berpegang kepada prinsip. Tun dengan mudah boleh terus berkuasa jika mengikut kumpulan Muhyiddin tetapi enggan. Tun memilih jalan sukar dan mencadangkan kerajaan Perpaduan. Jika ini berjaya, Tun akan mendapat mandat sah untuk memimpin kerajaan , Malaysia manjadi stabil dan fokus bagi menguruskan pandemik, memulihkan ekonomi negara dan membawa semua penjenayah UMNO akan berjalan tanpa gangguan. Malah Latheefa Koya akan dapat meneruskan kerjanya tanpa gentar supaya rasuah dapat dihentikan dan imej Malaysia tinggi di mata dunia.
6. Malangnya semuanya gagal kerana tikaman dari dua manusia :
a. Muhyiddin : dia tiba-tiba muncul mencalonkan diri sebagai PM
b. Anwar : dia tiba-tiba muncul mencalonkan diri sebagai PM
7. Semua tahu yang selepas pengundian, Muhyiddin mempunyai majoriti ketika itu. Apabila ini disedari oleh pimpinan PH yang lain, pencalonan Tun M dikemukakan semula tetapi ia sudah terlambat kerana Agong sudah memilih Muhyiddin setelah memberi masa selama 2 minggu. Namun kerajaan Muhyiddin amat rapuh dan hingga kini satu demi satu diasak oleh pembulian UMNO malah terpaksa meminta diisytiharkan darurat oleh Agong.
8. Sebenarnya, faktor utama jatuhnya kerajaan PH adalah atas usaha keras Azmin Ali. Dia adalah arkitek utama. Motivasinya adalah memastikan Anwar tidak menjadi PM kerana cita-cita politiknya akan musnah. Ini sudahpun berlaku apabila video lucah berwarna 'lelaki dengan lelaki' Azmin tersebar luas. Semua tahu, tidak ada tindakan saman malu dikemukakan oleh Azmin kepada yang mengaku akan perbuatan itu. Maka maknanya, ia benar-benar berlaku. JIka tidak hari ini, Azmin sudah diisytihar menang ratusan ribu untuk kes sivil saman malu. Menteri Dalam Negeri pada waktu itu adalah Muhyiddin sendiri dan semua tahu, aksi ini dilindungi dengan kononnnya 'pelaku dalam video tidak dapat disahkan'.
9. Dendam kesumat Azmin terhadap Anwar menyala marak. Maka dia menggunakan nama Tun Mahathir untuk menghimpunkan orang di Hotel Sheraton sedangkan hakikatnya, Tun dengan jelas meminta semua dalam BERSATU untuk tidak memaksa Tun melanggar prinsip. Tun tidak hadir di Sheraton malah membalas semua tindakan ini dengan meletak jawatan sebagai PM malah sebagai Pengerusi BERSATU.
10. Azmin mencaturkan semuanya dan tanpa segan silu, menggunakan nama Tun. Tun telah menafikan sekeras-kerasnya untuk keluar PH dan tindak-tanduk Tun meletakkan jawatan membuktikan kata-kata Tun.
11. Kini diketahui. umum, Muhyiddin dikatakan hanya dapat bekerja 4 jam sehari (berbanding Tun yang bekerja 16 jam sehari) sebagai PM. Hakikatnya Muhyiddin hanya menjadi boneka untuk Azmin. Azmin merencanakan semuanya dan menjadi PM secara de facto.
12. Azmin tidak banyak 'disentuh' oleh Malaysiakini berbanding Tun. Sebenarnya, sebagai arkitek utama, Azmin agak selesa tanpa diserang seteruk Tun walaupun Tun berpegang kepada prinsip dan melalui jalan yang sukar di Parlimen.
13. Muhyiddin hanyalah boneka sementara yang dipergunakan oleh Azmin dan apabila sampai masanya, Muhyiddin juga akan dihumbankan ke longkang. Penjenayah-penjenayah UMNO sudah mula merayakan keseronokan mereka melihat kerajaan-kerajaan negeri kembali ke tangan. Mereka mahu berkuasa semula untuk melepaskan semua pemimpin mereka yang rasuah dari tindakan mahkamah. Azmin adalah rezeki yang tidak disangka-sangka oleh mereka.

Dr Nazmi Airil Osidea 

No comments: