PERINTAH DARURAT (Terjemahan BM)
1. COVID-19 telah diguna sebagai alasan sidang Parlimen ditangguh, dipendekkan dan menghalang perbahasan.
2. Sekarang alasan ini juga diguna untuk isytihar darurat. Namun didapati penguatkuasaan Kerajaan hari ini sudah memadai untuk mengawal pandemik ini.
3. Kita dapati tiada bantahan dari rakyat seperti yang berlaku di US dan Eropah. Rakyat kita keseluruhannya mematuhi arahan sekatan yang dibuat seperti PKP.
4. Apa yang Darurat boleh buat untuk hentikan pandemik lebih dari apa yang kita telah lakukan sekarang. Tiada.
5. Sebaliknya Darurat akan memberi lebih kuasa kepada Perdana Menteri. Apa yang dia lakukan setakat ini tidak menyelesaikan masalah politik, ekonomi dan sosial yang dihadapi negara.
6. Dia punyai saiz Kabinet yang besar yang tidak menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan negara.
7. Kebanyakan perkara dilakukan hanya untuk tujuan politik. Kerajaan ini bukanlah Kerajaan yang dipilih rakyat. Dia mendapat kuasa melalui cara tidak demokratik. Kini yang difikir ialah cara untuk kekal berkuasa.
8. Oleh kerana kemungkinan digulingkan, Perdana Menteri mahu terus berkuasa dengan isytihar Darurat. Ini memberi kelebihan kepada Perdana Menteri kerana parlimen akan lumpuh. Dia akan dakwa ini kehendak Istana.
9. Disebabkan berita khabar angin darurat ini, pasaran saham telah jatuh merudum.
10. Jika Darurat diisytihar pasaran akan lumpuh sepenuhnya. Para pelabur hilang percaya kepada kebolehan Perdana Menteri mengurus ekonomi.
11. Dia telah menghuru-harakan lagi situasi Covid-19 dengan cubaan merampas Kerajaan Negeri Sabah. Pertambahan jumlah kes yang tinggi adalah berpunca dari PRN Sabah.
12. Kerajaan bertukar. Apa kebaikan yang dibawa kepada Sabah?
13. Ada negara yang lebih teruk hadapi Covid-19 tidak isytihar darurat ke seluruh negara sebaliknya beri fokus kepada kawasan yang terjejas sahaja.
14. Itulah cara khusus untuk tangani masalah tempatan. Tidak ada undang-undang dan Parlimen yang digantung akibat dari perisytiharan Darurat di Malaysia.
15. Tidak ada pemberontakan atau keganasan di Malaysia, tiada pelanggaran undang-undang dan perintah yang boleh beri alasan kuat Darurat diisytihar.
16. Sebaliknya ada keperluan untuk buat perubahan kepada Kerajaan yang merampas kuasa dengan cara tidak demokratik.
Diterjmah dari artikel asal : http://chedet.cc/?p=3196
No comments:
Post a Comment