NUFFNANG

Wednesday, 19 December 2018

HARI INI BUMIKU MENANGIS - Dr MAZA

HARI INI BUMIKU MENANGIS


Hari ini airmataku menitis
Bumiku juga turut menangis
Pada peristiwa yang trajis
Pada darah dia yang merenjis

Orang-orang yang bangsat
yang tidak tahu hormat
membunuh insan yang berkhidmat
tanpa alasan melainkan jahat

sebalik mereka ada lidah penghasut
api permusuhan disembur disebut
segala pembohongan diangkut disangkut
kononnya di sini mereka hidup merempat melukut

setelah ditabur baik budi
diberi ruang berkongsi bumi
tidaklah pula tahu hargai
apakah itu jasa dan bakti

kita ingin hidup damai dan aman
sama berkongsi pemberian Tuhan
tapi, ada adab ada sempadan
itulah kehidupan seorang insan

namun..
jika cacing naik ke mata
yang dicari hanya sengketa
maka kasarlah yang diminta
bangkit amarah bangkit segala

tiada penawar bagi pengkhianat
bawalah mereka khalayak rakyat
hukum dan undang mesti diangkat
jika pertiwi mahu harmoni selamat
perosak kedamaian mesti ditamat

Dr MAZA

18/12/18

No comments: