Well said Tan Sri Rafidah Aziz...
MEMPERBETULKAN YANG SALAH
Sebelum NASI menjadi BUBUR...
Begitu banyak penulisan, ucapan, dan siaran2 dalam pelbagai media tentang ISU2 yang sangat membimbangkan.
Bimbang kerana,
⁃ Melibatkan soal AMANAH dan TANGGUNGJAWAB
⁃ Perbuatan2 DILUAR DUGAAN
⁃ Menarik PERHATIAN GLOBAL
Malangnya semua ini BUKAN kerana PENCAPAIAN yang bolih dibanggakan.
TETAPI kerana
.... Perkara2 yang MEMALUKAN kita dan
... MEMBURUKKAN PRESTASI DAN IMEJ ,yang membabitkan RASUAH serta pelbagai PENYELEWANGAN DALAM PENTADBIRAN
DUNIA LUAR nampak jelas ,dan tahu ,apa yang telah berlaku DAN MEREKA hairan , mengapa pihak berkuasa kita di Malaysia , tidak bertindak..
Sebenarnya, pihak berkuasa di Malaysia sendiri ‘TAHU DAN NAMPAK’ tetapi mengamalkan SIKAP:
⁃ ‘TIDAK NAMPAK’
⁃ ‘TIDAK DENGAR’
⁃ ‘TIDAK BERCAKAP’
SIKAP saperti ini iaitu . ...
....MENAFIKAN KEBENARAN dan MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH KUYUP...HANYA akan terus MEMBURUKKAN KEADAAN..
DUNIA LUAR MELIHAT KITA dengan begitu HAIRAN.
Mereka bertanya MANA PERGINYA:
⁃ KUASA dan WIBAWA UNDANG2?
⁃ INTEGRITI SERTA SIFAT BERTANGGUNGJAWAB INSTITUISI?
⁃ Tidak kah sepatutnya MEREKA2 INI bertindak MELINDUNGI HAK RAKYAT?
⁃ SEBALIKNYA, mereka ‘TAAT SETIA’ MEMBUTA TULI
⁃ GAGAL MEMBEZAKAN antara KEPENTINGAN INDIVIDU dan NEGARA
⁃ Meng- ‘YA’-kan serta SETUJU semua yang di luahkan olih ‘orang2 atasan’ - sama ada BETUL ATAU SALAH
KITA PERLU INGAT , BAHAWA, NEGARA bertuah ini , JAUH LEBIH PENTING dari APA ,dan SESIAPA ,JUA
MALAYSIA
⁃ LEBIH PENTING DARI INDIVIDU
⁃ LEBIH PENTING DARI PARTI POLITIK
⁃ LEBIH PENTING DARI KEPENTINGAN MANA2 PIHAK
KITA TIDAK PERLU sentimental dan ‘setia’ kapada Parti atau sesiapa INDIVIDU
KITA JANGAN SEKALI KALI merasa ‘Terhutang Budi’ semata2 KERANA DAPAT:
⁃ BRIM
⁃ Kenaikan ELAUN dan GAJI
⁃ di hantar olih YAYASAN 1 MDB MENGERJAKAN UMRAH/HAJI
⁃ di beri HADIAH dan buah tangan..BERBAGAI BENTUK...
......cermin mata
......air botol dan biskut
.......beras dan gula
........ Envelop berisi wang
SEMUA wang yang dibelanjakan olih MANA2 KERAJAAN, DATANGNYA DARI RAKYAT! Iaitu sendiri...
* CUKAI..cukai Pendapatan, Cukai Syarikat, Cukai Tanah
*. GST ( RAKYAT bayar...kemudian Kerajaan bagi derma..dan guna bayar Hutang )
* BAYARAN2 yang dikenakan olih Jabatan2 tertentu
* Dan LAIN2 lagi
JANGAN SEKALI KALI merasa ‘TERHUTANG BUDI’ ,SAMPAI SANGGUP TUTUP MATA dan TELINGA kapada perkara2 yang TIDAK BETUL ,YANG MELANDA NEGARA.
JANGAN SEKALI KALI HALALKAN YANG HARAM dan YANG SALAH.
FIKIRLAH akan KESAN semua ini kapada MASA DEPAN ANAK CUCU kita..
APA akan JADI KEPADA ANAK CUCU .. JIKA DIBIARKAN NEGARA DILANDA MASAALAH2 BESAR yang ada sekarang.
SANGGUP kah kita GADAIKAN MASA DEPAN ANAK CUCU KITA ,
....dan TIDAK PEDULIKAN langsung KEADAAN NEGARA yang MEMBIMBANGKAN
..... hanya kerana diberi KENAIKAN PANGKAT, GAJI dan DIBERI BONUS? Serta di beri hadiah dan gula2
JANGAN SEKALI KALI DIGADAIKAN masa depan NEGARA SEMATA2 DENGAN APA YANG KITA DIBERI SEKARANG...
PEMBERIAN2 ITU HANYA JANGKA PENDEK dan mendatangkan faedah kepada kita secara peribadi.
TETAPI,
KESAN BURUK DARI HUTANG 1MDB, RASUAH , SALAHGUNA KUASA dan SALAH GUNA HARTA NEGARA,
....akan melanda negara BERTAHUN2 LAMANYA.
Sampai ke generasi selepas kita...
GENERASI KITA akan luput..
TETAPI...
INGAT LAH, ANAK-CUCU KITA YANG AKAN TERUS MENANGGUNG BEBANNYA...
Rafidah Aziz Malaysian Citizen
24.03.2018
No comments:
Post a Comment