NUFFNANG

Wednesday, 28 March 2018

KENYATAAN TERBUKA BUAT KETUA PENERANGAN UMNO - Tan Sri Rais Yatim

KENYATAAN TERBUKA BUAT KETUA PENERANGAN UMNO


KETUA PENERANGAN UMNO Tan Sri Annuar Musa boleh tahan menyebat saya dan Tan Sri Rafidah Aziz kelmarin. Beliau gambarkan seolah-olah kami sudah hilang kelayakan bersuara. Macamlah 2 orang yang berusia 74 dan 75 tahun ini tak layak lagi memberi pandangan atau bercanggah pendapat dengan  arus utama UMNO dan Kerajaan.

Apakah hanya orang yang lebih muda saja yang dibenarkan menegur sistem politik dan pentadbiran NEGARA KITA?  Cuba tengok, dengan pergolakan kini berapa orang warga UMNO yang tampil bersuara menegur? Jika boleh dikira jari sebelah tangan bermakna hak bersuara ahli sudah terbenam.

Hak bersuara dan menegur ada pada semua orang. Per. 10 Perlembagaan Persekutuan menjaminnya. Apa gunanya UMNO yang berslogan bersatu bersetia berkhidmat?  Apa erti mendalam Fasal 3 Perlembagaan UMNO? Jangan-jangan Tan Sri Annuar sudah lupa?

Memang senang tuduh kami sudah “lost touch” dengan keadaan akar umbi. Yang dimaksudkan dengan “lost touch” itu agaknya ialah “kaki dah tak cecah bumi”. Ku semangat ! Sebenarnya para pemimpin kita lah yang “kaki dah tak cecah bumi”. Sombong, gah tinggi dan tak suka ditegur; disanggah sikit melenting.

Agaknya Tan Sri Annuar lupa – saya memang terdaftar semenjak dulu-dulu lagi sebagai orang yang menegur dan tak  kecil hati kalau saya ditegur atau dihempas-pulas. Sebenarnya semua hal yang di bangkitkan itu sudahpun saya sampaikan kepada PM dan TPM melalui saluran hormat, iaitu:

• Kenapa Jho Low harus disiasat demi maruah Negara. Dia tak boleh lebih tinggi drp Malaysia dan UMNO . Perlakuan tutup buku sebelum disiasat tidak sejajar dengan Rukunegara dan semangat Perlembagaan.
• Jawapan kepada semua ungkitan antarabangsa dan domestik tentang 1MDB mesti dihurai dengan jelas.
• Rang Undang-undang Anti Berita Tak Benar boleh jadi senjata makan tuan kemudian kerana dibuat secara tergesa-gesa tanpa penelitian mendalam darihal implikasi konflik hak dan perundangan. Bila sudah tak berkuasa nanti (barang dijauhi Allah), baru tahu langit dan bumi tinggi-rendah!
• Keutamaan Keutuhan Undang-undang  wajib     dipertahankan
• Budaya Tinggi dalam parti dan Kerajaan wajib di beri penegasan utama.
• Perjuangan anti-rasuah mesti atas asas Per. 8 Perlembagaan Persekutuan – patut dan adil kesaksamaannya.

Amalan dan budaya tegur-menegur dalam dan di luar parti wajib. Jika tidak Fasal 3 Perlembagaan UMNO akan jadi surat khbar lama yang mungkin hanya jadi kertas bungkus barangan di kedai runcit.

Sindiran si-anu si-anu dah tua tak payah diulang-ulang. Belum tahu siapa jatuh dulu – entah pucuk entah pelepah daun. Itu kerja Tuhan, bukan kerja Ketua Penerangan UMNO.

Ketua Penerangan UMNO – buatlah kerja penerangan elok-elok, Landaskan pandangan ke ufuk realiti.

Rakyat sedang resah.
Tan Sri Rafidah dan saya tidak bahaya.
Yang bahaya nun di sebelah sana.
Jangan jadikan hak bersuara dalam UMNO sebagai nota kaki sahaja.
Usah lupa kisah Hang Nadim dalam "Singapura Di Langgar Todak".

Salam hormat

TAN SRI DATO’ SERI UTAMA DR. RAIS YATIM
Rakyat Malaysia dan masih ahli UMNO

Tuesday, 27 March 2018

MEMPERBETULKAN YANG SALAH - Tan Sri Rafidah Aziz...

Well said Tan Sri Rafidah Aziz...


MEMPERBETULKAN YANG SALAH

Sebelum NASI menjadi BUBUR...

Begitu banyak penulisan, ucapan, dan siaran2 dalam  pelbagai media tentang ISU2 yang sangat membimbangkan.
Bimbang kerana,
 ⁃ Melibatkan soal AMANAH dan TANGGUNGJAWAB
 ⁃ Perbuatan2 DILUAR DUGAAN
 ⁃ Menarik PERHATIAN GLOBAL

Malangnya semua ini BUKAN kerana PENCAPAIAN yang bolih dibanggakan.

TETAPI kerana
.... Perkara2 yang MEMALUKAN kita dan
...  MEMBURUKKAN PRESTASI DAN IMEJ ,yang membabitkan RASUAH serta pelbagai PENYELEWANGAN DALAM PENTADBIRAN
   
DUNIA LUAR nampak jelas ,dan tahu ,apa yang telah berlaku DAN MEREKA  hairan , mengapa pihak berkuasa kita di Malaysia , tidak bertindak..

Sebenarnya, pihak berkuasa di Malaysia sendiri ‘TAHU DAN NAMPAK’ tetapi mengamalkan SIKAP:
 ⁃ ‘TIDAK NAMPAK’
 ⁃ ‘TIDAK DENGAR’
 ⁃ ‘TIDAK BERCAKAP’

SIKAP saperti ini iaitu . ...
....MENAFIKAN KEBENARAN dan MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH KUYUP...HANYA akan terus MEMBURUKKAN KEADAAN..

DUNIA LUAR MELIHAT KITA dengan begitu HAIRAN.
Mereka bertanya MANA PERGINYA:
 ⁃ KUASA dan WIBAWA UNDANG2?
 ⁃ INTEGRITI SERTA SIFAT BERTANGGUNGJAWAB INSTITUISI?
 ⁃ Tidak kah sepatutnya MEREKA2 INI bertindak MELINDUNGI HAK RAKYAT?
 ⁃ SEBALIKNYA, mereka ‘TAAT  SETIA’ MEMBUTA TULI
 ⁃ GAGAL MEMBEZAKAN antara KEPENTINGAN INDIVIDU dan NEGARA
 ⁃ Meng- ‘YA’-kan serta SETUJU semua yang di luahkan olih ‘orang2  atasan’ - sama ada BETUL ATAU SALAH
 
KITA PERLU INGAT , BAHAWA, NEGARA bertuah ini , JAUH LEBIH PENTING dari APA ,dan SESIAPA ,JUA

MALAYSIA
 ⁃ LEBIH PENTING DARI  INDIVIDU
 ⁃ LEBIH PENTING DARI  PARTI POLITIK
 ⁃ LEBIH PENTING DARI KEPENTINGAN MANA2 PIHAK

KITA TIDAK PERLU sentimental dan ‘setia’ kapada Parti atau sesiapa  INDIVIDU
KITA JANGAN SEKALI KALI merasa ‘Terhutang Budi’ semata2 KERANA DAPAT:
 ⁃ BRIM
 ⁃ Kenaikan ELAUN dan GAJI
 ⁃ di hantar olih YAYASAN 1 MDB MENGERJAKAN UMRAH/HAJI
 ⁃ di beri HADIAH dan buah tangan..BERBAGAI BENTUK...
       ......cermin mata
       ......air botol dan biskut
       .......beras dan gula
      ........ Envelop berisi wang
     
SEMUA wang yang dibelanjakan olih MANA2 KERAJAAN, DATANGNYA DARI RAKYAT!  Iaitu sendiri...
 * CUKAI..cukai Pendapatan, Cukai Syarikat, Cukai Tanah
 *. GST ( RAKYAT bayar...kemudian Kerajaan bagi derma..dan guna bayar Hutang )
  * BAYARAN2 yang dikenakan olih Jabatan2 tertentu
 * Dan LAIN2 lagi

JANGAN SEKALI KALI merasa ‘TERHUTANG BUDI’ ,SAMPAI SANGGUP TUTUP MATA dan TELINGA kapada perkara2 yang TIDAK BETUL ,YANG MELANDA NEGARA.

JANGAN SEKALI KALI HALALKAN YANG HARAM dan YANG SALAH.
FIKIRLAH akan KESAN semua ini kapada MASA DEPAN ANAK CUCU  kita..
APA akan JADI KEPADA ANAK CUCU .. JIKA DIBIARKAN NEGARA DILANDA MASAALAH2 BESAR yang ada sekarang.

SANGGUP kah kita GADAIKAN  MASA DEPAN ANAK CUCU KITA ,
....dan TIDAK PEDULIKAN langsung KEADAAN NEGARA yang MEMBIMBANGKAN
..... hanya kerana diberi KENAIKAN PANGKAT, GAJI dan DIBERI BONUS? Serta di beri hadiah dan gula2

JANGAN SEKALI KALI  DIGADAIKAN masa depan NEGARA SEMATA2 DENGAN APA YANG KITA DIBERI SEKARANG...

PEMBERIAN2 ITU HANYA JANGKA PENDEK dan mendatangkan faedah kepada kita secara peribadi.

TETAPI,
KESAN BURUK DARI HUTANG 1MDB, RASUAH , SALAHGUNA KUASA dan SALAH GUNA HARTA NEGARA,
....akan melanda negara BERTAHUN2 LAMANYA.

Sampai ke generasi selepas kita...
GENERASI KITA akan luput..
TETAPI...

INGAT LAH, ANAK-CUCU KITA YANG AKAN TERUS  MENANGGUNG BEBANNYA...

Rafidah Aziz Malaysian Citizen
24.03.2018

Wednesday, 7 March 2018

Dr. Mahathir dan kebodohan media umno

Dr. Mahathir dan kebodohan media umno


Mengapa serangan media umno terhadap Tun Dr. Mahathir ibarat menikam umno sendiri? Dengarkan rumusan oleh Bekas Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman di atas
Source:  jebatmustdie

Apabila Speaker Bertindak Sebagai Penapis Umno/BN



A Kadir Jasin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

MENGAPAKAH Speaker (Umno) Dewan Rakyat, (Tan Sri) Pandikar Amin Mulia (PAM), begitu takut untuk membenarkan isu mengenai 1MDB, Jho Low dan Pegawai Nombor Satu Malaysia (MO1) dibahaskan dalam dewan yang mulia itu?

Pandikar Amin Mulia: Jangan sampai dimakan sumpah
Kalau dia seorang Speaker yang tidak berat sebelah dan ditambah pula seorang pendekar, seorang yang sentiasa aman lagi mulia mengapakah dia begitu takut, tidak aman dan kurang mulia apabila berdepan dengan isu 1MDB, Jho Low dan MO1?

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Sikap “protective” dia terhadap isu 1MDB, Jho Low dan MO1 menjadikannya pelindung dan pembela skandal 1MDB, Jho Low, MO1 serta pesubahat mereka.

Kerana sikap dialah, rakyat jelata amnya dan pengundi khasnya disekat daripada memanfaatkan dewan yang mulia itu untuk bertanya soalan dan berbahas mengenai isu 1MDB, Jho Low, MO1 dan, yang terbaru, penahanan kepal mewah Jho Low, Equanimity.

Kapal super mewah itu adalah harta haram terbaru yang dirampas oleh Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ). Ia adalah antara harta yang dibeli oleh Jho Low dan anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz, di Amerika dan di banyak negara lagi menggunakan duit selewang 1MDB.

Oleh sebab PAM tidak mempamerkan keberanian seorang pendekar, ketenangan seorang yang amin dan kemuliaan seorang berkedudukan tinggi, maka terpaksalah kita membawa keluar isu 1MDB, Jho Low, MO1 dan rompakan aset negara daripada dewan yang mulai ke mahkamah pendapat umum (the court of public opinion).

Untuk itu, saya perturunkan beberapa soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang ditolak atau disekat oleh PAM.

Misalnya empat daripada lima soalan untuk jawapan lisan yang ditanya oleh AP HP Sepang, Mohamed Hanipa Maidin, ditolak.

Soalan-soalan itu ditujukan kepada Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak dan timbalannya, (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi.

Mohamed Hanipa, antara lain bertanya kepada Mohd Najib dalam kapasitinya sebagai Menteri Kewangan mengapakah dengan tiba-tiba pendirian kerajaan atau 1MDB bertukar dengan persetujuan untuk membayar kepada IPIC sedangkan sebelum penyelesaian prosiding timbangtara di Mahkamah London Timbangtara Antarabangsa itu, Timbalan Menteri Kewangan Kedua pada 1 Ogos 2016 telah dilaporkan berkata yang 1MDB akan melawan dan tidak akan membayar tuntutan IPIC (International Petroleum Investment Company) dan anak syarikatnya, Aabar Investment PJS sebanyak US$6.5 bilion di London itu.

Kapal super mewah Jho Low yang dibeli dengan duit curi 1MDB
Menurut laporan media alternatif, AP PH telah bertanya sekurang-kurangnya sembilan soalan tetapi dihalang atau tidak dilayan oleh PAM.


Parlimen adalah badan pembuat undang-undang tertinggi di negara kita dan tempat di mana segala permasalahan negara dan rakyat jelata sepatutnya dibentang dan dibahaskan.

Tetapi oleh sebab kuasa tertinggi di Parlimen, khususnya di Dewan Rakyat, iaitu PAM memilih untuk menjadi penapis bagi pihak Umno/Barisan Nasional, maka kebebasan dan kesucian dewan yang mulia itu telah tercemar.

Kerana 1MDB, Jho Low dan MO1 punya hal bukan sahaja negara serta rakyat jelata menanggung risiko dan beban hutang puluhan bilion ringgit malah kemuliaan dewan turut ternoda.

Wallahuaklam.