NUFFNANG

Sunday, 30 July 2017

SELEPAS MEMPERDAYA PAS KENAPA TIDAK MENJEMPUT DAP SERTAI BN

SELEPAS MEMPERDAYA PAS KENAPA TIDAK MENJEMPUT DAP SERTAI BN


Atas kesedaran BN memerlukan undi dari penyokong DAP,  zahid mempelawa pengundi cina kembali kepada BN sambil menempelak tsunami pengundi cina PRU12 dan PRU13 memilih DAP atau Pakatan Rakyat sangat tepat pada masanya.

Zahid dan seluruh pemimpin umno sedar MCA hampir pasti tidak akan menang di kawasan majoriti pengundi cina dan termasuk juga majoroti pengundi Melayu.. Jika umno pun sudah tergugat,  tidak mungkin mca dan mic mampu bertahan. 

Apa istimewa agaknya mca dan umno sehingga perlu pengundi cina kembali kepada BN, apakah sokongan pemimpin umno dan mca kepada jho low boleh dijadikan alasan (?)

Apakah beberapa jho low lagi boleh dilahirkan jika pengundi cina kembali kepada BN (?)

Apakah akan ujud Forest City di setiap negeri bagi memeriahkan lagi pertempatan warga China di negara ini.  Apakah akan ujud beberapa lagi Petaling Street mengiringi Forest City (?)
Sebagai ucap terima kasih saranan Zahid,  apakah MCA akan sokong RU355 (?)

Sayangnya saranan Zahid itu dibuat bukan di hadapan pengundi cina,  sebaliknya sekadar di hadapan ahli umno semasa merasmikan Perwakilan Umno Kota Melaka di Bandar Hilir. 



# Kenapa Zahid tidak sarankan RCI untuk 1MDB jika umno mahu tawan undi cina dan melayu,  tawan undi seluruh rakyat



No comments: