NUFFNANG

Tuesday, 6 June 2017

Yuran Shafee: Kerajaan Bohong Kepada Parlimen?

Yuran Shafee: Kerajaan Bohong Kepada Parlimen?



A Kadir Jasin


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

PADA mulanya saya tidak bercadang mengulas dakwaan terbaru yang super sensasi oleh Sarawak Report (SR) bahawa peguam (Tan Sri) Muhammad Shafee Abdullah terima yuran RM9.5 juta kerana menjadi pendakwa raya sementara kes rayuan liwat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]


 
Shafee duidakwa terima RM9.5 juta daripada Najib

SR mendakwa duit yang dipercayai dicuri daripada 1MDB itu dibayar kepada Shafee oleh Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.

Tapi seorang pengulas yang memakai pengenalan “anonymous” telah menghantar komen dalam posting bertajuk “Negara Kafir Lebih Peduli Penipuan 1MDB” dan mengherdik saya agar tidak lagi menulis mengenai 1MDB.

Saya sering kebingungan. Aneh seribu kali aneh. Ramai penyokong Najib, Umno dan kerajaan yang masuk blog ini mengulas menggunakan “anonymous” yang mereka tahu saya tidak akan siar.

Saya hairan mengapa mereka takut guna nama sendiri atau nama samaran. Logiknya, bila sokong Najib, Umno dan kerajaan mereka tidak perlu berasa takut. Yang patut takut adalah pembahas anti-Najib, Umno dan kerajaan.

Mungkin penyokong Najib ini malu dengan tahap perbahasan mereka yang hambar atau mereka tidak ikhlas menyokong Najib.

Boleh jadi sesetengah daripada mereka adalah penulis dedak yang terpaksa menghantar komen setakat memenuhi kuota dedak mereka.

Pada 1 Jun, portal  berita UK itu melaporkan yang Shafee terima dua pembayaran daripada akaun peribadi Najib di AmBank nombor 2112022011906. Satu pada 11 September 2013 sebanyak RM4.3 juta dan satu lagi pada 17 Februari 2014 berjumlah RM5.2 juta.

Parlimen Dibohongi?

Persoalannya sekarang ialah bukan sahaja Shafee dibayar yuran yang begitu besar sebagai pendakwa raya helikopter tetapi kemungkinan kerajaan telah berbohong kepada Parlimen mengenainya.

Pada 11 Mac, 2015, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Datuk) Nancy Shukri memberitahu Parlimen kerajaan hanya membayar RM1,000 kepada Shafee untuk mengetuai kumpulan pendakwaan kes itu.

Nancy Shukri kata kerajaan bayar RM1,000 sahaja
Nancy berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Rakyat Bakri, Er Teck Haw dari DAP.

“Jumlah yang diberikan telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak antara kerajaan dan ketua pendakwa,” katanya.

Apakah Nancy berbohong atau beliau mungkin tidak tahu bahawa ada kira bicara bawah meja yang melibatkan bayaran RM9.5 juta itu?

Berani Shafee Nafi?

Banyak pihak telah mencabar Najib dan Shafee menafikan dakwaan itu dengan mengambil tindakan undang-undang ke atas SR.

Kita boleh membuat kesimpulan Najib tidak akan saman. Ancam nak saman pun mungkin dia tak berani buat pasal ancaman tahun 2015 nak saman Wall Street Journal pun macam masuk angin keluar asap saja. Sampai hari ini pun tidak ada apa-apa.

Tapi adakah peguam sehebat Shafee akan berdiam diri dan membiarkan mahkamah pendapat umum (court of public opinion) membuat pengadilan bahawa laporan SR itu benar?

Maaflah kalau saya terlepas pandang, tetapi saya tidak pula terbaca atau dengar dari mana-mana sumber mengatakan Shafee akan membersihkan namanya di mahkamah undang-undang (court of law).

Saya buat carian Internet dengan menaip “Shafee nafi terima RM9.5 juta daripada Najib” tapi tidak ada hasil mengatakan Shafee telah membuat penafian.

Justeru itu, adalah tidak menghairankan kalau banyak pihak percaya memang benar Najib bayar dia RM9.5 juta sebab itu rekod Najib. Dia suka guna duit. Bagi Najib, duit adalah raja (cash is king).

Yang akan membusukkan lagi nama Shafee ialah bayaran yang didakwa itu adalah daripada sumber 1MDB yang disonglap dan masuk akaun peribadi Najib.

Wallahuaklam.

15 comments:

john doe said...
Salam Dato AKJ

Saya berpendapat sekiranya Shafie benar-benar menerima wang sebanyak itu, ia masih bukan isu disebabkan Shafie hanya mengambil yuran guamannya sahaja.

Yang lebih dikhuatiri ialah memandangkan jumlahnya sangat luar biasa ke manakah wang ini telah pergi dari akaun Shafie pula.

Adakah ia digunakan untuk membeli pihak tertentu agar keputusan memihak kepada pihak yang diwakili Shafie?

Jika ya, maka ia adalah satu kes lain pula.

Ada pula pembayaran wang tersebut daripada akaun peribadi Najib itu memang satu isu.

Dari mana Mappadulung mendapat wang sebanyak itu dan begitu berwewenang membelanjakannya untuk satu kes berkepentingan awam.
Nothing to hide said...
Datuk
'Hebat' ke peguam ini? I don't think so. When u take a case knowing u will definitely win hands down u are not hebat.
Hamka said...
Salam Ramadhan Datuk.
Hari ini Datuk segalanya rakyat dihidangkan dengan pecaturan Jigsaw. Satu persatu bercantum menjadi sebuah cerita lengkap.
Kalau dulu kita keliru dengan cincin berlian puluhan juta di hantar ke Malaysia, tapi bila pecah cerita Sarawak Report, segalanya menjadi cerah.
Begitu juga bila selesai kes DSAI ada orang secara sukarela pusing satu Malaya menceritakan wayang yang ditayangkan dalam mahkamah, kita juga keliru. Tapi kini cerita itu seolah olah memang satu obligation. Kalau upah sudah dibayar, maka tugas harus dilaksanakan Datuk walaupun ianya cerita wayang.
Semoga kita dipelihara Allah, selamat berbuka Datuk.
Bandan mulia said...
Salam Dato...
Selain si shafee ni dapat duit, ada tak kemungkinan hakim yang mengendalikan kes Anwar pun dapat habuan juga. Harap-harap bangkai busuk yang disorok tu dapat dihidu akhirnya.
Zalman A said...

Datuk

This is checkmate for Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil, better known as the international thief MO1.

a) He says the "donation" is from the Arabs to uphold Islam. Why is paying 10 million to a lawyer doing so?

b) But he then says it was not for his benefit. So why is this 10 million coming from his personal account? How did Malaysia benefit?

c) of course, the Arab fairy tale was debunked long ago. The money is from SRC and 1MDB. Any fool knows that. So, will either Shafee or MO1 dare to sue SR in a London court?

The WSJ will be sued by MO1...next Tuesday,


Nick Fury said...
Tuhan sudah 'mati'. Hanya rakyat miskin menyembah Tuhan. Orang berkuasa kleptokrat sembah duit.

Larangan Tuhan jangan buat kerosakan atas dunia. Dilarang membuat zalim termasuk mencuri dan pecah amanah.

Duit dicuri dengan manipulasi. Dosa pahala tidak menjadi ketakutan kerana rasa diri paling superior boleh buat apa sahaja.

Kleptokrat tak takut dan tak heran. Pendedak2 tak peduli menyokong penzalim kerana tiada prinsip hidup yg kuat. Asalkan peluang dapat duit percuma tanpa berpeluh dan bersusah.

Tiada rasa malu, tiada maruah diri kerana duit bukan raja tetapi duit sudah ditukar menjadi 'Tuhan'. Cash is God.

Tapi Tuhan Maha Kaya. Sebesar-besar bintang UY Scuti ciptaannya tidak sedikit pun setanding dgn segala kekayaan & kejahatan manusia.

Kita rakyat biasa buat apa yg termampu melawan kejahatan dahsyat ini. Percayalah orang paling jahat sebenarnya paling bodoh menipu diri sendiri dengan egonya.

Segala perbuatan pasti ada balasan. Seperti Newton's Third Law, semua jirim termasuk manusia takkan terlepas dari balasan perbuatannya.
Aku said...
Kadiag, Salaam.
Betoi hang nulih ni :
" Logiknya, bila sokong ------, Umno dan kerajaan mereka tidak perlu berasa takut. Yang patut takut adalah pembahas anti------, Umno dan kerajaan."
Memang yg anti orang tu memang takut, tapi takut pd Allah taa'la mesti paling ataih, terutama orang2 macam kita ni, yg dah lanjut atau gayut dah ni dan rindu sangat2 pada kaum keluarga, saudara mara, guru2 dan kawan2 yg dah pi dulu, insya'Allah dgn rohmat Dia, dapat jumpa balik.
Aku teringat balik masa pi tunjuk perasaan dekad kedutaan Amerika masa depa nak serang Iraq buat pertama kali (tindakkan yg kerajaan Malaysia sokong). Sorang kawan cerita dia nengok mata2 topi merah dok belatih nak pukui penunjuk perasaan, yagni mara setapak kedepan sambe hayun cota panjang taram kak tengkorak kepala lepaih tu hayun lagi dan taram pulak kak kepala lutut.... hang gambagkan kalu kayu cota panjang tu hinggap kad kepala, bulih retak tengkorak (munkin seakan apa disebut 'blunt force trauma') natijahnya munkin mereng se umog hidup, dan kalu hinggap di kepala lutut, bulih lumpoh kaki. Kalu kena dua2 sekali, kawan aku kata bulih sap sap suey.

Lepaih tu hang nulih :
" Pada 11 Mac, 2015, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Datuk) Nancy Shukri memberitahu Parlimen kerajaan hanya membayar RM1,000 kepada Shafee untuk mengetuai kumpulan pendakwaan kes itu. "
Nak habag mai aku memang bukan penyokong Nancy Shukri, se kenid pon dak... tapi aku rasa dia becakap benag masa dia kata kerajaan hanya bayag 1,000 ringgit kad mamak loyar tu... yg RM9,500,000 tu mai dari akaun bos dia, yagni bukan dari kerajaan.

Macam mana pon, aku terima kasih banyak kad hang pasai bawak maklumat ni pada rakyat ramai. Jasa hang sangat besag. Semoga Allah taa'la gandakan balaihsan baik kad hang pasai kita dibulan posa ni. Aamiiin. Dan Allah taa'la ampunkan dosa aku...aamiiin. Ya Arhama Rohimin, sola'llahu a'la Muhammad wa a'la aali Muhammad.
Aku
sukasamasuka said...
Datuk,

"Yuran Shafee: Kerajaan Bohong Kepada Parlimen?"

Aku tak nampak apa2 kesalahan si Najib suruh si Nancy BOHONG kepada Parlimen pasal yuran si Shafee?

Bukan ini hal kecik ke Datuk?
sukasamasuka said...
Datuk,

"Tapi adakah peguam sehebat Shafee akan berdiam diri dan membiarkan mahkamah pendapat umum (court of public opinion) membuat pengadilan bahawa laporan SR itu benar?"

Shafee bukan orang politik.

Dia bukan curi duit, tapi kena kasi duit...salah ka Datuk?

Dia peduli apa dari mana itu duit, janji kena kasi masuk, dia ambil saja la...mmmm...macam ok saja tu bagi aku.

Itu la MACC pun ada kata, 'We will see' (1).

Selepas nie pula, Dzulkifli Ahmad akan kata..."'Just you wait,' (2)

So, Datuk...either we see or we wait...that is the question.

Ini Malaysia la, Datuk...tanah air ku.





(1) http://www.malaysiakini.com/news/384641

(2) http://www.malaysiakini.com/news/370637
Atuk Iter said...
Macam mana ni Datuk, 6 hari sudah berlalu. Walaupun dikhabarkan di Parlimen bahawa peguam hebat bertaraf 5 bintang ini hanya dibayar 1 ribu untuk khidmat guamannya, sesuatu yang tak masuk dek akal, pendedahan sensasi Clare Rewcastle had opened up a can of worms.
Peguam yang dikenali ramai kerana kepetahannya tiba-tiba kelu lidah tidak terkata. Diam seribu bahasa. PM Najib yang dikaitkan juga diam 2 ribu bahasa. Nancy Shukry diam 3 ribu bahasa. Jabatan Peguam Negara diam 4 ribu bahasa. Salleh Keruak yang aktif menulis blog masih tiada entri baharu. Blogger pro kerajaan seperti mykemut, RinggitBru dan Cucu Tok Klepet diam dan sunyi sepi seolah-olah mengiyakan tuduhan Clare.
Adakah pihak kerajaan hanya membiarkan isu ini tidak terjawab? Sampai bila hendak berdiam diri? Orang tua-tua kata diam tanda setuju. Tak begitu Datuk?
Fendi Ahmad said...
Saya kita Kerajaan berkata benar bayaran sah Shafee ialah RM1000 tunai sahaja. Tetapi "ekstra" itu tidak diketahui Menteri. M0 01 saja taju
Pencari Kebenaran said...
Datuk,

Saya percaya peguam ternama ni jujur. Yuran guaman RM9.5 juta itu tidak diambil-guna oleh peguam terbabit kerana yuran rasminya hanyalah seperti dinyatakan oleh menteri berkaitan. Dan kita tahu yuran rasmi inilah yang masuk ke akaun syarikat guamannya dan secara rasminya diaudit. Apakata peguam ni bersihkan namanya dan mintak LHDN buat auditannya semula untuk sahihkan memang yuran guaman sebenarnya ciput tu saja. Dan cuma kalaulah tetiba terbukti pulak yuran extra tu tidak direkodkan, apakah kesalahan lari cukai atau lebih teruk tindakan di bawah Undang2 AMLA boleh dikenakan...?
sukasamasuka said...
Datuk,

"Apakah Nancy berbohong atau beliau mungkin tidak tahu bahawa ada kira bicara bawah meja yang melibatkan bayaran RM9.5 juta itu?"

Hati Datuk cair tengok si Nancy cantik...anggun dan pakai tudung...lalu tak terlintas dihati yang dia nie kaki bohong.

Cowgirl pun cantik juga...pakai tudung...celek mata...kulit mamak la bukan putih macam si Nancy...tetapi, pembohong besar.

Satu lagi betina tu jangan cakap la.

Siapa berani kata yang cantik dan bertudung bukan kaki bohong?..kita mau dengar.

Nancy tau la Datuk...konfirm, tapi bukan aku yang cakap...kalau mau tau fiil dia, Datuk pengsan.

Nancy yang dibawah meja tu Datuk.
Zalman A said...

Datuk,

The internal squabble among the Opposition is a classic case of counting your chickens before they have hatched.

The Opposition has a less than 5% chance of victory in PRU14.

The main causes are the EC's gerrymandering on behalf of MO1, the corruption of PAS, and the blindness of East Malaysia.

But the lack of unity and cohesion in the Opposition is self-inflicted.

It's strange that we don't see a co-ordinated youth effort by all the parties, seeing as the youth vote is so crucial.

Yes, there should be a PM candidate.

Looks like Tun Dr M is not keen, so perhaps Azmin.

Ahhhh, but then PKR politics starts making drama.

Too much drama.

The voters will go with the Bugis devil they know.

Unless there is a clear manifesto, clear PM in waiting, clear Cabinet in waiting, we cannot blame them.

Just to say "we will figure it out later" is not convincing.

A KADIR JASIN said...
1.Salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada para pembahas dan pengunjung sekalian. Terima kasih kerana terus membaca dan berbahas.

2.Pembahas john doe mengemukakan pertanyaan yang cukup menarik apabila beliau berkata: “Saya berpendapat sekiranya Shafie benar-benar menerima wang sebanyak itu, ia masih bukan isu disebabkan Shafie hanya mengambil yuran guamannya sahaja. Yang lebih dikhuatiri ialah memandangkan jumlahnya sangat luar biasa ke manakah wang ini telah pergi dari akaun Shafie pula. Adakah ia digunakan untuk membeli pihak tertentu agar keputusan memihak kepada pihak yang diwakili Shafie?”

3. Dalam era Najib ini tidak ada apa yang mustahil. Benda yang dulu tidak pernah terfikir oleh kita kini berlaku sebagai kebiasaan – kapal terbang hilang. Kapal terbang ditembak jatuh. Wanita muda ditembak dan diletupkan dengan military grade C4. Banjir besar. Penuntut Universiti Pertahanan Nasional mati didera. Bala, benca dan kecelakaan menjadi perkara harian seolah-olah negara kita Malaysia sedang dilaknati.
نعوذ بالله من ذلك

4. Catatan pembahas Hamka juga menarik. Antara lain, katanya: “Begitu juga bila selesai kes DSAI ada orang secara sukarela pusing satu Malaya menceritakan wayang yang ditayangkan dalam mahkamah, kita juga keliru. Tapi kini cerita itu seolah olah memang satu obligation. Kalau upah sudah dibayar, maka tugas harus dilaksanakan Datuk walaupun ianya cerita wayang.”

5. Nick Fury, menyuntik keyakinan dan harapan apabila beliau berkata: “Kita rakyat biasa buat apa yg termampu melawan kejahatan dahsyat ini. Percayalah orang paling jahat sebenarnya paling bodoh menipu diri sendiri dengan egonya. Segala perbuatan pasti ada balasan. Seperti Newton's Third Law, semua jirim termasuk manusia takkan terlepas dari balasan perbuatannya.” Saya pun yakin bahawa para penjenayah dan penyangak politik sudah mula nampak bahawa hari pembalasan sudah dekat. Sebab itulah mereka tidak berkempen dan berhujah lagi. Mereka hanya menyuap dan merasuah rakyat miskin yang mereka sendiri secara sistematik miskinkan.

6. Pembahas Aku, antara lain, berkata: “Macam mana pon, aku terima kasih banyak kad
hang pasai bawak maklumat ni pada rakyat ramai. Jasa hang sangat besag. Semoga Allah taa'la gandakan balaihsan baik kad hang pasai kita dibulan posa ni. Aamiiin. Dan Allah taa'la ampunkan dosa aku...aamiiin. Ya Arhama Rohimin, sola'llahu a'la Muhammad wa a'la aali Muhammad.” Terima kasih. Doa saudara bukan untuk saya sahaja tetapi buat kita semua.

7. Saya rasa ramai akan setuju dengan cadangan Pencari Kebenaran apabila beliau berkata: “Apakata peguam ni bersihkan namanya dan mintak LHDN buat auditannya semula untuk sahihkan memang yuran guaman sebenarnya ciput tu saja. Dan cuma kalaulah tetiba terbukti pulak yuran extra tu tidak direkodkan, apakah kesalahan lari cukai atau lebih teruk tindakan di bawah Undang2 AMLA boleh dikenakan...?”

8. Pembahas sukasamasuka buat saya tersenyum sendiri dan terfikir apabila beliau berkata: “Hati Datuk cair tengok si Nancy cantik...anggun dan pakai tudung...lalu tak terlintas dihati yang dia nie kaki bohong. Cowgirl pun cantik juga...pakai tudung...celek mata...kulit mamak la bukan putih macam si Nancy...tetapi, pembohong besar.” Saya sikit pun tak kenal “si Nancy cantik” itu. Tak pernah jumpa pun. Tapi saya setujalah kalau orang kata, dalam zaman Najib ini perempuan sangat berkuasa dan menggoda.

Wallahuaklam.

No comments: