Lainlah kalau diorang keluar dan masuk BN. Bertambah jugaklah jumlah kerusi di DUN dan Parlimen.
Bagi aku kehilangan tiga daripada enam kerusi DAP dalam DUN Melaka dan satu kerusi Parlimen tidak memberi kesan apa-apa terhadap sokongan orang Cina untuk parti itu. Apatah lagi penggal perkhidmatan mereka pun hampir berakhir.
Pengundi Cina bukan macam orang Melayu. Mereka tidak peduli soal dalaman parti. Apa nak jadi dengan DAP mereka langsung tak ambil kisah. Yang penting apa yang kaum Cina mahu dapat diperjuang oleh parti maka mereka akan beri sokongan.
Kalau tengok sejarah pilihan raya mana ada DAP dapat menang besar sebelum 2008 lepas? Ini semua kerana kaum Cina menilai MCA dan Gerakan yang ada dalam kerajaan BN 'gagal' memenuhi kemahuan mereka. Ambil contoh pengiktirafan sijil UEC.
Dah berpuluh tahun mereka tuntut tetapi MCA mahupun Gerakan gagal 'memujuk' kerajaan diketuai UMNO untuk mengiktirafnya. Sudah tentu kaum Cina berharap jika DAP berjaya merampas Putrajaya dengan bantuan orang Melayu - PKR, PPBM, Pan dan (sangat diharapkan) Pas selain Melayu DAP sendiri.
Jadi sekarang mereka mengharapkan kepada DAP. Apatah lagi sekarang ini mereka sudah dapat melihat 'keupayaan' DAP dalam memperjuangkan kepentingan mereka termasuk isu penolakan RUU355. Orang Cina takut Malaysia jadi macam Afghanistan.
Dan DAP sendiri tidak risau dengan kemelut partinya di Melaka sebab Lim Kit Siang tahu kekuatan DAP bukan terletak pada keempat-empat pemimpin tersebut, tetapi janji untuk menjaga dan memastikan kepentingan kaum Cina tidak tergugat. Itu lebih penting.
Bila sebut hal ni teringat aku dengan lagu cerita Ali Baba Bujang Lapok yang Marjinah tengah bawak apek tukang jahit..
"Ana talak helan, anak talak takut
tapi ana yalan banyak sangkut sangkut..."
Cuma yang aku helan ni pasai apa orang UMNO pulak yang terloncat-loncat keseronokan dengan keluarnya beberapa wakil rakyat DAP daripada parti itu.
Semua pakat nak bagi komen kat surat khabar dari Ahli Majlis Tertinggi sampailah ke Exco Pemuda. Haiya... Lu olang UMNO apa sibuk-sibuk pasai parti orang lain. Lebih baik lu jaga lu punya parti, lu punya kawasan dan lu punya bos maa...
Kalau betul depa semua cabut sebab Lim Kit Siang dah bersekongkol dengan Mahathir, baguslah. Tak usahlah komen banyak-banyak. Diam-diam sudah dan buat kerja masing-masing terutama dan tarik keyakinan rakyat kepada kerajaan.
Bila orang tanya pasal parti sendiri tak pulak berani nak komen. Haishhh... perangai orang UMNO.
No comments:
Post a Comment