NUFFNANG

Thursday 2 July 2015

[berita gempaq! pemuda melayu beri sokongan terbuka kepada lks!] BEBERAPA PEMUDA MELAYU TAHAN LIM KIT SIANG DAP

[berita gempaq! pemuda melayu beri sokongan terbuka kepada lks!] BEBERAPA PEMUDA MELAYU TAHAN LIM KIT SIANG DAP

Kita lihat betapa terdesaknya parti DAP, isu yang tidak signifikan dijadikan tanda aras dan bahan berita pro-pembangkang dan DAP.

Ketua Parlimen DAP itu berkata, beliau terkejut apabila beberapa pemuda Melayu menahannya di Lapangan Terbang Subang awal hari ini menyuarakan sokongan mereka. seterusnya
'Beberapa pemuda Melayu' dijadikan berita kononnya DAP sudah mendapat sokongan daripada Melayu dan umat Islam. Rasanya Lim Kit Siang DAP perlu bangun dari mimpi beliau.

Dan kita juga dapat lihat skrip portal pro-pembangkang The Malaysian Insider yang melabelkan kritikan terhadap Lim Kit Siang dan DAP sebagai 'kempen untuk memburuk-burukkan beliau dan DAP sebagai anti - Melayu dan anti-Islam'

Entah bila masanya wujud 'kempen' seperti yang dilabelkan oleh portal pro-pembangkang itu. Padahal, kritikan terhadap DAP adalah disebabkan oleh kepimpinan parti itu sendiri. 

Kepimpinan DAP yang sangat kurang ajar dan mulut celupar apabila menghina dan menjatuhkan maruah Abdul Hadi Awang dan PAS. DAP yang menolak Hudud dengan pelbagai tohmahan dan kritikan. Sudah tentu pihak yang dihina akan melompat marah. Siapa yang mulakan? Parti DAP. 

Siapa yang memulakan polemik kalimah Allah dan bertegas bahawa penganut agama lain boleh menggunakan kalimah Allah di Pulau Pinang?

Padahal, di Pulau Pinang, kalimah Allah telah diwartakan di antara perkataan yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.
Perkara ini sangat jelas tetapi DAP masih tidak mahu ikut prosedur yang telah diwartakan. Umat Islam marah dengan kebiadapan DAP itu dan siapa yang mulakan? Parti DAP.
 

Dan sehingga ke hari ini, kepimpinan DAP masih gagal menerangkan dasar-dasar parti DAP yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Di antaranya ialah :
Penghapusan pembahagian antara 'bumiputera' dan 'bukan bumiputera' 
Penggantian sistem kuota etnik dengan dasar 'merit dan keperluan'.
Begitu juga dengan dasar 'pengembalian pilihanraya majlis tempatan'. Dasar ini  bercanggah dengan Perlembagaan Negara. 

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Prai 2012) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 2012 enakmen diluluskan Dewan Undangan Negeri pada 2012 adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan undang-undang diluluskan Parlimen. 

Sehingga ke saat ini, tiada sebarang tanda yang menunjukkan parti DAP mahu memperbetulkan kesongsangan dasar parti mereka.

Dan bagaimana pula dengan struktur kepimpinan DAP yang rasis dan chauvinis?

Anda lihat dan nilai sendiri senario sebenar ahli-ahli politik dalam DAP dan statistik mengkiut kaum :





Sumber : Khabar Berita 
Statistik kaum di atas sangat jelas betapa berat sebelahnya parti DAP ini. Dan perkara ini masih mahu dinafikan oleh kepimpinan DAP. Masih ada lagi orang yang termakan dengan sandiwara DAP dan mereka ini yang dijaja ke seluruh negara untuk menunjukkan kononnya parti itu bukan rasis.

Dalam masa yang sama, sikap DAP yang tidak memberi respons terhadap sindiran tajam Presiden PAS, tentu akan menimbulkan tanda tanya. Abdul Hadi melabelkan pihak yang mengkritik dasar Hudud PAS sebagai anjing dan serigala.

Apa tidaknya. Sebelum ini, terutamanya sebelum dan semasa Muktamar PAS, DAP begitu responsif dan akan melenting kepada apa sahaja yang diperkatakan oleh Abdul Hadi Awang. 

Kenapa DAP zip mulut kali ini? Anda baca sebabnya : KLIK SINI
Source : dr mim

No comments: