NUFFNANG

Thursday, 30 May 2013

Video Klip 7;23 Minit Ini Terbaaeek... Menang Undi Popular TAK BOLEH Tubuh Kerajaan Malaysia

SUMPAH Demi Allah..! Video Klip 7;23 Minit Ini Terbaaeek... Menang Undi Popular TAK Boleh Tubuh Kerajaan Malaysia

Kita ambil kaedah paling mudah....

Sebagai contoh perbandingan, dalam pertandingan badminton, pada set pertama Lee Chong Wei menang tewaskan Lin Dan dengan kiraan mata 21 - 18. Tetapi dalam set kedua pula, Lin Dan berjaya menewaskan Chong Wei dengan kiraan mata 21 - 11. Perlawanan masuk ke set penentuan yang disebut 'rubber set'.

Dalam perlawanan set penentuan ini akhirnya Chong Wei dapat kemenangan tipis sepertimana set pertama tadi dengan kiraan mata 21 - 18.

Mengikut peraturan perlawanan, pemenang mutlak yang sah adalah Lee Chong Wei. Kalau dihitung jumlah pungutan mata Chong Wei hanya dapat 53 mata sahaja berbanding Lin Dan yang berjaya mengumpulkan 57 mata.

Begitulah juga dengan kisahnya Undi Popular yang berjaya dimenangi oleh calon calon juak Pembangkang pada PRU 13.

Saksikan video klip penjelasan yang sangat baik dari Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR

  

No comments: