NUFFNANG

Thursday, 30 May 2013

...Tiga Penasihat PM Yang Perlu Dipecat!...Hmmmm...siapa mereka yaa?

Tiga Penasihat PM Yang Perlu Dipecat

tun-daim11Tun Daim Zainuddin bukan jenis orang yang bercakap banyak. Beliau tidak juga tidak bercakap kosong atau bercakap mengarut. Namun begitu apabila sekali-sekala beliau bercakap apa yang diungkapkannya benar-benar bernas.  Tun Daim adalah orang yang awal yang meramalkan kekalahan BN di beberapa negeri sebelum pilihan raya umum ke 12 pada tahun 2008.
Menjelang pilihan raya umum ke 13, Tun Daim menjadi buruan media masa untuk mendapatkan pandangan beliau. Tun Daim hanya berkata BN akan kekal memerintah negara dan yakin BN akan tawan semula Kedah.
aelis nor 2
Alies Anor
Apabila keluar keputusan PRU 13 sekali lagi apa yang diuangkapkan oleh Tun Daim menjadi kenyataan. Selesai pilihan raya sekali lagi Tun Daim diburu media bagi mendapatkan penjelasan beliau berhubung keputusan pilihan raya umum ke 13. Antara ulasan Tun Daim yang menjadi perhatian apabila beliau meminta Perdana Menteri memecat penasihat-penasihatnya yang memberi maklumat atau pandangan yang salah kepada PM selama ini. Mungkin ada pihak yang panas dengan kata-kata Tun Daim menggunakan cybertrooper untuk menyerang peribadi Tun Daim. Satu tindakan yang menjengkelkan. Mereka hanya mahu mendengar yang indah-indah mengenai mereka, tetapi mencerca apabila dikritik. Itulah amalan yang mereka guna pakai selama ini terhadap Perdana Menteri. Mereka hanya melaporkan yang baik-baik sahaja kepada Perdana Menteri.
Sebelum ini pun telah ada pihak yang membangkitkan tentang kegagalan war room BN yang dikuasai oleh penasihat-penasihat Perdana Menteri berhubung kegagalan BN mendapat kemenangan yang memuaskan.
Hasil siasatan sel13.com tiga orang penasihat utama Perdana Menteri yang gagal menjalankan tugas mereka dengan baik. Bukan setakat gagal menjalankan tugas, malah mereka mahu semua pandangan atau arahan mereka didengari oleh semua pihak termasuklah dalam soal pemilihan calon. Mereka adalah:-
Datuk Seri Osman Razak, bekas ketua pegawai penyelidik di JPM, 
Datuk Aleis Anor dan 
Omar Ong.
omar-sitting
Omar Ong
Setelah gagal menjalankan tugas mereka dengan baik untuk memberikan kemenangan bergaya kepada BN , selepas pilihan raya pun mereka masih lagi campur tangan untuk menentukan barisan kabinet. 
Sehingga saat akhir difahamkan ketiga-tiga penasihat punah ranah itu masih mahukan Perdana Menteri mengekalkan Hishamuddin Tun Husein sebagai menteri dalam negeri. 
Perdana Menteri bertindak menukar Hishamuddin setelah mendapatkan pandangan akar umbi termasuklah dari pemimpin-pemimpin Umno peringkat bahagian. 
Jika mengikut nasihat mereka untuk mengekalkan Hishamuddin di KDN , kedudukan Najib sendiri pun pasti akan tergugat hari ini kerana rata-rata akar umbi menolak beliau sebagai menteri berkenaan. 
Mereka penasihat punah ranah tidak turun ke akar umbi dan bercampur dengan rakyat bawahan. 
Mereka semua golongan elit. 
Berbeza dengan pemimpin peringkat bahagian yang bercampur dengan semua peringkat orang. 
Pemimpin bahagian lebih tahu kehendak akar umbi.
Penasihat-penasihat punah ranah itulah yang membawa kempen menjulang Najib ala-ala pilihan raya presiden Amerika. Sedangkan terang-terangan sistem pilihan raya Amerika dengan Malaysia berbeza. 
Betullah apa yang dikatakan oleh Tun Daim bahawa BN tidak perlu terikut-ikut rentak Anwar.
Selain daripada tiga orang di atas Perdana Menteri dan BN turut menjadi rosak kerana penasihat media seperti Farid Ridzuan TV3. Tindakan mempromosi Perdana Menteri dan BN secara keterlaluan di televisyen bukannya tindakan yang membantu, sebaliknya ia tindakan untuk membunuh. 
Rata-rata rakyat bercakap tentang tiga suku masa untuk siaran berita TV3 semasa kempen pilihan raya digunakan untuk PM dan BN. Ianya menimbulkan rasa loya orang ramai.
Untuk hadapi pilihan raya umum ke 14 maka adalah wajar Perdana Menteri menggugurkan tiga orang di atas dan bersama dengan Farid Ridzuan
Mereka telah ternyata gagal dan jangan lagi cuba mengharapkan mereka akan berubah. 
Jika tidak nahas sedang menunggu di pilihan raya umum ke 14.

source : Sel13.com

No comments: