Panaasss Pagi Isnin..! Telor Menteri Amaran KDN Sebenarnya Tersorok Dalam Hand Bag Siapa...??
BAGAN DATOH, 11 Sept — Menteri Dalam Negeri @ Menteri AMARAN, Hishammuddin Hussein hari ini menolak dakwaan PAS kononnya Barisan Nasional (BN) sengaja memperbesar-besarkan isu Bukit Kepong untuk menutup “segala penipuan pilihan raya yang telah dirancang.”
Dakwaan itu dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan dilaporkan dalam sebuah portal berita semalam.
Menurut Hadi tindakan BN itu bertujuan memastikan kemenangannya dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
"Adalah tidak adil menuduh dan mempersalahkan BN kerana ia (kontroversi Bukit Kepong) ditimbulkan oleh pemimpin Pas sendiri," kata Hishammuddin dipetik Bernama Online.
Mat Sabu 121 mencetuskan kontroversi itu bila beliau menyifatkan Mat Indera dan anggota komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai wira negara.
Berhubung tindakan yang boleh diambil terhadap Mat Sabu, Hishamuddin berkata Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak sesuai dikenakan kepada ahli politik selagi ia tidak mengancam keselamatan negara.
"Bila politik digunakan untuk memecah-belahkan perpaduan dan keselamatan negara, mereka merupakan pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Peliklah..!! Tak sudah sudah pelbagai alasan bengong yang diberikan oleh Hishamuddin persis seorang Menteri KDN yang tidak ada telor….
Sekiranya Hishamuddin buta dan sukar untuk memahami maksud sebenar “mengancam keselamatan negara”, sila rujuk disini.
Sam Ketot AMK Offer Dirinya Ditahan ISA..., Tetapi Menteri KDN Sibuk Makan Kuih Raya...!!
Generasi muda di negara ini harus membahas, mengkaji dan menulis semula teks sejarah negara ini, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Katanya, kemerdekaan bukan sekadar laungan dan kibaran bendera sedangkan sejarah sebenar dikaburkan pemerintah dan harus kembali dibuka dan dibahas agar yang hak diletakkan ditempat yang betul.
“Selepas 54 tahun kemerdekaan, generasi muda harus berani menyingkap sejarah. Mengibar bendera dan melaung merdeka bukan penyelesaian mutlak.
“Sejarah yang dikaburkan pemerintah harus dibuka kembali dan dibahas agar yang hak diletak di tempat yang betul,” katanya pada kenyataannya, hari ini.
Katanya, polemik mengenai sisi sejarah yang berbeza daripada teks sekolah harus dibahas di kalangan rakyat, khususnya generasi muda berbilang kaum.
Justeru, beliau berkata, makna kemerdekaan dan pemahaman sejarah dapat memperbetul ‘ketaatan membuta tuli’ yang membelenggu mentaliti politik sempit tajaan Umno Barisan Nasional (BN).
“Adalah malang apabila Umno BN lebih sanggup melihat rakyat buta sejarah berbanding memaknai kemerdekaan dengan penghayatan sejarah yang mendalam.
“Inilah akibatnya apabila nasionalisme ditakrif sebagai ‘Barisan Nasionalisme’, bukan sayangkan negara mendahului hal lain,” katanya.

No comments:
Post a Comment