Petua Zahid Md Arip untuk tahu bila Anwar tipu
Kehebatan Brader Anwar Bin Ibrahim berceramah sambil temberang dan putar belit memang hebat.
Dia berdaya mengubah fikiran orang. Beri Brader 10,000, beri Brader 1 orang ... semua boleh dipujuk rayu dan yakinkan. Selepas itu, kenalah penyakit hilang akal.
Mereka yang sudah terkena penyakit hilang akal dari cakap Brader memang kasihan keadaan mereka. Pertimbangan sudah hilang dan rasional tidak ada langsung. Fakta sudah tidak langsung mahu diambilkira.
Pelbagai teori konspirasi dipercaya bulat-bulat tanpa berfikir panjang. Teori konspirasi asal usul masaalah dalam diri seseorang yang sudah ada simtom prejudis atau sudah tabiat suka buat kesimpulan mudah tentang sesuatu perkara.
Demikianlah teruknya keadaan penyakit hilang akal ini.
Yang menyedihkan mereka yang sudah terkena penyakit hilang akal bila ditunjukkan bukti mereka sudah salah, mereka tidak percaya.
Sebagaimana bukti dan gambar ditunjukkan Rosmah berada di satu Majlis bersama anak yatim pada malam yang dikatakan dia membunuh Altantunya. Mereka yang dijangkiti mati-matian tidak mahu percaya.
Perkara sama akan berlaku apabila orang ramai tahu bahawa laporan Pusrawi berkenaan Saiful itu laporan palsu dan rekaan. Bayangkan kalau laporan Hospital Kuala Lumpur mendapati ada kesan penetrasi.
Sekarang ini, Brader ke sana ke mari pakai spek hitam dan bila berucap buka spek hitam. Adakah cuba mendapatkan keyakinan dengan rupa yang menghampiri mata lebam atau tunjuk dia tua penat?
Tak tahu efek apa yang dimahukan. Memang ada yang cuba dilakukan.
Apa pun sekali, ana terjumpa video yang ada petua-petua untuk membantu mereka yang belum dijangkiti penyakit hilang akal yang disebarkan Brader.
Zahid Md Arip ni pernah dijangkiti penyakit hilang akal. Bertahun-tahun lamanya nak sembuhkan dia yang pernah menjadi Naib Ketua Pemuda AMK yang diketuai Ezam.
Cuma nak peringat sedikit sebelum nak tekan mulakan video. Zahid ini kiranya orang Melaka. Anak saudara Tamrin Ghaffar ...
Petua berkenaan bermula dari 1:30.
No comments:
Post a Comment