NUFFNANG

Wednesday 12 November 2008

CAMPURTANGAN POLITIK (PL) DALAM KES LIWAT ANWAR IBRAHIM

CAMPURTANGAN POLITIK (PL) DALAM KES LIWAT ANWAR IBRAHIM

Sunday, November 2, 2008

Apakah benar tiada campurtangan politik dalam perbicaraan tuduhan liwat kali kedua terhadap Ketua Parti Pembangkang Anwar Ibrahim?.

Sebelum kes ini didengar, Perdana Menteri Abdullah Badawi telahpun memutuskan bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan juga Peguam Negara Tan Sri Gani Patail tidak akan terlibat dalam siasatan dan juga pendakwaan kes itu.

Oleh kerana kempen politik telah pun dijalankan sebelumnya oleh Anwar Ibrahim menuduh kedua orang pegawai tinggi dalam perundangan negara itu menyalahgunakan kuasa terhadapnya dalam kes 10 tahun lalu, maka Perdana Menteri dianggap oleh orang ramai sebagai tunduk kepada tekanan dan "penghakiman" Anwar.

Sekalipun besar kemungkinan keputusan Perdana Menteri itu atas nasihat Peguam Negara sendiri tetapi implikasinya meletakan Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai sudah bersalah dan dakwaan Anwar benar.

Orangramai diatas pagar melihat keputusan PM itu berbau politik berkaitan dengan dasarnya untuk menunjukan ketelusan,kebebasan dan keterbukaan. Dalam kata kata lain Abdullah mahu mencari populariti politik.

Kenyataan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden di Mahkamah Syesyen Jumaat lalu untuk menentukan saamada kes Anwar akan dipindahkan ke Mahakamah Tinggi atau tidak adalah menepati perasaan orang ramai.

Datuk Yusof berkata " Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa untuk mengatakan Peguam Negara tidak berhak terlibat dengan perbicaraan liwat Anwar Ibrahim kerana kuasa Peguam Negara adalah diberikan oleh Parlimen".

Kata Datuk Mohd Yusof lagi, "Sekalipun Perdana Menteri dikatakan mempunyai kuasa tetapi ia mesti berlandaskan undang undang . Tentulah kita menghormati keputusan Perdana Menteri tetapi beliau tidak berada pada kedudukan undang undang."

Peguam Anwar, Sulaiman Abdullah telah mengemukakan kepada mahkamah bahawa Perdana Menteri telah memberikan jaminan Peguam Negara Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang terbabit dengan perbincaraan Anwar 10 tahun lalu tidak akan terlibat dalam perbicaraan Anwar kali ini.

Lebih menepati sentimen orang ramai bila Datuk Mohd Yusoff berkata" Perdana Menteri adalah seorang ahli politik. Jika orang bertanya maka beliau akan menyatakan sesuatu yang merka boleh percaya."

Anda mungkin bertanya kenapa Maharaja mencampuri urusan mahakamah . Jawapannya jika yang dituduh telah mempolitikan isu mahkamah di luar mahkamah dan Perdana Menteri juga telah tunduk kepada tekanan politik atas kepentingan politik maka kenapa Maharaja segala raja tidak boleh bercakap dari segi politik.

Sebenarnya disebalik reformasi demokrasi ialah harubiru,kehilangan kredibiliti institusi kerajaan, kejatuhan maruah kerajaan, kehilangan semangat pegawai pegawai kerajaan dan kehilangan keyakinan rakyat.

Rakyat mahukan semangat mereka dipulihkan segera, bukan menerusi reformasi demokrasi tetapi dengan memperteguhkan semula nilai nilai demokrasi ala jatidiri yang telah terbukti memberikan kemenangan dan kesejahteraan kepada rakyat.

posted by Maharaja @ 5:54 AM

kzso - alahai PL....menang sorak kampung tergadai...

No comments: