Mari Bersumpah!
sumber : tomoi
Pak Osman Limat adalah seorang pelukis yang terkenal di sekitar Kuantan. Dia boleh di lihat melukis sambil mempamerkan lukisan2 nya di tepi Padang Besar Kuantan. Mat Tomoi mengenali Pak Osman sebagai pelukis sejak MT masih di bangku sekolah. Suatu ketika Pak Osman tinggal di sebuah rumah berhadapan dengan Tan Chong Motors Kuantan.
Pak Osman juga seorang ahli UMNO. Sebagai orang yang seni, dia menghalusi apa yang terjadi keatas UMNO hari ini. Dia cukup perihatin. Yang paling membengangkan Pak Osman ialah politik wang dalam UMNO.
Polituk wang dalam UMNO sudah menjadi barah. Semua orang tahu. Tapi nak beri bukti amat susah. Yang terima wang, takkan mahu mengaku dia ambik wang. Yang beri wang, takkan mahu mengaku dia sogok duit. Ertinya, kita tidak ada cara untuk mendapatkan kebenaran. Yang kita dengar dan yang di lapurkan kepada badan disiplin UMNO itu hanyalah kes sakit hati dan kes memang nak kenakan pihak lawan mereka. Niat mereka nak hentam lawan. Bukan niat nak membaikkan UMNO.
Kepada Pak Osman ianya sangat mengjengkilkan. Pengerusi Badan Disiplin UMNO yang memantau politik wang dan hal hal perlanggaran etika pertandingan dalam UMNO, Tengku Ahmad Ritahudeen, macam sudah ‘give up’ mengenai permainan politik wang.
Dari orang kecik sehingga pemimpin besar semua main wang. Tanpa wang, perjalanan politik tersekat. Nak jadi perwakilan, kena bayar. Nak jadi ketua cawangan kena salam kokot. Kena tepuk. Sekurang kurang nya sebelah tangan- yakni RM50.
Nak jadi perwakilan bahagian, kena bayar lagi. Nak di pilih jadi AJK bahagian lagi parah. Apatah lagi nak jadi AJK Bahagian bakal Perdana Menteri. Ada kawan Mat Tomoi yang gagal mendapat tempat mengaku berbelanja berbelas ribu Ringgit tapi hancur lebur!.
Dalam UMNO bahagian Pekan, seramai 90 orang lebih bersaing untuk jadi AJK bahagian. Bayangkan jika 30 % dari mereka iaitu 27 orang berbelanja setiap sorang RM50 ribu. Bererti sebanyak RM1.35 juta berligar dalam ekonomi Pekan untuk 2 bulan. Pendapatan perwakilan UMNO meningkat. Perbelanjaan kedalam ekonomi Pekan, terutama untuk pemilik warung dan resort dan hotel kecil, meningkat dengan mendadak.
Pak Osman limat memang bengang dengan politik wang ini. Dia ada cadangan.
Suatu ketika dahulu, orang UMNO sibuk dengan sumpah bersumpah. Mereka mendesak kalau sesiapa nak buktikan kebenaran, maka orang itu mesti bersumpah. Sumpah pula pakai Quran. Kalau terror mesti sebut Wallahi, Wabillahi dan Watallahi. Ulamak kata cara yang terbaik ialah melakukan mubahalah. Sumpah dalam masjid, pakai Quran.
Orang UMNO bengang kerana si Anwar Ibrahim yang di tuduh meliwat budak saiful tu, enggan bersumpah. Orang UMNO dari dahulu lagi tahu bahawa Raja Kelentong di Malaysia ialah Anwar Ibrahim. Si Anwar Brahim telah bersembunyi di belakang jubah beberapa orang ulamak yang kata tak perlu mubahalah. Jadi, Anwar Ibrahim pilih cara tak perlu mubahalah. Tinggal lah si saiful buat mubahalah sorang diri di masjid wilayah persekutuan.
Hal sumpah bersumpah ini sudah di lupakan oleh orang UMNO. Maka Pak Osman menyarankan, supaya aktiviti sumpah bersumpah ini di hidupkan kembali. Sumpah mesti di jadikan budaya UMNO. Menyumpah juga tradisi budaya orang melayu. Mahsuri bersumpah di langkawi. Makcik yang kempunan telur ikan tembakul pun bersumpah. Sang kelembai kalau sumpah orang, orang akan jadi batu. Kalau Sang Kelembaik sumpah main main, orang iti hilang batu. Zaman dahulu, ada orang sumpah, kalau keturunan si anu si anu, menyeberangi Sungai Cukai di Kemaman, orang yang menyeberang kena bahan dek sang bedal.
Kembalikan tradisi bersumpah, cadang Pak Osman. Osman Limat mencadangkan biar orang UMNO buat akuan bersumpah dengan Nama Tuhan.
Semua perwakilan bahagian bersumpah mereka tidak pernah menjual undi mereka untuk suatu imbuhan. Sumpah dengan Quran dan bersedia menerima hukuman Allah untuk diri mereka dan 3 jenerasi keturunan mereka.
Semua yang bertanding bersumpah tidak membayar wang dan jika tidak bersumpah benar, merelakan diri di laknat Allah berserta 3 jenerasi keturunan mereka.
Semua perwakilan dan mereka yang bertanding dalam pemilihan UMNO di PAU bulan Mac 2009 bersumpah tidak akan menjual dan membeli undi dan jika mereka engkar akan sumpah tersebut, laknat dan bala Tuhan akan mendatangi mereka dan 3 jenerasi keturunan mereka.
Beranikah para perwakilan dan mereka yang bertanding bersumpah dengan cara ini?
kzso - para perwakilan semua...ada beranikah?
No comments:
Post a Comment