NUFFNANG

Friday, 11 February 2011

KISAH BENAR DISEBALIK OPS LALANG YANG MESTI ANDA KETAHUI!

KISAH BENAR DISEBALIK OPS LALANG YANG MESTI ANDA KETAHUI!

Masing-masing pakat mengulas tentang Operasi Lalang pada 1987 yang melibatkan penahanan 40 orang yang kebanyakannya adalah pemimpin UMNO, MCA, PAS dan DAP. Semuanya berpunca daripada buku yang ditulis oleh Tom Plate, 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversation with Mahathir Mohamad' serta penafian bekas Perdana Menteri itu yang dia bertanggungjawab sepenuhnya dalam operasi berkenaan.

Mat Sabu sudah bersuara. Lim Kit Siang juga sudah bersuara. Karpal Singh sahaja yang masih sakit tekak. Begitu juga dengan beberapa orang pemimpin UMNO seperti Fuad Hassan, Ibrahim Ali dan lain-lain... semuanya diam.

Sememangnya sukar untuk puak-puak yang menyokong Pakatan Rakyat untuk menerima hakikat bahawa Mahathir Mohammad tidak terlibat dalam arahan penangkapan pemimpin-pemimpin politik dalam Operasi Lalang. Bebudak yang ubun-ubun lembik dan tidak tahu apa-apa pun, turut menulis di blog masing-masing yang Mahathir terlibat sebab para pemimpin mereka kata macam tu.



Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar telah mengesahkan Mahathir tidak terlibat, sebaliknya polis yang terlibat. Tun Hanif Omar adalah salah seorang daripada saksi yang ditolak oleh Mahathir ketika kali pertama mendedahkan perangai syaitan Anwar Ibrahim iaitu sukakan jubor jantan. KLIK SINI

Pastinya, penjelasan sesiapa pun tidak akan diterima oleh bebudak Pakatan Rakyat yang sudah menanam doktrin di dalam kepala mereka bahawa Mahathir terlibat. Ia sama seperti kisah pengungkitan tentang Tabung Memali.

Mereka tidak menerangkan tentang Tabung Memali dan penyelewengan duit tersebut sehingga mencetuskan kemelut antara balu, anak, waris dan ahli keluarga mangsa peluru polis di Memali, sebaliknya masih sibuk menceritakan bagaimana Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya dibunuh oleh polis atas arahan Mahathir Mohammad.

Walhal semasa kejadian, Mahathir berada di luar negara dan peristiwa tersebut mencetuskan pergeserannya dengan Musa Hitam, timbalannya yang kemudian menyaksikan Timbalannya lucut jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Paduan 2M tidak berterusan kerana Tragedi Memali...

Dan Operasi Lalang kedengaran semula bagi mengingatkan betapa zalimnya Mahathir... bagi mereka yang hidup berakal pada 1987, pastinya tahu bagaimana keadaan yang sangat tegang pada waktu itu. Para pemimpin dan orang Melayu telah pun berkumpul di Stadium TPCA di Kampung Bharu dengan para pemimpin Melayu sudah mula bercakap berapi-api menaikkan kemarahan dan semangat orang Melayu. Begitu juga dengan DAP menerusi lidah Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang cuba menaikkan emosi para penyokong mereka terhadap UMNO dan Raja-Raja Melayu...

Ianya berlaku tidak lama selepas Karpal Singh ditampar di pekarangan Mahkamah Tinggi di Bangunan Sultan Abdul Samad oleh Allahyarham Kiyai Arshad!!!

Tanpa Operasi Lalang, pastinya tragedi 13 Mei berulang semula...

Namun dendam daripada puak-puak yang gagal melunaskan dendam mereka, masih berterusan. Mereka memutarbelitkan fakta sejarah kerana masing-masing tahu, generasi muda tidak berminat dengan sejarah yang dikatakan berbaur perkauman....

Perhatikanlah bagaimana Lim Kit Siang terus-menerus menyerang Sejarah Malaysia yang menurutnya tidak adil, berat sebelah dan terlalu mengagungkan Melayu!!!!


House PK: Selama ini rakyat semua ditipu dan dikencing oleh mereka-mereka ini semua. Mereka selalu mengatakan bahawa Tun M la dalang disebalik Ops Lalalng ni padahal ianya bukan begitu pun! Bangsat sungguh pemimpin Pakatan Harami ni semua kan?

Terima kasih aku ucapkan pada Tun Hanif kerana memberitahu kami perkara yang sebenar! Wahai ahlul Pakatan Harami yang bebal nak mampos, bertaubatlah kamu dan mohon maaf pada Tun M! Tu Tabung Memali tu bila PAS nak bagitau rakyat Malaysia semua bahawa apa yang sebenarnya yang terjadi?

“Anwar Belanja 2 Juta Dolar Di US” – Rahimi Osman / Ummi ada video anwar dan shamsidar

“Anwar Belanja 2 Juta Dolar Di US” – Rahimi Osman

AIDCNews -10/02/11 -”Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai pejabat di Washington DC, AIC (Anwar Ibrahim Colsultating Associate) dengan 5 orang pekerja Turki dan Pakistan. Mereka menerima gaji 5 angka US Dollar setiap bulan dengan perbelanjaan berjumlah 2 juta US Dolar sepanjang dua tahun. Mana Anwar Ibrahim dapat duit sebanyak ini?”, kata Rahimi Osman, bekas Pegawai Khas Ketua Umum PKR.

“Bagaimana Anwar boleh kutip duit dalam ceramah dan mengatakan parti tiada wang sedangkan beliau boleh biaya pejabat itu sehingga berjuta-juta dolar,” soal Rahimi dalam pidato umum di Jalan Kebun, Klang malam semalam.

Jelasnya lagi, sepanjang berkhidmat dengan Ketua Umum PKR itu, sejak dari tahun 2007, beliau dapat membuat rumusan bahawa Anwar merupakan seorang pemimpin hipokrit kerana bersikap dwi-standard apabila berdepan dengan rakan parti sekutu PAS dan DAP.

“Hubungan Anwar dan Azmin juga begitu intim seolah-olah mereka seperti pasangan kekasih dan banyak pandangan Azmin yang digunakan oleh Anwar dalam mentadbir PKR”, katanya.

Mengenai kerajaan 16 September katanya, beliau ditugaskan oleh Anwar untuk mengatur perjumpaan dengan dengan ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak termasuk di Hong Kong dengan menawarkan pelbagai imbuhan kepada ahli Parlimen BN sebagai umpan untuk melompat parti.

“Saya bertanggungjawab memasukkan wang daripada akaun bekas majikannya ke Sabah dan Sarawak dalam usaha melobi ahli Parlimen semasa pilihan raya umum lalu dan ketika peristiwa cubaan rampasan kuasa 16 September”, katanya.

Bekas Pegawai Khas Anwar itu juga mencabar Ketua Umum PKR memberikan penjelasan berkenaan peranannya di dalam organisasi yang didalangi Yahudi seperti International Crisis Group (ICG), Foundation For Future (FFF), Brooking Institut, Konrad Adenaur Foundation (KAF) dan Frederich Nauman Foundation (FNF).

Rahimi yang juga bekas Presiden Kelab Anwar Ibrahim (AIC) juga mengakui bahawa kedua-dua Yayasan Kristian Jerman itu (KAF & FNF) banyak memberi bantuan kepada PKR dan badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD).

Sementara itu dalam program sama, Umi Hafilda Ali turut menempelak Anwar kerana enggan mengambil tindakan terhadap cabarannya dan Nalakarupan berkenaan dengan hubungannya dengan isteri Azmin Ali, Shamsida Taharin.

Ummi Hafilda berkata ‘serangannya’ terhadap Anwar dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak lagi dianggap masalah keluarga tetapi sudah menjadi masalah negara kerana dakwanya mereka bercita-cita tinggi menjadikan negara ini sebagai negara republik.

“Saya rela kehilangan seorang abang daripada mengorbankan 27 juta rakyat Malaysia jika Anwar menjadi pemerintah,” katanya yang berikrar mahu melancarkan ‘peluru berpandu’ bermula tahun ini setelah 13 tahun mendiamkan diri.

Katanya, pendedahan konspirasi Anwar dan Azmin beserta bukti dan dokumen yang diperolehinya itu akan dimuatkan dalam buku yang akan diterbitkannya pada hujung bulan ini.


source : AIDC


Ummi ada video anwar dan shamsidar

warisan naik syok malam tadi bila Ummi Hafilda beritahu dia ada simpan video anwar dan shamsidar. dasyat ummi ni , you dont play-play tau.

tabik kat ummi yang dedahkan detail mengenai hubungan anwar dengan shamsidar, kakak ipar dia.

yang lucunya bila ummi kata dia tak minat dengan jantan yang main depan belakang, wow !

yang lebih lucu pulak bila ummi kata ada isteri yang tak kisah dengan laki yang main depan belakang macam azizah dan shamsidar ! mereka tak kisah pun anwar melenjan jantan, yang kemudian nya melenjan mereka pulak.

sesuatu yang tidak dapat warisan bayangkan adalah kuasa seks super power yang anwar miliki, azizah adalah breakfast dia, shamsidar lunch dia, mat jambu dinner dia dan GRO cina yang nala supply adalah supper dia.

azizah pun macam tak kisah aje anwar ada hubungan dengan shamsidar dan mat2 jambu ni. macam dah biasa je !

ceramah Ummi selama satu jam setengah di jalan kebun malam tadi telah membongkar akhlak sebenar seorang manusia yang namanya anwar ibrahim.

warisan merasakan Pas berada dalam kancah kesesatan yang nyata bila mereka berajakan anwar sebagai ketua mereka.

source : warisan 2057

Thursday, 10 February 2011

HARD TRUTHS By Dr. Mahathir Mohamad

HARD TRUTHS
By Dr. Mahathir Mohamad on February 10, 2011 1:00

1. A new book on Lee Kuan Yew has appeared with the title "Lee Kuan Yew - Hard Truths To Keep Singapore Going." It is a collection of 16 interviews with Lee Kuan Yew by Singapore journalists.

2. What is the hard truth which will keep Singapore going? It is, according to Lee Kuan Yew the vulnerability of Singapore. Without saying so in so many words, Lee Kuan Yew believes that the island's neighbours would war against it if it has no military capacity to defend itself. The United Nations would not help Singapore in the event of such an attack.

3. Even America would not defend Singapore despite the Security Framework Agreement. America went to the aid of Kuwait because of oil, but Singapore's problem is water.

4. Kuan Yew blamed me for stopping sand supply from Malaysia. I was quoted as saying, "Even at their present size they are trouble, you let them grow some more they will be more trouble." Rhetorically he then asked the journalist present, "We've got friendly neighbours? Grow up."

5. I may have said that, though I cannot remember. But is that an indication that we intend to invade Singapore?

6. Singapore had been taking large quantities of sand from the sea-bed east of Johore and also in the Strait of Malacca. As a result the coast has been eroded in places. Taking one billion cubic meters more of sand in these seas would cause serious erosion.

7. In addition the fish-breeding ground will be destroyed and this will affect Malaysian fishermen.

8. As to the trouble caused by Singapore; in the 22 years of my premiership I was not able to resolve any of the problems with Singapore. These are the Central Provident Fund, the railway land, the operation of the Malayan Railway in Singapore and the water price. Additionally the reclamation in the Tebrau Strait was affecting the deep water shipping lane for ships to and from Pasir Gudang Port. The only problem solved was the unilateral decision of Malaysia to give up the naval base in Woodlands after Singapore kept raising the lease payments. Malaysia did not ask for even a single cent as compensation for the facilities it has installed at the base.

9. As for Singapore's military planes flying over Malaysian air space, Malaysia had the right to disallow such flights for many reasons. Singapore would certainly not like to have Malaysian military planes flying over Singapore.

10. When we wanted to build a bridge to replace the congested causeway Singapore was not forthcoming.

11. All this while Malaysia had been supplying raw water at 3 sen per thousand gallons. Even to Melaka, Johore is paid 30 cent per thousand gallons. Negotiations to raised the price of water failed repeatedly. The first agreement will end this year. We will continue to supply raw water at 3 sen per thousand gallons until 2061 under the second agreement.

12. Yes, we buy treated water at a subsidised price of 50 cent per thousand gallons. We are willing to forego the supply and treat our water ourselves.

13. It was Malaysia which suggested that both countries submit claims to Pulau Batu Puteh to the international court. The court decided that the rock belongs to Singapore even though it is nearer Malaysia. But two other rocks further from Malaysia but nearer Singapore were awarded to Malaysia.

14. Malaysia's willingness to go to the International Court is hardly in keeping with a country which harbours the intention to invade Singapore.

15. Kuan Yew cried when Singapore left Malaysia. We thought that it was the separation which had saddened him. But now he tells us that it was because "I left behind tens of thousands of people who had joined our rallies". Kuan Yew might remember that despite the huge crowds attending the PAP rallies, the party won only one seat.

16. The PAP supporters immediately formed the DAP to fight the cause promoted by the PAP after the separation. The DAP is alive and well today in Malaysia. In fact it now rules Penang state.

17. But the rump UMNO left in Singapore could not survive in the hostile atmosphere created by the PAP Government. For that matter no other political party has been allowed to function properly in Singapore.

18. Kuan Yew claims all these opposition people are duds and must not be allowed to rule Singapore or even to be in the opposition. This is a frank admission that he determines who should represent the people of Singapore, not the people themselves as in a democracy. If there is any more proof needed that Singapore is a totalitarian state, this admission by Kuan Yew confirms it.

19. Now Kuan Yew is urging Muslims not to hold to the teachings of Islam too strictly. Most Muslims are in breach in their practice of Islam. But it is not for others to tell the Muslims that they should renege on their practice of Islam to facilitate integration in Singapore. In Malaysia we try to live with our differences. Our integration is not perfect because we are sensitive to the sensitivities of our people. We do not ask people to forsake their religious practices so we can integrate.

20. Malaysia has no intention to attack Singapore even if it is militarily weak. Even in my time there was no such intention. In fact we wanted to continue to supply Singapore with water, but at a fair price. I don't think my successors harbour any intention to do harm to Singapore. These are the hard truths. Competition in trade and shipping does not mean war, or a threat of war.

21. But one thing is certain: if Singapore treats Malaysia and Indonesia as its enemies then you must expect them to prepare for their defence. Even if it may not lead to war there will be tension and there will be an arms race. And much money will be wasted.

22. It would be far better if Mr Lee, the Minister Mentor of Singapore stop thinking about being vulnerable and that its neighbours harbour the intention to invade it. As with Pulau Batu Puteh, Sipadan and Ligitan our preference is for negotiation, arbitration or an international court's decision. '

23. Remember Malaysia gave up Singapore peacefully. We did not try to use force to keep Singapore or to suppress its people.

source : che'det

Thursday, 3 February 2011

Proof positive that PAS has sold out

Proof positive that PAS has sold out


These are words coming from a PAS MP, it is not made up by the newspaper or manipulated by some self-exiled blogger living in the UK. This is real

This is the real deal.

Even as BN takes small steps to infuse Islam into Malaysian life through all sorts of moves, campaigns, organisations such as Tabung Haji, Pusat Islam, systematic Zakat collection and distribution, Poverty eradication, Felda, etc, PAS apparently has given up hope on the Islamic state.

So where should the Malay/Muslim conscience go for a relief?

They used to be able to tick the moon every few elections or so just to convince themselves that they are supporting a party that wants to turn Malaysia into an Islamic state in the model of the Medina Constitution.

They secretly and quietly hoped that PAS would slowly convince Umno to realise the dream of many Muslims in Malaysia of living in a country that runs on the same principle as laid down by Prophet Muhammad S.A.W. but with this open admission, many sighs of disappointment can be heard across the nation.

I have long suspected that PAS has sold out, I even followed the BN propaganda line that PAS has sold out its principles for power but until now all we had was Karpal Singh warning PAS that they have to step over his dead body to get to an Islamic State in Malaysia

Up till now, all we have is Nik Aziz being friendly with Karpal despite his open hatred and opposition of the establishment of an Islamic State in Malaysia

Up till now, all we have is BN spin but this time there is simply no room for error, the proof is as clear as day and as obvious as a needle prick in the eye.

PAS no longer thinks it is possible for it to form an Islamic State under the current arrangement

With DAP leading the mongrel pack, there is no hope in hell that an Islamic State can germinate and take hold because DAP runs a fiercely Christian campaign that revolves around watering down and eventually reducing Islam to an insignificant part of life

Make no mistake about it, DAP is a Christian party that is first and foremost anti-Islam and all the quran spewing that they do is in the mode of the orientalists, to damage Islam

Karpal Singh has never retracted his 'langkah mayat aku dulu' incantation and he has never been asked by Kit Siang, Guan Eng or anyone to retract the threat

PAS on its own accord has retracted their aim for an Islamic State because they realise that the mongrel coalition they are in will never give them enough say to push through an Islamic State agenda.

The only way they can realise the dream of an Islamic State is by forming a strong alliance that gives them two third majority

The only way to form a two third majority of representatives who want to form an Islamic state is by forming a coalition with another Muslim powerhouse.

The truth is PAS is the real backbone of Pakatan Rakyat and Umno is the backbone of Barisan Nasional, the worst thing that can happen to anyone who is against an Islamic state is if these two parties were to become friends.

Anyoen who wants to see Islam weak in Malaysia has no choice but to continually drive a wedge between PAS and Umno.

But.........

source : marahku

Tuesday, 1 February 2011

NIK AZIZ DAN KWAN YEW

NIK AZIZ DAN KWAN YEW

1. Kata Nik Aziz, "Melayu (di Malaysia) tolak Islam lebih teruk daripada Kwan Yew". Ternampak Nik Aziz lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Lee Kwan Yew. Nik Aziz anggap nasionalis Melayu lebih teruk ke-Islaman mereka.

2. Di zaman British ramai pembesar Melayu minum arak dan ada pekerja Melayu yang minum toddy. Masjid pun tidak banyak dan ramai yang tidak sembahyang. Hasil perjuangan nasionalis Melayu negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam. Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi Kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang Kerajaan untuk kegiatan-kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid-masjid, menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam. Teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam?

3. Sebaliknya apakah yang dilakukan oleh PAS dan Nik Aziz? Hasil yang terbesar ialah memecahbelahkan orang Islam di negara ini. Penubuhan PAS itu sendiri berjaya memecahbelahkan orang Melayu Islam setelah mereka bersatu dalam UMNO untuk memperjuangkan nasib bangsa yang beragama Islam.

4. PAS turut memecahbelahkan orang Melayu Islam di Malaysia sekali lagi apabila PAS mengadakan sembahyang Jumaat dua Imam, larangan terhadap perkahwinan orang PAS dengan orang UMNO, larangan ahli PAS menghadiri kenduri orang UMNO dan pengasingan kubur orang PAS dari orang UMNO, seolah-olah di Akhirat juga PAS ingin pecah belah orang Melayu Islam terus berlaku.

5. Apabila PAS bertanding dalam Pilihanraya 1955 dan seterusnya hingga 1986 ia mendakwa bahawa UMNO yang bekerjasama dengan orang bukan Islam, mereka menjadi kafir. Ini juga memecahkan perpaduan orang Islam di Malaysia.

6. Kemudian PAS bergabung tenaga dengan Semangat 46 dan DAP dalam Pilihanraya 1990 dan 1995. Dengan ini Semangat 46, serpihan dari UMNO mendapat nafas dan orang Melayu Islam terbahagi kepada tiga kumpulan.

7. Alhamdulillah Semangat 46 kembali semula kepada UMNO dan perpaduan orang Melayu Islam dalam UMNO dipulih semula. Tetapi apabila Timbalan Presiden UMNO di keluarkan dari parti, Nik Aziz dengan cepat memberi sokongan kuat kepadanya supaya parti serpihan yang ditubuh boleh menarik keluar sebahagian daripada ahli UMNO dan penyokongnya supaya parti orang Melayu Islam yang terbesar ini menjadi lemah.

8. Hasil daripada sokongan Nik Aziz orang Melayu sekali lagi berpecah tiga. Tidak cukup dengan ini Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan. Bahawa dahulu PAS mendakwa kerjasama oleh UMNO dengan orang bukan Islam menjadikan mereka kafir dilupakan sahaja kerana ingin menjadi Pakatan musuh UMNO yang kuat. Dengan cara ini Nik Aziz menentukan kali ini perpecahan orang Melayu Islam kepada tiga pasukan yang lemah menjadi kekal.

9. Inilah sumbangan Nik Aziz kepada Islam di Malaysia ini. Bahawa satu dari ajaran Islam yang penting ialah orang Islam itu bersaudara tidak dihirau oleh Nik Aziz.

10. Sesungguhnya Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis. Beliau rela mempertahankan Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan Lee Kuan Yew supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu.

11. Cadangan Lee Kuan Yew ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik dari segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia. Bayangkan sahaja Islam di bawah pemerintahan Nik Aziz dengan Karpal, Kit Siang, Guan Eng. Jika pendapat rakan bukan Islam Nik Aziz menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan, Nik Aziz mungkin bersetuju kerana Islam nasionalis lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.

source : che'det

Monday, 31 January 2011

VANEKEM MACHA! POODAH ANVAR!

VANEKEM MACHA! POODAH ANVAR!

(Dey Anvar..apa pootar-pooSingh itu novel Interlok; itu Azmin ada panggil saya pariah apa awak ada bikin, ada pekak ke?)

Salam 2 all.

Teman mengucapkan tahniah kepada YB Gobalakrishnan atas tindakan meletakkan semua jawatan dalam parti dan mengisytiharkan diri keluar daripada Parti Kelentong Rakyat sebentar tadi. Perisytiharan yang dibuat oleh YB Gobala di Padang Serai tadi sudah lama teman jangka, malah teman sudah pun membuat kenyataan sebelum ini bahawa beberapa orang wakil rakyat dan kepimpinan kanan PKR akan mengambil tindakan keluar, cuma masa dan cara sahaja yang berbeza.

Teman tidak hairan YB Gobi (panggilan kami kepada Gobalakrishnan) memilih untuk keluar PKR walaupun sebelum ini beliau berusaha keras mempertahankan kedudukan beliau didalam parti. Setiap manusia ada had dan batasan yang boleh diterima, ini adalah nilai sejagat dan kemanusiaan. Masing-masing ada limit, dan bila had itu dicemari, sudah pasti tindakan jelas perlu diambil. Cuma apa batasan dan had itu mengikut nilai masing-masing.

Contohnya YB Dato' Seri Zahrain, walau pun sudah bersama Anwar lebih 30 tahun, tetapi bila melihat Anwar sekadar menjadi pepatung dan barua kepada Kitsiang & DAP, beliau tidak boleh terima. Sehingga Anwar mengkhianati beliau dengan mengheret beliau ke Jawatankuasa Disiplin hanya kerana beliau mengkritik Anak Laki Kitsiang yang dilihat beliau mengkhianati & menzalimi orang Melayu di Pulau Pinang.

Begitu juga YB Wee Choo Keong, yang merasakan beliau dikhianati apabila pembohongan Anwar mengenai 16 Sept terbongkar. Beliau yang berpegang kepada prinsip memperjuangkan kebenaran merasa terhina untuk terus bersekongkol dengan pembohongan. Tidak saperti Karpal PooSingh yang menyedari pembohongan Anwar itu tetapi sekadar menyuruh Anwar bertaubat dan berundur, YB Wee memilih untuk keluar daripada gejala pembohongan ini.

Begitu juga dengan teman sendiri. Walaupun berbelas tahun bersama dengan Anwar, dan membela dia didalam kes pertuduhan salahguna kuasa dan liwat dahulu (dan tidak dibayar satu sen pun oleh Anwar Ibrahim walaupun ada bapak pembohong yang menjaja cerita kami peguam Anwar dahulu dibayar berjuta tiap seorang), namun bila melihat sendiri Anwar sehingga sanggup menjual agama dan nama ALLAH demi kepentingan politik, teman merasakan ianya sudah melampaui batasan nilai agama dan kemanusiaan yang teman boleh terima.

Cuma teman tidak memilih untuk keluar tetapi melawan mereka habis-habisan kerana ingin membuktikan dan mendedahkan kepada umat & rakyat topeng dan pekung mereka. Dan terbukti apa yang teman sebut itu benar bila Anwar dan partinya dengan sengaja memilih panel jawatankuasa kafir (Kristian & Hindu) untuk membicarakan teman dalam isu kalimah ALLAH. Ternyata rencana ALLAH lebih hebat, dan sejak itu pembohongan demi pembohongan Anwar mula terbongkar. Dan seorang demi seorang wakil rakyat, pimpinan kanan parti dan ahli yang mengambil tindakan keluar.

Pada teman, YB Gobi telah memilih untuk berhijrah daripada kebatilan kepada yang haq, daripada pembohongan kepada kebenaran. Anwar & PKR adalah parti yang bergelumang dengan pembohongan, tipudaya, cakap tak serupa bikin dan segala macam kemungkaran; hanya kerana nafsu serakah untuk memahkotakan diri ke persada Putrajaya.

Cuba lihat apa yang mereka putabelitkan di Selangor. Walaupun mereka tahu mereka tiada jumlah majoriti 2/3 undi, walaupun mereka mengaku perlantikan Datuk Ahmad Khsurin sebagai SUK adalah sah dan mengikut undang-undang, namun mereka teruskan juga sandiwara mengadakan sidang derhaka DUN Selangor. Dan benar saperti yang teman sebut, sekarang mereka memutarbelitkan isu ini dengan berkempen kepada rakyat bahawa pilihanraya akan datang mereka perlu diberi majoriti 2/3 untuk membolehkan mereka beranwarlela memerintah negeri dengan mengikut hawa nafsu mereka!!

Begitu juga bagi YB Gobi. Teman bersama dengan YB Gobi ni bersama berjuang bersama Anwar sejak hari pertama Anwar dipecat. Kami diperdaya kononnya Anwar dizalimi. Dan kami termakan dengan kata-kata itu. YB Gobi pada masa itu adalah Setiausaha Kerja Pemuda MIC, satu jawatan yang cukup kanan. Teman sendiri pada masa itu adalah AJK PAS Perhubungan Wilayah Persekutuan, dan YDP PAS Kawasan. Namun sekarang kami menyedari kesilapan besar yang telah kami lakukan iaitu menerima bohong kelentong Anwar tanpa sebarang soal, apatah lagi untuk double check. Langsung kami tak buat. Apa yang Anwar cakap semua kami terima bulat-bulat. Namun kami bersyukur ALLAH memberikan petunjuk untuk kami kembali kepada jalan yang benar.

Contohnya dalam isu Interlok. Mereka punya memekak dan bising konon novelInterlok menghina masyarakat Hindu, kerana penggunaan perkataan 'pariah'! Habis satu negara dikelentong dan di api-apikan kaum India supaya bangkit menentang Kerajaan, walhal sebenarnya ianya bukan isu pun, apatah lagi novel itu sudah berada dipasaran sejak tahun 1970an lagi!. Tetapi isu YB Azmin, Timbalan Presiden PKR memaki YB Gobi dengan panggilan "pariah" langsung tidak disebut! Apatah lagi diambil tindakan. Mereka senyap macam khinzir sakit gigi! Inilah politik pootar-pooSingh dan cakap tak serupa bikin yang makin ALLAH dedahkan untuk umat dan rakyat lihat dan menilai sendiri.

Begitu juga dalam isu Karpal PooSingh. Tidak ada manusia yang mempunyai aqal yang waras dan menasabah boleh menerima hakikat bagaimana manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini boleh menerima dan mengambil Karpal PooSingh, seorang kafir harbi yang terang-terang mengamalkan politik machiavelliyang akan menyebabkan Machiavelli pun mati terkejut. Dia yang mendedahkan kegiatan homoseks & liwat Anwar, dia yang menjadi peguam menasihati mangsa liwat Anwar (pemandunya Azizan Abu Bakar), dia yang memaklumkan kepada kepimpanan PAS tentang kegiatan homoseks & liwat Anwar sehingga mereka melabel Anwar dengan gelaran Al-Juburi; dia yang mendesak Anwar bertaubat dan berundur bila pembohongan 16 Sept terbongkar; dan dia mengutuk perjuangan menubuhkan negara Islam & perlaksanaan undang-undang Islam PAS dengan kenyataan "over my dead body"!!! Jelas tidak akan ada manusia yang berfikiran waras dan menasabah boleh menerima politik pootar-pooSingh saperti ini!

Teman telah menyebut lama dahulu bahawa PKR ini parti yang akan berkubur dan hancur. Cuma teman tidak menjangka ianya berlaku begitu cepat. Jelas daripada perisyhtiharan keluar PKR baru-baru ini membuktikan ianya melangkaui batasan kaum & agama. Tindakan keluar oleh Datuk Zaid Ibrahim, yang dikenali sebagai pembawa aliran Melayu sekular & liberal. Tindakan keluar Datuk Jeffrey Kitingan, yang dikenali sebagai taiko Sabah membawa aliran pemikiran non-Muslim dan perjuangan rakyat Sabah. Tindakan keluar oleh Sdr. Ng Lum Yong, antara pengasas PKR (dengan nombor keahlian 0000012) yang membawa aliran pemikiran Cina dan bukan Melayu. Tindakan keluar YB Gobalakrishnan, yang dilihat pembawa perjuangan mayarakat marhaen India dan penganut Hindu. Tindakan beberapa orang ulama' dan 'ilmuan Islam yang tidak mahu lagi bersekongkol dengan Anwar (termasuk beberapa rakan rapat dan sahabat karib Anwar sendiri).

Ini semua bukti jelas menunjukkan bahawa Anwar & juak-juaknya sedang berhadapan dengan krisis kepimpinan dan keyakinan yang sangat serius. Pada teman, Anwar bukan saha menzalimi dirinya sendiri, tetapi beliau juga menzalimi umat, rakyat dan negara! Beliau bukan sahaja merosakkan diri sendiri, tetapi menjadi makhluk perosak kepada umat, rakyat dan negara! Beliau bukan sahaja menganiaya diri sendiri, tetapi juga menganiaya umat, rakyat dan negara! Beliau perlu dihentikan, beliau perlu dibuang sebelum negara hancur dek kerana nafsu serakah Anwar yang terlalu ghairah mahu menjadi Perdana Menteri! Berkata benar dan yang haq kepada pemimpin yang zalim adalah satu jihad besar!!

Perletakkan jawatan YB Gobi dan perisytiharan keluar beliau adalah satu isyarat jelas bahawa Parti Kelentong Rakyat ini sudah hancur lebur. Teman tahu ada beberapa orang lagi Ahli Parlimen (termasuk ADUN), kepimpinan kanan parti yang akan mengambil langkah yang sama tidak lama lagi. Masing-masing menunggu masa dan ketika yang sesuai untuk bertindak sedemikian.

Kepada Anwar, teman cabar beliau supaya letaklah jawatan, berundurlah daripada politik. Terimalah desakan Karpal PooSingh yang menuntut supaya Anwar bertaubat dan berundur. Dengarlah nasihat Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang melabel Anwar sebagai dinasour politik dan dinasihatkan meletakkan jawatan dan berundurlah. Berilah peluang kepada umat dan rakyat negara ini mengorak langkah kehadapan untuk menghadapi cabaran global yang semakin sengit.

Dalam keadaan Putrajaya menghalau pergi, Sg. Buloh menggamit mari; dalam keadaan Bukit Segambut semakin jauh, Bukit Kiara semakin dekat; dalam keadaan negara semakin makmur subur, PKR semakin berkubur; nasihat teman kepada Anwar bertaubatlah sebelum terlambat. Bermuhasabahlah diri. Kesianlah kepada anak isteri dan cucu yang menanti. Ingatlah kepada keangkuhan Fir'aun dan kesombongan Namrud, akhirnya mereka hancur berkecai dihadapan Robbul Jalil! Pintu taubat masih terbuka, bertaubatlah. Berundurlah daripada menjadi makhluk perosak negara. Hentikanla segala sandiwara dan pembohongan pootar-alam ini!

Teman percaya kalau Anwar bercakap secara baik, tidak berbohong dan pootar-pooSingh, mengaku kesilapan dan meminta ma'af kepada rakyat & umat, dan meminta pengampunan atas segala salah-laku, rakyat dan negara boleh memaafkan Anwar; dan teman percaya umat, rakyat dan negara kita bersedia menghantar Anwar ke Makkah dan membiayai perbelanjaan Anwar disana untuk bermuhasabah dan bertaubat nasuha kepada ALLAH!

Kepada YB Gobi, vanekem kedunia Ahli Parlimen Bebas. Semoga perjuangan saudara untuk mengangkat martabat masyarakat India dan meningkatkan maruah kaum akan berjaya. Nandre & vanekem macha!

Nasihat teman kepada YB Gobi, selepas ini mike akan diserang dan dimaki habis-habisan. Mereka akan tuduh UMNO/ BN sudah beli you & bayar RM2juta; mereka akan kata you dulu jual roti sekarang sudah pakai Mercedesz S-Class No. 111; mereka akan kata you ada girlfriend dan ada skandal perempuan, mereka akan kata you ada girlfriend Melayu; mereka akan kata UMNO/BN sudah bayar you punya banglo besar di Kulim Golf Resort; mereka akan kata YAB PM & Datin Sri Rosmah belanja you pergi India baru-baru ini; mereka akan kata you sudah jadi baruah dan pariah UMNO/ BN, maki-hamun dan macam-macam lagi! Nasihat teman ialah buat pekak ajelah. Kita tahu itu semua pembohongan dan tindakan desperado mereka yang sudah lemas mahu hancur. Teruskanlah perjuangan saudara, dan buktikan kepada rakyat dan kaum India terutamanya bahawa PKR adalah parti kelentong rakyat!!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
24 Safar 1432
29 Januari 2011

*Nota: insyallah teman akan ke Kaherah & Dubai mulai malam ini sehingga Sabtu 05 Februari 2011 untuk beberapa urusan. Insyallah teman akan cuba update maklumat melalui FB dan Twitter.

Friday, 28 January 2011

SEJARAH By Dr. Mahathir Mohamad

SEJARAH

| | Comments (0) | TrackBacks (0)
Bookmark and Share
1. Sejarah menceritakan apa yang telah berlaku dahulu kepada sesuatu negara atau bangsa. Tidak semua yang diceritakan diasaskan kepada fakta yang benar-benar berlaku. Tiap negara dan tiap ahli sejarah mengutamakan kepentingan negara apabila menulis berkenaan sejarah yang dilalui oleh negara masing-masing.

2. Demikian penulis sejarah British apabila menulis berkenaan pertempuran perang di Waterloo mendakwa bahawa pertempuran itu telah selesai dimenangi oleh Duke of Wellington, Jeneral yang mengetuai tentera British sebelum tentera Jerman yang diketuai oleh Blucher sampai ke Waterloo untuk membantu Wellington.

3. Ahli sejarah Jerman pula menulis bahawa Wellington hampir kalah di Waterloo apabila Blucher sampai dan menyelamatkan tentera British dan seterusnya memberi kemenangan kepada tentera gabungan Jerman dan British.

4. Banyaklah rencana dalam buku sejarah yang memberi gambaran yang berlainan dan berbeza berkenaan dengan peristiwa yang sama kerana kepentingan negara masing-masing.

5. Kita jarang membaca dalam buku sejarah Barat bahawa negara Sepanyol ditawan dan dikuasai orang Islam selama 800 tahun, atau kekalahan teruk tentera British di Gallipoli, Turki, di tangan tentera Turki pimpinan Mustafa Kamal.

6. Sekarang kita dengar pendapat bahawa dalam menulis sejarah negara kita sensitiviti semua kaum mesti diambil kira. Soalnya setakat manakah yang sensitiviti boleh menidak kebenaran sejarah? Jika ia keterlaluan maka sejarah yang akan dipelajari oleh penuntut kita akan menjadi cerita dongeng dan bukan sejarah.

7. Umpamanya ada dakwaan berkenaan dengan penduduk asal semenanjung ini yang bercanggah dengan kebenaran. Apakah kerana sensitifnya perkara ini maka kita tidak akan sebut berkenaan penduduk asal negeri-negeri Semenanjung, berkenaan orang asing yang datang menduduki semenanjung ini, yang menjadikan bahasa tempatan sebagai bahasa mereka, menerap sebahagian daripada budaya dan pakaian tempatan sebagai budaya dan pakaian mereka. Sekarang tidak ada lagi orang seperti ini kerana di zaman ini perlakuan seperti ini tidak dapat diterima oleh kaum tertentu.

8. Dan banyaklah lagi kebenaran sejarah yang boleh dianggap sensitif, sensitif kepada Melayu, Cina, Tamil, Iban, Kadazan dan lain-lain suku kaum. Jika semua yang sensitif kepada kaum-kaum di Malaysia ditapis maka tidak ada pelajaran yang akan diperolehi penuntut.

9. Sebaliknya satu daripada hasil dari matapelajaran sejarah ialah kita lebih prihatin dengan tidak melakukan kesalahan-kesalahan dahulu dalam tindak-tanduk rakyat dan pemerintah. Jika dahulu sistem raja berkuasa mutlak kerap membinasakan negara, maka sistem itu diganti dengan sistem pemerintahan oleh rakyat. Tanpa pengalaman dalam sejarah maka pembetulan cara pemerintahan negara tidak akan dapat dibuat.

10. Kata George Santayana, seorang ahli pemikir Amerika, "Mereka yang lupa akan sejarah akan didera dengan mengulangi kesilapan mereka berkali-kali".

11. Kita semua belajar dari pengalaman. Jika zaman ini lebih baik iklimnya daripada dahulu sebabnya ialah kerana kita tidak amalkan kesilapan-kesilapan dahulu. Kita telah belajar dari pengalaman kita dan pengalaman ini adalah sebahagian dari sejarah.

12. Jika kita lupakan atau ketepikan pengalaman dahulu yang kita alami tak dapat tidak pembaikan iklim dalam masyarakat manusia tidak akan menjadi lebih baik.

13. Saya telah baca buku teks sejarah dan saya dapati banyaklah peristiwa yang penting yang berlaku di zaman penjajahan British, Jepun, Siam dan sekali lagi British yang tidak terdapat dalam buku-buku ini.

14. Saya tahu apa yang tertinggal atau apa yang tidak diberi ulasan yang tepat kerana saya melalui zaman-zaman ini. Saya harap penulis yang akan menulis buku teks yang baru, sambil mengambilkira sensitiviti tetapi akan berpegang kepada kebenaran.

15. Oleh kerana semua ini maka janganlah kita terlalu ghairah untuk tidak menyentuh sensitiviti kaum-kaum di negara tercinta ini sehingga hilang segala pelajaran yang boleh diperolehi dari sejarah kita yang benar.

source : che'det

Thursday, 27 January 2011

No Hudud if Pakatan takes over federal government

No Hudud if Pakatan takes over federal government

Hudud not first priority for PAS, says sec-gen

LABIS, Jan 26 — PAS has pledged that it will not implement hudud if Pakatan Rakyat (PR) takes over the federal government although it will not budge from pushing for Islamic policies.
Its secretary-general Datuk Mustafa Ali said this today in Tenang, Johor where MCA has made the Islamic state pursued by PAS a major issue for the January 30 polls.
“Even if PAS had absolute power with two-thirds majority in Parliament, the first thing that PAS will do is not hudud,” he said in a press conference this morning.
Mustafa said that it could not implement hudud immediately upon taking over the federal government as there were preconditions such as economic justice, minimum wage and punishing rulers if poor people had to steal before the laws could be introduced.
He added that hudud was not in the Pakatan Rakyat (PR) Common Policy Framework.
MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek has attacked PAS’s Islamic state policy in the Tenang campaign, where he was reported to have said that voting for Normala was voting for an Islamic state.
The former health minister had said that even though DAP was an ally in PR, it could not stop PAS from continuing its Islamic state policies.
“If PR wins at the federal level, I feel that it is not possible. PAS will be the leader as the party with more resources as compared to DAP and PKR,” Dr Chua said.
Mustafa said that Barisan Nasional (BN) was trying to play up racial sentiments to create animosity between the voters and PR.

tunku : so i guess this should be the official statement to all pas followers that they have been fooled all these while that pas is going to uphold Islamic state and introduce the syariah laws.it's confirmed now that pas is not interested in implementing it just to get some extra votes.pas has sold their struggle to dap for free.

PELIK TAPI BENAARRR!

PELIK TAPI BENAARRR!

by Zulkifli Noordin on Monday, 24 January 2011 at 16:05

(Isterinya sampai bersarung tangan, lakinya bisa menyorong pak..kompius dong!!)

Salam 2 all.

Teman kesal dengan kenyataan Dato' Seri Chua Soi Lek, yang kemudiannya diikuti oleh Dato' Seri Ng Yen Yen yang mempertikaikan tindakan calon PAS di PRK DUN Tenang Normala Sudirman @ Cikgu Mala tidak mahu bersalaman dengan lelaki ajnabi. Adalah sangat malang setelah lebih 50 tahun merdeka masih ada lagi kejahilan di kalangan kepimpinan bukan Islam dalam negara ini mengenai soal yang begitu fundamental dan asas.

Dato' Seri Chua sepatutnya memahami bahawa ada 'amalan dan hukum hakam yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada kepercayaan dan keyakinan seseorang pada agamanya, walaupun mungkin kelihatan pelik bagi orang lain.

Contohnya dalam isu terbaru membabitkan Bhagan Singh a/l Surinderpal Singh yang digunting rambutnya oleh mereka yang tidak diketahui semasa sedang tidur di kem PLKN. Rambut beliau dikatakan sudah mencecah sampai kebawah pinggang. Bagi orang Melayu dan mungkin juga bagi sesetengah kaum lain, ini sesuatu yang pelik bagi seseorang lelaki menyimpan rambutnya sebegitu panjang. Malah menyimpan rambut panjang disamatarafkan dengan gejala negatif saperti mat pit, kaki dadah dan lain-lain. Malah ada media yang mengharamkan artis berambut panjang muncul dikaca televisyen.

Tetapi tiada siapa pun mempertikaikan, apatah lagi memperlekehkan rambut panjang beliau Malahan ramai umat Islam, termasuk teman sendiri yang mengutuk tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab kerana memotong rambut beliau. Bukan kerana teman menyokong menyimpan rambut panjang itu, tetapi kerana itu adalah fahaman agama Sikh, yang dipanggil kesh. Rupanya menggunting rambut adalah diharamkan didalam fahaman agama Sikh, walaupun teman hairan dan keliru apa hukumnya bagi orang Sikh kepada mereka yang mengguntingnya dengan sengaja saperti Karpal Singh. Adakah murtad, atau dosa besar, teman pun tak tahu. Nanti ada kesempatan teman mahu juga minta pandangan hukum itu dari para agamawan Sikh.

Sama saperti perayaan Thaipusam baru-baru ini. Ada kelompok yang akan melihat tindakan mencocok diri sendiri, berjalan atas api, memecah buah kelapa dan lain-lain sebagai satu amalan yang sangat pelik. Malah ianya kelihatan saperti satu pembaziran. Tetapi kerana itu adalah kepercayaan kaum Hindu, kita menghormatinya walaupun tidak bersetuju dengannya.

Begitu jugalah amalan kaum Kristian, mempercayai Santa Claus, meletak pokok Krismas, merayakan Krismas dengan salji (takde salji pun terpaksa buat salji palsu) yang bagi sesetengah kelompok satu amalan pelik, kerana Jesus sendiri pun tak pernah tengok pokok Krismas. Malah Jesus tak pernah jumpa pun, apatah lagi mengenali Santa Claus. Apatah lagi nak tengok Santa Claus terbang sana sini dengan rusa. Lagilah Jesus tak pernah tengok., sebab Jesus pun tak bioleh terbang macam Santa Claus. Tetapi kita umat Islam masih menghormatinya kerana itu kepercayaan umat Kristian masakini, walaupun kita tidak bersetuju apatah lagi meredhoinya.

Itulah pentingnya toleransi dan kefahaman inter-agama. Supaya tidak timbul salah faham. Cuba kita tinjau balik insiden yang sama beberapa minggu lepas bilamana seorang peguam kafir mempertikaikan azan di Masjid Ikhlasiah, Kg. Kerinci, Kuala Lumpur. Rupanya yang dia pertikaikan ialah kuliah dan zikir yang dipasang kuat melalui mikrofon, maka bila bunyi azan dia samakan. Sedangkan dia tidak faham azan itu memang perlu dikumandangkan, tetapi tidak kuliah dan kuliah. Hanya setelah difahamkan baru beliau mengerti, dan dengan segera memohon maaf. Itu toleransi agama namanya!

Tetapi kepada pihak masjid pun hendaklah mengambil kira hukum kuliah dan zikir tidak perlu dipasang ke corong pembesar suara dengan kuat. Cukup sekadar dalaman masjid sahaja buat makmum dan jemaah yang hadir mendengarnya. Tetapi azan memang perlu dikumandangkan. Cuba tanya Dr. Asri Zainal Abidin, yang menegaskan hanya azan perlu dikumandangakan, sebaliknya zikir dan bacaan Al Quran tidak perlu. Kupasan beliau agak detail dalam hal ini (layari lamanweb www.drmaza.com).

Dan kita umat Islam pun perlu tanya diri sendiri mengapa orang macam Dato' Seri Chua Soi Lek masih tidak faham. Seperkara yang kita perlu ingat, kenyataan Dato' Seri Chua adalah kerana kejahilan, tidak saperti Karpal Singh & Kitsiang yang menentang. Itu perbezaan besar. Karpal dan Kitsiang adalah kafir harbi disegi hukum. Yang mencabar Islam dan umat Islam. Sehingga umat Islam mahu melaksanakan Islam dicabar "over my dead body". Kafir harbi saperti ini perlu diperangi, wajib ditentang habis-habisan, bukan disekongkoli dan dikawanrakankan. Tetapi orang macam Dato' Seri Chua, Dr. Ng Yen Yen, kenyataan dan tindakan mereka lebih kepada kerana kejahilan. umngkin elok pendakwah dan ilmuan PAS mendekati mereka dengan cara hikmah. Eh yop, takkan sebab parti lain kita tak mau berdakwah. Itu bukan cara Rasulullah saw tu yop. Dakwah tidak kira siapa, jangan dakwah pun nak kira parti jugak, teruk bebenor dah tu yop!

Dan teman sendiri pun tidak akan salahkan seratus peratus kejahilan orang saperti Dato' Seri Chua dan Ng Yen Yen. Ini kerana dia melihat rakan sekutu PAS juga mengamalkan perkara yang sama. Disatu pihak, mereka melihat isteri manusia yang ditabal sebagai anugerah tuhan beriya-iya menjaga adab bersalam sehingga membuat sarung tangan khas ala Michael Jackson (sarung tangan sebelah dibuat dari sutera lembut yop). Salam tiada masalah bagi beliau, cuma berlapik dengan sarung tangan. Teman pun tak tahu dari segi hukum, yang dilarang itu bersalam ke atau menyentuh kulit tangan? Sebab prinsipnya ialah menjaga adab dan kehormatan wanita Muslimat. Jadi tiada guna kalau bersarung tangan tetapi masih bersalam kesana-kemari. Tetapi itu untuk para ulama' dan fuqaha membincangkannya, teman sendiri pun tak tahu hukumnya.

Tetapi diwaktu yang sama, laki yang beliau sendiri tabal sebagai anugerah tuhan itu bersalam-salam dengan perempuan ajnabi macam tak cukup tanah. Langsung tiada masalah. Siap berjoget lagi, dengan anak tokeh judi Lim Goh Tong pun berdangdut habis (cuba lihat videoklip diatas). Tambah-tambah pulak manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini adalah mursyidul am Pakatan pembangkang. Dan PAS pun duduk didalam kelompok yang sama!!

Jadi sudah tentu ini memberi satu kekeliruan kepada orang kafir saperti Dato' Seri Chua. Isterinya sampai bersarung tangan pak, lakinya sampai berjoget sakan!? Bagaimana itu dong..kompius gue dong!!??

Jadi kita umat Islam punya banyak kerja lagi yang perlu dibuat. Kerja dakwah perlu dipertingkatkan. Kefahaman tentang Islam perlu disebarkan. Jangan batasan parti dan politik menyebabkan kita tidak berdakwah. Dan dok sibuk tuding jari ni kerja orang lain. Ni kerja kita umat Islam, salah satu sifat Nabi saw, tabligh! Janganlah kita dok sibuk berpolitiking sampai akhirnya berputih-mata nanti. Sampai kerja dakwah pun nak berpolitik. Akhirnya yang tum-PAS ialah Islam juga. Teman cukup yakin kalau kena cara penjelasannya, Dato' Seri Chua insyallah akan memahaminya. Dan sebagaimana dalam insiden azan di Masjid Ikhlasiah itu, mau beliau pula yang meminta maaf. Tidak guna kita nak memaki-hamun beliau kalau ada dikalangan kita sendiri pun mengamalkan perkara diluar tabi'e - isterinya bersarung, lakinya menyorong pak!!

Apa pun, teman angkat tabik kepada Cikgu Mala yang bertegas tidak mahu bersalam dengan lelaki. Kenyataan Cikgu Mala, "dengan lelaki Islam pun saya tidak bersalam" adalah satu penegasan yang sangat berprinsip. Teman berharap Cikgu Mala akan terus mempertahankan prinsip itu, "walau karihal kaafiruun, walau karihal musyrikun, walau karihal munaafiquun". Cuma teman risau tengok gambar hari ni Cikgu Mala dah mula meniru jejak langkah isteri manusia yang dilabel anugerah tuhan ini, dah pakai sarung tangan sebelah ala Michael Jackson pulak dah, dah bersalam sakan dah pun. Pada teman, prinsip tetap prinsip, pertahankanlah Cikgu Mala. Jangan bertaklik kepada manusia, tetapi berpeganglah kepada Al Quran dan Sunnah. Dan yakinlah dengan bantuan ALLAH, dan bantulah agama ALLAH dengan mematuhi hukum hakamnya. intansurullah hayannsurkum, wayusab bit a'kdaamaqum - bantulah agama ALLAH, pasti ALLAH akan membantu kamu.

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
19 Safar 1432
24 Januari 2010