NUFFNANG

Friday 18 June 2021

'As soon as possible' beri pelbagai tafsiran - Ku Li

 

'As soon as possible' beri pelbagai tafsiran - Ku Li

Astro Awani
'As soon as possible' beri pelbagai tafsiran - Ku Li
Menurut Tengku Razaleigh, Perdana Menteri tidak boleh menasihati Agong melanggar Perkara 55 Perlembagaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin atau 'as soon as possible' mengundang pelbagai tafsiran.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li, berkata ada pihak yang berpendapat, ungkapan itu dalam bahasa Inggeris membawa erti 'it is like yesterday' atau 'semalam'.
"Banyak pihak memberi pelbagai tafsiran kepada ungkapan ini. Ada yang berkata dalam Bahasa Inggeris, it means “it is like yesterday” atau 'semalam'," katanya dalam satu kenyataan.
Ujarnya menerusi kenyataan sama, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong melanggar Perkara 55 Perlembagaan.
"Perdana Menteri tidak boleh menasihat Yang di-Pertuan Agong melanggar Perkara 55 Perlembagaan sebab Yang di-Pertuan Agong, di bawah Perkara 55 itu, bertanggungjawab memanggil Parlimen dalam masa enam bulan daripada tarikh akhir persidangan Parlimen yang lepas.
"Jika tidak, Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri telah melanggar Perlembagaan dan sumpah jawatan," tambah beliau.
Terdahulu, pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong bertitah agar persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin untuk menangani COVID-19 dan menyelamatkan ekonomi negara.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, perkara itu perlu dilaksanakan bagi membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.
source: astroawani 

No comments: