TUN DR MAHATHIR : PENDAFTARAN PEJUANG (Terjemahan)
http://chedet.cc/?p=3305
1. Seperti parti politik lain, Pejuang telah memohon pendaftaran dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
2. Sehingga kini Pejuang tidak didaftarkan. Kami telah turuti kesemua syarat diperlukan ROS untuk diluluskan. Kami telah pinda perlembagaan, menulis surat kepada ROS dan jumpa Pendaftar.
3. Akhirnya Pendaftar beritahu bahawa permohonan kami telah memenuhi kesemua syarat pendaftaran. Tetapi ia perlu dihantar kepada Menteri Dalam Negeri untuk diluluskan.
4. Undang-undang dan peraturan pendaftaran tidak memerlukan kelulusan dari Menteri. Pendaftar Pertubuhan diberi kuasa untuk melulus atau menolak permohonan. Tetapi apabila Pendaftar memaklumkan bahawa permohonan perlu diluluskan Menteri, kami tidak bantah.
5. Kami tunggu maklumbalas. Tunggu dan tunggu. Tetap masih tidak ada jawapan dari ROS mahupun Menteri.
6. Kemudiannya kami bawa ke mahkamah untuk meminta jawapan dari ROS. Petang itu sebelum mahkamah buat keputusan, ROS beri jawapan bahawa permohonan kami ditolak. Alasannya ialah perlembagaan yang dimuatnaik tidak lengkap? Tetapi kami telahpun hantar salinan asal kepada ROS.
7. Sekarang ini Kerajaan punyai kuasa darurat. Kami tertanya apakah pandemik ini menjadikan kelulusan terhalang. Apakah dengan kelulusan parti boleh beri kesan buruk kepada pandemik. Ataukah Kerajaan terlalu sibuk mengurus COVID19 hingga tiada masa untuk urus perkara lain. Atau adakah ini cara Kerajaan memastikan tiada pihak lawan dalam pilihanraya nanti.
8. Pemimpin Bersatu dalam Kerajaan sekarang pasti tahu sebelun PRU14, pendaftaran Bersatu dibatal. Perdana Menteri sekarang yang ketika itu Presiden Bersatu berasa cukup marah. Dia kata ini tindakan yang tidak adil dan satu taktik kotor oleh Kerajaan Najib.
9. Tetapi sekarang dia dalam Kerajaan dengan kuasa darurat, dia buat perkara yang sama sepertimana yang dia kata kepada Najib.
10. Dengan kuasa darurat yang ada, Perdana Menteri tidak boleh dicabar. Tidak ada lagi demokrasi. Saya fikir Pejuang tidak boleh lakukan apa-apa untuk paksa Pendaftar meluluskan pendaftaran parti.
YB TUN Dr. Mahathir bin Mohamad
#PejuangBaniJawi
No comments:
Post a Comment