NUFFNANG

Friday 17 July 2020

[PANASSS!!...]...Walau ada peluang, Tun M enggan jadi PM kepada gabungan politik 'tidak suci'

Walau ada peluang, Tun M enggan jadi 

PM kepada gabungan politik 'tidak suci'

Walau ada peluang, Tun M enggan jadi PM kepada gabungan politik 'tidak suci'
Jika terima tawaran itu, Dr Mahathir berkata, ia bermaksud mengkhianati kepercayaan majoriti rakyat yang diterima pada PRU lepas.















KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini
mengakui beliau pernah menerima tawaran untuk kekalkan jawatan sebagai Perdana
Menteri, tetapi dengan syarat harus menerajui kerajaan gabungan UMNO, PAS dan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Namun, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, penerimaan tawaran itu membawa
maksud beliau harus bekerjasama dengan sekumpulan individu yang beliau bekerja
keras untuk tewaskan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas. 

Selain itu, katanya lagi, ia juga membawa maksud beliau akan mengkhianati
kepercayaan majoriti rakyat yang menyokongnya pada PRU lepas, serta memungkiri
janji kepada parti komponen lain dalam Pakatan Harapan (PH).

“Saya tidak boleh terima cadangan untuk menjadi Perdana Menteri pada gabungan
politik yang 'tidak suci' ini. Dan ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin terima kerjasama
itu, saya meninggalkan kumpulannya,” katanya dalam catatan terbaharu di blog
beliau, hari ini.

Di awal catatannya, beliau berkata, kerajaan Perikatan Nasional hari ini mempunyai
majoriti yang paling tipis, iaitu perbezaan dua kerusi sahaja.

Menerangkan mengapa keadaan itu berlaku, Dr Mahathir berkata, bekas Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas tewas pada PRU lepas tahu beliau
akan dipenjarakan atas kesalahan yang dilakukan.

“Jadi dia (Najib) telah mencadangkan kepada PAS untuk menubuhkan kerajaan
perpaduan Melayu Muslim. Tetapi mereka masih belum cukup sokongan untuk
menubuhkan kerajaan. Dia perlukan lebih banyak sokongan Melayu.

“Dia kemudian mendakwa kerajaan PH didominasi DAP, dan DAP akan
menghancurkan Melayu. Untuk menjatuhkan DAP, PH perlu dijatuhkan. Dan
untuk itu, Bersatu perlu meninggalkan PH, kemudian menyertai UMNO dan PAS
untuk tubuhkan kerajaan baharu,” tulis Dr Mahathir lagi.

Beliau berkata, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kemudian cuba mendapatkan ahli
UMNO untuk menyokongnya selepas beliau ditawarkan untuk menjadi Perdana
Menteri bagi gabungan baharu itu, termasuk sokongan Najib sendiri.

“Saya menentang gerakan ini. Tetapi Muhyiddin menyokong pula idea ini, dan
majoriti ahli Bersatu bersetuju dengan beliau.

“Apabila Bersatu tinggalkan PH, maka PH tidak lagi boleh menjadi kerajaan.
Ini bermaksud kesemua Menteri kehilangan kedudukan mereka dalam Kabinet.
Dan saya juga termasuk sekali. Saya sudah kehilangan kedudukan saya sebagai
Perdana Menteri. Peletakan jawatan hanyalah formality,” katanya lagi.

Atas sebab prinsip, Dr Mahathir berkata, beliau bertegas tidak akan menerima
tawaran jadi Perdana Menteri bagi gabungan itu.

“Hari ini, keahlian saya dalam Bersatu dan kedudukan sebagai Pengerusi Bersatu
telah dilucutkan. Saya telah bawa perkara ini ke Mahkamah untuk mencabar
pelucutan saya,” katanya lagi.

source : astroawani

No comments: