NUFFNANG

Wednesday 11 March 2020

Nasib Mukhriz ibarat telur di hujung tanduk - Tun M

Nasib Mukhriz ibarat telur di hujung 

tanduk - Tun M

Nasib Mukhriz ibarat telur di hujung tanduk - Tun M
Kedudukan kerajaan negeri diterajui Mukhriz dilaporkan dalam keadaan tidak menentu berikutan perpecahan dalam parti. -Foto Sinar Harian















PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui 
bahawa nasib anaknya yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz kini 
diibaratkan seperti telur di hujung tanduk selepas terbentuknya Perikatan Nasional 
yang meruntuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini.

Dr Mahathir dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di pejabatnya di 
Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam menegaskan 15 Ahli Dewan 
Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas boleh bertindak mengikut Pas Pusat selari 
dengan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional.

“Banyak bergantung kepada ahli Pas. Kalau mereka tarik diri (ikut keputusan Pas 
Pusat), jatuhlah kerajaan dia. Waktu ini mereka tidak tarik diri walaupun bercanggah 
dengan pendirian Pas Pusat.

“Mereka masih mengekalkan sokongan kepada Mukhriz dan dia masih Menteri Besar. 
Tetapi situasi Mukhriz diibaratkan seperti telur di hujung tanduk. Kalau goncang sedikit, 
jatuhlah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan adakah kerajaan Kedah yang dipimpin 
PH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan tumbang seperti Johor, Melaka 
dan Perak selepas terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional.

Dr Mahathir ketika berucap pada Majlis Penerangan Isu Politik Semasa di Langkawi 
pada Sabtu lalu mengakui beliau pelik Pas masih menyokong kerajaan negeri di Kedah 
yang diterajui oleh Bersatu.

Namun, Dr Mahathir tidak menolak kemungkinan keadaan itu akan berubah kerana 
beliau percaya pimpinan Pas Kedah akan menerima tekanan daripada ibu pejabat parti 
berkenaan.

Kedudukan kerajaan negeri diterajui Mukhriz yang juga Timbalan Presiden Bersatu 
dilaporkan dalam keadaan tidak menentu berikutan perpecahan dalam parti berkenaan 
selepas Bersatu keluar PH pada 24 Februari lalu.

Bagaimanapun, Mukhriz pada sidang medianya 4 Mac lalu menafikan kedudukan 
kerajaan negeri PH dan Bersatu goyah sambil mendakwa kedudukan sebanyak 19 kerusi 
yang dimiliki pakatan berkenaan menjadikan kerajaan negeri stabil.

source : astroawani

No comments: