Wasiat Mat Kilau Pada Bangsa Melayu
Korang tonton video klip kat atas tu...
Lepas tu korang fikirkan apa pesanan pahlawan Melayu kita Allahyarham Mat Kilau...
Allahyarham Mat Kilau berjuang bukan pasal nak dapat projek tau!!!
Allahyarham Datuk Dol Said berjuang bukan pasal nak dapat komiyen beli SYABAS atau jual tanah kat Ijok tau!!!
Allahyarham Tok Janggut berjuang bukan sebab nak menang PRU tau!!!
Macam tu juga pahlawan2 Melayu yg lain, mcm Allahyarham Tok Gajah, Allahyarham Datuk Bahaman dll tak pernah berjuang sebab kepentingan peribadi mcm nak buka balik Litar F1 Sepang ker, nak jadi pengerusi Khazanah ker...
Sebab mereka berjuang kerana kesucian ugama Islam dan maruah bangsa Melayu TITIK...
Perhatian Pada Bangsa Melayu Terutamanya Pengundi K-Pop!!!
Jom kita imbas balik sejarah perjuangan pahlawan2 Melayu kita...
Kalau kita imbas balik sejarah Kerajaan Islam Melayu dari Zaman Kesultanan Kedah Tua, Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Acheh, Kerajaan Johor-Riau-Lingga-Pahang atau Kerajaan Mataram di Jawa sekalipun kerajaan tersebut tumbang bukanlah di sebabkan kekuatan armada tentera penjajah...
Kerajaan tersebut tumbang kerana 'senjata makan tuan' iaitu budaya menikam dari belakang yang masih di amalkan orang Melayu hingga kini..
Budaya 'api dalam sekam' yang menular dalam pemerintahan akhirnya menjadi 'musuh dalam selimut' yang masih sukar di bendung...
Perang Naning 1 & 2 - Allahyarham Datuk Dol Said
Allahyarham Datuk Dol Said di khianati oleh pengikutnya yang berpaling tadah pada penjajah setelah di beri ganjaran dengan hanya beberapa keping wang emas...
Lihat sahaja kekalahan Dol Said di Naning pada tahun 1831..
Dol Said bukanlah calang2 orangnya bukan sahaja hebat dari segi kepahlawanannya bertarung dengan Musuh...
Tetapi ketinggian ilmu kerohanian agamanya...
Beliau tewas bukanlah di sebabkan penjajah atau musuh itu lebih hebat ketika berperang...
Tetapi tewas di sebabkan wujudnya orang2 yang se bangsa dan se agama yang menjadi 'talam dua muka' dan sanggup berpaling tadah terhadap perjuangan anak bangsa sendiri...
Perjuangan Dan Pengorbanan Pahlawan2 Melayu Yang Lain
Demikian juga masalah yang di hadapi oleh Dato Bahaman Orang Kaya Semantan, Mat Kilau dan Tok Gajah Imam Rasu yang pernah di serang penjajah di Tembeling hingga di katakan terpaksa berundur di sempadan Siam...
Mereka berundur bukan kerana takut pada penjajah tetapi berundur kerana tidak mahu lebih ramai rakan2 menjadi korban akibat pengkhianatan orang Melayu itu sendiri...
Mat Kilau di khianati segelintir orang Melayu yang memberitahu penjajah pegerakan dan persembunyian Mat Kilau di Tembeling, Jerantut, Pahang...
Dan persembunyiannya di beberapa kubu penting hingga akhirnya beliau terpaksa berlindung dengan Tok Ku Paloh Terengganu...
Orang Melayu Ini Seperti Buah Manggis - Kata Pahlawan Mat Kilau 1969
Semasa kemunculan Mat Kilau pada tahun 1969, beliau pernah di tanya oleh beberapa kenalan yang sempat berjumpa dan berhadapan dengannya...
Antara soalan yang di tanya pada Mat Kilau adalah tentang perjuangan bangsa Melayu menentang Penjajah...
Mat Kilau menjawab :
Orang Melayu ini seperti buah manggis...
Di luarnya hitam...
Di dalamnya putih...
Maksudnya :
Orang Melayu ini semangatnya hanya meluap2 semangatnya pada zahirnya sahaja sedangkan batinnya terlalu lembut...
Kata Mat Kilau lagi :
Buah Manggis bergetah sama seperti buah Bachang...
Sayangnya...
Getah manggis tidak berbisa seperti getah Bachang yang kalau di sentuh boleh berkudis...
Maksudnya :
Bangsa Melayu mudah di takutkan atau tidak berani melawan apabila terancam...
Hanya segelintir sahaja yang sanggup berjuang hingga sanggup meninggalkan keluarga, harta benda, pangkat kekayaan, gelaran serta kampung halaman untuk satu perjuangan...
Tambah Mat Kilau lagi :
Orang Melayu juga ibarat buntut buah Manggis...
Kalau buah bunganya kembang lima...
Maka isinya juga lima...
Kalau bunganya kembang enam...
Isinya juga enam...
Maksudnya:
Orang Melayu di zamanya tidak boleh di harapkan untuk menyimpan rahsia2 penting mengenai strategi perjuangan sulit...
Sebab itulah bangsa Melayu sering dan mudah di pergunakan...
Jangan Lupa!!!
Jatuhnya kerajaan Islam Melayu atas faktor :
》Kezaliman diri mereka sendiri...
》Budaya rasuah seperti mendapat ganjaran wang, pangkat, harta dan gelaran...
》Fitnah dan budaya dengki sesama sendiri...
》Pengkhianatan seperti tikam belakang dan berebut jawatan...
Kesemuanya itu di sebabkan lemahnya akidah mereka untuk memperjuangkan ugama, negara dan anak bangsa...
Persoalannya wujudkah lagi 'budaya talam dua muka' di kalangan bangsa Melayu sekarang ???
Jawapannya :
Ya!!!
Ia masih tetap wujud!!!
Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia dengan jelas mengatakan untuk di iktiraf seseorang itu berbangsa Melayu, dia MESTILAH berugama Islam...
Itu bermaksud tidak ada yang perpisahan antara perjuangan bangsa Melayu dengan perjuangan ugama Islam di Malaysia...
Memperjuangkan bangsa Melayu bermaksud memperjuangkan ugama Islam...
Begitu juga memperjuangkan ugama Islam bermaksud memperjuangkan bangsa Melayu...
Bangsa Melayu sudah semakin tersepit...
Ugama Islam.sudah semakin terhimpit...
Ayuh kita buangkan perbezaan ideologi politik kita yang selama ini sudah banyak membawa pada perpecahan...
Mari kita bersatu demi ugama, tanah air dan bangsa kita di bawah satu kalimah :
لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ
Akhir kalam, sambil korang dgr lagu Warisan tu, korang carilah apa yg tersirat sebalik yg tersurat...
وَاللّهُ أعلَم بِالصَّوَاب
Suntingan dari karya asal :
Malay Rights FB