LIHAT KEJAYAAN PEMBANGUNAN SAMA PENTING MELIHAT KEMUSNAHANNYA...
Sebagai orang yang ada otak dan berpelajaran, lebih baik dari suharli, cencaluk (SPM) atau tarantula (SRP) saya juga ada ditanya oleh rakan² umno, apakah saya tidak nampak apa kebaikan dan kemajuan yang dibawa oleh najib.
Saya jawab dalam bahasa biasa yang mudah, asasnya pembangunan adalah tanggungjawab mana² kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat, harus ada perasaan tidak puas dan tidak cukup atas apa yang telah dibangunkan, jauh sekali mengungkit dan mendabik dada.
Pembangunan mesti setimpal dengan amaun yang dibelanjakan, tiada korup dan ketirisan sepanjang proses pembangunan.
Saya dapat melihat pembangunan yang telah dibangunkan oleh kerajaan tetapi dalam masa yang sama juga melihat bagaimana ianya tidak berhemah, kroni, korup, boros dan overspend hingga melibatkan pertambahan hutang yang keterlaluan dan pembangunan yang akhirnya memberi bebanan dan tekanan kepada rakyat.
Apa nama pembangunan jika pertambahan peluang pekerjaan tidak selari. Berapa puluh ribu peluang pekerjaan disediakan 1mdb ??? berbanding dengan Proton..
Saya juga tidak terlepas pandang tentang 2.6B yang masuk ke akaun peribadi najib yang pada awalnya dia berbohong tidak tahu dan menafikan?
Saya juga tidak terlepas pandang untuk mengingati bagaimana Myhyiddin dan Mukhriz dipecat sekadar bertanya tentang 1mdb... Dan akhirnya najib mengaku lemah, salahurus dan gagal...
Tidak juga mahu lupakan begitu sahaja, malah mahu tahu motif sebenar Peguam Negara yang sihat dipecat.
Pendekan cerita, tanya lagi rakan² umno kepada saya, tidakkah saya sedar kerajaan sekarang berjanji dan telah mengistiharkan beberapa lagi cadangan pelan ekonomi dan pembangunan yang melibatkan billion dan billion untuk kesejahteraan rakyat.
Saya bagitahu mereka secara bertanya , tunjukan saya satu pemimpin BN atau satu menteri yang cakapnya boleh di pakai/dipercayai.??!? Jawabnya NONE/TIADA...
Jadi apa perlu lagi saya ambil peduli dan peka kepada janji dan impian kerajaan yang sudah tiada integriti.
Lebih lebih lagi semua itu lebih kepada gula gula pilihanraya dan kerajaan itu sudah tidak akan ujud lagi selepas PRU14 kelak.
Vedio di atas dan banyak lagi vedio² lain memperkatakan bagaimana negara diurus secara salah dan memalukan oleh pemimpin yang lemah dan korup.