NUFFNANG

Monday, 21 January 2013


Mengapa Nurul Izzah Senyum Sumbing Di Surau An-Nur ???


Pasti ramai yang nak tahu mengapa Nurul Izzah senyum sumbing di Surau An-Nur kan ? Cerita dia macam ni ....

Pada 16 Januari 2013 hari Rabu lepas, ada kematian di Blok 18 Taman Bukit Angkasa, Lembah Pantai. Seorang wanita berumur 93 tahun meninggal dunia, dan jenazahnya diuruskan di Surau An-Nur Blok 18 iaitu bawah je dari rumah Arwah.

Maka penduduk tempatan terutama saudara-mara si mati pun ramailah yang datang, yang mengurus jenazah ada, yang menziarah pun ada.

Maka oleh sebab kita pun tahu pilihanraya dah dekat, tiba-tiba datanglah juga Nurul Izzah. Dipercayai dia dimaklumkan tentang kematian ini dan dibawa ke Surau An-Nur oleh Yati, ibu tunggal Blok 19 yang memang kuat PKR.

Kedatangannya tidak disambut, jadi orang pun tak perasan dia datang. 

Yang nak jadi ceritanya, dan ini disaksikan sendiri oleh isteri salah seorang wartawan Berita Lembah Pantai, ialah begini:-

Ketika bersalam-salam, ada seorang saudara simati ni (dipercayai perempuan ni kerja tukang masak di UM) pun bertanya pada Nurul Izzah,

"Awak ni siapa?"

Berubah muka Nurul Izzah.

Sebelum sempat dia menjawab, akak ni bertanya lagi,

"awak ni sedare arwah ke, x pernah nampak pun?!"

Maka tersengih-sengihlah Nurul Izzah. Orang-orang perempuan yang lain pun berpandang-pandang sesama sendiri, tersenyum sinis masing-masing.

Malu besar Nurul Izzah. Berubah mukanya. Apa taknya, disebabkan memang dia ini tak pernah turun padang, tak pernah nampak muka sejak menang di kawasan ini, sampai ada orang Lembah Pantai tak kenal pun Nurul Izzah!

Alahai Nurul. Nampak gayanya betul lah anda ni Wakil Rakyat Pilihanraya. Tak turun padang! Hanya nampak muka di Lembah Pantai bila dah dekat Pilihanraya. Malu betul!sumber 

Kepada semua wakil-wakil rakyat tak kira dari pembangkang mahupun kerajaan sekiranya sebelum ini anda banyak goyang kaki maka masanya sudah hampir tiba rakyat akan menilai dan seterusnya akan menentukan nasib anda.

Jadi tak usah berlakon lagi buatlah kerja yang sepatutnya..Teringat pesan cikgu masa nak ambik SPM dulu kalau belajar sungguh-sungguh sejak awal tahun insyallah keputusannya bakal setimpal dengan usaha kamu tetapi kalau belajar dan sungguh-sungguh dalam tempoh seminggu sebelum periksa jawapannya tunggu keputusan nanti.


No comments: