NUFFNANG

Wednesday, 7 November 2012

Nurul Izzah nak saman MalaysiaKini? Hehehe.


Nurul Izzah nak saman MalaysiaKini? Hehehe...

Berapa juta Nurul Izzah nak saman Nigel Aw & Malaysia Kini???
Wow...!! Takutnya... Nurul Izzah sudah naik angin pasal kenyataannya mengenai "orang Melayu patut diberi kebebasan untuk beragama" yang disiarkan oleh MalaysiaKini. Sehubungan dengan itu, anak papa itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita itu.

Tak caya? Baca kenyataan media Nurul Izzah ni...
KENYATAAN MEDIA
6 November 2012


UNTUK SEBARAN SEGERA
Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya -  Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah -  untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas  Utusan Malaysia, Berita Harian, serta  kemungkinan beberapa media termasuk  blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah  aqidah yang telah memutar belitkan sebahagian  dari kenyataan penuh saya tempoh hari.

Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini  diteruskan dan tidak teragak-agak untuk  mengambil tindakan undang-undang, demi  menegakkan kebenaran dan demi keadilan.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai,
merangkap Naib  Presiden KEADILAN
 Eh...? Bukan Malaysia Kini ke?? Aik???


source : mesin taip buruk

1 comment:

Anonymous said...

saman jangan tak saman,jika PR memerintah saman merupakan senjata paling ampuh utk melemahkan lawan.

bukan macan UMNO akan ambil tindakan/tindakan akan diambil tapi hampeh tu yang cacing dah naik kemata.