NUFFNANG

Sunday, 8 July 2012

Cerita keberanian Askar Melayu bila berada di Singapura !


Cerita keberanian Askar Melayu bila berada di Singapura !

on Friday, June 15, 2012 by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ..satu nama yang cukup gah bila tersematnya di dada baju yang memakainya . GPB suka sangat mendengar cerita-cerita tentang keberanian askar Melayu bila berada  di negara luar samada bertugas atau tidak .

Di bawah ini blog My Home Soil menceritakan al kisah tentera dari RAMD semasa berada di negara Singapork yang diperintah oleh parti chauvinis PAP.



. Cerita ni diceritakan oleh seorang sahabat kepada ayahku yang juga seorang pesara tentera. ..

Beliau merupakan seorang Lftenen Kolonel Bersara ...pernah dijemput ke Singapura untuk satu pameran ketenteraan dan operasi bersama Joint Operation. Di kala itu, beliau telah membawa 2 orang pegawai dan 6 orang anggota yang keseluruhannya 8 orang ke Singapura, negara yang pernah dipertahankan oleh Rejimen nya....Rejimen Askar Melayu Di Raja yang melihat pembunuhan kejam Leftenen Adnan sewaktu mempertahankan Singapura daripada jatuh ke tangan Jepun.

Sekali lagi aku nak tanya, mana penglibatan ATUK2 DAP and PAP waktu itu?? Mereka lari bersembunyi kecut perut! ! ada yang lari balik naik tongkang !

Setelah selesai LATIHAN tersebut, beliau dan anggotanya ingin pergi bersiar-siar sekitar Singapura. terutamanya di kawasan Arab Streeet dan sebagainya...
"biasa lah..pergi negara orang mesti jalan-jalan." Kata Kolonel itu.....

Namun ... Beliau telah diberi amaran oleh PEGAWAI MEMERINTAH kem tersebut supaya JANGAN BERSIAR-SIAR MENGGUNAKAN Baju Celoreng!
Kerana apa, mereka taknak ada nya ASKAR MALAYSIA berjalan-jalan sekitar Singapura dengan bebas menggunakan pakaian ketenteraan takut bahawa rakyat nampak seperti Tentera Malaysia 'menawan' Singapura.
 Terutamanya apabila ada nama seperti 'AHMAD' dan RAMD di dada anggota2 tentera tersebut.

Apa tindakan Leftenen Kolonel tersebut??! Dia dengan berani memberi arahan kepada anggota-anggota mereka untuk pakai FULL DRESS celoreng untuk pergi bersiar2....hahaha....semua askar-askar Melayu dengan selambanya pergi keluar masuk shopping complex di Singapura menggunakan baju celoreng..tapi depa tak bawak senjata lahhhhh....

Natijahnya....Masyarakat Melayu Singapura ada yang datang bersalaman dengan abang2 askar nih.... " di riak muka orang-orang Melayu Singapura terpancar seperti satu harapan supaya Singapura dikembalikan kepada orang-orang Melayu. Mereka bangga bila askar2 yang berjalan di Tanah Melayu Singapura itu adalah askar2 Melayu.! " kata kolonel tersebut sewaktu menceritakan peristiwa tersebut.

Apaa tentera Singapura boleh buat??! dio bley buat tak tau saja...hahaha..berani cakap saja, tak berani buat tindakan.
Apaa tentera RAMD boleh buat??! RAMD boleh buat apa saja demi mempertahankan agama , bangsa dan Negara.!

Aku walaupun bukan tentera, aku berbangga dengan kredibiliti Tentera kita yang bersemangat dan terus bersemangatt!
Sebab kita ada pengalaman...pengalaman yang sangat luas dalam peperangan...
Kita pernah secara langsung berada di dalam medan pentempuran...askar-askar Melayu pernah mempertahankan TANAH MELAYU termasuk Singapura ......

SEBAB ITU.....kita bukan cakap kosong...dan kita bukan nak mendabik dada...tapi kita BERANI melaksanakan TINDAKAN DEMI AGAMA , BANGSA DAN NEGARA!

source : generasi pejuang bangsa

No comments: