NUFFNANG

Saturday 1 October 2011

Memo Kecil Kepada Najib Razak - Terima Kasih Kami Orang Melayu Di Atas Sokongan Kepada Namewee


Terkedu lidah untuk berkata-kata apabila membaca ulasan Perdana Menteri berbangsa Melayu, Najib Tun Abdul Razak, yang memberi sokongan penuh kepada seorang insan bernama Namewee. Bertalu-talu BBM dan SMS masuk bertanyakan perkara ini. Mata yang mengantuk menjadi segar akibat marahkan berita yang dibaca seperti yang disiarkan oleh Malaysiakini seperti di bawah:

PM Najib Razak kenal benarkah dengan siapa Namewee ini? Orang yang menghina lagu Negaraku, orang yang menghalau Melayu balik ke hutan. Orang yang menghina azan. Orang yang terkenal dengan maki hamunnya dan sumpah seranahnya. Semua ini dilupakan oleh PM Najib Tun Razak hanya sekadar di mulut Namewee menyokong 1Malaysia?

Beberapa tahun yang lepas, seorang blogger terkenal berbangsa Melayu, Kickdefella atau Syed Azidi, telah ditahan reman dan disoal siasat oleh polis selama 3 hari disebabkan beliau telah memaparkan Jalur Gemilang secara terbalik di dalam blognya. Itu sahaja. Sebaliknya Namewee ini telah menghina lagu Negaraku, lagu kebangsaan, dibiar bebas malah diberi pujian dan galakan yang melangit?
 
PM Najib Tun Razak pastinya menerima pujian dan bodek berterusan dari penasihat-penasihat politiknya apabila beliau memuji Namewee. Mungkin sepatutnya mereka sediakan sekali keranda politik seperti mana mereka sediakan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ramai yang menghubungi saya mengatakan tahniah PM Najib Tun Razak kerana menunjukkan tembelangnya yang sebenar. Mungkin PM Najib Tun Razak mahu kelihatan "cool" dengan menyokong orang yang suka mencarut dan memaki hamun? PM Najib Tun Razak sebenarnya memberikan signal yang salah kepada generasi muda.
 
Saya merasa kesihan melihat PM Najib Tun Razak terus mengemis undi daripada kumpulan dan penyokong Namewee. Apakah PM Najib Tun Razak merasa selesa dengan undi Melayu? Apakah PM Najib Tun Razak merasa yakin bahawa undi Melayu masih berpihak kepadanya setelah beliau memberi sokongan terbuka kepada Namewee? Undi protes Melayu telah ditunjukkan di dalam PRU12 walaupun mereka tidak suka Pakatan Haram. Ini disebabkan rasa benci dan meluat kepada PM pada masa itu iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Apakah 'Deja Vu' ini akan berulang di dalam PRU13?
 
Mungkin selepas ini saya pula akan menghina lagu Negaraku serta memaki hamun kumpulan atau kaum tertentu dan pastinya akan mendapat pujian daripada PM Najib Tun Razak? Hey! Jangan lupa saya juga penyokong kuat 1Malaysia bukan?
 

No comments: