NUFFNANG

Sunday 22 January 2012

ANWAR AL-KAZIB / Makin ramai yang sedar 'wajah' sebenar Anwar../ Media Barat mula hentam Anwar...

ANWAR AL-KAZIB


(Aramak Jah! Fenin..fenin..tembelang aku dah pecah Jah oiii!!!)

Salam 2 all.

Persoalan yang bermain dikalangan rakyat sekarang ini ialah: mengapa Mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat stafnya Saiful walaupun kesan airmani Anwar dijumpai didalam dubur Saiful?

Kedua, adakah Anwar Ibrahim “suci & bersih” setelah Mahkamah menolak pertuduhan meliwat staf dia Saiful Bukhori?

Ketiga, adakah Kerajaan terlibat dengan konspirasi bersama Mahkamah untuk membebaskan Anwar kerana tekanan atau kepentingan politik? Adakah benar dakwaan kaum Anwarinas bahawa Kerajaan begitu takut rakyat akan marah sehingga berpakat dengan Mahkamah untuk membebaskan Anwar?


ABU KAZIB @ BAPAK PEMBOHONG

Saperti yang telah teman sebut sebelum daripada ini, penghakiman Mahkamah membuktikan satu perkara yang cukop jelas:

ANWAR IBRAHIM BAPAK PEMBOHONG & PUTAR BELIT!

Buktinya? Kerana Anwar mendakwa pertuduhan liwat terhadap Saiful itu adalah konspirasi jahat Kerajaan untuk menjatuhkan dia! Perbicaraan itu satu sandiwara! Skrip perbicaraan dan hukuman sudah siap! Dia pasti ke penjara! Inilah yang dijaja Anwar siang malam pagi petang, di bandar dikampung, didalam dan luar negara! Mesej Anwar jelas: dia adalah mangsa konspirasi jahat Kerajaan! Bahawa Kerajaan mahu menyumbat dia kedalam penjara dengan pertuduhan rekayarsa meliwat stafnya Saiful Bukhori!

INI BERMAKNA PENGHAKIMAN MAHKAMAH SEPATUTNYA MENDAPATI ANWAR BERSALAH & DIHUKUM DALAM PENJARA DENGAN HUKUMAN BERAT!

Tetapi hakikat yang berlaku adalah sebaliknya! ANWAR DIBEBASKAN!

HAKIKATNYA MAHKAMAH MEMBEBASKAN ANWAR!

Setelah kes berlalu lebih daripada 3 tahun, dengan puluhan penangguhan, dengan pelbagai usaha dibuat untuk menyingkirkan Hakim, dengan pelbagai permohonan difailkan; fakta didepan mata kita ialah HAKIM MEMBEBASKAN ANWAR!

Bukankah penghakiman itu bukti jelas apa yang ditemberangkan Anwar sejak Saiful membuat lapuran polis ini sebagai satu konspirasi adalah satu pembohongan dan putarbelit semata-mata?

Dan mike dah lupakah pembohongan Anwar mengenai 16 Sept? Mike dah lupa pembohongan Anwar dia nak kena tembak mati selepas Saiful buat lapuran polis? Mike dah lupe pembohongan Anwar konon tidak mengenali rakan baiknya Datuk Eskay? Mike dah lupe pembohongan Anwar pasal jam Omega? Mike dah lupa pembohongan Anwar mengenai twit semasa dengan ChinaDOLL? Berapa punya banyak lagi pembohongan Anwar yang telah dilakukan?

APA MIKE LUPA SEMUA TU YOP?

Pokok pangkalnya, keputusan Mahkamah hanya memperkuatkan lagi jaringan bukti yang kita semua sudah tahu: iaitu Anwar ini adalah ABU KAZIB! BAPAK PEMBOHONG!
SUCI & BERSIH

Adakah Anwar terbukti “suci & bersih” dengan pembebasan tersebut?

Mahkamah tidak menyatakan Anwar tidak bersalah! Mahkamah tidak menyatakan aduan Saiful tidak betul! Mahkamah tidak memutuskan pertuduhan itu satu rekaan!

Mahkamah cuma menyatakan bukti DNA yang ada tidak selamat untuk menyabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat Saiful! Mahkamah Cuma menyatakan bahawa “Mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh berdasarkan keterangan Saiful tanpa bukti sokongan (iaitu DNA yang jelas)”, walaupun semasa memutuskan ada kes prima facie, Mahkamah menyatakan Saiful adalah saksi yang berwibawa & ada integriti!

Ini sama dengan keputusan Mahkamah Persekutuan semasa membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Azizan pada tahun 2004, bila Mahkamah menegaskan “walaupun kami menemui bukti untuk mengesahkan Anwar & adik angkatnya Sukma terlibat dalam kegiatan homoseksual dan terdorong untuk mempercayai perbuatan liwat terhadap Azizan memang berlaku, tetapi Mahkamah hanya boleh mensabitkan Anwar & Sukma jika Pendakwaraya berjaya membuktikan kes tanpa sebarang keraguan”.

Jadi persoalannya ialah, adakah Anwar “bersih & suci” daripada perbuatan terkutuk amalan kaum Lut ini? Jelas jawapannya tidak! Cuma dia bernasib baik kerana kita mengamalkan prinsip beban pembuktian yang terlalu tinggi dalam membuktikan pendakwaan kes-kes seksual.

Perlu diingatkan, jika Anwar berasa diri dia benar-benar “suci & bersih”, sudah tentu dia akan berikan sample darah untuk ujian DNA tanpa sebarang keraguan pun. Tapi tidak, Anwar berdolak-dalik tak mau bagi! Kenapa? Mike pikior sendiri lah yop!

Begitu juga Anwar tidak berani memberi keterangan dengan cara bersumpah? Sebaliknya dia hanya membaca kenyataan yang sudah ditaip oleh peguamnya dari kandang orang salah. Macam pasang kaset aje. Hakim tak boleh tanya soalan, dan Pendakwaraya tidak boleh soal-balas!

Dan mengapa tidak ada seorang pun saksi alibi dia hadir memberi keterangan di Mahkamah? Mana dia Wan Azizah isteri dia sendiri! Mana dia Hasanudin tuanpunya kondo yang juga kawan baik Anwar? Mana dia Mohd. Sani pemandu setia Anwar berbelas tahun? Mana dia Mokhtar pengawal peribadi Anwar yang juga adik ipar dia! Mereka ini semua disenaraikan oleh Anwar sebagai saksi alibi dia, untuk beri keterangan bersumpah konon Anwar tidak ada ditempat kejadian! Tapi seorang pun tak datang Mahkamah! Mike pikior sendirilah yop!
Jadi untuk menyatakan Anwar sekarang “suci & bersih” daripada perbuatan meliwat Saiful itu, ataupun daripada aktiviti homoseksual & liwat hanya kerana Mahkamah membebaskan dia adalah tidak tepat sama sekali!

ADAKAH INI KONSPIRASI KERAJAAN

Keputusan Mahkamah membebaskan Anwar (walaupun dengan bukti dan keterangan yang begitu kuat) jelas membuktikan bahawa kes liwat Saiful ini bukan satu konspirasi Kerajaan, apatah lagi YAB Perdana Menteri.

Anwar cukup bijak memutar belit! Cukop mudah beliau putarbelitkan cerita mengaitkan konon YAB PM terlibat hanya kerana Saiful pernah bergambar dengan seorang kakitangan pejabat PM, dan konon ceritanya Saiful pernah berjumpa dengan PM!

Sama macam cubaan mengaitkan kes pembunuhan Altantuya dengan PM. Hanya kerana yang terlibat ialah Razak Baginda, penulis ucapan PM (yang mengaku ada hubungan sulit dengan Altantuya), dan pegawai UTK yang pernah menjadi bodyguard dan pengiring Tun Abdullah Badawi & Dato’ Sri Najib (semasa dia TPM). Maka habis diputarbelit cerita konon PM pun terlibat! Alhamdulillah nasib baik teman sendiri adalah peguam yang terlibat dengan kes Altantuya ini, dan teman menegaskan dengan jelas bahawa PM tidak terlibat samasekali (walaupun masa itu teman adalah juga peguam Anwar Ibrahim).

Dan yang peliknya, Anwar langsung tidak mengaitkan kes Saiful dengan YB Senator Ezam, sedangkan Saiful ada juga berjumpa Ezam. Begitu juga dengan Rahimi, pegawai khas Anwar sendiri langsung tidak dikaitkan, sedangkan Rahimi yang membawa Saiful masuk bekerja dengan Anwar, dan Rahimi membuat lapuran polis dia diarah membuat Akuan Bersumpah palsu untuk mengaitkan PM dengan kes Saiful!

Apa pun, jelas daripada keputusan Mahkamah membebaskan Anwar itu bahawa fitnah kononnya ini semua satu konspirasi Kerajaan & PM adalah satu pembohongan dan putar-belit semata-mata.

Dan setelah fitnah konon tuduhan liwat itu satu konspirasi hancur terhempas, kini mereka bawa pula satu fitnah terbaru; pembebasan Anwar itu satu konspirasi Kerajaan kerana takutkan tekanan asing, dan kerana takutkan kemarahan rakyat!

Hanya mereka yang biol dan otak kurang sifat sahaja yang akan membuat tuduhan jahat saperti ini. Kerana kalau benar, maknanya mereka menyatakan Dato’ Sri Najib yang bebaskan Anwar. Kalau itu betul, Anwar dan para penjilat dan pencacai dia sepatutnya beratur diluar pagar Sri Perdana dan mencium tangan dan kaki Dato’ Sri Najib sambil tunduk syukur dan berterima kasih kerana Dato’ Sri Najib telah membebaskan Anwar.


RUMUSAN – MAHKAMAH RAKYAT

Apa yang perlu kita faham ialah soal samada Anwar bersalah atau tidak adalah tugas dan bidangkuasa Mahkamah perundangan, itu kerja para Hakim, bukan kerja kita. Selepas ini ada proses rayuan. Pendakwaraya telahpun mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Selepas itu, mana-mana pihak yang terkilan boleh merayu ke Mahkamah Persekutuan. Dan Akhirnya nanti, YDP Agong adalah merupakan autoriti terakhir sebagai penentu kepada kes ini. Biarkan proses perundangan berjalan saperti mana biasa di Mahkamah perundangan!
Jadi sebagai rakyat, bukan menjadi kerja kita untuk pening kepala samada Anwar kena sabit atau tidak, samada Anwar wajib dipenjarakan atau tidak. Itu tugas dan bidangkuasa Mahkamah perundangan dan para Hakim!

Tetapi itu tidak bermakna kita rakyat marhaen, kita rakyat biasa, kena pejam mata buat tak tahu. Di luar sana ada satu lagi Mahkamah: iaitu Mahkamah Rakyat. Mahkamah dimana Rakyat Hakim Negara! Dan perbicaraannya ialah pada masa PRU 13.

Sebab itu walaupun soal samada Anwar bersalah dan patut dihukum adalah tugas Hakim dan Mahkamah Perundangan, tetapi soal samada Anwar layak atau tidak menjadi calon Perdana Menteri adalah hak dan bidangkuasa Mahkamah Rakyat dan Rakyat Adalah Hakim Negara!

Dan dalam menjawab soalan samada Anwar layak atau tidak menjadi calon Perdana Menteri mewakili pakatan BiaDAP-PKR-TumPAS, Rakyat sebagai Hakim Negara di Mahkamah Rakyat perlu menilai watak dan akhlak Anwar!

Disinilah pentingnya kes liwat Saiful Bukhori dan keputusan Mahkamah membebaskan Anwar itu! Iaitu jelas Anwar ini adalah manusia yang sangat buruk akhlak dan perangainya.

Bak kata Datuk Dr. Hasan Ali, politik Anwar ini sangat kotor dan jijik!

Apa yang jelas, Anwar ini adalah pembohong, penipu dan kaki putar alam! Bukan sahaja rakyat Malaysia, habis satu dunia dibohongi, ditipu dan diputarbelitkan. Konon ini satu konspirasi, konon perbicaraan itu hanya satu sandiwara, konon skrip perbicaraan sudah disediakan, konon hukuman sudah ditetapkan. Malah Anwar boleh kelentong satu dunia, konon sebagai persediaan untuk dia ke penjara, pengganti sementara beliau sebagai bakal PM sudah ditetapkan, sampai Anwar meninggalkan wasiat supaya tolong tengok-tengokkan anak isteri dia bila dia ke penjara nanti! Begitu hebat pembohongan, penipuan dan putar belit yang dikompangkan Anwar Ibrahim.

Malah dihadapan Hakim, semasa dipanggil membela diri, Anwar enggan mengangkat sumpah memberi keterangan. Sebaliknya dia membaca satu kenyataan yang antara petikannya saperti berikut:

Saya menyatakan sedemikian (iaitu perbicaraan ini adalah satu konspirasi & sandiwara) kerana keluhuran Mahkamah telah terjejas dan memperlihatkan segala unsur-unsur perbicaraan sandiwara, dimana skripnya telahpun dirangka, dan HUKUMANNYA telah ditetapkan! Saya nyatakan sedemikian kerana sebagai seorang Hakim yang mengadili perbicaraan ini, kamu telah tanpa ragu lagi menunjukkan sikap berat sebelah!”.

Cuba bayang yop, daripada awal sehinggalah dipanggil membela diri, Anwar jelas membawa fitnah dan tohmahan kononnya perbicaraan dia adalah satu konspirasi, dan hukuman sudah ditetapkan! Siap dengan amanat dan wasiat lagi! Begitu bijak lakunan Anwar. Dan jika Mahkamah sabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman penjara, sudah pasti Anwar dan para pencacai dia akan mengamuk dengan segala deminstarsi dan himpunan haram!

Tau-tau Mahkamah membebaskan Anwar! Walaupun Hakim kata keterangan Saiful ada kewibawaan dan integriti, walaupun sudah ada bukti video dan CCTV, walaupun beberapa pakar forensic, perubatan dan kimia mengesahkan kejadian, walaupun Anwar enggan berikan sample darah untuk ujian DNA, walaupun Anwar enggan berikan keterangan bersumpah, walaupun tidak ada seorang pun saksi alibi dia datang termasuk bini Anwar, walaupun Thomas Hoogland terkejut teori dia “anu” Anwar tidak boleh berfungsi diperlekeh dengan video yang ditunjuk oleh Pendakwaraya; walaupun Anwar tuduh Hakim berat sebelah, walaupun Anwar fitnah kata hukuman telah diskripkan; dengan semua itu HAKIM TETAP BEBASKAN ANWAR!

Itupun nak kata konspirasi lagi? Bukan sahaja ianya menafikan konspirasi tidak ujud, malah pembebasan Anwar membuktikan Anwar pembohong, penipu dan kaki putar-belit!

Atas alasan itu sahaja sudah cukup untuk Rakyat Hakim Negara menghukum Anwar di Mahkamah Rakyat didalam perbicaraan PRU 13 dengan satu sahaja hukuman: nyahkan Anwar dan Pakatan BiaDAP-PKR-TumPAS daripada politik negara dengan memberi undi dan kepercayaan yang sepenuhnya kepada Dato’ Sri Najib Tun Razak untuk terus memimpin rakyat dan negara ini kearah tranfomasi politik, ekonomi dan sosial.

Berikan 222 kerusi Parlimen kepada Dato’ Sri Najib, berikan 0 kepada Anwar!

Adios amigos, grasias senor!
Wallahua’lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
26 Safar 1433
20 Januari 2012



Makin ramai yang sedar 'wajah' sebenar Anwar..

anwarpening513Laporan sebuah majalah yang diterbitkan di England, the Economist, adalah permulaan kepada usaha barat menjarakkan diri dari Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Dari aspek apapun, Anwar kini dilihat tidak lagi releven kepada barat dan kepentingan mereka malah ia dianggap liability buat pembangkang dan rakyat yang memperjuangkan keadilan.

Dulu, hal ini seperti suatu yang aneh kerana barat melalui media dan kuda- kuda tajaan, menggunakan platform media untuk menggerakkan pendapat pro Anwar. Maka kita lihat publisiti yang Anwar perolehi menjulang nama dan menaikkan imejnya menjadikan beliau seorang “tokoh reformasi” yang paling berpengaruh di dunia sebelah sini.

Amat jarang dan jauh sekali tokoh yang dipuja barat selama ini tiba-tiba dicemuh walhal bintang pujaan mereka itu baru saja dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi dari tuduhan meliwat bekas pembantunya.

Penyokong Anwar mengharapkan reaksi positif dari the Economist bukannya dibalas dengan tuduhan dan tulisan yang dianggap tidak senonoh.

Kerana tergugat dengan perkembangan ini, ada penulis pro Anwar cuba memperkecilkan kewibawaan majalah berkenaan serta menganggap tulisan itu tidak boleh mempengaruhi pemikiran arus perdana rakyat Malaysia.

Macam kebanyakkan dari kita, Anwar tentu terkedu kerana tulisan itu bukan saja keras dan bernas, ia seperti ada persamaan dengan pendapat rakyat kebanyakkan mengenainya.

Justeru boleh kita katakan the Economist membantu mentalkinkan pengaruh Anwar di barat terutama di kaki lima rumah putih, di Washington D.C.

Laporan majalah berkenaan tempoh hari seperti dikarbonkopi dari pendapat tokoh-tokoh yang pernah mengenali dan menyokong Anwar tapi kini memilih menjadi seterunya.

Majalah berkenaan antara lain menganggap Anwar sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai serta PKR kini dikuasai kaum keluarganya dan pada masa sama gagal “nuture” golongan muda parti.

Dulu kita membaca komen Prof Dr.Chandra Muzaffar, mantan Timbalan Presiden PKR mengenai Anwar. Cendiakawan macamnya tak balun Anwar dengan dakwaan kosong serta mengaitkan dengan elemen-elemen nakal.

Ini bukan cerita kedai kopi kerana Chandra, macam juga Zulkifli Nordin (peguam dan kini Datuk), Datuk Zaharin Hashim dan lain-lain bekas pimpinan PKR, tahu luar dalam cerita Anwar.
(Zaharin pernah mendedahkan di Parlimen Anwar memberi briefing mengenai skandal video “bogel” Elizabeth Wong dan mahu wakil PKR itu digugurkan dari EXCO tapi hingga sekarang tak jadi digugurkan).

Komen Chandra beralaskan pengalaman sebagai rakan dan sebagai timbalan presiden parti melalui parti yang ditubuhkan semata-mata memperjuangkan nasib Anwar.

Bila sudah bercerai talak, barulah Chandra menyifatkan Anwar sebagai “dia ni (Anwar) manusia yang banyak kelemahan . ..tapi pada masa sama Chandra juga menganggap Anwar sebagai ‘satu malapetaka.”

Budak-budak PKR marahkan Chandra kerana tokoh akademik itu memperlekehkan bos mereka dengan kata-kata seperti “kita jangan taksub dengan pemimpin (merujuk kepada Anwar).”

Mereka berbeza pendapat dengan Chandra kerana puak-puak ni mencanang sana sini Anwar (ketika itu) adalah wira bakal menyelamatkan Malaysia.

Chandra dikatakan tidak senang pemimpin dipuja begitu rupa tanpa fakta serta tidak berasaskan realiti.
Hari ini jika dilihat semula, apa yang ditulis the Economist, ada persamaan dengan apa yang dicakapkan Chandra beberapa tahun lalu.

Sejarah tidak pernah menipu dan berubah cuma manusia yang gelojoh saja tak mahu belajar membaca buku-buku sejarah dan mencermin kesalahan diri sendiri.

Sejak 1998 dan sebelum dari itu lagi, Anwar telah diberi ruang dalam pelbagai media dan majalah serta juga program tv di luar negeri.

Dunia waktu itu mencemuh Tun Dr.Mahathir Mohamed kerana dasarnya yang dilihat anti-barat namun sebaliknya Anwar selaku Menteri Kewangan mendapat tempat istimewa di dalam ruang-ruang akhbar dan kaca tv.

Semuanya gara-gara barat tidak tahan dengan kelantangan Perdana Menteri ke4 Malaysia itu yang tidak memberi muka kepada mereka sejak hari pertama menyandang jawatan berkenaan.

Dasar Buy British Last tentu saja tidak dilupakan oleh pembuat dasar di England serta sekutu mereka.
Kritikan terhadap Zionist serta yahudi Amerika Syarikat yang bersekongkol dengan Israel adalah sekadar beberapa contoh sikap Dr. Mahathir.

Kata-kata Dr.Mahathir bahawa Yahudi bukannya ramai didunia tapi berjaya menguasai Amerika dan dunia serta kritikan terhadap “holocaust” masih diingat Yahudi dan barat hingga sekarang.

Bagi mengimbangi pengaruh Dr.Mahathir serta pada masa sama mempelopori jalan pengulingan Perdana Menteri (melalui pilihanraya), barat mencipta pelbagai isu yang boleh menjejaskan imej Dr.Mahathir.

Malaysia termasuk didalam senarai negara-negara kurang disenangi AS dan Eropah serta dasar luar Malaysia sering dilihat sebagai anti-barat.

Produk kayu kayan dan juga minyak kelapa sawit dikategori sebagai tidak mesra alam dan tidak selamat untuk dimakan berbanding minyak kacang soya.

Dr.Mahathir memilih mendekati Rusia (dulu Soviet Union) serta negara-negara membangun di benua Afrika dan Asia sebagai helah untuk mencari kekuatan sendiri.

Bagi penganalisis politik, walaupun Dr.Mahathir dilihat macam ”odd couple” dengan Amerika dan barat, mereka mengkaguminya kerana kejayaan membangunkan Malaysia dan menjadkan negara ini sebuah negara Maju (menjelang 2020).

Pengalaman Mahathir kini dilalui Chavez, Presiden Venezuela yang cuba dipinggirkan Amerika dan barat. Perang proxi melihat barat macam berusaha mengajar Venezuela supaya tidak “menentang mereka.”

Anwar bukanlah pilihan baik buat barat kerana latarbelakang lslamnya. Barat melihat Anwar macam mana mereka melihat Muammar Ghadafi, Ayatollah Khomeini dan beberapa pemimpin lslam yang dilihat lebih mirip sebagai “Islamic fundamentalist.”

Anwar memilih menyertai UMNO, bukannya PAS seperti diwar-warkan dan sekaligus naik mendadak sehingga ke jawatan Timbalan Perdana Menteri hasil tajaan Dr. Mahathir.

Barat memberi reaksi positif kerana Anwar berjaya menukar imej dari seorang yang dilihat fundamentalist kepada seorang yang berfikiran liberal atau sederhana.

Anwar melalui zaman payah diperingkat awal kerana banyak kaki dipijak dan ramai menjerit kerana dipinggirkan Dr.Mahathir yang sedang “mabuk” mempersiapkannya sebagai bakal Perdana Menteri.

Kawan-kawan yang mengenali Anwar sejak 1970an lagi dapat melihat perubahan pada watak dan tokoh rakan seacuan sejak zaman ABIM.

Anwar yang dipecat dari UMNO kerana isu moral mendapat pentas baru melalui rakan-rakan diseberang laut.

Semasa dihadapkan ke mahkamah kerana tuduhan liwat (1998) ,Madeleine Albright, Setiausaha Negara AS dipetik menyebut Anwar sebagai “highly respectable leader who was entitled to due process and a fair trial.

Semasa melawat Malaysia, Naib Presiden AS, Al Gore (didepan Dr.Mahathir) berkata “we continue to hear calls for democracy including among the brave people of Malaysia.”

Ini dilihat sokongan terbuka AS kepada Anwar di saat-saat menghadapi penghakiman kepada kes pertama.

Al Gore juga dipetik menyokong gerakan reformasi di negara ini seperti berikut:” Democracy confers a stamp of legitimacy that reforms must have in order to be effective. And so, among nations suffering economic crises, we continue to hear calls for democracy, calls for reform, in many languages—people power, doi moi, reformasi. We hear them today-right here, right now-among the brave people of Malaysia.”

Semasa dalam tahanan surat-surat Anwar tersiar di pelbagai akhbar di luar negara. Pendapatnya memperlihatkan insan ini ada idealisme dalam mencari dahan baru untuk berpaut.

Keberanian AS memperjudikan hubungan dua hala dengan Malaysia semata-mata kerana mahukan kemenangan Anwar sekaligus melihat
Dr.Mahathir jatuh tersungkur sebagai balasan kerana keceluparannya.

Serentak dengan itu media di luar negara seperti US News and World Report menganggap perbicaraan Anwar sebagai “tawdry spectacle”.

Dr.Mahathir juga menyaksikan campurtangan AS melalui lawatan Albright mengunjungi isteri Anwar, DS Dr.Wan Azizah—ia dilihat sokongan moral AS secara terbuka kepada Anwar dan gerakan reformasi.

Macam mana Anwar boleh diberi ruang dalam media barat serta menjalin hubungan mesra dengan tokoh-tokoh tertentu seperti Paul Wolfowitz (bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS) bukan suatu yang aneh.

Ada pendapat melihat Anwar yang pernah dilabel “fundamentalist” oleh barat tiba-tiba menjadi seorang yang liberalist berpunca dari tulisannya dalam majalah Time bertarikh 15 Oktober, 2001—selepas trajedi Sep 11.

Rencana Anwar bertajuk Who hijacked lslam? dimulakan dengan ayat seperti berikut:”Never in lslam’s history have the actions of so few of its followers caused the religion . . .”

Ringkasnya rencana itu antara lain menyalahkan Osama dan Atta sebagai pengganas yang menyebabkan serangan ke atas WTC. Jelas pemikiran Anwar melalui tulisan itu sealiran dengan dasar dan pendapat pembuat dasar di rumah putih.

Anwar tidak peduli reaksi masyarakat lslam serta tokoh-tokoh lslam yang pernah dikenali berhubung tulisannya. Matlamatnya jelas bahawa ada pihak di AS akan memberi layanan positif kepada kerjaya politiknya kelak.

Dengan sokongan barat, Anwar melihat jalan ke Putrajaya lebih mudah dari sekadar dikagumi masyarakat lslam yang cenderung menganggapnya sebagai tokoh fundamentalist.

Yang penting impian menjadi Perdana Menteri bukan lagi angan-angan mat jenin.

Sebagai penutup, disiarkan petikan ucapan Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden ABIM di DTC, Universiti Malaya pada 9 Ogos, 1981 sempena muktamar ke10 ABIM, bertajuk Membina Generasi—Satu Gagasan.

Antara lain Anwar mengecam politik PAS dan politik pemerintah (UMNO) seperti berikut: "Istilah-istilah perpaduan umat, jihad, persaudaraan, persamaan dan keadilan merupakan slogan kosong untuk mengisi perbendaharan kata dalam rumusan, manifesto dan perisytiharan. Perkembangan mulai melahirkan kekecewaan di kalangan rakyat dan tambah mengukuhkan cemuhan umum terhadap politik sebagai permainan kotor dan pemerintahan mungkin merupakan "uncharismatic low-morale proffesion".

source :  agendadaily


Media Barat mula hentam Anwar...

anwar-sivaji513Sekiranya Rudyard Kipling masih hidup, penulis British lahir dan dibesarkan di India dan menghabiskan sebahagian usia lanjutnya di England itu mungkin akan menulis sebuah lagi puisi sebagai lanjutan kepada puisi asal beliau berbunyi: “Oh, East is East, and West is West, and never the twain shall meet…”

Kipling mungkin memahami pertembungan budaya Timur-Barat, namun sekadar tidak menyedari bagaimana Barat cuba memaksa Timur menurut acuan mereka, setidak-tidaknya dalam percaturan di antara kedua-dua bahagian muka bumi ini.

Justeru, dicelah-celah hipokrasi media Barat, ada mata dari sudut bertentangan. Maksudnya dipercayai dulu kini bukan lagi tidak dipercayai, tetapi dipersembahkan dalam perspektif berbeza dan berlawanan.

Inilah yang berlaku kepada majalah The Economist yang diterbitkan di England mengenai seorang tokoh dipersiapkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Menurut percaturan dan atas sebab yang hanya diketahui mereka, Anwar Ibrahim adalah tokoh paling berkarisma dan layak. Malah ketika itu media Barat menggambarkan tanpa Anwar Malaysia tak mungkin dapat ditadbirkan dengan sepatutnya.

Sejak sebelum 1998, sebelum dipecat dari Umno dan disingkir dari kerajaan sehingga dibebaskan dari penjara kerana Anwar adalah buah hati Barat.

Barat nampaknya berjaya memerangkap pemimpin macam Anwar, Muammar Ghadafi, Aung San Su Kyi dan puluhan lain yang dipilih dan dididik serta diberi pendedahan sebagai wakil dalam melaksanakan agenda tertentu untuk kepentingan mereka.

Tokoh politik seperti ini dianggap sebagai Kuda Trojan atau ciptaan Barat sebagai persiapan meneruskan penjajahan baru.

Tidak berpuas hati dengan penyingkiran Anwar seolah-olah beliau adalah proksi Barat, kalau tidak di seluruh Nusantara sekalipun setidak-tidaknya di Malaysia, dia dilihat pula sebagai tokoh reformis oleh Amerika Syarikat di era Al Gore sebagai Naib Presidennya.

Sejak kenyataan Al Gore yang menyokong kumpulan reformasi diketuai Anwar untuk menentang kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamed, semacam ada satu pakatan bagi menjadikan Anwar idola . Anwar dijaja di Barat sebagai suara keadilan dan tokoh baru bagi Malaysia.

Semasa dalam tahanan, media Barat menyiarkan rencana dan analisis termasuk siaran surat Anwar dari penjara. Imej Malaysia dan populariti Dr Mahathir merudum serta Perdana Menteri ke-4 itu menjadi tokoh paling dibenci oleh Barat.

Tapi kini nampaknya segala sokongan Barat terhadap Anwar sudah menampakkan petanda akan segera berakhir.

Sebuah tulisan dalam majalah The Economist jika dilihat dari sudut bertentangan, meletakkan tokoh utama pembangkang itu sebagai calon tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Selain diberi tafsiran reputasi tidak baik, Anwar digambarkan sebagai “seems a distant and untrustworthy figure to many younger Malaysian.” Maknanya Anwar kini kurang dipercayai oleh golongan muda.

Majalah itu juga berpendapat Anwar “has failed to nuture a new generation of opposition leaders,” atau gagal mempersiapkan generasi baru pemimpin pembangkang, khususnya dalam PKR.

Anwar dibidas kerana membenar PKR ditadbir ahli keluarga serta parti itu pula mempunyai banyak masalah dalaman dan perebutan kuasa. Bukankah ada ramalan seandainya Anwar tidak dapat menjadi perdana menteri, anak gadisnya (Puteri Reformasi) mungkin dipilih sebagai penggantinya—sekadar buat sementara sehingga Anwar bebas dari penjara.

Anwar dulunya relevan kepada Barat kini menjadi tidak relevan—mengikut majalah berkenaan.
Bagi pengikut Anwar, pendapat Economist itu bukan mencerminkan persepsi Barat secara keseluruhan. Anwar masih relevan dan bakal menjadi perdana menteri menggantikan Datuk Seri Najib Razak.

Dalam mempertahankan Anwar, pengikutnya terlupa apa diperkatakan the Economist telah lama disedari rakyat negara ini. Sebahagian besar pemimpin pembuat dasar PKR kini adalah muka baru yang langsung tiada pengalaman zaman reformasi. PKR kini lebih dikuasai Azmin Ali sebagai timbalan presiden dan alat mempertahankan Anwar.

Barat bukan bodoh macam disangka banyak pihak. Kesetiaannya pada satu atau dua orang dicipta sebagai “wakil” mereka ada tempoh lupus. Ia juga bukan copyright pihak tertentu untuk berada di bawah mereka.

Kita lihat perkembangan ini sebagai merugikan Anwar, kita harus mengambil sikap berhati-hati terhadap apa disogokkan media Barat mengenai politik dan tokoh politik Malaysia. Barangkali hari ini, Barat menaja Anwar yang selama ini sudah menemui keserasian dengan pemimpin Malaysia kini, justeru pemimpin pembangkang itu kini sudah tidak lagi relevan dan berguna untuk agenda mereka.

Tapi apakah ini untuk selama-lamanya dan apakah agenda Barat sebenarnya?

source : agendadaily

Wednesday 11 January 2012

MAHKAMAH ALLAH MAHKAMAH RAKYAT

MAHKAMAH ALLAH MAHKAMAH RAKYAT


(Didunia mungkin terlepas, di akhirat tetap akan dibalas)
Salam 2 all.
Mungkin ramai yang terkedu dengan keputusan YA Hakim Datuk Zabidin Mat Diah pagi tadi yang melepaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat Saiful. Dengan membaca keputusan sebanyak 3 perenggan, dalam masa tak sampai berapa minit, kes yang mengambil masa lebih 3 tahun untuk dibicarakan, dengan lebih 50 kali penangguhan akhirnya tiba ke penghujungnya.

Pelbagai teori, andaian dan spekulasi muncul didunia cyber; dengan masing-masing pihak membuat rumusan masing-masing.

Bagi yang pro-Anwar dan kaum Anwarinas, mereka meraikan keputusan itu sebagai bukti “Imam Mahdi” mereka tidak bersalah! Tidak pulak terdengar maki hamun mereka Langsung tidak kedengaran tohmahan Hakim “sudah dicucuk hidongnya”. Zikir harian mereka bahawa Mahkamah kena beli juga langsung tidak kedengaran yop! Semua puji belaka! Malah mereka berikrar akan adakan lalakan seluruh negara untuk “membersihkan” manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini!

Bagi yang anti-Anwar, anti kaum Seks Bebas LBGT, ada yang mendakwa ada yang tidak kena dengan keputusan Mahkamah ini! Malah ada yang mendesak supaya Peguam Negara dan seluruh pasukannya letak jawatan serta-merta!

Sebab itulah Saidina Ali berpesan, jangan sesekali kamu membuat keputusan atau mengambil tindakan dalam keadaan marah, emosional! Sebab dalam keadaan itu, pembuat keputusan sebenarnya ialah syaitan & iblis.

Sebab itu sebaik menerima keputusan, pertama sekali teman cuba mendapat pengesahan apa sebenarnya yang diputuskan oleh YA Hakim! Setelah mendapat fakta sebenar, teman mengambil wudhu dan beristikharah. Kemudian teman baca balik rekod perbicaraan kes saperti yang dilapur media dari mula lagi, ditambah dengan beberapa fakta yang teman sendiri tahu, dan juga synopsis kedua-dua kes yang teman buat sebagai peguam melibatkan Anwar terdahulu!

Setelah pekena kopi Baling secawan, menghirup udara segar disini, memohon ALLAH menjauhkan dan membuang segala sifat mazmumah yang ada, dan berdoa kepada ALLAH memberikan petunjuk, barulah teman mula menaip komen ini.


PEMBOHONGAN & PUTARBELIT TERBUKTI!
Pertama, keputusan YA Hakim Datuk Zabidin membuktikan bahawa segala tohmahan, fitnah dan putarbelit pembangkang, kaum Anwarinas dan Koonyet:2 adalah pembohongan semata-mata! Iaitu mereka membuat tohmahan, fitnah dan putarbelit kononnya pertuduhan meliwat Saiful Bukhori Azlan oleh Anwar adalah konspirasi jahat Dato’ Sri Najib dan Kerajaan Persekutuan! Itulah gendang dan kompang yang dipalu oleh kaum Koonyet:2 dan kaum Anwarinas siang dan malam, pagi dan petang!

Kalau benar saperti tohmahan, fitnah dan pembohongan kaum Anwarinas dan Koonyet:2 bahawa ini semua satu konspirasi, sudah tentu Mahkamah bukan sahaja akan mensabitkan kesalahan meliwat Saiful terhadap Anwar, malah akan menghukum dia dengan hukuman penjara yang lama!

Tetapi itu tidak berlaku! Malahan YA Hakim membuat keputusan kehakiman melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat stafnya Saiful. Walaupun teman agak kehairanan kerana keputusan sepanjang tiga perenggan itu hanya mengambil beberapa minit untuk dibaca, tanpa alasan penghakiman yang panjang lebar mengupas segala isu yang berbangkit; namun yang jelasnya tiada sebarang konspirasi atau perancangan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan, apatah lagi YAB PM untuk mensabitkan Anwar dengan tuduhan meliwat stafnya Saiful!

Malahan, selepas keputusan kehakiman diumumkan dan Anwar dilepaskan, langsung tidak kedengaran tohmahan, fitnah dan pembohongan mengenai konspirasi itu oleh kaum kaum pembangkang, kaum Anwarinas mahupun Koonyet:2! Sebaliknya pujian melangit diberi kepada sistem kehakiman yang menjadi sasaran fitnah dan tohmahan mereka selama ini! Mahkamah yang adil, permulaan kepada harapan baru, kehakiman yang murni, dan macam-macam lagi pujian yang pasti akan memeranjatkan beruk di Zoo Negara kalau disebut oleh pembangkang sebelum daripada ini!

Cuba mike bayang kalau Mahkamah sabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat Saiful. Mike boleh bayang sendiri apa kaum Anwarinas dan Koonyet:2 akan melalak? Pergh..Hakim dah kena beli lah, Mahkamah sundal lah, Hakim pilih masuk neraka lah, akan keluarlah segala macam patwa tok lebai dan ostad mengharamkan Hakim daripada mencium bau syurga, akan berkati-katilah maki hamun sumpah seranah terhadap Dato’ Sri Najib, Datin Sri Rosmah dan lain-lain!

Ni namanya politik dualam yop: kalau kena batang hidung sendiri lain hukum, kalau kena batang hidung musuh dema lain pulak hukumnya yop! Dalam bahasa mat rempit, perangai ni dipanggil cakap tak serupa bikin, dalam bahasa omputeh dipanggil hipokrit, dalam bahasa syara’ dipanggil..eh, mike tau sendirilah yop..berkembar dengan Abdullah bin Ubay ler!

Kalau ikut teori konspirasi kaum Anwarinas dan Koonyet:2, yang berkali-kali mempersoalkan kredibiliti dan kewibawaan Mahkamah, maka keputusan Hakim hari ini tidak boleh diterima lah yop? Bukankah itu yang mereka lalakkan selama ini! Cuba bayang apa dema kata kalau kita kata keputusan Mahkamah tidak boleh diterima, kita tolak keputusan itu. Pasti mereka akan melalak memaki hamun kita dengan pelbagai label dan tuduhan!

Dan kalau ikut teori kaum Anwarinas bahawa pertuduhan liwat dan perbicaraan di Mahkamah adalah konspirasi Dato' Sri Najib, maka selayaknya mereka semua beratur panjang diluar Seri Perdana di Putrajaya untuk berjumpa, bersalam dan mencium tangan dan kaki Dato' Sri Najib kerana berkonspirasi dengan YA Hakim Datuk Zabidin Mat Diah untuk membebaskan Imam Mahdi dema daripada kes meliwat stafnya Saiful Bukhori! Tak macam tu sepatutnya yop?!

Apapun, keputusan Mahkamah adalah bukti jelas betapa Mahkamah dan Hakim-Hakim di Malaysia ini sebenarnya bukan sahaja bebas, malah mempunyai kredibiliti, integriti dan kewibawaan untu melaksanakan sistem kehakiman dan keadilan yang bukan sahaja mematuhi standard piawaian dunia, malah memenuhi kehendak keadilan sejagat!


LIWAT PAKSA LIWAT RELA?
Kedua, perlu diingatkan bahawa aduan yang dibuat oleh Saiful dan pertuduhan yang dikemukakan oleh Pendakwaraya terhadap Anwar dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan ialah melakukan liwat melalui “dubur” terhadap stafnya Saiful Bukhori secara paksa!

Maka Pendakwaraya mesti membuktikan tanpa sebarang keraguan elemen-elemen berikut:
  1. mesti ada kemasukan kedalam dubur;
  2. kemasukan itu secara paksa tanpa kerelaan.

Secara peribadi, teman cukop yakin beban pembuktian elemen pertama telah berjaya dibuktikan! Iaitu berlaku kemasukan oleh Anwar kedalam dubur Saiful (penetration of the anus). Ini dibuktikan dengan adanya sampel airmani yang disahkan milik Anwar yang ditemui didalam dubur Saiful. Bermakna dari segi perlakuan, kegiatan “liwat” mungkin sudah berlaku.
Cuma pembuktian elemen kedua dikatakan menimbulkan keraguan Sebab itulah Karpal Singh membangkitkan isu samada Saiful dipaksa? Sedangkan kata Karpal Saiful pergi sendiri ke kondominium itu, dia membawa bersamanya pelincir KY Jelly, dia mempunyai peluang untuk lari keluar tetapi tidak berbuat sedemikian, dia tidak menjerit atau meminta pertolongan, dia boleh duduk minum kopi bersama Anwar selepas adengan liwat itu, dia tidak terus pergi buat repot polis, dia masih hadir pertemuan bersama Anwar selepas itu; dan lain-lain faktor yang Karpal dakwa tidak membuktikan ujudnya elemen paksaan atau tanpa rela!
Sebab itu ada yang menegaskan bahawa pembuktian yang dikemukakan sekadar membuktikan kegiatan liwat atas dasar suka sama suka antara Anwar dengan Saiful, tetapi tidak ada unsur paksaan atau tanpa kerelaan! Pendek cerita, tidak ada bukti Anwar ‘merogol’ Saiful!
Ini sinonim dengan keputusan Mahkamah Persekutuan tahun 2004 semasa membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat pemandunya Azizan Abu Bakar, bila Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa “walaupun kami mempercayai berlaku kegiatan liwat ini, namun bukti mengikut kehendak Akta Keterangan tidak cukup untuk mensabitkan Anwar dengan kesalahan jenayah meliwat dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan!”.
Apa maksud semua ini? Ini bermakna walaupun terlepas dari segi kehakiman dan perundangan, tetapi dari segi moral, etika dan politik; akhlak dan moral Anwar Ibrahim sangatlah diragui untuk melayakkan dia menduduki kerusi kepimpinan pembangkang, apatah lagi menjadi calon bakal Perdana Menteri untuk negara umat Islam Malaysia ini!
Dan itulah pendirian YB Datuk Dr. Hasan Ali semasa menegaskan bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin pembangkang, apatah lagi menjadi calon Perdana Menteri. Kerana kata Dr. Hasan Ali, Anwar mempunyai masalah akhlak dan moral yang serius. Sehingga Dr. Hasan Ali membuat keputusan tidak akan pergi menyertai himpunan untuk mendengar keputusan kes peribadi Anwar hari ini!
Apapun, teman mencadangkan kepada Pendakwaraya supaya membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan untuk mendapat kepastian legal samada kesemua elemen yang diperlukan untuk membuktikan pertuduhan dibawah Seksyen 377B yang dikemukakan itu sudah dipenuhi. Lagipun pihak Pendakwaraya berhak membuat rayuan. Dan teman cukop yakin rakyat pasti mahukan rayuan dikemukakan, agar proses kehakiman dan keadilan dapat dilaksanakan secara baik.
Dan sekarang peluang terbaik untuk Anwar memberikan sampel darahnya kepada pihak berkuasa termasuk Mahkamah untuk mendapat ujian DNA perbandingan dengan DNA Lelaki-Y yang ditemui dalam dubur Saiful. Anwar tidak sepatutnya lagi berdolak dalik, hadapilah kebenaran. Berikan rakyat hak untuk mendapat tahu kebenaran.

Teman cabar Anwar supaya bersikap saperti anak jantan, dan serahkan sampel darahnya untuk ujian DNA!

MAHKAMAH ALLAH & SUMPAH LA’NAT
Ketiga, memandangkan Mahkamah manusia sudahpun membuat keputusan, maka sudah tiba masa Anwar berani berhadap dengan Mahkamah ALLAH pulak yop! Apa maksud Mahkamah ALLAH?
Maksudnya ialah Anwar dan Saiful patut menyerahkan hakikat kebenaran aduan kes Anwar meliwat Saiful ini kepada ketentuan Ilahi!
Saiful sudah berbuat sedemikian dari awal lagi. Setelah mantan Mufti Perlis Dr. Asri Zainul Abidin memberikan nasihat kepada kedua-dua Saiful & Anwar supaya membuat sumpah mubahalah, maka Saiful tanpa sedikit pun keraguan terus mengangkat sumpah “Wallahi, Watallahi, Wabillahi, saya Saiful Bukhori Azlan dengan ini bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Anwar Ibrahim dengan memasukkan zakarnya kedalam dubur saya. Jika saya berdusta, maka la’nat ALLAH akan turun keatas saya dan keluarga saya”.
Maka teman cabar Anwar supaya berbekalkan keputusan Mahkamah sivil itu, dia sepatutnya tidak lagi berdolak-dalik untuk melakukan sumpah mubahalah saperti yang dinasihatkan oleh Dr. Asri itu.
Malah teman mencabar Anwar, berserta dengan Saiful, mengadakan solat hajat perdana bersama ribuan jemaah lain untuk memohon petunjuk dan hidayah daripada ALLAH, menadah tangan bersama-sama supaya ALLAH menunjukkan diantara Anwar dan Saiful; siapa yang benar, siapa yang salah dan berbohong. Dan kepada yang bersalah dan berbohong itu, diminta ALLAH menurunkan la’nat kepadanya!

Doanya mudah, iaitu tuan Imam hendaklah berdoa lebihkurang saperti berikut:
“Ya ALLAH ya Rahman, kami datang kepada Mu Ya ALLAH, dengan segala kelemahan, kerendahan diri dan kekerdilan kami, kejahilan dan kebodohan kami, kami memohon kepada Mu Ya ALLAH supaya memberikan petunjuk dan hidayah kepada kami tentang permasalahan aduan yang dibuat oleh Mohd. Saiful Bukhori Azlan, yang mengadu dia diliwat oleh Anwar Bin Ibrahim, dengan memasukkan zakarnya kedalam dubur Saiful; walhal Anwar Bin Ibrahim menafikan dia ada berbuat sedemikian!
Maka dengan kebesaran nama mu Ya ALLAH, dengan lafaz Wallahi, Watallahi, Wabillahi, kami , termasuk Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhori, memohon petunjuk dan hidayah daripada Mu, tunjukkanlah kepada kami, didunia ini, dengan seberapa segera mengikut ketentuan masa Mu Ya ALLAH, siapa diantara Saiful & Anwar ini yang bercakap bohong Ya ALLAH!
Dan kami memohon kepada Mu Ya ALLAH, berilah petunjuk dan hidayah Mu itu dengan menurunkan la’nat dan bala kepada penama yang berbohong tersebut; dengan cara la’nat dan bala yang bersesuaian mengikut kehendak dan ketetapan Mu, agar jelas kepada kami siapa yang berbohong diantara keduanya. Ameen Ya Robbal ‘alamin”.
Syaratnya kedua-dua Saiful dan Anwar mesti hadir dalam solat hajat perdana tersebut. Siapa sahaja yang berkelayakan boleh menjadi Imam dan membacakan doa tersebut. Samada Tok Guru Nik Aziz, Haji Hadi Awang, Tan Sri Harussani Zakaria, Dr. Asri Zainul Abidin atau mana-mana individu lain yang difikirkan layak dan sesuai.
Selepas mengadakan solat hajat dan memohon doa saperti diatas, maka kita serahkanlah kepada ALLAH untuk memberikan ketentuan dan taqdir Nya, insya ALLAH!
Kepada Anwar, bersujud syukurlah kerana ALLAH masih memberi mike peluang kedua. Second chance! Bertaubatlah, dan kembalilah kepada kehidupan Islam berdasarkan Al Quran & Sunnah! Tinggalkanlah perjuangan peribadi untuk memuaskan nafsu mike nak menjadi Perdana Menteri. Mike memang sudah tidak layak memimpin negara umat Islam ini. Gunakanlah kesempatan masa yang ada ini untuk bermuhasabah dan membuat persediaan ke alam kepastian: alam mati! Mike pun sudah berada di umur “subsidi”, umur yang Rasulullah saw sebut sudah layak masuk pencalonan ahli barzakh, umur yang pepatah Melayu sebut “rumah kata pergi, kubor kata mari”. Sudah-sudahlah tu, pergunakan peluang dan ruang yang ALLAH beri sebaiknya!
Kepada Saiful, ketewasan didunia bukan bermakna kegagalan selama-lamanya. Jangan lupa, pembalasan diakhirat menunggu mereka yang menzalimi dan menganiaya mike. Kesabaran itu kunci ketenangan. Perbanyakkan doa dan munajat kepada ALLAH Yang Maha Esa, pohonlah kekuatan dan petunjuk kebenaran kepada Nya. Ingat pesan Rasulullah saw, tidak ada hijab dengan ALLAH untuk doa orang yang dizalimi. Berdoalah, kerana doa itu senjata orang muqmin!
Kepada rakyat Malaysia, walaupun Mahkamah perundangan sudah membuat keputusan, namun Mahkamah Rakyat juga punya kuasa yang tersendiri. Masih belum terlewat untuk Mahkamah Rakyat membuat keputusan dan menghukum si durjana. Gunakanlah kuasa itu sebaiknya. Kembalikanlah maruah dan harga diri rakyat dan negara ini! Lakukanlah yang ma'ruf, cegahlah kemungkaran! Pastikan si durjana dihukum sebaiknya dalam Pilihanraya Umum Ke 13 akan datang. Suara rakyat suara keramat. Hak rakyat hak yang tidak boleh digugat! Satu undi penentu masadepan agama, bangsa dan tanahair tercinta ini!
Dan kepada rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian, keputusan Mahkamah ini sebenarnya membuktikan bahawa Kerajaan Malaysia dibawah kepimpina YAB Dato' Sri Najib adalah Kerajaan anak jantan. Kerana ini adalah Kerajaan yang tidak mahu "berperang" dengan pembangkang didalam PRU 13 dengan Imam Mahdi pembangkang didalam penjara! Malah Anwar dan juak-juaknya kaum Anwarinas & Koonyet:2 diberi ruang dan peluang seluas-luasnya untuk berkempen dan berceramah sampai 'pecah kerongkong'! Jangan ada yang menggatal nak kata hak demokrasi mereka dicabul, sebab sang pencabul pun diberi ruang dan peluang berdemokrasi!
Cuma malangnya slogan mereka ialah DemoKrazy4DemoKerusi!

Adios amigos, grasias senor!
Wallahualam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
15 Safar 1433
09 Januari 2012

Saturday 7 January 2012

Safwan Anang Berbohong? - Keterangan Dari Doktor Yang Dirahsiakan Identiti

Safwan Anang Berbohong? - Keterangan Dari Doktor Yang Dirahsiakan Identiti



Pihak kami telah menerima e-mail daripada seseorang yang terpaksa kami rahsiakan identitinya atas sebab-sebab perundangan. Namun, apa yang penting, pihak kami telah memetik sebahagian daripada kandungan e-mail tersebut yang dipercayai sebahagian daripada laporan perubatan Hospital Tanjung Malim untuk Safwan Anang dan Ammar. Tambahan lagi, kami mendapat tahu pihak peguam Safwan Anang masih belum menerima laporan perubatan anak guam beliau.
Muhamad safwan anang was brought to hospital slim river following the allaged scuffle with the police during demostration at UPSI. He claimed sustaining loss of conciousness (LOC) during that event. He however, was fully concious upon arrival at Hospital Slim River.
> Physical Examination showed that he sustained small abrasion over his lower inner lips and soft tissues injury over his chest. . Chest x-ray did not show any rib fractures or pneumothorax.
There was no internal injury. He had an old cheekbone fracture. During his hospital stay for more than 24 hours, he was very stable, he can talk, can eat normally,he did not exhibit any symtoms or signs of head injury and was discharged home this afternoon.
> Allegation that he was punched twice on the face,kicked on his chest was baseless as there were no evidence of such pattern of injuries. However, such pattern of injuries as sustained by him may be contributed to fall and can occur during scuffling.
> The news that he comatose or had life threatening injury as a result of the schuffled was a total lie. If somebody comatose, he definetely will not be left on the streacher alone and addmitted to the general ward. If he comatose, he will require assisted ventilation to support his breathing and placed in the intensive care unit. Furthermore, he will not be discharged the next day.
> The other guy (Ammar) sustained linear laceration above the nasal bridge and required suturing to close his wound.This pattern of injury consistent with the injury caused by sharp objects. No evidence that he was punched or injury caused by blunt objects. He received outpatient treatment and was subsequently discharged home.
Kesimpulan daripada "laporan perubatan" tersebut yang CTS simpulkan:

1. Safwan Anang berada dalam kedaan sedar ketika tiba di Hospital Tanjung Malim.
 
2. Tiada kecederaan seperti dipukul dan ditumbuk pada tubuh Safwan Anang. Hanyalah kesan lebam akibat pergelutan. (ketika mengelak diri dari ditangkap?)
 
3. Kesan luka Ammar disebabkan objek tajam. (Apakah disebabkan oleh kaca pintu Klinik yang pecah akibat pencerobohan oleh mereka?)
 
source : cucu tok selampit

Sunday 1 January 2012

RPK: “Anwar may become irrelevant” / Excerpts of exclusive interview with Raja Petra / Persepsi politik (terhadap Pakatan dan Anwar) sudah berubah - Raja Petra Kamarudin

RPK: “Anwar may become irrelevant”


Watch RPK interview here (click to watch)

ASSESSMENT: Raja Petra faulted Anwar both for his ineptitude in improving the economy of the PKR-led Selangor state and for turning his latest sodomy trial, bogged down by prolonged delays, into a political circus.

 

 

SINGAPORE: Raja Petra Kamarudin has said Datuk Seri Anwar Ibrahim, who is fighting his latest sodomy charge, will be politically irrelevant and fade into oblivion if the opposition failed to take over Putrajaya in the coming general election.


With the opposition coalition “in a mess” due to infighting, and Anwar’s inability to hold a firm grip on PKR’s “crown jewel” of Selangor, the chances of Pakatan Rakyat winning power will be at stake, said Raja Petra, once a staunch supporter of Anwar.

“Like an Elvis Presley song, It’s Now or Never. But the question is can it be now?” the UK-born Selangor prince, now living in exile in Manchester, told the New Sunday Times in a rare interview.

Raja Petra, 61, has been a long-time supporter of the opposition and was instrumental in the first campaign to free Anwar from jail 11 years ago. Both have since fallen out.

Raja Petra had disappeared after two arrest warrants were issued against him for failing to attend court hearings in April and May, 2009. He had claimed to be in a self-imposed exile.

In the wide-ranging interview, he also gave a frank assessment of the government’s transformation programme spearheaded by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, the current state of the Pakatan coalition and the emerging role of the so-called “third force” in the Malaysian electoral system.

In the two-hour interview at a hotel suite in Singapore, he launched a scathing attack on Anwar, whom he spent years fighting for his freedom from his jail sentence following his earlier corruption and sodomy convictions.

He faulted Anwar both for turning his latest sodomy trial, bogged down by prolonged delays, into a political circus and for his inability to improve the economy of the PKR-led Selangor state, raising question marks over his leadership. (Anwar is the economic adviser to the Selangor government).

The sodomy trial has taken a very long time and the verdict is not due until Jan 9.

“There were like 50-60 postponements during the trial,” Raja Petra noted.
He said the most important thing was not whether Anwar would be found guilty or otherwise.

“To me the issue of Anwar is not whether he is or not guilty with sodomy. The issue is whether he is the best person to run the country. Can he run the country?

Now you might be the most God-fearing man on earth, you can be absolutely clean. But if you cannot run the country, you cannot run the country,” Raja Petra said.

Likewise, Anwar has also not seen much success in Selangor: “What's your advice? In the last three years since you been economic adviser, you've gone overseas 60 times in mere three years. Shouldn’t you be staying home running the state? Running the party? Running the coalition?…The coalition is in a mess.

People are fighting with each other,” Raja Petra said.

“He seems to be running away.”

Raja Petra warned opposition supporters against turning the fight for justice into a struggle for Anwar.

"Even when Mandela went to jail for 27 years, there was no campaign to free Mandela. Even though there were groups, the Free Mandela Group. It was a campaign to end apartheid,” he said. “I am sure Mandela is a much bigger figure than Anwar by far, in terms of historical importance.”

Raja Petra said Anwar’s leadership of Pakatan was out of political expedience. “Pakatan will back Anwar as long as they still harbour hopes of forming the next federal government. But if come the next election, and if Pakatan fails to form the next federal government, Pakatan has no use for Anwar anymore, especially Pas and DAP.”

Raja Petra also said both sides of the political divide would have to work hard to win the sizeable “floating voters” in the coming election.

“There’s this group which is actually floating and this is a big group. This is 30 to 40 per cent. They are prepared to swing either way. At the moment, a lot of them will still give Pakatan the benefit of the doubt. But also a lot of them are beginning to lose confidence with Pakatan.

“At worst, if they are not prepared to give Barisan the confidence, yet not prepared to give Pakatan the benefit of the doubt, they will abstain from voting.

He said the Egypt-style people’s revolution was not an answer for Malaysia due to the delicate racial balance.

“They (Chinese voters) don’t want Tahrir Square type of change. But if then you merely embark on evolutionary changes, small changes. I think it's time Najib grabs the bull by the horns and call a spade a spade.”

He said Umno, the backbone of Barisan Nasional, too needs an internal transformation. “Najib must be prepared not only to take a knife but take a chainsaw and cut whatever needs to be cut.”

Raja Petra Kamarudin


Source : nst

Excerpts of exclusive interview with Raja Petra

The following are excerpts of an exclusive interview with Raja Petra Kamarudin held recently. The editor of the Malaysia Today news portal, who is in exile in the United Kingdom, sat down with the New Sunday Times at a hotel suite in
Singapore for over two hours to discuss Malaysian politics.

Looking fresh after his holiday in Phuket, the Selangor prince spoke among others about his former ally Datuk Seri Anwar Ibrahim, the opposition front and the Najib administration.

Click to watch RPK interview

 

On Anwar and his sodomy trial

Question: They talk about rule of law, but when the court does not rule in their favour, they will say there is no independent judiciary. We know there's one verdict coming out on Jan 9. What is your comment?

Answer: Well I think we have a bigger fish to fry. This agenda for change... the perjuangan cannot be about per sonalities. Now, we should not reduce this perjuangan into a struggle for Anwar. Even Mandela went to jail for 27 years, there was not a campaign to free Mandela. Even though there were groups, the Free Mandela Group. It was a campaign to end apartheid. But not to free Mandela, as much as Mandela was a catalyst. And I am sure Mandela is a much bigger figure than Anwar by far, in terms of historical importance.

And what I worry is that we will be reducing the struggle into a struggle for Anwarista. And don’t forget Anwarista is a word that I invented back in 1999 . Anwarista is a movement for Anwar. We do not want an Anwarista. Now if Anwar goes to jail, and if he goes to jail as a political prisoner, that's another issue.

In Myanmar, it's about a political prisoner. It's about freeing a political prisoner. But Anwar is being put on trial not on political grounds but on criminal grounds.

Now the issue of Anwar whether he is or is not guilty of sodomy, whether Anwar was fixed up and is a victim of a sham trial and so on, that's another issue. But the point still remains whether he got a trial that he wanted.

Question: Sometimes people forget about the victim, which is Saiful.
Answer: Actually we are tired of this issue of sodomy. We want the whole thing over and done with. In fact we’re hoping the trial is completed instead of being dragged on.

Question: But he was the one who dragged it.
Answer: Yes, but the whole country gets dragged along. We don’t need this. The whole country's future cannot depend on one man.

On Anwar and the Selangor administration

Let’s talk about the jewel in the crown, of course Selangor. Now you look at Selangor.

Are there many drastic changes in Selangor?

The feedback I get from business people and this is the yardstick we use, corruption is the same, there is no reduction in corruption .

People still have to pay under the table to get things done, and that’s the most important thing we are fighting for, good governance.

So we fail on that score.

We complained to Anwar.

We told him people are not happy. The Selangor people are not happy and don’t assume you are going to retain Selangor.

There is a good chance Selangor will go back to Barisan because people are not happy, and Anwar's reply, and this was during a meeting, the trouble with Khalid is ego, tak mau dengar cakap. (refused to listen).

Cannot control him.

I said you appointed him as MB.

We are telling you Selangor is not performing. You are telling me you have a problem with him and the problem is he got an ego , he doesn’t listen. So what are you going to do about it? You created the monster. What are you going to do about it?

He appointed himself as economic advisor. What's your advice? In the last three years since you have been economic advisor, you've gone overseas 60 times. Sixty times overseas trips in a mere three years.

Shouldn’t you be staying home running the state? Running the party? Running the coali tion? The coalition is in a mess. People are fighting with each other.

What’s his comment?

No comment. Total silence.

We told him: stay home, run the state, run the party, coalition.


Will Anwar fade away?

Because it is politically expedient to support Anwar.

Because there's a possibility that we are going to form the next federal government.

But if we don't form the next federal government, then we have to wait another five years.

Anwar will become irrelevant very, very fast.

Can Pakatan form the next government and therefore continue with Anwar's relevancy?

It would depend on Sabah and Sarawak. You got 165 parliament seats in west Malaysia. Out of 165 parliament seats, how many can Pakatan win? 85? Say Pakatan wins 85, they grab the five MCA seats, grabbing 85 parliament seats in west Malaysia. And then Barisan only left with 80 seats, with 70 will be Umno. And only 10 for the others MCA, maybe MIC, zero, or Gerakan one.

So you have to go to Sabah and Sarawak, which has 57, including Labuan. Last election, Pakatan only won two. And 55 was with Barisan Nasional.

Here in west Malaysia, last election you won 80, and then won another two by-elections in Kuala Terengganu and Bukit Gantang. You add in by- elections you got 82. But you won 80 in west Malaysia. So from 80 to 85 by taking away the five MCA seats, OK lah. It’s a reasonable forecast. But you only won two in east Malaysia. 55 (seats) was won by Barisan.

How many you expect to increase?

 You need 30 from east Malaysia. So 30 plus here (west Malaysia) 85, you only got 115, which means you only get a three seat majority.

But if three people jump, you lose the government. So ideally, you need a 10 or 15 seat majority. Which means you need to try to get 35 seats from east Malaysia. Thirty-five plus this one, then you get 120. That's a comfortable margin. But how are you going to get 35 seats from east Malaysia? You only got two in the last election.

To jump from 80 to 85 is reasonable. But to jump from two to 35, that's a bit too far to jump.

To get 35 seats from east Malaysia, you must have a strong coalition.

What happened in the Sarawak state election recently? DAP did very well, but that's it. Because DAP only took the Chinese seats, but outside that...habis. They couldn't do it in a state election, what makes you think they can do it in the general election?

If you could have done it, you would have done it already. The fact that you weren't able to do it, means you can't do it. Sabah is in a mess. So I don’t see how from two seats, you are going to increase to 35 in east Malaysia. Maybe, you can increase it to 10. But 10 plus this, it's still 95.


Leadership transition within Pakatan

Anwar projects himself as a future leader only because Pakatan allows him to do so.

So why does Pakatan allow that to happen?

We are creating this impression , this fallacy that there is only one man that can lead the opposition.

DAP made a statement that even if Anwar goes to jail, they still support him.

Are you saying there is nobody else? The fault lies in DAP, Pas, and Anwar goes around talking about the party because he has got the party, who appears to accept him and only him as their leader.

And when people like (Datuk) Zaid Ibrahim comes along as an alternative, that there can be other people, they kill him off.

They won't accept. Anwar goes around the country talking and he's good when it comes to ceramah.

But is that a measure of his support? Many elections which I had gone around personally, by-elections even where the crowd is there, but how is it when it comes to the votes?

I have spoken to some people who were with him when he was in the government.

They have pointed out what he did.

And I asked him and they say, 'You know, Anwar has his shortcomings.'

Anwar has his skeletons in the closet.

Yet you support Pakatan.

Their answer is, 'What choice do we have.'

It all boils down to that. What choice do we have?

People support Anwar purely because they see him as the only alternative to what we have now.


Lessons from Egypt

Question: You and your people (in MCLM) are striving for all these changes in your own way. Don’t you think the current Barisan Nasional government is doing that in certain ways through evolution rather than revolution?

Answer: Yeah, We always say as we always hear about evolutionary change as opposed to revolutionary change . In some countries, evolutionary change has to be put aside in favour of revolutionary change.

Let’s be practical. In Malaysia, a revolutionary change cannot work because of the very delicate racial balance.

We can talk about it in Egypt because in Egypt everybody's Egyptian.

Every man on the street is Egyptian.

In Malaysia, not every man on the street is a Malay.

So this is more delicate. So I suppose for a country where it is not multiracial, or not delicately multiracially balanced, it is easier to achieve that kind of a militant way of changing.

They (Chinese voters) don’t want Tahrir Square type of change. But even then you merely embark on evolutionary changes...small changes.

I think it's time Najib grabs the bull by the horns, and call a spade a spade.

On cracks within the opposition

What they are doing?

In Penang, they are fighting: DAP versus DAP.

In Perak, they are fighting : DAP versus DAP.

In Selangor, they are fighting: PKR versus PKR. Pas versus Pas.

In Johor, they are fighting: PKR versus DAP.

In Sarawak, they are fighting.

No, we are not fighting Barisan, no.

We are fighting each other, You think the voters are going to love you for that?

In fact, the voters are now beginning to say: This time we go back to Barisan, forget about Pakatan.

That is my very honest....I am not supporting Barisan, I am not saying Barisan is the best government, but Pakatan has not shown it can be a better government.

That’s all, and I am not saying it. The voters are saying it. I am telling you what the voters are saying.

source : nst

Persepsi politik sudah berubah







SUDAH lama RAJA PETRA KAMARUDIN tidak muncul dalam media arus perdana. Tetapi begitupun namanya yang sering dikaitkan dengan reformasi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, masih terus popular.
Tulisannya yang selalu kontroversi dalam portal berita miliknya, Malaysia Today masih mempunyai ramai pengikut.

Walaupun kini tinggal dalam ‘buangan’ di Manchester, England tetapi Raja Petra masih dekat dengan Malaysia.

Banyak perkembangan politik di Malaysia diketahuinya. Malah dalam beberapa aspek beliau yang sudah tiga tahun keluar dari Malaysia merupakan pemainnya.

Dalam satu pertemuan eksklusif dengan wartawan Mingguan Malaysia, LUQMAN HAZIQ ABDULLAH dan jurugambar, RAJA JAAFAR ALI baru-baru ini, Raja Petra tetap sinikal kepada kerajaan dan pembangkang.

Penampilan Penggerak Gagasan Kebebasan Awam ini juga masih seperti dulu - seluar jeans, topi baretta dan baju T.

Dalam wawancara itu, beliau menegaskan bahawa Anwar kini bukan lagi pilihan bagi Malaysia.

Lelaki berfikiran liberal ini juga secara berterus-terang tidak kisah dengan gerakan homoseksual tetapi yang penting adalah kredibiliti dan integriti individu itu terutama jika mahu diangkat menjadi pemimpin.

Tidak ketinggalan beliau turut meramalkan pengundi yang menyokong pembangkang pada pilihan raya 2008, akan kembali kepada Barisan Nasional (BN).


Berikut adalah sedutan wawancara yang berlangsung di Singapura baru-baru ini.

MINGGUAN: Boleh ceritakan sedikit tentang Penggerak Gagasan Kebebasan Awam (MCLM)?
Raja Petra: Semasa kami wujudkan MCLM, ia diketuai oleh Datuk Zaid Ibrahim, Marina Mahathir, Malik Imtiaz, Ivy Joseph - aktivis sosial. Ia sebagai satu pergerakan bukan politik yang bertujuan untuk memperkenalkan Civil Liberties Society.

Ia amat kontroversi termasuk perkara berkaitan agama, kebebasan seksualiti dan diskriminasi masyarakat. Ia bertentangan dengan nilai-nilai agama, Islam dan juga Kristian tetapi kami tekankan supaya ia diasingkan daripada agama.

Kalau mahu memberi fokus kepada politik dan agama, sudah tentu banyak perkara dalam kebebasan awam tidak boleh dilayan.

Kami mahu bertindak sebagai gelombang ketiga. Tetapi persepsi terhadap gelombang ketiga dianggap ingin mewujudkan pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya.

Jadi, MCLM dilihat sebagai ingin menggugat peluang pembangkang untuk menubuhkan kerajaan.

Kalau itu pun perjuangan kami, apa yang ingin kami lakukan.

Jadi apa masalahnya? Adakah kerusi itu milik BN? Apabila Parlimen dibubarkan, sesiapa sahaja boleh bertanding asalkan dia layak. Pakatan bantah. Jika kami ingin bertanding, kami kena sertai parti mereka. Kami tak berminat untuk bertanding dan tak minat untuk sertai parti anda!

Okey, anda ingin bahagikan kek kepada dua. BN dan Pakatan, anda tak nak ada pihak ketiga terlibat.

Tetapi tengok kualiti calon. Adakah anda menyediakan calon yang baik? MCLM boleh mainkan peranan kecil dan kini memberi fokus kepada program pendidikan kepada orang lain, seperti kumpulan pendesak.

Apa yang kami beritahu pengundi ialah pilih calon dan lupakan tentang parti.

Sudah tentu pembangkang tidak suka dan saya juga yakin BN juga tidak suka. Kalau begitu, kami tidak akan sokong parti.

Pada 2008, pengundi berdasarkan Asal Bukan UMNO (ABU). Mereka tak kisah sama ada monyet atau keldai.

Apa yang mereka tahu bukan UMNO.

Pada pilihan raya akan datang, kami beritahu Anwar, keadaan itu tidak akan berlaku lagi. Tak ada ABU lagi. Ia menjurus kepada siapa yang bertanding. Kalau tidak suka calon, saya tak kisah dia daripada parti mana pun.

BN menerima perkara ini dan mereka tahu. Kalau letak salah calon, anda akan karam.

Tetapi Pakatan masih berfikiran begitu, selagi calon daripada Pas, DAP atau PKR, rakyat akan tutup mata dan pangkah mereka.

Saya rasa semua gerakan kebebasan awam bukan sahaja MCLM perlu diasingkan dan bersedia untuk kedua-dua pihak berhubung (engage). Kita tidak boleh emosi atau sentimental berkenaan parti politik.

Ia hanya landasan dan kita perlukan landasan itu.

Parti politik yang menawarkan perubahan, kita akan bantu mereka. Jika rakyat nak katakan kita pro pembangkang atau anti kerajaan, saya nak katakan, kita bukan macam itu. Bukan pro pembangkang atau anti kerajaan.

Kita sebagai penyokong perubahan dan anti-bad governance.

Kalau saya tak sokong Anwar, sepatutnya saya sokong Najib.

Tidak. Ia tidak begitu.

Falsafah seperti itu yang perlu kita pecahkan kerana kita perlu asingkan pembangkang daripada Anwar.

Saya boleh sokong pembangkang tanpa menyokong Anwar. Ia bukan satu dosa dan bukan jenayah pun kalau saya tak sokong Anwar.

Mereka akan kembali sokong kerajaan

Sejauh mana Najib akan mampu melakukan reformasinya. Saya tak tahu.

Adakah perubahan ini akan berjaya. Saya juga tak tahu dan hanya masa boleh menentukannya.

Najib dilihat bercakap perkara yang tepat. Sebelum ini pada 1999, 2004 mereka mengundi kerajaan tetapi pada 2008 mereka undi pembangkang.

Saya beritahu anda, pada pilihan raya akan datang, mereka akan kembali menyokong kerajaan.

Sekarang saya bercakap dengan pengundi pada 2008 yang mengikut pembangkang.

Mereka beritahu, pada pilihan raya akan datang mereka tidak akan lagi mengundi pembangkang kerana mereka tidak puas hati, kecewa dan tidak yakin dengan pembangkang.

Perkara ini yang berlaku. Kenapa saya harus risau dengan keadaan ini?

Pembangkang yang harus risau dengan keadaan ini.

Kenapa pembangkang begitu yakin untuk menubuhkan kerajaan? Hanya kerana ABU, kerana tak mahu UMNO?

Anda nak beritahu saya nak tubuh kerajaan atas dasar default (kegagalan).

Sekali kerana orang benci UMNO, anda berkuasa? Jangan lupa pada 1999, anda gunakan strategi sama , asal benci Mahathir, ketika itu Barisan Alternatif.

Tetapi apa yang berlaku pada 2004. Asal benci Mahathir, apa akan jadi apabila Mahathir bersara dan serah kuasa kepada Pak Lah.

Pada seminar di Melaka, kami bagi tahu bahawa jika anda guna strategi sama, ia tak akan berjaya.

Pada 2003, Mahathir serah kuasa kepada Pak Lah dan enam bulan kemudian pilihan raya 2004.

Keputusannya pembangkang kalah teruk. Prestasi paling teruk dialami pembangkang. Sejarah itu telah membuktikan.

Sekarang kami beritahu lagi perkara sama.

Asal benci UMNO, Asal bukan UMNO… kalau masih guna strategi sama, apa terjadi kalau rakyat tidak lagi membenci UMNO?

Kita tidak boleh menjalin hubungan dengan rakyat berdasarkan kebencian. Perkahwinan berdasarkan kebencian tidak akan kekal lama. Asas kepada perkahwinan yang kekal dan berpanjangan adalah berasaskan cinta.

Kalau pengundi tak cinta kepada kamu dan kalau mereka bersama kerana benci pihak yang satu lagi dan apabila perasaan benci mereka sudah tiada, tiada ada apa-apa lagi untuk kamu.

Itu sahaja.

Ia asas yang rapuh. Pembangkang tidak mahu mendengar.


Di Pulau Pinang mereka berbalah, DAP lawan DAP,
di Perak DAP lawan DAP,
di Selangor PKR lawan PKR, Pas lawan Pas.
Di Johor PKR lawan DAP, mereka bukan berlawan dengan BN tetapi berlawan sesama sendiri.

Anda rasa pengundi akan suka dan cinta kepada kamu. Malah pengundi beritahu saya bahawa mereka akan kembali kepada BN dan lupakan Pakatan.

Ahli perniagaan Cina di Selangor, mereka datang kepada saya. Mereka membincangkannya dan kata mereka : “Awak tahu Pet, kami masih kena bayar. Sebelum ini juga kami kena bayar di bawah meja semasa pentadbiran lalu, sekarang pun kami masih kena bayar. Jadi apa bezanya?

Kata mereka kepada saya: “Dulu awak yang suruh kami sokong pembangkang sedangkan sebelum ini kami sokong MCA dan BN. Sekarang saya kena bayaran RM2 juta.” Mana saya hendak letak muka.

Saya beritahu dia, saya tak tahu apa nak kata. Katanya lagi, pilihan raya akan datang, saya tak akan lagi undi Pakatan.

Semua kata mereka ini benar dan mereka ingin beri saya buktinya.

Saya tanya mereka, apa yang mereka hendak saya lakukan?

Mereka beri saya bukti itu dan saya siarkan di dalam Malaysia Today. Orang akan kata saya Trojan Horse. Orang akan kata saya sudah kena beli.

Saya beritahu mereka, saya boleh kritik Najib dan Rosmah Mansor (Datin Seri). Begitu juga dengan mengkritik Anwar, adakah ia satu jenayah?

Jika dia pemimpin, maka dia tidak terlepas daripada kritikan. Kenapa ada sacred cows (lembu suci).

Kini dah tiba ke tahap saya tak tahu lagi nak kata apa-apa. Tak tahu nak cakap dengan siapa. Kita tak boleh cakap dengan kerajaan. Kerajaan tak mahu bercakap dengan kita.

Arab Spring tak akan berlaku di Malaysia

Mungkinkah Arab Spring boleh menjadi Gelombang Malaysia?
Raja Petra: Kita selalu dengar tentang evolusi dan revolusi. Dalam negara tertentu perubahan evolusi perlu diketepikan demi revolusi. Kita harus bersikap praktikal.

Pendapat saya, perubahan revolusi tak akan berlaku kerana delicate racial balance.

Kita boleh bercakap tentang ini di Mesir kerana di sana semua mereka adalah orang Mesir. Setiap orang di jalanan adalah orang Mesir.

Di Malaysia bukan semua orang di jalanan adalah orang Melayu.

Keadaan ini lebih delicate.

Jadi saya kira negara yang tidak berbilang kaum adalah lebih mudah untuk kita capai perubahan yang lebih militan.

Tapi jika anda bercakap tentang evolusi, selepas pasca revolusi, saya tahu ramai yang bercakap dengan saya bahawa mereka takut berlaku huru-hara.

Mereka takut pertumpahan darah.

Mereka tidak mahu perubahan seperti ‘Tahrir Square’.

Mereka nyatakan dengan jelas. Tetapi jika kita hendak bermula dengan perubahan evolusi seperti kata anda tadi, perubahan kecil, maka saya rasa inilah masanya.

Ia tak akan berlaku melainkan masyarakat yang mulakan.

Ia tak akan berlaku jika ahli politik ingin melakukannya.

Tunjukkan saya satu revolusi yang dimulai oleh ahli politik.

Tak ada.

Sejarah revolusi semuanya dimulakan oleh rakyat.

Ahli politik hanya rampas revolusi ini.

Saya tahu kerana saya mengikuti kursus age of revolution, di Oxford. Daripada revolusi Perancis sehingga ke Perang Dunia Pertama. Revolusi itu dicetuskan oleh rakyat dan kebanyakan revolusi ini dimulakan sebab rakyat kelaparan.

Leon Trotsky dan Vladimir Ilyich Lenin tiada di dalam negara, mereka dalam buangan seperti saya di Manchester. Apabila askar tak dibayar gaji, mereka marah dan keluar memulakan revolusi. Trotsky dan Lenin kembali dan jadi pemimpin revolusi di negara mereka.

Kalau Anwar terfikir untuk mulakan satu revolusi tanpa kami, masyarakat madani, mari kita lihat sejauh mana usahanya.

Ia tak akan berlaku.

Transformasi kerajaan

Najib serius mahukan perubahan, maka Najib perlu grab the bull by the horns .

Dr. Mohamad Khir Toyo sudah pun disabitkan kesalahan. Selepas ini kita nak tahu sama ada dia akan dijel atau tidak. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi kepada pemimpin BN yang lain.

Tapi jika Najib berharap untuk mencapainya dari segi cosmetic window dressing sahaja, maka rakyat tidak akan mudah menerimanya.

Anda kena faham lebih 60 peratus rakyat Malaysia melayari Internet. Sekarang kanak-kanak sembilan, 10 tahun sudah ada Facebook. Mereka menggunakan Blackberry, IPhone. Mereka jauh lebih pintar daripada zaman kita dahulu.

Bagaimana hendak menipu generasi ini? Mereka well informed. Bagaimana kita hendak memperbodohkan generasi ini hanya dengan perubahan kosmetik.

Tidak, perubahan ini semua kena nyata dan drastik.

Soalnya sekarang, adakah Najib berikan kita perubahan itu?

Berapa cepat dan setakat mana?

Anda tahu hal-hal kecil tadi tidak akan berjaya.

Rakyat semakin tidak sabar dan masih ramai lagi rakyat yang bersedia untuk mengundi pembangkang sebab mereka tiada keyakinan bahawa BN akan berubah.

Jika anda mahu rakyat undi BN, tak perlu cakap tentangnya tapi anda perlu lakukan dan tunjukkan. Ada satu kumpulan yang akan mengundi pembangkang, tanpa mengira apa yang anda cakap atau lakukan.

Senario Pilihan Raya Umum ke-13

Bagaimana senario pilihan raya umum akan datang, mungkinkah BN akan kembali berkuasa?
Raja Petra: Maksud anda pada pilihan raya akan datang akan dikuasai kembali oleh BN.

Tidak.

Saya rasa BN akan berubah.

Tapi kami dah bosan dengan Pakatan. Jadi kami tidak akan undi. Jangan terkejut kerana jumlahnya besar.

Jumlah pengundi berdaftar meningkat tetapi jumlah pengundi yang akan mengundi tak meningkat.

Mereka tidak ada keyakinan terhadap kedua-dua belah pihak.

Soalnya sekarang, bagaimana anda nak yakinkan mereka untuk datang mengundi.

Jangan duduk di rumah, undilah saya!

Mari kita lihat bagaimana kedua-dua pihak akan menghadapi situasi ini. Biar saya yakinkan anda bahawa ini bukan kumpulan yang kecil. Agak besar untuk tentukan siapa yang dapat tampuk kerajaan sebab pilihan raya kali ini tak lagi 60-40 atau 70-30.

Kita harap MCLM dapat mempengaruhi kumpulan ini.

Bukan kita nak jadi king maker tapi kita nak beritahu pengundi bahawa mereka boleh mengundi tapi inilah kriteria kerajaan yang sepatutnya.

Jika seseorang itu boleh mengundi kriteria ini, saya tak kira parti mana yang anda undi.

Anda nak undi Pakatan, undilah Pakatan.

Kalau anda nak undi BN, undilah BN. Pastikan orangnya, bukan partinya.

Anda undi orang yang menjanjikan sesuatu dan mampu menunaikannya. Janji, sesiapa pun boleh buat semasa pilihan raya, tetapi bolehkah ia ditunaikan?

MCLM tidak akan bertanding?
Raja Petra: Tidak.

Kami tidak pernah bercadang untuk bertanding sejak dari awal penubuhannya lagi.

Tapi kami pernah dituduh oleh pembangkang bahawa kami mahu jadi pengacau.

Ia nampak tuduhan yang tidak berasas. Kami tak pernah kata nak bertanding dan tak pernah kata kami parti politik dan dituduh kacau daun.

Sekarang banyak pihak yang menentang MCLM.

Mereka anggap MCLM sebagai Trojan Horse, sebagai ejen BN dan ini membuat saya marah.

Ini tak adil. Kami bukan begitu.

Maknanya, tak ada Gelombang Ketiga?
Raja Petra: Anda akan terkejut.

Ada banyak pihak yang menjadi Gelombang Ketiga nanti …

Amanah, United Borneo Alliance, Hindraf dan begitu juga Bersih.

Tapi masalah Bersih pro Pakatan.

Kami memang tak suka hal ini, Mereka mestilah non-Pakatan. Ini sedikit mengecewakan kami. Ia seperti serving agenda Pakatan, agenda Anwar.

Kami tak mahu itu. Bersih mesti atas daripada itu. Bukan sebahagian daripada politik.

Bagaimana perubahan dalam sistem kerajaan boleh berlaku, adakah ia bermakna rule of law ketelusan dan akauntabiliti adalah sebahagian daripadanya?
Raja Petra: Itu asasnya. Rule of law, not rule by law, akauntabiliti, ketelusan, kebebasan dan kehakiman.

Ada beberapa perkara yang kami tidak suka tapi ia ada dalam perlembagaan.

Kami bukan nak cipta semula wheel (roda). Cuma kami kata wheel kena berputar. Bagaimana kedua-dua wheel tadi boleh bergerak.

Kita bercakap tentang empat cabang kerajaan dan kita bertuah kerana bukan ada tiga tetapi kita ada empat cabang. Kita ada legislatif, kehakiman dan eksekutif - Perdana Menteri yang mentadbir negara dan kita juga ada sistem beraja untuk periksa dan imbang.

Kita tidak perlu cipta semula sistem itu.

Sistem itu sudah wujud.

Kita cakap tentang pelaksanaannya. DEB sebagai contoh. Apa yang tak kena dengan DEB. DEB bertujuan untuk mengurangkan jurang antara yang ‘ada’ dengan yang ‘tak ada’. Juga mengurangkan jurang supaya kaum yang kurang akan meningkat. Tiada yang salah, tapi pelaksanaannya. Apabila DEB dijalankan dengan salah, jadi rakyat bantah DEB tetapi kita tak perlu bantah DEB sebenarnya.

Kita tak nak Anwarista

Keputusan kes Liwat Anwar akan dibuat pada 9 Januari ini. Komen anda?
Raja Petra: Kita ada bigger fish to fry.

Agenda untuk perubahan perjuangan bukan sebagai personaliti.

Sekarang kita patut kurangkan perjuangan untuk Anwar.

Walaupun Mandela dipenjarakan selama 27 tahun, tak ada kempen pembebasan untuknya. Walaupun ada Kumpulan Free Mandela, tetapi ia merupakan kempen untuk menamatkan Apartheid, bukan untuk bebaskan Mandela. Mandela hanyalah pencetusnya (catalyst). Saya pasti Mandela adalah figura yang jauh lebih besar berbanding Anwar terutamanya dalam kepentingan sejarah.

Jadi ini tentang Apartheid berbanding individu?
Raja Petra: Apa yang saya bimbangkan, kita akan kurangkan perjuangan ‘Anwarista’ dan jangan lupa Anwarista adalah perkataan yang saya cipta pada 1999.

Anwarista adalah perjuangan untuk Anwar. Kita tak nak Anwarista. Sekarang ini jika Anwar masuk jel dan kita tak nak dia masuk jel sebagai tahanan politik.

Itu satu isu lain.

Saya dah periksa dengan kawan-kawan rapat dan mereka kata: “Pet, dia (pendakwa) adalah seorang yang boleh dipercayai. Kalau Anwar tak bersalah, dia tak akan fix up Anwar. Itu yang saya dapat dari sumber saya.

Saya tak tahu Anwar bersalah atau tidak.

Pada saya isu Anwar tak penting, sama ada dia bersalah kerana liwat.

Soalnya, adakah dia calon terbaik untuk mentadbir negara?

Kalau anda seorang yang baik di dunia ini, anda tentu ‘bersih’. Tapi kalau anda tak boleh mentadbir negara, maknanya anda tak boleh.

Itu sahaja.

Mari kita cakap tentang aspek sekular dalam kepimpinan.

Sekarang Anwar tak kagumkan saya di Selangor. Dia tak tunjuk, dia jalankan kerjanya dengan baik.

Saya berkata begitu kerana dapat laporan daripada ramai orang, ahli perniagaan. Mereka mengadu dan salahkan saya.

Saya berhak untuk kritik.

Saya tak ada terima maklum balas tentang prestasi dia di Selangor.

Kalau anda tak boleh jadi penasihat ekonomi yang baik dan tak boleh dipercayai, bagaimana nak tadbir negara?

Bercakap tentang permata di atas crown, tentunya Selangor.

Adakah banyak perubahan drastik di Selangor?

Tentu tidak.

Maklum balas yang kita terima jadi kayu pengukur iaitu rasuah masih berada di tahap sama, tiada pengurangan.

Rakyat masih perlu bayar di bawah meja untuk selesaikan sesuatu hal. Itu yang perlu kita perangi sekarang. Kita gagal di bahagian ini. Kita mengadu kepada Anwar bahawa rakyat tak gembira. Jangan harap untuk kekalkan Selangor kerana peluang untuk BN kembali lebih cerah kerana rakyat tak gembira.

Kata Anwar: “Semasa mesyuarat Khalid ego dan tak mahu dengar cakap. Tak boleh kawal dia.”

Saya kata anda yang lantik dia sebagai MB (Menteri Besar) dan tak perform.

Adakah anda ada masalah dengan dia (Khalid). Masalahnya dia ego, tak dengar cakap. Apa nak buat, anda yang cipta monster itu. Apa yang kamu nak buat? Jangan mengadu tentang Khalid. Selangor tak ada sebarang prestasi. Ego, tak dengar cakap. Kami tak mahu tahu tentang itu.

Dia pula lantik diri sebagai penasihat ekonomi negeri. Apa nasihat anda (Anwar)?

Sejak tiga tahun lalu anda dilantik sebagai penasihat ekonomi.

Pergi luar negara lebih 60 kali dalam masa tiga tahun. Patutnya duduk mentadbir negeri, jalankan tugas parti, mentadbir Pakatan. Pakatan huru-hara.

Rakyat bergaduh sesama sendiri.

Apa komennya? No comment, senyap sahaja.

Kita beritahu dia, duduk dalam negara dan jalankan tugas dalam Pakatan.

Lebih 60 perjalanan ke luar negara memang agak melampau. Apa yang anda buat di luar negara. Bagi ceramah di universiti sana sini, tak payahlah. Adakah dengan bercakap di universiti orang akan undi anda? Penuntut ini pun belum berdaftar.

Apa yang anda kisah dengan universiti ini.

Dia seolah-olah melarikan diri kerana tak tahu apa nak buat. Tak perlu ceramah di universiti di luar negara.

Dia perlu fokus pada pilihan raya.

Dalam pemilihan PKR, parti itu dianggap tidak demokrasi?
Raja Petra: Ada beberapa bahagian di Sabah di mana pengerusi umumkan kepada perwakilan bahawa dia terima arahan daripada Anwar untuk tak calonkan anaknya, Nurul Izzah. Apa ni?

Mana ada demokrasinya. Kalau anaknya tak boleh bertanding, nak semua negara cadangkan Azmin, bukan anaknya?

Bila kita dengar pengumuman itu, tentu kita kecewa, demokrasi apa yang anda cakap?

Kamu tahu hal ini. Tentu anda juga ada dengar hal ini. Ini bukan fitnah.

Kenapa Anwar sokong Azmin?
Raja Petra: Mungkin dia akan masuk jel. Jadi dia perlu seseorang yang dipercayainya untuk teruskan perjuangan Kempen Bebaskan Anwar.

Tapi kita tahu Azmin, tak diterima oleh parti lain, DAP dan Pas misalnya. Dari segi solidarity dalam Pakatan, Azmin tak mempunyai solidarity itu.

Pada 2008 kenapa pujuk mereka supaya pilih dan undi Pakatan serta pilih Anwar?
Raja petra: Tidak.

Kami tak kata pilih Anwar.

Kami kata undi pembangkang untuk ajar BN.

Ke mana sahaja saya pergi untuk ceramah, kita perlu ajar BN.

Paling tidak satu atau dua penggal, kalau Pakatan tak perform, kita akan beri kerajaan balik kepada BN.

Kita nak ajar BN bagaimana rasanya jadi pembangkang. Pakatan boleh naik semula jika perform.

Apa yang anda perlu ada ialah dua parti politik.

Dalam ceramah saya, apa yang perlu kita buat ialah dua penggal kepada satu parti dan dua penggal berikutnya untuk parti yang lagi satu.

Kita tukar kerajaan setiap dua penggal seperti di Amerika dan England.

Di England, ada kerajaan baru setiap 10 hingga 15 tahun.

Dua atau tiga pilihan raya dah tukar kerajaan baru.

Walaupun kerajaan itu ada prestasi baik, kita tetap tukar, hanya buat itu dan sistem dua parti adalah seperti itu. Kita tak bagi 100 tahun untuk satu-satu parti memerintah.

Apakah Anwar bukan lagi pilihan kepada rakyat Malaysia?
Raja Petra: Saya rasa kita tak perlu lagi cakap pasal Anwar.

Ini bukan pasal Anwar.

Bila kita cakap pasal politik, kita cakap pasal Najib-Anwar, Najib-Anwar.

Di England kita tak bercakap tentang pemimpinnya.

Kita bercakap tentang Buruh-Konservatif.

Jika di Amerika tentang Republikan-Demokrat. Pemimpinnya tak penting.

Tapi di Malaysia, kita cakap tentang Najib-Anwar.

Kita tak seperti di England, kalau tak boleh buat, letak jawatan.

Di Malaysia kita cakap tentang personalitinya.

Keluar daripada asas ini, lupakan pemimpinnya.

Bagaimana jika Najib kena serangan jantung seperti bapanya? Dia meninggal dan Malaysia pun habis.

Tidak! Kita akan dapat pemimpin baru.

Bagaimana jika sesuatu berlaku kepada Anwar.

Dia bukan muda lagi. Dia lebih tua daripada saya,

Najib lebih muda daripada Anwar. Dia pun tak kelihatan sihat. Kita belum tamat, kita kena teruskan.

Bukan sebab Anwar. Lupakan Najib-Anwar. Cakap tentang struktur dan kita akan bergerak ke depan.

Inilah masalahnya sebab itu kita nak elakkan hal Anwarista ini.

Anwar digambarkan sebagai pemimpin yang mampu buat perubahan, bagaimana dengan gambaran seperti ini?
Raja Petra: Anwar gambarkan dirinya sebagai pemimpin masa depan hanya kerana Pakatan benarkan dia buat begitu.

Mereka tekankan bahawa hanya ada seorang sahaja yang boleh pimpin pembangkang. DAP keluarkan kenyataan walaupun Anwar masuk jel, mereka masih sokong Anwar.

Maksudnya tak ada orang lain?

Ini adalah kesalahan DAP dan Pas.

Anwar terus bercakap tentang parti yang akan terima dia dan hanya Anwar sebagai ketua. Bila ramai suka Zaid Ibrahim, muncul satu alternatif bahawa terdapat orang baru. Jadi kill him off mereka tak terima.

Anwar yang memang bagus dalam berkempen terus ke serata negara untuk terus bercakap.

Adakah itu ukuran dan sokongan terhadapnya.

Dalam kebanyakan pilihan raya yang saya saksikan, malah dalam pilihan raya kecil yang kelihatan ramai orang berkumpul tetapi belum tentu undinya.

Pilihan raya di Indera Kayangan, Perlis semasa ceramah di rumah Shahidan Kassim (Datuk Seri) orang ramai datang dan cabut. Ada 100 orang , mereka batalkan ceramah. Di pihak sebelah lagi, mereka ada 30,000 orang, tetapi bila tiba masa mengundi, siapa yang menang, BN. Bukan pembangkang.

Tapi kenapa Anwar terus menggambarkan dirinya sebagai pemimpin bersih walaupun dia ada isu-isu termasuk integriti?
Raja Petra: Saya ada bercakap dengan orang yang pernah bersamanya dalam kerajaan dulu.

Mereka jelaskan bahawa Anwar ada skeleton in the closet.

Namun begitu, anda masih sokong Pakatan.

Jawapannya, apakah pilihan yang kita ada.

Orang sokong Anwar kerana mereka kata Anwar sebagai alternatif kepada apa yang kita ada hari ini.

Pakatan sangat kagum dalam ‘menunjukkan’ Anwar sebagai pemimpin yang berkebolehan.

Saya ada menulis tentang ini sebulan yang lalu. Seramai 28 juta rakyat Malaysia hanya ada seorang Anwar Ibrahim. Siapa yang boleh mentadbir negara ini? Tak ada orang lain lagi ke? Ini bukan satu benda yang saya cakap hari ini tetapi saya dah tulis tentang ini lama dulu.

Pada pendapat saya, Pakatan sedang meningkatkan karisma Anwar. Dia penarik, ke mana sahaja dia pergi keluar negara dia menarik minat orang ramai. Bagus juga Pakatan gunakan kelebihan ini.

Benarkah dia begitu? Ia hanya satu persepsi. Saya tahu ramai yang sokong Pakatan tetapi mereka tak berapa gembira dengan Anwar.

Saya tanya, kenapa sokong Pakatan?

Mereka kata sebagai alternatif. Anwar mungkin teruk, tetapi yang satu lagi lebih teruk.

Mereka tak kata Anwar bagus.

Mereka cuma kata yang satu lagi lebih teruk.

Itu sahaja.

Tak bermakna dia lebih baik daripada yang lain sehingga ada orang lain yang dapat minta saya untuk ‘tunjukkan’ dia sebagai pemimpin yang lebih baik. Anwarlah tu. Itu sahaja yang mereka ada.

Anwar kekal sebagai ikon pembangkang. Satu lagi persoalan, adakah mereka ini tak benarkan orang lain muncul. Siapa yang boleh membayangi Anwar? Mereka tak benarkan pemimpin lain maju atau muncul.

Saya rasa orang itu Anwar

Sebagai pemimpin, Anwar sepatutnya beritahu kepada pengikutnya supaya terima keputusan mahkamah, bukan begitu?
Raja Petra: Pada 1999, bila Anwar disabitkan kesalahan, wujud elemen benci terhadap Dr. Mahathir.

Orang ramai yakin bahawa Anwar sudah tentu tak bersalah sama ada dia mangsa atau dianiaya. Dr. Mahathir nak hapuskan Anwar.

Anda tentu tahu cara kes ini dikendalikan. Saya hadir perbicaraannya, terlalu banyak kelemahan atau kepincangan semasa perbicaraan itu.

Alasan yang mudah saya bantah perbicaraan itu kerana cara kes dikendalikan.

Jika Anwar bersalah pun, itu tak penting bagi saya.

Jika anda tak berjaya buktikannya di mahkamah, maka ia perbicaraan yang tak adil bagi saya. Jika Anwar tak bersalah dan anda tak berjaya buktikannya, maka dia harus dibebaskan.

Ini kerana pilihan seksualiti Anwar tak penting. Mungkin saya agak liberal. Jika anda seorang gay, anda adalah gay, jadi apa? Itu tak mengubah pendapat saya tentang anda. Kalau anda baik, anda baiklah. Jika anda seorang lurus tapi anda seorang lousy beggar, kehidupan seksual bukan penting pada saya.

Dalam perbicaraan kedua ini, persepsi orang berbeza dengan perbicaraan pertama.

Sekarang apabila saya tanya orang ramai adakah Anwar bersalah, jawapannya mereka tak kisah. Kalau dia seorang beggar, maka dia seorang ‘beggarlah’. Itu tak penting, ramai orang cakap begini.

Isu moral, anda seorang yang tak bermoral tetapi berlagak alim. Jadi anda seorang yang tak jujur?
Raja Petra: Di Australia, menterinya seorang gay dan mereka terbuka.

Menterinya gay, berkahwin dan ada anak, ia perkara luar biasa.

Masih kekal dalam kerajaan. Tak ada orang suruh letak jawatan.

Tapi bila anda terlibat hal seksualiti, anda sembunyikannya, anda nafikan, orang akan paksa anda letak jawatan bila rakyat dapat tahu anda terlibat dalam situasi itu.

Ini isu moraliti. Ia hanya tentang hidup anda. Siapa yang peduli? Tapi bolehkah anda memerintah negara?

Tapi kalau dikaitkan dengan urus tadbir baik kerajaan, Anwar mesti ada keberanian untuk bercakap benar. Video seks telah mengesahkan tapi dia masih menafikannya?
Raja Petra: Saya rasa ramai yang 50-50 tentang video ini.

Contoh mudah, cara video itu didedahkan tidak diterima rakyat.

Tapi untuk negara yang lihat cara yang terbuka dan objektif.

Mereka yakin bahawa Anwar dalam video itu. Tapi tentunya mereka syak akan cara hal ini diketengahkan.

Pada saya, kesalahan terbesar dalam video itu adalah Rahim Thamby Chik dan gengnya, anda tahukan?

Ini isu penyanyi, bukan lagunya. Bukannya saya benci lagu, tapi saya benci penyanyinya. Lagunya mungkin baik tetapi bukan penyanyinya.

Kalau mereka buat macam kes Chua Soi Lek (Datuk Seri), senyap letak dalam peti surat dan orang akan menjumpainya.

Rasa saya, orang yang percayakan video itu semakin bertambah.

Ada ramai, kawan rapat Anwar, ada yang saya jumpa di UK , Liverpool, Manchester, ramai yang cakap secara jujur, Anwar dalam video itu.

Saya rasa orang itu Anwar. Saya tak kata 100 peratus tapi 90 peratus atau lebih itu Anwar.

Dan dia tak jawab isu jam Omega?
Raja Petra: Saya rasa dia terperangkap dalam perangkap madu.

Saya rasa Eskay (Datuk Eskay Shazryl Abdullah) kenakan dia.

Ada satu lagi hal yang fikir orang itu adalah Anwar.

Pada awalnya saya 50-50. Tak mungkin itu Anwar. Jangan beritahu saya yang dia terlalu bodoh membiarkan dirinya ditangkap.

Dalam sidang akhbar selepas video itu didedahkan, dia kata tak kenal Eskay. Tak tahu nama penuhnya dan tak tahu sama ada dia muslim atau apa. Maknanya dia tak kenal Eskay.

Tapi saya masih ingat tiga tahun lalu Anwar ada telefon saya, dia kata kawan kita ini ada problem. Boleh tak kita tolong.

Saya tanya apa masalahnya, katanya Datuk Shahril Eskay. Saya kata tak kenal siapa orang ini.

Katanya dia Konsul Kehormat Thai di Langkawi.

Dia kata, Shahril orang kita.

Saya tanya dia ini orang Thai ka?

Anwar kata, tak, dia orang Islam, orang Malaysia.

Saya kata apa masalahnya, Anwar kata masalahnya ialah kerajaan syak Eskay yang seludup saya keluar dari Malaysia.

Kerajaan syak saya pergi ke Langkawi dan Eskay keluarkan satu pasport Thai untuk saya dan seludup saya keluar Thailand melalui Langkawi.

Dia kata kerajaan beri masalah kepada Eskay. Awak kena jelaskanlah untuk bersihkan namanya.

Saya kata okay tak ada masalah.

Saya kata, saya tak kenal pun Eskay ini sehingga awak beritahu saya. Tentunya Eskay tak pernah keluarkan pasport untuk saya dan seludup saya keluar dari Malaysia.

Jadi, saya tulis satu artikel menyangkal perkara itu dan bagaimana saya keluar dari Malaysia.

Itu tiga tahun lalu.

Sekarang Anwar kata dia tak kenal Eskay, tak tahu jika dia Muslim atau apa.

Hal ini buat saya terfikir dan sedarkan saya. Saya tahu, Anwar kenal sangat dengan Eskay, kata sahajalah kenal sangat dengan Eskay.

Itu benda yang melucukan.

Sidang akhbar di Kuching, dia marah pasal jam tangan?
Raja Petra: Ya, pokoknya kalau anda perlu menipu, maknanya anda ada benda yang nak disembunyikan.

Tentunya anda bersalah.

Saya beritahu sekarang ini yang saya tak kisah jika anda gay tapi anda boleh mentadbir.

Saya terbuka. Anda nak cakap Islam, macam dia ini saya tak akan berpura-pura menjadi ulama, alim.

Saya adalah saya. Anda suka atau tak suka, inilah saya. Anda tak perlu suka pada saya tapi saya jujur tentang diri sendiri.

Peluang pakatan pembangkang dan Anwar

Apakah Anwar dilihat sebagai liabliti?
Raja Petra: Yang perlukan Anwar hanyalah PKR.

Mereka tak ada pilihan dan ia adalah satu kelebihan untuk Pas dan DAP.

Satu kelebihan jika Anwar ada sehingga menang pada pilihan raya akan datang.

Kalau tak menang, tidak ada berguna lagi Anwar. Itulah sikapnya.

Untuk tunggu lima tahun lagi dan Anwar dalam penjara, kita kena cari pemimpin barulah.

Walaupun dia di luar penjara, lebih negatif untuk Pakatan?
Raja Petra: Saya dah katakan sebelum ini.

Jika Pakatan tak boleh bentuk kerajaan dalam pilihan raya akan datang. Mereka tentu tak akan bentuk kerajaan, tidak dalam generasi saya.

Jangan beritahu saya dalam pilihan raya akan datang ini.

Senarionya jauh berbeza.

Satu set kumpulan pengundi baru.

Sistem nilai akan berubah, kriterianya akan berubah dan pilihan raya baru dan mungkin akan diadakan enam tahun dari sekarang.

Nilai di seluruh dunia akan berubah, sistem berubah, nilai berubah. Mungkin England akan bankrap dan semuanya akan berbeza.

Medan sudah dibuka luas, dalam BN parti non-UMNO , MCA dan Gerakan adalah lemah. Adakah Pakatan akan diminati lagi?
Raja Petra: Pakatan akan pertahankan Anwar kerana mereka masih lagi berharap untuk bentuk kerajaan Persekutuan.

Dalam pilihan raya akan datang ini, jika pakatan gagal membentuk kerajaan Persekutuan, maka Anwar tiada lagi gunanya kepada Pakatan terutamanya DAP dan Pas.

Mereka akan sokong Anwar dan berdiri di belakang Anwar.

Sebab keselesaan politik?
Raja Petra: Sebab ini adalah proses penyelesaian politik untuk sokong Anwar.

Sebab ada kebarangkalian untuk bentuk kerajaan Persekutuan.

Tapi jika tak dapat bentuk kerajaan Persekutuan yang baru, Anwar akan menjadi tidak relevan dengan begitu cepat.

Bolehkah pakatan bentuk kerajaan Persekutuan dan teruskan kerelevanan Anwar?

Ia bergantung kepada Sabah dan Sarawak.

Kita ada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia.

Daripada 165 kerusi Parlimen, berapa yang boleh dimenangi Pakatan?

Katakan Pakatan menang 85 kerusi, mereka ambil lima kerusi MCA, rampas 85 kerusi Parlimen di Semenanjung. Dan BN hanya dapat 80 kerusi.

Dengan 70 kerusi untuk UMNO, 10 untuk MCA.

Jadi kena menang di Sabah dan Sarawak iaitu 57 termasuk satu di Labuan.

Pada pilihan raya 2008. Pakatan hanya menang dua kerusi, 55 kerusi dimenangi BN.

Di Semenanjung, Pakatan menang dua lagi kerusi di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang, tapi di Sabah Sarawak hanya menang dua kerusi.

Daripada 80 kepada 85, kira okaylah lima kerusi MCA. Itu adalah ramalan yang berasas.

Anda agak berapa pertambahannya?

Anda perlu 30 kerusi dari Sabah dan Sarawak.

Jadi, Pakatan hanya ada 115 kerusi. Maksudnya, ada tiga kerusi majoriti. Tapi kalau tiga orang melompat, anda akan hilang kerajaan.

Secara idealnya, anda perlukan 10 atau 15 kerusi majoriti.

Makna perlu dapatkan 35 kerusi dari Sabah dan Sarawak. 35 + 85 iaitu 120 kerusi, ini adalah margin yang selesa.

Tapi bagaimana anda nak dapat 35 kerusi dari Sabah dan Sarawak?

 Untuk dapat 35 itu terlalu jauh untuk dicapai.

Apa yang terjadi pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, DAP berjaya. Pakatan tak boleh buat, kalau mereka boleh buat, sudah lama mereka buat. Dah anda tak boleh buat, maka tak boleh buatlah.

Di Sabah, ia kucar-kacir. Saya tak nampak macam mana dari dua kerusi meningkat kepada 35 kerusi di Sabah dan Sarawak. Mungkin ia akan bertambah kepada 10 tapi 10 ini masih 95 kerusi.

Maknanya tak boleh bentuk kerajaan.

Hanya dengan Taib Mahmud (Tan Sri) keluar dari BN dan bawa ahlinya sertai Pakatan. Bolehkah ini berlaku?

Maksudnya, kebarangkalian untuk bentuk kerajaan baru sangat tipis.

Jadi, kalau dalam pilihan raya umum akan datang tak bentuk kerajaan , tentunya Pas, DAP tak perlukan Anwar lagi.

901 tak akan dapat pengikut

Di Malaysia sekarang sudah sibuk mulakan Kempen Bebaskan Anwar. Wajarkah Anwar buat begitu?
Raja Petra: Saya yang mulakan Kempen Bebaskan Anwar pada 2000.

Ya, malah saya dapat panggilan daripada seseorang , adakah saya dah sedia untuk lancarkan yang baru.

Saya kata, Anwar belum dijelkan. Kenapa kita mesti ada kempen bebaskan Anwar? Kata mereka ini persiapan untuk Anwar.

Ini mungkin sesuatu seperti pada 1999/2000. Dah 12 tahun pun.

Kita tak boleh kembali kepada masa lalu.

Kita tak boleh undur masa. Semua dah berubah.

Hal seperti kempen bebaskan Anwar ini tak akan dapat pengikut seperti pada tahun 2000.

Dulu isunya Dr. Mahathir dan Anwar.

Sesuatu yang dilakukan oleh Dr. Mahathir terhadap Anwar. Isu yang sangat spesifik. Dr. Mahathir menzalimi Anwar.

Itulah persepsinya.

Kempen jatuhkan Anwar

Sekarang Malaysia Today mulakan kempen jatuhkan Anwar?
Raja Petra: Ia sebenarnya bukan kempen jatuhkan Anwar.

Ini kempen fokus semula.

Apa yang kita nak buat, kita nak rakyat fokus dengan gambaran besar.

Kita mahu rakyat nampak lukisan secara keseluruhannya, kita tak nak lihat gerakan berus warnanya. Kita selalu lihat gerakan berusnya, jadi kita tak tengok lukisan itu sebenarnya.

Jadi kita nak bawa kembali isu perubahan.

Adakah ia tentang Anwar, ia adalah mengenai negara dan Anwar boleh menjadi faktornya.

Itu tak menjadi hal kepada saya. Anwar hanya menjadi satu faktor tapi dia bukanlah perkara utama
.
Rakyat mudah hilang fokus, mereka mudah terganggu.

Tiba-tiba terlepas sasaran dan salah arah. Kita sepatutnya ke Singapura tetapi melencong ke Melaka.

Kalau anda rasa Anwar tak bersalah, berjuanglah untuk Anwar.

Tapi jangan minta seluruh negara berjuang untuk Anwar sebab seluruh negara patut berjuang untuk penambahbaikan negara.

Kadang-kadang orang lupa tentang mangsa iaitu Saiful?
Raja Petra: Sebenarnya, kita dah letih dengan isu liwat ini.

Kita mahu tamatkan hal ini segera. Kita harap perbicaraan ini selesai dan tidak dipanjangkan.

Tapi kenapa dia yang minta dipanjangkan?
Raja Petra: Betul tapi seluruh negara terikut-ikut sama.

Kita tak perlukan semua ini. Masa depan negara tak bergantung kepada seorang lelaki ini.

Malaysia tak terima PM gay

Tentang isu moral, rasanya rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk seorang Perdana Menteri yang macam itu?
Raja Petra: Itu satu isu lain.

Isunya sebab kita hidup dalam masyarakat seperti Malaysia yang tidak boleh terima cara hidup begitu.

Di Malaysia, masyarakat belum bersedia. Mungkin mereka tak akan bersedia kerana mereka ini masyarakat Islam yang konservatif.

Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah.

Anda tak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus.

Di Australia, anda boleh.

Anda boleh jadi menteri dan gay sekali gus.

Di Malaysia, anda kena pilihlah. Anda nak jadi gay, teruskan. Saya tak ada masalah tapi anda nak jadi Perdana Menteri dan gay sekali gus, dah tentu di Malaysia tak boleh.

Walaupun bukan gay, tapi kalau anda tinggal dengan wanita lain bukan isteri, ia juga tidak diterima. Kalau nak jadi Perdana Menteri, anda tidak boleh begitu. Kena pilih salah satu.

Saya tidak pertahankan perbuatan yang tidak bermoral tapi itu pilihan anda. Kalau anda pilih itu, anda tak boleh dapat yang ini. Di UK anda boleh dapat kedua-duanya. Di Australia, anda boleh dapat kedua-duanya.

Saya tidak peduli.

Kalau anda kata: “Adakah Anwar seorang gay?”

Saya kata mungkin. Tapi tak boleh jadi Perdana Menteri.

Itu realitinya.

Transformasi dalam UMNO

Apakah UMNO perlu perbaiki cara untuk menjadi kerajaan yang lebih baik?
Raja Petra: Ya, kalau tidak saya tak akan berada di sini.

Kalau tak saya tak akan berada di sini untuk menyoal dan mempertikaikan kerajaan.

Sudah tentu kerajaan perlu baiki dan ubah tindakan mereka.

Tapi Najib ada kekangannya? Parti dikawal warlord dan ada Godfather?
Raja Petra: Sebab itu saya kata tadi, dia kena catch up the bull by the horns.

Maknanya berani dan yakin berdepan dengan kesusahan, bahaya dan hal-hal sukar.

Anda tidak boleh mengubah dengan perlahan.

Kita perlu bercakap tentang revolusi.

Saya tak bermaksud cakap tentang revolusi dan pergi ke jalanan dengan senapang dan adakan revolusi berdarah.

Ya, UMNO perlukan revolusi dalamannya.

Dan Najib mesti bersedia dan tidak hanya mengambil pisau tetapi gergaji berantai untuk potong apa sahaja yang patut dipotong.

Kalau dia tak buat begitu, UMNO tak akan berkuasa.

Apa yang kita perlu buat ialah yakinkan pengundi yang Pakatan akan jadi alternatif yang lebih baik.

Malah, Pakatan tak boleh yakinkan rakyat yang ia adalah lebih baik. Jadi, sekarang kita ada situasi periksa dan imbang.

Memandangkan UMNO gagal untuk yakinkan pengundi, adalah lebih baik mereka buat perubahan.

Sebaliknya, Pakatan juga tak boleh yakinkan pengundi yang ia adalah lebih baik.

Sebenarnya, ramai pengundi yang keliru sekarang.

Mereka tidak pasti patutkah undi BN atau undi Pakatan atau pun tak payahlah mengundi. Ini yang berlaku sekarang , Sebenarnya medan sudah dibuka untuk kedua-dua pihak, siapa yang akan meyakinkan pengundi sekarang?

Bagaimana dengan pengundi muda?
Raja Petra: Jangan pandang rendah mereka.

Mereka bukan bodoh.

Bila anda cakap dengan mereka, anda akan tahu daripada cara mereka respons. Pemikiran mereka lebih ke hadapan sebagai pengundi.

Ada yang belum lagi jadi pengundi tapi akan jadi pengundi untuk pilihan raya akan datang.

Kalau bukan pilihan raya ini, sudah tentu pada pilihan raya akan datang melainkan ada perubahan.

Kalau ini berterusan, anda akan saksikan orang muda naik.

Saya sudah berada di Thailand, Australia, New Zealand, Indonesia, saya jumpa dengan orang kita di luar Malaysia.

Dari maklum balas, orang ini sudah bersedia untuk berubah. Soalnya UMNO sudah bersedia atau tidak?

Pandangan tentang pengundi Cina?
Raja Petra: Dahulu orang Cina takut untuk undi pembangkang tapi sekarang tidak.

Sejak 2008 dan sehingga hari ini, orang cina masih condong kepada pembangkang tetapi subjektif kepada beberapa faktor.

Paling penting, faktor ekonomi. Orang Cina asalkan ekonomi berkembang, mereka boleh hidup walaupun di negara komunis seperti China.

Orang Cina di China protes demokrasi dan hak asasi manusia.

Mereka ini tidak kisah tentang demokrasi dan hak asasi. Tapi ekonomi berkembang pesat, ramai jutawan dan hartawan lahir itu yang diingini di China.

Mereka tak mahu satu lagi Tiennamen. Mereka tak kisah tentang perubahan politik sebab kerajaan dia beri perubahan ekonomi.

Saya ingat kata Deng Xioping tak kira kucing hitam atau putih, asalkan ia tangkap tikus.

Siapa yang peduli tentang komunisme atau demokrasi.

Selagi ekonomi berkembang dan rakyatnya menerima hal ini.

 Bangsa yang terbesar di dunia ini boleh terima kerajaan seperti ini. Tapi kerajaan perlu jana ekonomi untuk negara dan orang Cina di Malaysia apa bezanya.

Asal kerajaan dapat jamin mereka dengan ekonomi yang kuat dan tak campur tangan dalam perniagaan mereka.

Kini kenapa ada orang Cina di Selangor sudah tak gembira dan tak puas hati kerana perniagaan mereka jammed.

Itu sahaja.

Semua ini berkaitan dengan projek, duit dan semuanya tentang bisnes.

Selain ekonomi dan bisnes, Perdana Menteri jadi faktor?
Raja Petra: Orang Cina tak kira hal-hal ini, yang mereka tahu akhirnya Najib kena cakap sesuatu kepada mereka.

Jadi MCA dan Gerakan ini macam mana?
Raja Petra: MCA dan Gerakan ini, daripada apa yang diberitahu kepada saya, dalam pilihan raya akan datang MCA dan Gerakan akan habis (dead).

Anda yakin Najib dapat menaikkan tahap tadbir urus baik di Malaysia?
Raja Petra: Adakah Najib faham dengan makna good governance?

Adakah dia mahu berhubung?

Contohnya, kita ada MCLM.

Kalau kita jumpa Najib untuk bentang agenda reformasi rakyat, adakah dia bersedia jumpa kita?

Dia tak mahu jumpa saya, jadi tak payah jumpa Raja Petra.

Jumpa orang lain.

Kita boleh jumpa Najib dan bentangkan agenda reformasi rakyat, bincang dengan kita.

Najib patut tanya kenapa kita kritik kerajaan, tak puas hati dengan kerajaan dan bantai kerajaan.

Dia kena tanya kita apa yang anda ingin kami lakukan?

Apa perubahan yang anda katakan?

Beritahu saya, sekurang-kurangnya kami mula yakin. Tetapi anda tak layan, tak nak dengar suara kami.

Anda kata nak berubah, perubahan apa?

Bercakaplah dengan kami.

Kami ada dokumen mengenai agenda reformasi rakyat dan apakah perubahan yang kami kehendaki.

Anda boleh kata saya tak mampu lakukan dalam sebulan, tak apa ada yang boleh buat dalam sebulan, dalam enam bulan, ada juga ambil masa 10 tahun.

Itu dah okey bagi kami.

Sekurang-kurangnya sudah ada pelan. Kalau Najib nak kita tertarik dengan perubahan yang beliau nak bawa, berhubunglah (engage) dengan kita.

Sudah ada reformasi yang dibuat contoh ISA, AUKU dan pemilihan dalam UMNO yang lebih demokratik berbanding DAP?
Raja Petra: Kosmetik. Ia terlalu kosmetik.

Najib mansuhkan ISA dan pada masa yang sama bercakap tentang gantikan dengan undang-undang lain.

Sebenarnya ISA bukan isu besar. ISA ada tujuannya untuk perangi keganasan.

Adakah kebarangkalian keganasan masih mengancam Malaysia?

Kita tengok pengeboman di Bali.

Ia berlaku, sentiasa ada kebarangkalian keganasan mengancam Malaysia.

Jadi kita masih perlukan undang-undang untuk membanteras keganasan atau memerangi keganasan.

Tapi anda tangkap seseorang atas dakwaan ucapan atau menulis sesuatu.

Ia tak ada kena mengena dengan keselamatan negara.

Dalam kes saya, saya ditahan di bawah ISA kerana didakwa menghina Islam. Apabila ia dibawa ke mahkamah, mahkamah memutuskan penahanan saya adalah salah dan tidak sah, jadi kemudian saya dibebaskan.

Ini yang kita bincangkan. Najib ada reformasinya, dia ingin mansuhkan ISA tetapi itu bukan masalahnya. ISA juga bukan masalah. Masalahnya adalah bagaimana ia disalahgunakan. Adakah Najib faham perkara ini? Adakah dia faham inilah yang sebabkan kami marah?

source : utusan