BAGAIMANA PEMBANGKANG PUNYAI BANYAK WANG |
Di majlis-majlis rasmi istana, kerajaan dan parti dan majlis-majlis berbuka puasa, bersahur, make colek dan sembang-sembang sewaktu bersantai, teman-teman rapat, kenalan serta penyokong BN sering melontarkan saya persoalan bagaimanakah PKR, DAP dan PAS begitu banyak wang menjelang hari mengundi ???
Oleh kerana pada hari mulia dan bulan mulia ini saya tidak mampu berselindung daripada memberikan jawapan terus-terang kepada persoalan yang diajukan itu, berbekalkan setitik maklumat yang ada pada saya :
Sebenarnya permulaan campurtangan Barat di negara ini bermula sejak 'anak emas' kecintaan Tun Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.
Untuk membawa Anwar sehingga sampai ke peringkat Timbalan Perdana Menteri ini, Tun Mahathir terpaksa mengenepikan serta mengorbankan ramai tokoh pemimpin negara yang berwibawa, termasuk Musa Hitam dan Ab.Ghafar Baba yang begitu banyak jasa kepada parti dan negara. Tokoh barisan ke dua yang dimusnahkan agar tidak menandinginya, antaranya ialah Mohamad Bin Muhd Taib dan Abdul Rahim Thamby Chik.
Anwar Ibrahim pada peringkat ini, sudah tidak pandang belakang lagi...terus maju melangkah ke depan, membujur lalu melintang patah, namun berpaling ke belakang tidak sekali-kali...tidak ubahnya cara Anwar ini semasa beliau memimpin ABIM dulu sebelum dia dikutip oleh Tun Mahathir untuk dibawa kedalam UMNO, untuk melaksanakan Islam di negara ini, kerana terpengaruh dengan lakonan Anwar yang membawa imej warak sering berpidato 'demi Islam' semuanya...!
Begitu 'tektika' Anwar perolehi kuasa dalam Abim, begitu 'tektika' pulalah beliau berusaha mendapatkan kuasa dalam UMNO, tetapi Tun Mahathir tidak sedar, sudah terpukau dengan imej 'Islam' lakonan Anwar itu. Bila Tun Mahathir diberitahu bahawa Anwar hanya berlakon, serta merta Tun Mahathir akan marahkan tokoh itu...dengan mengataknnya "awak cemburu dengan kehebatan Anwar"...bila diberitahu Anwar terlibat dengan 'Liwat' Tun Mahathir berkata "karut".
Saat ini, sesiapa saja yang dilihat jadi penghalangnya dimusnahkan secara terang-terangan dan serta-merta dengan kuasa tambahan 'Media Arus Perdana' ditangan yang diberikan oleh Tun Mahathir...ramai pemimpin kecundang bila didedahkan keburukannya dalam media...Beliau sebenar-benar nya sudah terlupa bahawa Tun Mahathir amat menyayanginya kerana mahukan beliau melaksanakan Islam di negara ini...kuasa ini membuatkan seseorang itu menjadi 'mabuk' dan mabuk ini tidak kurang buruknya dari 'mabuk arak' atau 'mabuk dadah'.
Pada tahun 1997 dengan kuasa besar ditangan, di mana ketua-ketua bahagian UMNO telah akur dengannya melalui senjata 'borang merah jambu' (pink form) Anwar terus berterang dengan Tun Mahathir dengan kata:
"Dok (doktor)...u kena turun sekarang dan serahkan kuasa pada i...kalau u setuju turun dengan baik, i akan angkatkan anak u jadi menteri...kalau u enggan i terpaksa kalahkan u dalam pertandingan Umno, tetapi semua perwakilah i dah kuasai...u pasti kalah..."
Tun Mahathir, yang amat terkejut dengan cakap Anwar itu amat sedih...dan dengan nada sayu beliau berkata :
"U sabak lah Anwak ..bagi chance i nak berucap dan rasmikanSukan Komanweal (Sukom 98) tahun depan ni...lepah tu i serahkan kat u lah.."
Tetapi malangnya Anwar menjawab dengan kata "no way man !!!...u kena letak la jugak...."
Lepas tiga kali rayuan Tun tidak dipedulikan oleh Anwar, akhirnya Tun dengan perasaan sedih yang tidak terhingga, orang yang dipercayainya selama ini sampai hati berkata demikian...begitu banyak pemimpin lain diketepikannya demi Anwar...sudahnya dia pula hendak dilucutkan jawatan...dengan perasaan yang amat sedih dan sebak didada Tun Mahathir bersuara:
"Oklah Anwar...jika u tak boleh bersabar lagi nak jatuhkan saya...marilah kita lawan...kalau u menang u pecat saya...jom lawan..."
Dalam taklimat kepada Majlis Tertinggi Umno Tun Mahathir antara lain berkata: "Saya mengambil masa enam tahun untuk mempercayai maklumat yang disampaikan kepada saya oleh pihak risikan polis dan sumber orang perseorangan yang menulis kepada saya...samada benar atau tidak maklumat apa yang Anwar sedang buat..."
Bertolah dari situlah Tun membenarkan siasatan lanjut terhadap Anwar dan siasatan itu dikemukakan kepada Majlis Tertinggi Umno...dan Anwar dipanggil oleh Tun untuk menjawab semua hasil siasatan itu....Anwar sebaliknya meninggalkan majlis mesyuarat MT sambil berkata: "ini konspirasi nak menjatuhkan saya.."
Inilah masanya Barat, khususnya Amerika yang selama ini marahkan Tun yang bersifat anti sikap 'Talam Dua muka Barat' terhadap isu-isu di Dunia Ketiga...melalui agensi perisikan Amarika CIA, mereka serta-merta memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim...Anwar terus berlepas ke Amerika dan diberikan sambutan permaidani merah semasa memasuki ibupejabat CIA...disinilah Anwar terus terang meminta bantuan CIA untuk menjatuhkan Tun Mahathir ...!
Bantuan diterima...demonstrasi jalanan dimulakan di ibunegara dengan tujuan mendapat sokongan rakyat Malaysia untuk melakukan demonstrasi menjatuhkan kerajaan bukan melalui pilihanraya ...orangramai diupah wang ringgit mengikut kategori peranan mereka; bagi yang hanya ikut berarak mendapat upah paling sikit, sekitar RM300 sehari, tetapi harga upahnya berganda kalau memekik kuat mengutuk UMNO/BN ...dan berganda lagi kalau memekik sambal membawa sepanduk yang tertulis tulisan-tulisan yang mengutuk Umno/Kerajaan BN ..
Nah...ekoran dari situlah peranan di passkan kepada Embiga dsb..yang kesemuanaya mendapat upah...yang anihnya ia didokong oleh PAS sebuah parti yg menggelarkan dirinya pejuang agama Islam...!
CIA tidak banyak sangat peruntukan...Anwar kena dapatkan wang dari tabung yang amat besar agar bantuan kepadanya dapat menunaikan hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia...tabung itu dikuasai oleh seorang pemimpin utama Yahudi Zionis di Israel yang berpengkalan di Amerika...syarat baru dikenalkan kepada Anwar...
Sebenarnya reputasi Anwar dikalangan pemimpin Yahudi Amerika dan Israel agak terjejas teruk apabila Anwar kira-kira empat tahun lalu, telah membuat kenyataan bahawa "Polis Bukit Aman Malaysia diresapi pengaruh yahudi yang membahayakan Malaysia"...Hal ini dinafikan oleh pihak Kerajaan khususnya Kementerian Dalam negeri dan jabatan Polis.
Bagaimanapun sejak dari tarikh ini...Anwar dibenci oleh para pemimpin yahudi di Israel dan Amerika...ada satu kenyataan dari seorang pemimpin Yahudia Amerika berkata: "Anwar adalah talam dua muka dan kami tidak boleh percayai beliau lagi.." Kenyataan ini merisaukann Anwar dan beliau menggunakan pelbagai cara dan pelbagai pihak di peringkat antarabangsa untuk mengadap pemimpin Yahudi Zionis bagi meminta maaf atas kelancangan lidahnya...
Hasil dari usahanya itu... Anwar diberikan syarat untuk membolehkan Anwar kembali kepangkuan pemimpin Yahudi Israel yang berpengkalan di Amerika itu...syaratnya beliau dimestikan membuat satu kenyataan melalui media antarabangsa bahawa beliau hendaklah secara terbuka mengutuk perjuangan rakyat Palestin yang boleh membahayakan keselamatan negara Israel.
Beliau juga hendaklah mengutuk mana-mana negara yang menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk mendirikan Negara Palestin Merdeka secara rasmi, termasuk Malaysia sendiri . Maka beberapa bulan lalu Anwar, semasa mengunjungi Amerika telah menbuat kenyataan media secara terbuka dalam sidang akhbar khas dihadapan wakil CNN, BBC, Reuter, UPI dll. yang menyatakan kebimbangan beliau yang AMAT SANGAT terhadap keselamatan DAN MASA DEPAN NEGARA ISRAEL dan amat bimbang dengan PERJUANGAN RAKYAT PALESTIN...!!!!
Nah...semua media dunia menyiarkan kenyataan Anwar ini...maka syaratnya sudah cukup...kesalahannya telah terampun... dan Anwar diberikan apa yang dikehendakiknya dari tabung wang terbesar kendalian Zionis Yahudi...maka jumlahnya Allah saja yang tahu...kata orang puteh "sky is the limits" !!!
Yang pastinya DAP amat gembira dengan pengampunan Anwar ini, kerana wang yang diperolehi Anwar itu boleh menjaminkan kemenangan pembangkang dalam PRU 13 ini...Tentulah PAS juga gembira dengan perkembangan ini sebab DAP juga akan agihkan wang dari Anwar ini kepada PAS untuk pertahankan Kelantan dan Kedah dll urusan lagi...nah kini terjawablah soalan saya di atas itu !
source : yazid othman
|