ANWAR AL-KAZIB
(Aramak Jah! Fenin..fenin..tembelang aku dah pecah Jah oiii!!!)
Salam 2 all.
Persoalan yang bermain dikalangan rakyat sekarang ini ialah: mengapa Mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat stafnya Saiful walaupun kesan airmani Anwar dijumpai didalam dubur Saiful?
Kedua, adakah Anwar Ibrahim “suci & bersih” setelah Mahkamah menolak pertuduhan meliwat staf dia Saiful Bukhori?
Ketiga, adakah Kerajaan terlibat dengan konspirasi bersama Mahkamah untuk membebaskan Anwar kerana tekanan atau kepentingan politik? Adakah benar dakwaan kaum Anwarinas bahawa Kerajaan begitu takut rakyat akan marah sehingga berpakat dengan Mahkamah untuk membebaskan Anwar?
ABU KAZIB @ BAPAK PEMBOHONG
Saperti yang telah teman sebut sebelum daripada ini, penghakiman Mahkamah membuktikan satu perkara yang cukop jelas:
ANWAR IBRAHIM BAPAK PEMBOHONG & PUTAR BELIT!
Buktinya? Kerana Anwar mendakwa pertuduhan liwat terhadap Saiful itu adalah konspirasi jahat Kerajaan untuk menjatuhkan dia! Perbicaraan itu satu sandiwara! Skrip perbicaraan dan hukuman sudah siap! Dia pasti ke penjara! Inilah yang dijaja Anwar siang malam pagi petang, di bandar dikampung, didalam dan luar negara! Mesej Anwar jelas: dia adalah mangsa konspirasi jahat Kerajaan! Bahawa Kerajaan mahu menyumbat dia kedalam penjara dengan pertuduhan rekayarsa meliwat stafnya Saiful Bukhori!
INI BERMAKNA PENGHAKIMAN MAHKAMAH SEPATUTNYA MENDAPATI ANWAR BERSALAH & DIHUKUM DALAM PENJARA DENGAN HUKUMAN BERAT!
Tetapi hakikat yang berlaku adalah sebaliknya! ANWAR DIBEBASKAN!
HAKIKATNYA MAHKAMAH MEMBEBASKAN ANWAR!
Setelah kes berlalu lebih daripada 3 tahun, dengan puluhan penangguhan, dengan pelbagai usaha dibuat untuk menyingkirkan Hakim, dengan pelbagai permohonan difailkan; fakta didepan mata kita ialah HAKIM MEMBEBASKAN ANWAR!
Bukankah penghakiman itu bukti jelas apa yang ditemberangkan Anwar sejak Saiful membuat lapuran polis ini sebagai satu konspirasi adalah satu pembohongan dan putarbelit semata-mata?
Dan mike dah lupakah pembohongan Anwar mengenai 16 Sept? Mike dah lupa pembohongan Anwar dia nak kena tembak mati selepas Saiful buat lapuran polis? Mike dah lupe pembohongan Anwar konon tidak mengenali rakan baiknya Datuk Eskay? Mike dah lupe pembohongan Anwar pasal jam Omega? Mike dah lupa pembohongan Anwar mengenai twit semasa dengan ChinaDOLL? Berapa punya banyak lagi pembohongan Anwar yang telah dilakukan?
APA MIKE LUPA SEMUA TU YOP?
Pokok pangkalnya, keputusan Mahkamah hanya memperkuatkan lagi jaringan bukti yang kita semua sudah tahu: iaitu Anwar ini adalah ABU KAZIB! BAPAK PEMBOHONG!
SUCI & BERSIH
Adakah Anwar terbukti “suci & bersih” dengan pembebasan tersebut?
Mahkamah tidak menyatakan Anwar tidak bersalah! Mahkamah tidak menyatakan aduan Saiful tidak betul! Mahkamah tidak memutuskan pertuduhan itu satu rekaan!
Mahkamah cuma menyatakan bukti DNA yang ada tidak selamat untuk menyabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat Saiful! Mahkamah Cuma menyatakan bahawa “Mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh berdasarkan keterangan Saiful tanpa bukti sokongan (iaitu DNA yang jelas)”, walaupun semasa memutuskan ada kes prima facie, Mahkamah menyatakan Saiful adalah saksi yang berwibawa & ada integriti!
Ini sama dengan keputusan Mahkamah Persekutuan semasa membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Azizan pada tahun 2004, bila Mahkamah menegaskan “walaupun kami menemui bukti untuk mengesahkan Anwar & adik angkatnya Sukma terlibat dalam kegiatan homoseksual dan terdorong untuk mempercayai perbuatan liwat terhadap Azizan memang berlaku, tetapi Mahkamah hanya boleh mensabitkan Anwar & Sukma jika Pendakwaraya berjaya membuktikan kes tanpa sebarang keraguan”.
Jadi persoalannya ialah, adakah Anwar “bersih & suci” daripada perbuatan terkutuk amalan kaum Lut ini? Jelas jawapannya tidak! Cuma dia bernasib baik kerana kita mengamalkan prinsip beban pembuktian yang terlalu tinggi dalam membuktikan pendakwaan kes-kes seksual.
Perlu diingatkan, jika Anwar berasa diri dia benar-benar “suci & bersih”, sudah tentu dia akan berikan sample darah untuk ujian DNA tanpa sebarang keraguan pun. Tapi tidak, Anwar berdolak-dalik tak mau bagi! Kenapa? Mike pikior sendiri lah yop!
Begitu juga Anwar tidak berani memberi keterangan dengan cara bersumpah? Sebaliknya dia hanya membaca kenyataan yang sudah ditaip oleh peguamnya dari kandang orang salah. Macam pasang kaset aje. Hakim tak boleh tanya soalan, dan Pendakwaraya tidak boleh soal-balas!
Dan mengapa tidak ada seorang pun saksi alibi dia hadir memberi keterangan di Mahkamah? Mana dia Wan Azizah isteri dia sendiri! Mana dia Hasanudin tuanpunya kondo yang juga kawan baik Anwar? Mana dia Mohd. Sani pemandu setia Anwar berbelas tahun? Mana dia Mokhtar pengawal peribadi Anwar yang juga adik ipar dia! Mereka ini semua disenaraikan oleh Anwar sebagai saksi alibi dia, untuk beri keterangan bersumpah konon Anwar tidak ada ditempat kejadian! Tapi seorang pun tak datang Mahkamah! Mike pikior sendirilah yop!
Jadi untuk menyatakan Anwar sekarang “suci & bersih” daripada perbuatan meliwat Saiful itu, ataupun daripada aktiviti homoseksual & liwat hanya kerana Mahkamah membebaskan dia adalah tidak tepat sama sekali!
ADAKAH INI KONSPIRASI KERAJAAN
Keputusan Mahkamah membebaskan Anwar (walaupun dengan bukti dan keterangan yang begitu kuat) jelas membuktikan bahawa kes liwat Saiful ini bukan satu konspirasi Kerajaan, apatah lagi YAB Perdana Menteri.
Anwar cukup bijak memutar belit! Cukop mudah beliau putarbelitkan cerita mengaitkan konon YAB PM terlibat hanya kerana Saiful pernah bergambar dengan seorang kakitangan pejabat PM, dan konon ceritanya Saiful pernah berjumpa dengan PM!
Sama macam cubaan mengaitkan kes pembunuhan Altantuya dengan PM. Hanya kerana yang terlibat ialah Razak Baginda, penulis ucapan PM (yang mengaku ada hubungan sulit dengan Altantuya), dan pegawai UTK yang pernah menjadi bodyguard dan pengiring Tun Abdullah Badawi & Dato’ Sri Najib (semasa dia TPM). Maka habis diputarbelit cerita konon PM pun terlibat! Alhamdulillah nasib baik teman sendiri adalah peguam yang terlibat dengan kes Altantuya ini, dan teman menegaskan dengan jelas bahawa PM tidak terlibat samasekali (walaupun masa itu teman adalah juga peguam Anwar Ibrahim).
Dan yang peliknya, Anwar langsung tidak mengaitkan kes Saiful dengan YB Senator Ezam, sedangkan Saiful ada juga berjumpa Ezam. Begitu juga dengan Rahimi, pegawai khas Anwar sendiri langsung tidak dikaitkan, sedangkan Rahimi yang membawa Saiful masuk bekerja dengan Anwar, dan Rahimi membuat lapuran polis dia diarah membuat Akuan Bersumpah palsu untuk mengaitkan PM dengan kes Saiful!
Apa pun, jelas daripada keputusan Mahkamah membebaskan Anwar itu bahawa fitnah kononnya ini semua satu konspirasi Kerajaan & PM adalah satu pembohongan dan putar-belit semata-mata.
Dan setelah fitnah konon tuduhan liwat itu satu konspirasi hancur terhempas, kini mereka bawa pula satu fitnah terbaru; pembebasan Anwar itu satu konspirasi Kerajaan kerana takutkan tekanan asing, dan kerana takutkan kemarahan rakyat!
Hanya mereka yang biol dan otak kurang sifat sahaja yang akan membuat tuduhan jahat saperti ini. Kerana kalau benar, maknanya mereka menyatakan Dato’ Sri Najib yang bebaskan Anwar. Kalau itu betul, Anwar dan para penjilat dan pencacai dia sepatutnya beratur diluar pagar Sri Perdana dan mencium tangan dan kaki Dato’ Sri Najib sambil tunduk syukur dan berterima kasih kerana Dato’ Sri Najib telah membebaskan Anwar.
RUMUSAN – MAHKAMAH RAKYAT
Apa yang perlu kita faham ialah soal samada Anwar bersalah atau tidak adalah tugas dan bidangkuasa Mahkamah perundangan, itu kerja para Hakim, bukan kerja kita. Selepas ini ada proses rayuan. Pendakwaraya telahpun mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Selepas itu, mana-mana pihak yang terkilan boleh merayu ke Mahkamah Persekutuan. Dan Akhirnya nanti, YDP Agong adalah merupakan autoriti terakhir sebagai penentu kepada kes ini. Biarkan proses perundangan berjalan saperti mana biasa di Mahkamah perundangan!
Jadi sebagai rakyat, bukan menjadi kerja kita untuk pening kepala samada Anwar kena sabit atau tidak, samada Anwar wajib dipenjarakan atau tidak. Itu tugas dan bidangkuasa Mahkamah perundangan dan para Hakim!
Tetapi itu tidak bermakna kita rakyat marhaen, kita rakyat biasa, kena pejam mata buat tak tahu. Di luar sana ada satu lagi Mahkamah: iaitu Mahkamah Rakyat. Mahkamah dimana Rakyat Hakim Negara! Dan perbicaraannya ialah pada masa PRU 13.
Sebab itu walaupun soal samada Anwar bersalah dan patut dihukum adalah tugas Hakim dan Mahkamah Perundangan, tetapi soal samada Anwar layak atau tidak menjadi calon Perdana Menteri adalah hak dan bidangkuasa Mahkamah Rakyat dan Rakyat Adalah Hakim Negara!
Dan dalam menjawab soalan samada Anwar layak atau tidak menjadi calon Perdana Menteri mewakili pakatan BiaDAP-PKR-TumPAS, Rakyat sebagai Hakim Negara di Mahkamah Rakyat perlu menilai watak dan akhlak Anwar!
Disinilah pentingnya kes liwat Saiful Bukhori dan keputusan Mahkamah membebaskan Anwar itu! Iaitu jelas Anwar ini adalah manusia yang sangat buruk akhlak dan perangainya.
Bak kata Datuk Dr. Hasan Ali, politik Anwar ini sangat kotor dan jijik!
Apa yang jelas, Anwar ini adalah pembohong, penipu dan kaki putar alam! Bukan sahaja rakyat Malaysia, habis satu dunia dibohongi, ditipu dan diputarbelitkan. Konon ini satu konspirasi, konon perbicaraan itu hanya satu sandiwara, konon skrip perbicaraan sudah disediakan, konon hukuman sudah ditetapkan. Malah Anwar boleh kelentong satu dunia, konon sebagai persediaan untuk dia ke penjara, pengganti sementara beliau sebagai bakal PM sudah ditetapkan, sampai Anwar meninggalkan wasiat supaya tolong tengok-tengokkan anak isteri dia bila dia ke penjara nanti! Begitu hebat pembohongan, penipuan dan putar belit yang dikompangkan Anwar Ibrahim.
Malah dihadapan Hakim, semasa dipanggil membela diri, Anwar enggan mengangkat sumpah memberi keterangan. Sebaliknya dia membaca satu kenyataan yang antara petikannya saperti berikut:
“Saya menyatakan sedemikian (iaitu perbicaraan ini adalah satu konspirasi & sandiwara) kerana keluhuran Mahkamah telah terjejas dan memperlihatkan segala unsur-unsur perbicaraan sandiwara, dimana skripnya telahpun dirangka, dan HUKUMANNYA telah ditetapkan! Saya nyatakan sedemikian kerana sebagai seorang Hakim yang mengadili perbicaraan ini, kamu telah tanpa ragu lagi menunjukkan sikap berat sebelah!”.
Cuba bayang yop, daripada awal sehinggalah dipanggil membela diri, Anwar jelas membawa fitnah dan tohmahan kononnya perbicaraan dia adalah satu konspirasi, dan hukuman sudah ditetapkan! Siap dengan amanat dan wasiat lagi! Begitu bijak lakunan Anwar. Dan jika Mahkamah sabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman penjara, sudah pasti Anwar dan para pencacai dia akan mengamuk dengan segala deminstarsi dan himpunan haram!
Tau-tau Mahkamah membebaskan Anwar! Walaupun Hakim kata keterangan Saiful ada kewibawaan dan integriti, walaupun sudah ada bukti video dan CCTV, walaupun beberapa pakar forensic, perubatan dan kimia mengesahkan kejadian, walaupun Anwar enggan berikan sample darah untuk ujian DNA, walaupun Anwar enggan berikan keterangan bersumpah, walaupun tidak ada seorang pun saksi alibi dia datang termasuk bini Anwar, walaupun Thomas Hoogland terkejut teori dia “anu” Anwar tidak boleh berfungsi diperlekeh dengan video yang ditunjuk oleh Pendakwaraya; walaupun Anwar tuduh Hakim berat sebelah, walaupun Anwar fitnah kata hukuman telah diskripkan; dengan semua itu HAKIM TETAP BEBASKAN ANWAR!
Itupun nak kata konspirasi lagi? Bukan sahaja ianya menafikan konspirasi tidak ujud, malah pembebasan Anwar membuktikan Anwar pembohong, penipu dan kaki putar-belit!
Atas alasan itu sahaja sudah cukup untuk Rakyat Hakim Negara menghukum Anwar di Mahkamah Rakyat didalam perbicaraan PRU 13 dengan satu sahaja hukuman: nyahkan Anwar dan Pakatan BiaDAP-PKR-TumPAS daripada politik negara dengan memberi undi dan kepercayaan yang sepenuhnya kepada Dato’ Sri Najib Tun Razak untuk terus memimpin rakyat dan negara ini kearah tranfomasi politik, ekonomi dan sosial.
Berikan 222 kerusi Parlimen kepada Dato’ Sri Najib, berikan 0 kepada Anwar!
Adios amigos, grasias senor!
Wallahua’lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
26 Safar 1433
20 Januari 2012
source : zulkifli noordin
Makin ramai yang sedar 'wajah' sebenar Anwar..
Laporan sebuah majalah yang diterbitkan di England, the Economist, adalah permulaan kepada usaha barat menjarakkan diri dari Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
Dari aspek apapun, Anwar kini dilihat tidak lagi releven kepada barat dan kepentingan mereka malah ia dianggap liability buat pembangkang dan rakyat yang memperjuangkan keadilan.
Dulu, hal ini seperti suatu yang aneh kerana barat melalui media dan kuda- kuda tajaan, menggunakan platform media untuk menggerakkan pendapat pro Anwar. Maka kita lihat publisiti yang Anwar perolehi menjulang nama dan menaikkan imejnya menjadikan beliau seorang “tokoh reformasi” yang paling berpengaruh di dunia sebelah sini.
Amat jarang dan jauh sekali tokoh yang dipuja barat selama ini tiba-tiba dicemuh walhal bintang pujaan mereka itu baru saja dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi dari tuduhan meliwat bekas pembantunya.
Penyokong Anwar mengharapkan reaksi positif dari the Economist bukannya dibalas dengan tuduhan dan tulisan yang dianggap tidak senonoh.
Kerana tergugat dengan perkembangan ini, ada penulis pro Anwar cuba memperkecilkan kewibawaan majalah berkenaan serta menganggap tulisan itu tidak boleh mempengaruhi pemikiran arus perdana rakyat Malaysia.
Macam kebanyakkan dari kita, Anwar tentu terkedu kerana tulisan itu bukan saja keras dan bernas, ia seperti ada persamaan dengan pendapat rakyat kebanyakkan mengenainya.
Justeru boleh kita katakan the Economist membantu mentalkinkan pengaruh Anwar di barat terutama di kaki lima rumah putih, di Washington D.C.
Laporan majalah berkenaan tempoh hari seperti dikarbonkopi dari pendapat tokoh-tokoh yang pernah mengenali dan menyokong Anwar tapi kini memilih menjadi seterunya.
Majalah berkenaan antara lain menganggap Anwar sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai serta PKR kini dikuasai kaum keluarganya dan pada masa sama gagal “nuture” golongan muda parti.
Dulu kita membaca komen Prof Dr.Chandra Muzaffar, mantan Timbalan Presiden PKR mengenai Anwar. Cendiakawan macamnya tak balun Anwar dengan dakwaan kosong serta mengaitkan dengan elemen-elemen nakal.
Ini bukan cerita kedai kopi kerana Chandra, macam juga Zulkifli Nordin (peguam dan kini Datuk), Datuk Zaharin Hashim dan lain-lain bekas pimpinan PKR, tahu luar dalam cerita Anwar.
(Zaharin pernah mendedahkan di Parlimen Anwar memberi briefing mengenai skandal video “bogel” Elizabeth Wong dan mahu wakil PKR itu digugurkan dari EXCO tapi hingga sekarang tak jadi digugurkan).
Komen Chandra beralaskan pengalaman sebagai rakan dan sebagai timbalan presiden parti melalui parti yang ditubuhkan semata-mata memperjuangkan nasib Anwar.
Bila sudah bercerai talak, barulah Chandra menyifatkan Anwar sebagai “dia ni (Anwar) manusia yang banyak kelemahan . ..tapi pada masa sama Chandra juga menganggap Anwar sebagai ‘satu malapetaka.”
Budak-budak PKR marahkan Chandra kerana tokoh akademik itu memperlekehkan bos mereka dengan kata-kata seperti “kita jangan taksub dengan pemimpin (merujuk kepada Anwar).”
Mereka berbeza pendapat dengan Chandra kerana puak-puak ni mencanang sana sini Anwar (ketika itu) adalah wira bakal menyelamatkan Malaysia.
Chandra dikatakan tidak senang pemimpin dipuja begitu rupa tanpa fakta serta tidak berasaskan realiti.
Hari ini jika dilihat semula, apa yang ditulis the Economist, ada persamaan dengan apa yang dicakapkan Chandra beberapa tahun lalu.
Sejarah tidak pernah menipu dan berubah cuma manusia yang gelojoh saja tak mahu belajar membaca buku-buku sejarah dan mencermin kesalahan diri sendiri.
Sejak 1998 dan sebelum dari itu lagi, Anwar telah diberi ruang dalam pelbagai media dan majalah serta juga program tv di luar negeri.
Dunia waktu itu mencemuh Tun Dr.Mahathir Mohamed kerana dasarnya yang dilihat anti-barat namun sebaliknya Anwar selaku Menteri Kewangan mendapat tempat istimewa di dalam ruang-ruang akhbar dan kaca tv.
Semuanya gara-gara barat tidak tahan dengan kelantangan Perdana Menteri ke4 Malaysia itu yang tidak memberi muka kepada mereka sejak hari pertama menyandang jawatan berkenaan.
Dasar Buy British Last tentu saja tidak dilupakan oleh pembuat dasar di England serta sekutu mereka.
Kritikan terhadap Zionist serta yahudi Amerika Syarikat yang bersekongkol dengan Israel adalah sekadar beberapa contoh sikap Dr. Mahathir.
Kata-kata Dr.Mahathir bahawa Yahudi bukannya ramai didunia tapi berjaya menguasai Amerika dan dunia serta kritikan terhadap “holocaust” masih diingat Yahudi dan barat hingga sekarang.
Bagi mengimbangi pengaruh Dr.Mahathir serta pada masa sama mempelopori jalan pengulingan Perdana Menteri (melalui pilihanraya), barat mencipta pelbagai isu yang boleh menjejaskan imej Dr.Mahathir.
Malaysia termasuk didalam senarai negara-negara kurang disenangi AS dan Eropah serta dasar luar Malaysia sering dilihat sebagai anti-barat.
Produk kayu kayan dan juga minyak kelapa sawit dikategori sebagai tidak mesra alam dan tidak selamat untuk dimakan berbanding minyak kacang soya.
Dr.Mahathir memilih mendekati Rusia (dulu Soviet Union) serta negara-negara membangun di benua Afrika dan Asia sebagai helah untuk mencari kekuatan sendiri.
Bagi penganalisis politik, walaupun Dr.Mahathir dilihat macam ”odd couple” dengan Amerika dan barat, mereka mengkaguminya kerana kejayaan membangunkan Malaysia dan menjadkan negara ini sebuah negara Maju (menjelang 2020).
Pengalaman Mahathir kini dilalui Chavez, Presiden Venezuela yang cuba dipinggirkan Amerika dan barat. Perang proxi melihat barat macam berusaha mengajar Venezuela supaya tidak “menentang mereka.”
Anwar bukanlah pilihan baik buat barat kerana latarbelakang lslamnya. Barat melihat Anwar macam mana mereka melihat Muammar Ghadafi, Ayatollah Khomeini dan beberapa pemimpin lslam yang dilihat lebih mirip sebagai “Islamic fundamentalist.”
Anwar memilih menyertai UMNO, bukannya PAS seperti diwar-warkan dan sekaligus naik mendadak sehingga ke jawatan Timbalan Perdana Menteri hasil tajaan Dr. Mahathir.
Barat memberi reaksi positif kerana Anwar berjaya menukar imej dari seorang yang dilihat fundamentalist kepada seorang yang berfikiran liberal atau sederhana.
Anwar melalui zaman payah diperingkat awal kerana banyak kaki dipijak dan ramai menjerit kerana dipinggirkan Dr.Mahathir yang sedang “mabuk” mempersiapkannya sebagai bakal Perdana Menteri.
Kawan-kawan yang mengenali Anwar sejak 1970an lagi dapat melihat perubahan pada watak dan tokoh rakan seacuan sejak zaman ABIM.
Anwar yang dipecat dari UMNO kerana isu moral mendapat pentas baru melalui rakan-rakan diseberang laut.
Semasa dihadapkan ke mahkamah kerana tuduhan liwat (1998) ,Madeleine Albright, Setiausaha Negara AS dipetik menyebut Anwar sebagai “highly respectable leader who was entitled to due process and a fair trial.
Semasa melawat Malaysia, Naib Presiden AS, Al Gore (didepan Dr.Mahathir) berkata “we continue to hear calls for democracy including among the brave people of Malaysia.”
Ini dilihat sokongan terbuka AS kepada Anwar di saat-saat menghadapi penghakiman kepada kes pertama.
Al Gore juga dipetik menyokong gerakan reformasi di negara ini seperti berikut:” Democracy confers a stamp of legitimacy that reforms must have in order to be effective. And so, among nations suffering economic crises, we continue to hear calls for democracy, calls for reform, in many languages—people power, doi moi, reformasi. We hear them today-right here, right now-among the brave people of Malaysia.”
Semasa dalam tahanan surat-surat Anwar tersiar di pelbagai akhbar di luar negara. Pendapatnya memperlihatkan insan ini ada idealisme dalam mencari dahan baru untuk berpaut.
Keberanian AS memperjudikan hubungan dua hala dengan Malaysia semata-mata kerana mahukan kemenangan Anwar sekaligus melihat
Dr.Mahathir jatuh tersungkur sebagai balasan kerana keceluparannya.
Serentak dengan itu media di luar negara seperti US News and World Report menganggap perbicaraan Anwar sebagai “tawdry spectacle”.
Dr.Mahathir juga menyaksikan campurtangan AS melalui lawatan Albright mengunjungi isteri Anwar, DS Dr.Wan Azizah—ia dilihat sokongan moral AS secara terbuka kepada Anwar dan gerakan reformasi.
Macam mana Anwar boleh diberi ruang dalam media barat serta menjalin hubungan mesra dengan tokoh-tokoh tertentu seperti Paul Wolfowitz (bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS) bukan suatu yang aneh.
Ada pendapat melihat Anwar yang pernah dilabel “fundamentalist” oleh barat tiba-tiba menjadi seorang yang liberalist berpunca dari tulisannya dalam majalah Time bertarikh 15 Oktober, 2001—selepas trajedi Sep 11.
Rencana Anwar bertajuk Who hijacked lslam? dimulakan dengan ayat seperti berikut:”Never in lslam’s history have the actions of so few of its followers caused the religion . . .”
Ringkasnya rencana itu antara lain menyalahkan Osama dan Atta sebagai pengganas yang menyebabkan serangan ke atas WTC. Jelas pemikiran Anwar melalui tulisan itu sealiran dengan dasar dan pendapat pembuat dasar di rumah putih.
Anwar tidak peduli reaksi masyarakat lslam serta tokoh-tokoh lslam yang pernah dikenali berhubung tulisannya. Matlamatnya jelas bahawa ada pihak di AS akan memberi layanan positif kepada kerjaya politiknya kelak.
Dengan sokongan barat, Anwar melihat jalan ke Putrajaya lebih mudah dari sekadar dikagumi masyarakat lslam yang cenderung menganggapnya sebagai tokoh fundamentalist.
Yang penting impian menjadi Perdana Menteri bukan lagi angan-angan mat jenin.
Sebagai penutup, disiarkan petikan ucapan Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden ABIM di DTC, Universiti Malaya pada 9 Ogos, 1981 sempena muktamar ke10 ABIM, bertajuk Membina Generasi—Satu Gagasan.
Antara lain Anwar mengecam politik PAS dan politik pemerintah (UMNO) seperti berikut: "Istilah-istilah perpaduan umat, jihad, persaudaraan, persamaan dan keadilan merupakan slogan kosong untuk mengisi perbendaharan kata dalam rumusan, manifesto dan perisytiharan. Perkembangan mulai melahirkan kekecewaan di kalangan rakyat dan tambah mengukuhkan cemuhan umum terhadap politik sebagai permainan kotor dan pemerintahan mungkin merupakan "uncharismatic low-morale proffesion".
source : agendadaily
Media Barat mula hentam Anwar...
Sekiranya Rudyard Kipling masih hidup, penulis British lahir dan dibesarkan di India dan menghabiskan sebahagian usia lanjutnya di England itu mungkin akan menulis sebuah lagi puisi sebagai lanjutan kepada puisi asal beliau berbunyi: “Oh, East is East, and West is West, and never the twain shall meet…”
Kipling mungkin memahami pertembungan budaya Timur-Barat, namun sekadar tidak menyedari bagaimana Barat cuba memaksa Timur menurut acuan mereka, setidak-tidaknya dalam percaturan di antara kedua-dua bahagian muka bumi ini.
Justeru, dicelah-celah hipokrasi media Barat, ada mata dari sudut bertentangan. Maksudnya dipercayai dulu kini bukan lagi tidak dipercayai, tetapi dipersembahkan dalam perspektif berbeza dan berlawanan.
Inilah yang berlaku kepada majalah The Economist yang diterbitkan di England mengenai seorang tokoh dipersiapkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Menurut percaturan dan atas sebab yang hanya diketahui mereka, Anwar Ibrahim adalah tokoh paling berkarisma dan layak. Malah ketika itu media Barat menggambarkan tanpa Anwar Malaysia tak mungkin dapat ditadbirkan dengan sepatutnya.
Sejak sebelum 1998, sebelum dipecat dari Umno dan disingkir dari kerajaan sehingga dibebaskan dari penjara kerana Anwar adalah buah hati Barat.
Barat nampaknya berjaya memerangkap pemimpin macam Anwar, Muammar Ghadafi, Aung San Su Kyi dan puluhan lain yang dipilih dan dididik serta diberi pendedahan sebagai wakil dalam melaksanakan agenda tertentu untuk kepentingan mereka.
Tokoh politik seperti ini dianggap sebagai Kuda Trojan atau ciptaan Barat sebagai persiapan meneruskan penjajahan baru.
Tidak berpuas hati dengan penyingkiran Anwar seolah-olah beliau adalah proksi Barat, kalau tidak di seluruh Nusantara sekalipun setidak-tidaknya di Malaysia, dia dilihat pula sebagai tokoh reformis oleh Amerika Syarikat di era Al Gore sebagai Naib Presidennya.
Sejak kenyataan Al Gore yang menyokong kumpulan reformasi diketuai Anwar untuk menentang kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamed, semacam ada satu pakatan bagi menjadikan Anwar idola . Anwar dijaja di Barat sebagai suara keadilan dan tokoh baru bagi Malaysia.
Semasa dalam tahanan, media Barat menyiarkan rencana dan analisis termasuk siaran surat Anwar dari penjara. Imej Malaysia dan populariti Dr Mahathir merudum serta Perdana Menteri ke-4 itu menjadi tokoh paling dibenci oleh Barat.
Tapi kini nampaknya segala sokongan Barat terhadap Anwar sudah menampakkan petanda akan segera berakhir.
Sebuah tulisan dalam majalah The Economist jika dilihat dari sudut bertentangan, meletakkan tokoh utama pembangkang itu sebagai calon tidak layak menjadi Perdana Menteri.
Selain diberi tafsiran reputasi tidak baik, Anwar digambarkan sebagai “seems a distant and untrustworthy figure to many younger Malaysian.” Maknanya Anwar kini kurang dipercayai oleh golongan muda.
Majalah itu juga berpendapat Anwar “has failed to nuture a new generation of opposition leaders,” atau gagal mempersiapkan generasi baru pemimpin pembangkang, khususnya dalam PKR.
Anwar dibidas kerana membenar PKR ditadbir ahli keluarga serta parti itu pula mempunyai banyak masalah dalaman dan perebutan kuasa. Bukankah ada ramalan seandainya Anwar tidak dapat menjadi perdana menteri, anak gadisnya (Puteri Reformasi) mungkin dipilih sebagai penggantinya—sekadar buat sementara sehingga Anwar bebas dari penjara.
Anwar dulunya relevan kepada Barat kini menjadi tidak relevan—mengikut majalah berkenaan.
Bagi pengikut Anwar, pendapat Economist itu bukan mencerminkan persepsi Barat secara keseluruhan. Anwar masih relevan dan bakal menjadi perdana menteri menggantikan Datuk Seri Najib Razak.
Dalam mempertahankan Anwar, pengikutnya terlupa apa diperkatakan the Economist telah lama disedari rakyat negara ini. Sebahagian besar pemimpin pembuat dasar PKR kini adalah muka baru yang langsung tiada pengalaman zaman reformasi. PKR kini lebih dikuasai Azmin Ali sebagai timbalan presiden dan alat mempertahankan Anwar.
Barat bukan bodoh macam disangka banyak pihak. Kesetiaannya pada satu atau dua orang dicipta sebagai “wakil” mereka ada tempoh lupus. Ia juga bukan copyright pihak tertentu untuk berada di bawah mereka.
Kita lihat perkembangan ini sebagai merugikan Anwar, kita harus mengambil sikap berhati-hati terhadap apa disogokkan media Barat mengenai politik dan tokoh politik Malaysia. Barangkali hari ini, Barat menaja Anwar yang selama ini sudah menemui keserasian dengan pemimpin Malaysia kini, justeru pemimpin pembangkang itu kini sudah tidak lagi relevan dan berguna untuk agenda mereka.
Tapi apakah ini untuk selama-lamanya dan apakah agenda Barat sebenarnya?
source : agendadaily
Kipling mungkin memahami pertembungan budaya Timur-Barat, namun sekadar tidak menyedari bagaimana Barat cuba memaksa Timur menurut acuan mereka, setidak-tidaknya dalam percaturan di antara kedua-dua bahagian muka bumi ini.
Justeru, dicelah-celah hipokrasi media Barat, ada mata dari sudut bertentangan. Maksudnya dipercayai dulu kini bukan lagi tidak dipercayai, tetapi dipersembahkan dalam perspektif berbeza dan berlawanan.
Inilah yang berlaku kepada majalah The Economist yang diterbitkan di England mengenai seorang tokoh dipersiapkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Menurut percaturan dan atas sebab yang hanya diketahui mereka, Anwar Ibrahim adalah tokoh paling berkarisma dan layak. Malah ketika itu media Barat menggambarkan tanpa Anwar Malaysia tak mungkin dapat ditadbirkan dengan sepatutnya.
Sejak sebelum 1998, sebelum dipecat dari Umno dan disingkir dari kerajaan sehingga dibebaskan dari penjara kerana Anwar adalah buah hati Barat.
Barat nampaknya berjaya memerangkap pemimpin macam Anwar, Muammar Ghadafi, Aung San Su Kyi dan puluhan lain yang dipilih dan dididik serta diberi pendedahan sebagai wakil dalam melaksanakan agenda tertentu untuk kepentingan mereka.
Tokoh politik seperti ini dianggap sebagai Kuda Trojan atau ciptaan Barat sebagai persiapan meneruskan penjajahan baru.
Tidak berpuas hati dengan penyingkiran Anwar seolah-olah beliau adalah proksi Barat, kalau tidak di seluruh Nusantara sekalipun setidak-tidaknya di Malaysia, dia dilihat pula sebagai tokoh reformis oleh Amerika Syarikat di era Al Gore sebagai Naib Presidennya.
Sejak kenyataan Al Gore yang menyokong kumpulan reformasi diketuai Anwar untuk menentang kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamed, semacam ada satu pakatan bagi menjadikan Anwar idola . Anwar dijaja di Barat sebagai suara keadilan dan tokoh baru bagi Malaysia.
Semasa dalam tahanan, media Barat menyiarkan rencana dan analisis termasuk siaran surat Anwar dari penjara. Imej Malaysia dan populariti Dr Mahathir merudum serta Perdana Menteri ke-4 itu menjadi tokoh paling dibenci oleh Barat.
Tapi kini nampaknya segala sokongan Barat terhadap Anwar sudah menampakkan petanda akan segera berakhir.
Sebuah tulisan dalam majalah The Economist jika dilihat dari sudut bertentangan, meletakkan tokoh utama pembangkang itu sebagai calon tidak layak menjadi Perdana Menteri.
Selain diberi tafsiran reputasi tidak baik, Anwar digambarkan sebagai “seems a distant and untrustworthy figure to many younger Malaysian.” Maknanya Anwar kini kurang dipercayai oleh golongan muda.
Majalah itu juga berpendapat Anwar “has failed to nuture a new generation of opposition leaders,” atau gagal mempersiapkan generasi baru pemimpin pembangkang, khususnya dalam PKR.
Anwar dibidas kerana membenar PKR ditadbir ahli keluarga serta parti itu pula mempunyai banyak masalah dalaman dan perebutan kuasa. Bukankah ada ramalan seandainya Anwar tidak dapat menjadi perdana menteri, anak gadisnya (Puteri Reformasi) mungkin dipilih sebagai penggantinya—sekadar buat sementara sehingga Anwar bebas dari penjara.
Anwar dulunya relevan kepada Barat kini menjadi tidak relevan—mengikut majalah berkenaan.
Bagi pengikut Anwar, pendapat Economist itu bukan mencerminkan persepsi Barat secara keseluruhan. Anwar masih relevan dan bakal menjadi perdana menteri menggantikan Datuk Seri Najib Razak.
Dalam mempertahankan Anwar, pengikutnya terlupa apa diperkatakan the Economist telah lama disedari rakyat negara ini. Sebahagian besar pemimpin pembuat dasar PKR kini adalah muka baru yang langsung tiada pengalaman zaman reformasi. PKR kini lebih dikuasai Azmin Ali sebagai timbalan presiden dan alat mempertahankan Anwar.
Barat bukan bodoh macam disangka banyak pihak. Kesetiaannya pada satu atau dua orang dicipta sebagai “wakil” mereka ada tempoh lupus. Ia juga bukan copyright pihak tertentu untuk berada di bawah mereka.
Kita lihat perkembangan ini sebagai merugikan Anwar, kita harus mengambil sikap berhati-hati terhadap apa disogokkan media Barat mengenai politik dan tokoh politik Malaysia. Barangkali hari ini, Barat menaja Anwar yang selama ini sudah menemui keserasian dengan pemimpin Malaysia kini, justeru pemimpin pembangkang itu kini sudah tidak lagi relevan dan berguna untuk agenda mereka.
Tapi apakah ini untuk selama-lamanya dan apakah agenda Barat sebenarnya?
source : agendadaily