Nota: Dr Haji Abdul Rahman Abdul Kadir diberitakan merupakan seorang bekas ahli Jemaah Islam Kampus (JIK) iaitu sayap bawah tanah kepada PAS di Universiti Malaya. Oleh itu, selain dari pendedahan penulis dari sumber-sumber yang pernah/sedang berkhidmat di Universiti Malaya dan juga bekas-bekas ahli Jamaah PAS dari Universiti Malaya, penulisan Dr Haji Abdul Rahman juga merupakan sumber sejarah dan aktiviti Jamaah yang tidak boleh diabaikan (klik sini).
Difahamkan dari blog-blog dan juga rakan-rakan maya penulis, Dr Haji Abdul Rahman giat menulis di dalam facebook tentang tipu helah PAS dan juga giat berdakwah kepada sahabat-sahabat beliau yang masih di dalam PAS khususnya yang sudah berbai’ah di alam kampus untuk meninggalkan gerakan bathil ini. Penulis berharap beliau akan terus menulis malah penulis berharap jikalau ada penulisan yang baru tentang PAS secara am dan tentang JIK dan PMIUM secara khususnya, amatlah dialu-alukan.
1. Hari Raya Haji baru sahaja berlalu.
2. Ketika saya menulis nota ini, maka kita sedang melalui hari-hari Tasyrik. Umat Islam masih lagi melakukan ibadat korban dan masjid-masjid masih lagi mengalunkan bacaan Takbir Hari Raya setelah solat 5 waktu.
3. Di Malaysia dan juga di mana-mana pun seluruh dunia, suasana Hari Raya Haji tidak semeriah dan segemilang seperti suasana bagi orang-orang yang menyambutnya di Mekkah, iaitu para Jemaah Haji.
4. Bayangkan, segala kesusahan dan pengorbanan mereka meninggalkan ahli keluarga, berkorban wang ringgit dan harta benda, serta mengharungi kesesakan jutaan manusia dalam keadaan berpantang ihram semata-mata kerana inginkan keredhaan Allah SWT dalam mengejakan Rukun Islam yang ke 5 ini.
5. Saya terpilih untuk mengerjakan Haji dan berkhidmat untuk negara pada tahun 2008 semasa Operasi Haji tahun itu.
6. Ia merupakan satu kenangan paling manis dalam hidup saya dan tidak dapat saya lupakan selamanya.
7. Ia tetap menjadi kenangan paling manis bagi saya, walaupun pada tahun itu saya mengharungi dua perkara paling mendukacitakan dalam hidup saya, iaitu kewafatan ayah saya dan kekecewaan di dalam kehidupan.
8. Seolah-olah Allah SWT menjemput saya ke rumahNya bagi mengubati hati saya serta menghiburkan saya seperti yang dilakukan Allah kepada Rasulullah pada Tahun Kedukacitaan.
9. Saya berada di sana selama 82 hari, satu tempoh yang cukup lama jika dibandingkan dengan Jemaah Haji Malaysia yang kebanyakannya duduk di Tanah Suci sekitar 45 hingga 52 hari sahaja.
10. Justeru itu, semasa berada di sana saya luangkan secara maksima untuk beribadat, berkhidmat, mengejar peluang berdoa di tempat-tempat mustajab serta menghayati serta menghayati sirah peninggalan Rasul.
11. Setiap tahun selepas dari itu, saya sentiasa merindui untuk pergi semula beribadat di sana. Tahun 2009, saya ditawarkan sekali lagi tetapi saya terpaksa menundanya kerana sedang melanjutkan pengajian.
12. Saya amat gembira melihat jemaah-jemaah haji bertolak saban tahun pergi ke Mekkah. Dari adik beradik saya, orang kampung dan jiran tetangga hinggalah kepada pemimpin negara atau negeri yang berkunjung saban tahun ke Tanah Suci, semua ini menggembirakan hati saya dan saya sentiasa mendoakan semoga ibadat haji mereka diterima dan mereka pulang sebagai insan yang lebih baik dari sebelumnya.
13. Malah ketika Nik Aziz menunaikan haji pun, saya bergembira dan mendoakan agar dia pulang dan meninggalkan politik khawarij dan kembali kepada sunnah yang sebenar.
14. Pada tahun ini Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Hj. Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah berangkat menunaikan haji bersama ahli keluarga terdekat dan beberapa pemimpin kerajaan. (Ini bukanlah Haji pertama bagi Perdana Menteri)
15. Malangnya, pemergian beliau tidak terlepas dari tohmahan dan diremeh-remehkan.
16. Saya cukup hairan, bermula dari hari pertama beliau tiba di Mekkah, gambar beliau diiringi askar Saudi untuk melakukan Tawaf disiarkan di media-media pro pembangkang serta blog-blog pro pembangkang juga di facebook wall rakan-rakan yang menyokong Pakatan.
17. Seorang sahabat yang menyokong PAS mengirimkan gambar di atas kepada saya dan menulis,
“aku nak komen skitla pic terkini ni…najib ni masih blum kukuh keimanan dia, masih bergntung harap pada org lain (askar yg mengelilinginya), moga diberi hidayah utk melihat Islam yg sebenar2nya…”
Gambar ini menjadi ukuran tahap keimanan seseorang? (Ihsan Dr Hj Abdul Rahman)
18. Saya cukup hairan dengan fikiran mereka-mereka yang taksub dengan pembangkang khususnya PAS ini.
19. Bagi mereka yang sudah biasa ke Tanah Suci, sudah semestinya mengetahui bahawa ini adalah merupakan protokol keselamatan Saudi bagi mana-mana pemimpin negara yang datang menunaikan Haji di Mekkah.
20. Malah para Imam Masjidil Mekah seperti Syaikh Abdul Rahman As Sudaisi dan Syaikh Syuraim yang bacaan Quran mereka sering berkumandang di radio-radio serta di dalam kereta kita masuk untuk mengimami solat 5 waktu di Mekah turut berada dalam kawalan keselamatan tentera Saudi sama seperti yang dilakukan terhadap Perdana Menteri kita.
21. Adakah para pentaksub ini ingin mengatakan bahawa para Imam Masjidil Haram Mekkah ini tidak kukuh keimanan mereka? Alangkah bodohnya orang yang beranggapan sedemikian.
22. Sesungguhnya kawalan keselamatan kepada Ketua-ketua kerajaan adalah merupakan Standard Operating Procedure(SOP) dan merupakan hak Raja Arab Saudi untuk memberikan penghormatan itu kepada tetamu baginda yang difikirkannya perlu.
23. Kawalan ini adalah perlu kerana sebarang perkara buruk yang berlaku ke atas pemimpin tersebut boleh menggugat hubungan diplomatik antara kerajaan.
24. Malah, Presiden Iran Ahmadinejad yang berakidah Syiah yang mengkafirkan para sahabat juga dikawal sedemikian ketika datang ke Mekkah oleh Kerajaan Saudi! Inikan pula PM Najib Tun Razak yang berakidah Sunni.
Perhatikan tentera Saudi mengiringi Presiden Ahmadinejad. Konon Mamat ni takde tentera iring, kalau kena tikam tak ke perang Saudi-Iran? (Ihsan Dr Hj Abdul Rahman)
25. Isu kawalan keselamatan untuk Perdana Menteri ini bukan sahaja dimainkan dan dikritik oleh orang Islam, malah juga turut dipersendakan oleh orang bukan Islam.
26. Seorang sahabat saya telah memuatkan gambar PM dikawal tentera Saudi tadi di facebooknya dan kemudian mengatakan bahawa, “Bukankah sepatutnya semua manusia serupa di sisi Tuhan? Maka mengapakah keistimewaan sebegitu diberikan kpd PM?”
27. Saya menerangkan kepada beliau dan dalam proses itu saya terlibat di dalam satu perdebatan yang hangat dan panjang dengan seorang sahabat kepada sahabat saya ini yang merupakan seorang Atheist yang memandang agama sebagai satu penipuan sistematik.
28. Hujah si atheist ini sama dengan hujah rakan Muslim saya di atas, “Dia mempertikaikan,
“Jika Tuhan begitu berkuasa, kenapakah perlu kepada kawalan keselamatan sebegitu rupa di Rumah Tuhan? Tidak yakinkah dengan kekuasaan Tuhan?”
Si Muslim tadi sebelum ini menulis,
” Najib ni tak kukuh iman dia, masih bergantung harap pada askar yang mengelilinginya.”
29. Ini adalah merupakan satu kefahaman yang sesat dikalangan umat Islam. Apabila kita melihat ular di dalam rumah, kita akan lari atau mencari buluh untuk menghalau dan membunuhnya. Apabila kita melihat api, kita akan cuba memadamkannya atau memanggil bomba untuk mengawal kebakaran. Kita tidak duduk bersila di hadapan ular atau api tersebut dan berdoa semoga Allah menghalau ular dan memadamkan api. Ini adalah satu kebodohan, kerana Allah telah menganugerahkan fikiran dan otak untuk kita berfikir. Dalam kita berdoa, kita tetap perlu berikhtiar mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan kita.
30. Memang di dalam Islam, semua manusia adalah sama, tetapi agama kita juga mengajar kita untuk memuliakan dan mempertahankan serta melindungi pemimpin kita dari ancaman. Apakah kamu tidak berfikir??
31. Setelah isu kawalan keselamatan Saudi itu, gambar-gambar Perdana Menteri melakukan ibadat serta menziarahi para jemaah Haji Malaysia khususnya di Abraj Al Janadriyah (Ibupejabat Tabung Haji di Mekkah) menjadi bahan untuk kritikan para penyokong Pakatan.
32. Mereka mengatakan bahawa ini perbuatan menunjuk-nunjuk, riak dan amalan ibadat Perdana Menteri tidak diterima. Baca saja komen-komen di Malaysiakini yang cukup memualkan dari mereka-mereka yang merasakan diri mereka lebih Islam dari yang lain, berhak memberi komen berkenaan ibadat haji Perdana Menteri, sedangkan mereka ini tak pernah pun ke sana malah mak dan ayah mereka pun belum tentu sudah jejakkan kaki ke Tanah Suci.
33. Mengapakah neraca pengadilan para pentaksub ini berbeza-beza? Ketika Nik Aziz menunaikan Haji, penuh di blog-blog dan Harakah gambar Nik Aziz melakukan ibadat Haji, bersolat, tidur, gambar di tempat penginapan dan sebagainya. Semua gambar-gambar ini dipuja oleh para pentaksub ini. Tak pulak mereka kata ini menunjuk-nunjuk dan riak. Malah gambar-gambar ini ditatap dengan penuh takjub sambil air liur mereka meleleh memikirkan darjat tingkat syurga mana yang Allah tetapkan untuk Nik Aziz.
34. Mujurlah ketika Nik Aziz mandi ataupun berak tidak ada kamera. Jika tidak, itupun akan dilihat para pentaksub ini, mungkin hingga inzal.
35. Saya hanya menggelengkan kepala melihat ketaksuban para penyokong tegar PAS ini.
36. Kemuncaknya adalah apabila saya membaca Malaysiakini hari ini. Dimuatkan di berita utama Malaysiakini BM bahawa,
Mufti Terkejut Perdana Menteri, Rosmah selesai tunai Ibadah Haji.
37. Di dalam versi Malaysiakini Bahasa Inggeris, berita ini diletakkan di bawah sedikit.
38. Ini jelas merupakan kesinambungan perbuatan jahat untuk menggambarkan bahawa Ibadah Haji Perdana Menteri telah rosak.
39. Lalu berkokok dan menyalaklah para pentaksub Pakatan ini dan menulis di sini sana bahawa Perdana Menteri jahil dan ibadah hajinya tidak diterima.
40. Sesungguhnya, hanya mereka yang berada di sana (Mekkah) sahaja yang tahu rasanya menunaikan ibadat haji.
41. Semasa berniat ihram hinggalah melakukan semua kerja-kerja haji, setiap jemaah haji terikat kepada pantang larang haji seperti tidak boleh memakai wangi-wangian, diharamkan memakai pakaian berjahit, hanyalah dua helai kain ihram yang menyelimuti badan, haram menutup kepala, mencabut rambut atau bulu dan kuku dan banyak lagi.
42. Mereka berada dalam pantang larang ihram ini berhari-hari lamanya malah mungkin berminggu.
43. Setelah mereka berwukuf di Padang Arafah dan bermabit di Muzdalifah, maka mereka semua akan berangkat untuk bermabit di Mina.
44. Setelah tiba di Mina, iaitu pada hari Nahar (10 Zulhijjah, Hari Raya Haji), para jemaah akan berpusu-pusu untuk melontar di Jamratul Kubra yang merupakan Tahiyyatul Mina (penghormatan buat Mina).
45. Saat melontar pada 10 Zulhijjah itu adalah merupakan masa yang paling menggembirakan, mengharukan, saat yang kita rasakan kita begitu dekat dan disayangi oleh pencipta kita. Air mata akan bercucuran walaupun seberapa ‘brutal’, macho dan muka ‘legend’ sekalipun kita.
46. Ini kerana setelah melontar ini, dan bertahalul awal, maka para jemaah haji akan terbebas dari 10 daripada 13 pantang larang ihram.
47. Mereka sudah boleh berwangi-wangian, merapikan janggut dan bercukur serta memakai pakaian-pakaian Hari Raya yang berwarna-warni.
48. Mereka tinggal di Mina dan relax sahaja dari 10 hingga 13 Zulhijjah sambil menunggu masa melontar ketiga-tiga Jamrah, sebelum kembali ke Mekah menghabiskan kerja-kerja Haji lain yang simple.
49. Di Mina lagi para Jemaah Haji akan saling usik mengusik sesama mereka dengan memanggil sesama mereka Ya Haji Si Polan bin Si Polan dan Ya Hajjah Si Polanah bte Si Polanah. Sungguh meriah!
50. Dan setelah melontar pada Hari Nahar tadi itulah, maka kebiasaannya Jemaah Haji akan menelefon para ahli keluarga serta kenalan rapat di Tanah Air untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan memaklumkan bahawa ‘urusan haji mereka selesai’.
51. Saya sendiri menelefon ibu saya dengan tangisan kegembiraan setelah melontar sambil memaklumkan, “Dah melontar mak. Dah selesai dah…tinggal 3 lagi pantang larang sahaja yang perlu dipatuhi.”
52. Ini bukan bermakna kita telah complete melakukan ibadah haji. Tetapi kita berkongsi kegembiraan bahawa ibadah haji kita hampir selesai tinggal beberapa saja yang ‘kacang’.
53. Saya percaya bahawa twitter Perdana Menteri pada 6 November bahawa,”Alhamdulillah, urusan Haji kami sudah selesai” bermaksud sebegitu. Perdana Menteri menzahirkan kegembiraannya bahawa urusan Haji beliau hampir selesai.
54. Adalah hampir mustahil bahawa Perdana Menteri yang bukan mengerjakan Haji untuk kali pertama, serta sudah pasti diiringi oleh Pegawai Agama dan Ketua Rombongan Haji Malaysia serta Konsul Haji akan meninggalkan kerja-kerja hajinya dan merosakkan haji. Ini perkara ibadat, bukan main-main.
55. Hanya berdasarkan satu kenyataan twitter beliau yang sebaris itu, maka ramai yang menghukum seorang sembrono bahawa ibadat haji Perdana Menteri tidak sah, Haji Marlboro etc.
56. Kita dituntut untuk bersangka baik sesama Islam.
57. Saya juga ingin menasihatkan Mufti Perlis Dr Juanda. Saya percaya beliau diperdayakan Malaysiakini untuk mengeluarkan kenyataan terhadap Perdana Menteri.
Wahai Mufti, hayatilah ayat Quran dalam Surah Al Hujurat,
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
Al Hujurat ayat 6
58. Mufti Perlis sedang berada di Mina juga ketika ini melakukan kerja-kerja hajinya. Maka, adalah lebih molek jika Mufti Perlis bertanya terus dengan Perdana Menteri sebelum mengeluarkan kenyataan kepada media fasiq seperti Malaysiakini.
59. Saya yakin beliau diperdayakan dalam mengeluarkan kenyataan umum terhadap VVIP (jelas beliau tidak menamakan siapa). Mungkin sekadar ditelefon Malaysiakini sambil ditanya, “Bolehkah seseorang selesai Hajinya pada 6 November”, dan beliau berikan respond terbuka.
60. Keyakinan saya itu adalah kerana saya yakin Mufti Perlis seorang yang berprinsip salaf sesuai dengan Negeri Perlis dan Raja nya yang mengamalkan La Mazhabiyah.
Dari Iyadh bin Ghunaim radliyallahu ‘anhu berkata, bersabda Rasul Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam :
“Barangsiapa yang ingin menasihati penguasa maka janganlah melakukannya dengan terang-terangan di hadapan umum. Akan tetapi dengan cara mengambil tangan penguasa tersebut dan menyendiri. Jika ia menerimanya maka inilah yang diharapkan, jika tidak menerimanya maka ia telah melakukan kewajibannya.” (HR. Ahmad, Ibnu Abi Ashim, Al Hakim, dan Baihaqi. Dishahihkan Al Albani dalam Adz Dzilal).
61. Saya mendoakan agar ibadah haji semua Jemaah Haji Malaysia diterima oleh Allah SWT.
62. Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga kita kembali kepada sunnah dan meninggalkan bidaah yang menyesatkan.
source :
maharaja zhou
Kelmarin MiM menyiarkan kenyataan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang mencabar pakatan pembangkang supaya segera mengemukakan permohonan baru untuk membentuk gabungan parti secara rasmi seperti Barisan Nasional (BN).
Menurut Pendaftar ROS, permohonan pertama tidak lagi terpakai kerana Datuk Zaid Ibrahim keluar dari PKR pada 14 November 2010, maka adalah wajar pembangkang menamatkan polemik dengan ROS dengan menghantar wakil merek.
Parti pembangkang juga disindir kerana mempunyai barisan lawyers termuka tetapi buat-buat bangang dengan perkara asas tersebut! BACA SINI
Di bawah pula adalah respons Zaid Ibrahim yang menyetujui kenyataan Pendaftar ROS itu. Beliau telah menjawap di dalam twitter beliau,
"the application was made by me but as rep of PR. When i left, PR should have submitted new names. Why they did not do i don't know."
Foto : TQ Madah Berhemah
Kenyataan Zaid Ibrahim tersebut telah melondehkan lakonan ding-dong kepimpinan Pakatan Rakyat! Mereka selama ini menyalahkan ROS tetapi hakikatnya, DAP, PKR dan PAS tidak mungkin akan dapat disatukan secara sah tidak seperti Barisan Nasional (BN).
Perbezaan ideologi politik parti-parti tersebut amat berbeza dan saling antagonis ibarat minyak dan air! Pokoknya, Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Karpal Singh hanya aktor-aktor politik.
Rakyat tahu tentang wayang kulit parti pembangkang dan tidak mungkin akan mengundi mereka di PRU13 kelak!
LAWAK GEMPARRR..!!! KIT SIANG, HADI TAK SETUJU BENTUK PAKATAN..!!!
Pakatan Haram yang berstatus tak halal..!!! Kalau haram tu memang haram jadah la sampai ke mati..!!!