NUFFNANG

Sunday, 8 February 2009

Krisis di Perak: Penjelasan Dari Semua Sudut

Krisis di Perak: Penjelasan Dari Sudut Undang-undang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan meyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah. Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru Anwar Ibrahim berbunyi : Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan

Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.

Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.

Hung Parliament

“Hung parliament” bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi “hung parliament” di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.

3 ADUN Sudah jumpa Sultan

Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan “vote of no confidence” terhadap Nizar. Untuk pengetahuan kedua-dua manusia di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan “vote of no confidence” itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara “vote of no confidence” itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?

Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.

Perjanjian Yang Tidak Sah.

Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.

Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”

Persoalannya disini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?

Kesemua hujah diatas dibuat selepas saya merujuk kembali perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya diatas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.

Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?

Detik Terkena Batang Hidung Sendiri.

Suatu ketika dahulu Anwar kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telan ludah sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua pernah perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.

Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terima lah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku diatas “kebenaran” undang-undang itu sendiri, dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!

Siddiq Azani,
Fakulti Undang-undang UiTM Malaysia.

Sumber: http://writtenbyhim.wordpress.com

------------------------------------------------

PAKATAN RAKYAT : JANGAN SALAHKAN SULTAN PERAK - SALAHKAN DIRI SENDIRI

1. Apakah yang akan diperkatakan oleh Ibu Bapa apabila anak-anaknya lari daripada rumah dan menyembunyi diri di rumah orang lain. Sudah tentu ibu bapa yang kehilangan anak ini akan membuat laporan polis dan akan menyalahkan Polis jika anak mereka tidak dapat dikesan dan menyalahkan guru dan para ustaz di sekolah dan tuan-tuan Imam di masjid kerana tidak mendidik anak-anak mereka dengan baik.

2. Jarang sekali kedapatan di kalangan ibu bapa yang menyalahkan diri mereka sendiri di atas tindakan biadap anak-anak mereka melarikan diri daripada rumah. Dan jarang sekali di kalangan ibu bapa yang berterima kasih kepada orang lain yang kebetulan menjumpai anak mereka untuk dijaga dengan selamat daripada menjadi mangsa culik oleh penjahat. Bila terjumpa dengan seseorang yang mengaku menjumpai anaknya, maka sudah tentu ibu bapa ini akan membuat tuduhan yang bermacam-macam ke atas orang lain. Kononnya orang berkenaan telah mempengaruhi anaknya dan meracuni fikiran anaknya sehingga sanggup lari daripada rumah.

3. Cuba kita renungkan pula dengan peristiwa 2 ADUN PKR dan seorang ADUN DAP yang mengisytiharkan diri keluar dariapda Pakatan Rakyat untuk memberi sokongan kepada BN. Dengan pengisytiharan ketiga-tiga ADUN PR ini maka menyebabkan kerajaan PR di Perak tersungkur secara terhormat. Yang anehnya, kenapa pula para pemimpin PR ( PKR-PAS-DAP) meletakkan kesalahan keruntuhan kerajaan PR kepada Sultan Perak..? Kenapa pula mereka melontarkan tuduhan kepada DYMM Sultan Perak yang kononnya Paduka Seri Sultan menafikan mandat rakyat dalam Pilihanraya Umum 12 yang lalu..?

4. Yang bersalah dalam hal ini ialah Dua ADUN PKR dan seorang ADUN DAP itu sendiri yang bertindak menjadi pembelot kepada parti masing-masing ( dengan izin). Kalau benarpun ketiga-tiga mereka ini dianggap sebagai pembelot, adakah wajar bagi PR untuk meletakkan kesalahan ini kepada mereka ini. Sepatutnya kepimpinan tertinggi PKR dan DAP harus meletakkan kesalahan pada diri mereka sendiri kerana gagal mendidik serta mentarbiyah ADUN-ADUN mereka menjadi seorang yang bersemangat kental dan berjiwa patriotik. Cuba contohi ke semua ADUN PAS di Perak, tak ada seorangpun yang termakan dengan pujukan pihak lawan untuk meninggalkan PAS. Kejayaan PAS dalam soal ini amat terpuji.

5. Jadi, saya nasihatkan para pemimpin Pakatan Rakyat supaya di masa-masa akan datang pastikan calon-calon yang dipilih oleh mereka untuk mewakili parti masing-masing dalam Pilihanraya adalah benar-benar seorang yang tetap pendirian dan tidak mudah disogok oleh sesiapapun. Kalau nak marah, marahlah pada ketiga-tiga ADUN mereka yang belot ini. Janganlah nak saman menyaman Sultan Perak pula. Kalau ketiga-tiga ADUN ini tidak belot, mana mungkin Sultan perak menitahkan Nizar jamaluddin ( bekas MB) meletakkan jawatan.

6. Dulu, masa kamu mendapat sokongan 31 kerusi DUN dan BN 28, tak adapun pihak UMNO nak saman Sultan Perak ataupun menyalahkan Sultan Perak di atas perlantikan kamu sekelian sebagai Kerajaan baru di Perak. sekarang tiba pula giliran kamu dinafikan majoriti di DUN, kena terimalah hakikat dan kenyataan. Cuba rujuk semula firman Allah yang bermaksud : " katakanlah bahawa Allah itu memiliki kerajaan, Dialah yang memberi kuasa kepada siapa yang dikehendakinya, dan Dialah juga yang melucutkan jawatan dan kuasa kepada sesiapa yang dikehendakinya ". Tak kan dah lupa ayat ini apabila kita kehilangan kuasa. Masa dapat kuasa dulu, pandai pula kita membaca ayat ini bahawa ini semua adalah kehendak Allah. Kenapa bila kita kehilangan kuasa maka kita tak boleh terima pula ketentuan Allah . Itu sebabnya kita kena percaya kepada Rukun Iman yang ke-6 iaitu percaya kepada Qada' dan Qadar.

7. Kalau Karpal Singh dan Lim Kit Siang tak faham Qada' Qadar Allah ni kita sedia maklum. Tapi, kalau orang yang bernama Nizar Jamaluddin dan Hadi Awang yang tak faham akan hakikat ini maka saya rasa agak terkilan sedikit. Daripada 17 juta umat Islam di Malaysia ni, kamu adalah salah seorang yang dipilih oleh Allah untuk menjadi Menteri Besar Perak sebelum ini. Kenapa tidak orang lain. Yakin dan percayalah dengan ketentuan Allah s.w.t. Saya doakan agar segala usaha dan juga penat lelah Dato' Seri Nizar jamaluddin yang mentadbir di Negeri Perak selama 11 bulan terdahulu diredhai serta dirahmati oleh Allah. Semoga Allah ampunkan segala kesalahan dan juga dosa selama itu sekiranya ada. Amin..


----------------------------------

Anwar Ibrahim: Kapal Lanunnya Karam Dahulu...

Semenjak semalam kita melihat pembangkang iaitu ahli dan penyokong-penyokong PAS terutamanya yang mengatakan mereka adalah lebih Islam telah menulis perkataan-perkataan dan artikel-artikel yang menjurus kepada menghina Paduka Seri Sultan Perak. Husam Musa menyifatkan UMNO sebagai lanun sebagaimana artikel mereka di dalam Harakah Online. Pembangkang sesungguhnya tidak boleh menerima bahawa mereka sudah kehilangan kuasa di Perak. Amat berbeza sikap para pemimpin mereka dengan pemimpin dengan UMNO dan BN apabila kehilangan Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor pada PRU ke12 yang lepas.

Adakah kita melihat UMNO mengadakan demonstrasi di depan Istana Sultan Kedah, Istana Sultan Perak dan Istana Sultan Selangor? Mereka tahu makna demokrasi, tetapi sengaja pemimpin pembangkang seperti Nizar dan Anwar Ibrahim menghasut para penyokong mereka supaya tidak menghormati undang-undang dan menghina institusi Istana. Apakah makna sekiranya Anwar bapak lanun ini berjaya dengan plan 16 September 2008 yang lepas. Adakah BN @ UMNO akan menggelar mereka lanun atau korupsi atau mengadakan demonstrasi.

Walaupun semasa di atas pagar dahulu saya tertarik dengan pendekatan PAS yang dasarnya Islam, tetapi setelah meneliti sikap dan tindak tanduk pemimpin mereka seperti yang dizahirkan ini dan tidak matang maka secara peribadi saya melihat PAS dan Anwar tidak mampu membawa masyarakat Malaysia kepada masyarakat madani. Kita melihat kemampuan dan sikap sebenar pemimpin apabila dalam keadaan tersepit telah membuat keputusan yang silap dan tidak matang. Justeru hari ini kapal "Anwar of Perakian" telah karam dan kini Anwar mengharapkan Khalid di Selangor dan kapal Lim Guan Eng di Penang sebagai kapalnya yang baru kerana kita melihat Anwar kurang berani menunggang kapal PAS di Kedah dan Kelantan.

Nasihat kepada Anwar, jangan berkokok berlebih-lebihanan!... Beri hala tuju dan bantulah pengusaha kandang-kandang babi saudara di Selangor dan Perak. Takut nanti kandang babi pecah, babinya bertebaran mencari kandang lain...


---------------------------------------------
Fithri said...

pandangan kuli..mungkin pandangan yang mungkin berbeza dari pandangan mengikut fakta undang undang tubuh negeri perak. Baiklah saya tidak mahu berdebat tentang KULI. saya nak beritahu perkara sebenar.

Pertama> ketika nizar dan exconya ingin membuat keputusan agar tanah milik kekal kepada orang cina dikg baru diberikan selama 999 tahun..belaiu telah dititah mengadap paduka sultan dan sultan perak telah menasihatkan agar keputusan ini ditangguhkan. Maka nizar menjawp kpd sultan bahawa, "patik akan tangguhkan tuanku." bila balik ke pejabat diadakan meeting maka ngeh dan ngah dari DAP menyatakan.."buat apa dengar cakap sultan. sultan bukan ada kuasa. kita yang memerintah. sultan perak tu tunggul saja. Begitu baidab sekali si keparat cina Dap ini. Yang menentang keputusan ngeh dan ngah ini adalah adalah jamaluddin dari behrang, omar dari changkat jering dan zulkifli..mereka bertiga mahu ianya diminitkan bahawa mereka tidak bersetuju dengan keputusan ini. Nizar kemudiannya membuat undian. sudah tentu undian DAP akan lebih banyak kerana exco nya lebih ramai termasuk exco dari pkr yang bukan islam. Ini yang telah berlaku.

2. Kedua: ngeh dan ngah sewaktu berceramah dalam bahasa cina di ipoh mengatakan bahawa orang melayu nie bodoh dan bangsa yang paling pemalas. kita akan bodoh bodohkan mereka dan mengkudakan mereka.. (ini adalah intipati yang dikatakan oleh mereka ketika orang melayu yang boleh berhasa cina dtg mendengar ceramah mereka)

3. Ketiga - ketika di majlis mengangkat sumpah..orang orang PAS setelah sembahyang jumaat, menghalang kereta paduka raja dan sanggup baring. mereka sanggup baring ditengah jalan tidak membenarkan paduka raja dan raja muda masuk ke istana. Tidak seorng cina pun yang datang, baring atau membaling batu kepada paduka raja dan raja muda perak. Yang membaling batu ke arah mereka dan juga exco exco melayu adalah orang pas yang kononnya islam tetapi diperalatkan oleh orang cina. ada kereta yang pecah tingkap belakangnya.

4. seorang exco cina dap kata, kerajaan perak adalah kerajaan cina dan bukan melayu. Kita guna melayu saja untuk dpt apa yang kita boleh amik.

5. kontrak pembalakan di perak telah diberikan kepada org DAP. orang melayu mengangga sahaja.

6. orang cina hidupkan api kemarahan dan hasut orang melayu pas untuk biadab dengan sultan. dan mereka tidak buat apa apa..sebab mereka ssudah menyuruh orang melayu pas yang kononnya islam menbuat penghinaan kepada sultan.

7. Kenapa orang pas melayu...yang kononnya islam menghina sultan?

8. sewaktu saya sembahyang jumaat, ketika khatib membaca doa untuk kesejahteraan sultan... orang melayu pas, sepatutnya menadah tangan tetapi sebaliknya menelungkupkan tangannya. Islam apa yang diperjuangan oleh Pas jika doa untuk sultan sudah tidak lagi ada adab.

9. ketika dap, pas dan pkr menang kerusi piliharanya, mereka menang bukan dari satu parti tetapin dari parti yang berbeza beza krn dalam udang undang tubuh negeri perak, kerajaan boleh ditubuhkan apabila satu parti telah memenangi piliharaya dengan jumlah yang menjoriti. jik kita lihat peruntukan perlembagaan ini nyata bahawa umno adalah parti yang menang paling banyak kerusi..tetapi kenapa umno tidak buat menuntutan itu? kerana UMNO akur akan keputusan piliharaya dan sultan telah memperkenankan agar ketiga tiga parti pembangkang ini menubuhkan kerajaan. ketika itu mereka bersorak dan mengatakan DAULAT TUANKU, TUANKU SULTAN YANG ADIL. SULTAN YANG BIJAKSANA SULTAN YANG ARIF UNDANG UNDANG.

Kini setelah BN telah berjaya mengambil semula perak dan diperkenankan oleh paduka sultan, kenapa kini mereka menghina sultan, mengejek dan mengutuk sultan yang mereka sanjung dahulu? apakah bila sultan buat keputusan menyebelahi mereka ketika itu baru nak sanjung dan bila sultan sudah tidak lagi menyebelahi mereka mereka nak hina?

ini adalah politik murahan dan pas sememangnya tidak layak dipanggil parti islam kerana mereka sanggup di perkudakan oleh orang cina dap keparat itu.

Saya telah mengerakkan KAMI iaitu Kesatuan Anak Anak Muda Islam negeri perk yang dinaungi oleh 13 ngo islam perak, telah membuat laporan polis atas karpal singh, nizar, ngeh dan ngah dan bekas speaker dun perak atas kebiadaban serta tingkahlaku penghasutan kepada rakyat untuk menderhaka kepda sultan perak dan menghina perlembagaan undang undang tubuh negeri perak.

Untuk pengetahun umum , pagi tadi nizar dan exconya telah bermesyuarat exconya di rumah mb perak, disitu nizar telah membuat keputusan untuk meluluskan perpindahan hak milik kekal kepada 99 tahun kepada orang cina yang mana akan di back datedkan. ini jelas menunjukkan salah menggunakan kuasa dan kita akan melapurkan kepada sprm untuk disiasat atas menyalahgunaan kuasa yang diberikan. lagi pun keputusan itu tidak sah krn beliau bukan lagi mb perak. Jika fakta ini diperolehi dalam masa terdekat saya bersama KAMI dan ngo yang lain akan membuat lapuran polis dan lapuran kepada sprm. Apa yang berlaku diperak sangat sangat memberikan tamparn kepada saya dan orang perak. UMNO harus bersatu. Buangkan sifat tamak kuasa, perebutan kuasa yang tidak berkkesudahan, permusuhan yang berpanjangan...buanglah. bersatulah kita kerana orang kaum lain mengambil kesempatan atas kelemahan kita ini di dalam UMNO>

Banyak lagi yg mahu saya ceriterkan tetapi biarlah setakat ini sahaja.

----------------------------------------------

SALAM ORANG SABAH PADA ANWAR

"ITU PERAK LUMPAT MACAM PARNAH DANGAR BAH !!"

Isu melompat parti mendapat tanggapan berbeda daripada pelbagai pihak. Ianya boleh dilihat daripada 3 pendekatan :

i. Pendekatan perundangan
ii. Pendekatan Moral
iii. Pendekatan Politik
iv. Pendekatan istana

Dari segi perundangan keputusan Suruhanjaya Pilihanraya menolak supaya diadakan pilihanraya kecil adalah tepat berasaskan kes-kes yang lalu. Yang dipertikaikan Pakatan Rakyat yang sepatutnya menolak adalah mahkamah bukan SPR. Bagaimanapun berasaskan keputusan mahkamah lalu tindakan tersebut tidak salah. Demikian juga dengan kuasa Sultan Perak untuk tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri juga dibuat mengikut budibicara Tuanku dan mengikut peruntukan perlembagaan Undang-undang tubuh kerajaan negeri. Walaupun tidak mengikut adat, ini tidak menghalang mana-mana pihak untuk cuba mencabarnya di mahkamah.

Dari segi moral pula pada pendapat saya pada dasarnya memang tidak wajar seseorang wakil rakyat mengkhianati amanat yang telah diberikan oleh pengundi-pengundi kawasannya. Ini merupakan satu amanah yang harus mereka pikul sehingga habis tempoh pilihanraya. Ini bukan moral sex atau kesalahan jenayah. Ia dilihat dari sudut etika atau sewajarnya.

Masalahnya sekali lagi isu wakil rakyat melompat parti tidak merupakan satu kesalahan perundangan dan ia merupakan hak bagi wakil rakyat yang berkenaan untuk berbuat demikian. Ini dapat dilihat pada keputusan Mahkamah Agong tahun1992 dalam kes Dewan Undangan Negeri Kelantan & lain-lain lawan Nordin Salleh & lain-lain. Dan kes seperti ini telah berlaku berkali-kali dalam sejarah pilihanraya Negara.

Apa yang rakyat perlu tahu ialah bahawa pengambilalihan kerajaan negeri Perak melalui ‘lompat parti’ adalah mengenai permainan politik kuasa atau ‘power play’ daripada pihak yang berkuasa atau yang ingin berkuasa. Kerajaan atau pembangkang akan bersetuju atau tidak bersetuju tindakan tersebut adalah bergantung kepada pihak mana yang akan mendapat keuntungan daripada kesan lompat itu.

Jika pihak pembangkang yang mungkin mendapat keuntungan maka ianya akan dihalalkan dengan pelbagai cara oleh pemimpin-pemimpin mereka samada dari parti yang memanggil dirinya Islam atau perkauman mahupun keadilan. Jika merugikan maka timbullah soal menyalahi perlembangaan, menyalahi hak asasi manusia, tidak bermaruah dan sebagainya.

Dan itulah yang berlaku apabila Adun Bota, Datuk Nashruddin Hashim menyertai parti Keadilan yang disambut dengan girangnya oleh Anwar Ibrahim kerana membawa keuntungan kepada Pakatan Rakyat Negeri Perak. PAS juga akan bergembira jika Datuk Kapt (B) Zahar dari Selangor yang menyertai PAS baru-baru ini adalah seorang wakil rakyat. Malangnya beliau tidak.

Kita juga tidak lihat samada BN atau Pas yang menguasai kelantan dan Terengganu, tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubal undang-undang negeri bagi menghalang perbuatan lompat parti ini.

Apabila Anwar berbulan-bulan mengadakan perang saikologi dengan rancangan mengambilalih kerajaan pada 16 September 2008 sehingga menimbulkan keadaan ketidaktentuan Negara di bawah Perdana Menteri yang lemah pernah kita mendengar pendirian tegas PAS atau DAP atau peminpin-peminpin keadilan atau Suruhanjaya hak asasi manusia atau menganggapnya sebagai suatu kesalahan atau tidak bermoral.

Padahal Negara baru ‘kebah’ menghadapi deman pilihanraya umum yang ke 12 dan keputusannya amat memberangsangkan kepada parti pembangkang sedangkan keadaan ekonomi memerlukan rawatan yang serius akibat kegawatan ekonomi global. Yang jelas permainan pengambilalihan ini terus di mainkan hingga berkejaran ke Taiwan..

Dimana penganalisa dan pengulas politik ketika itu? Dimana pemimpin-pemimpin yang bercakap soal prinsip perjuangan yang menentang pengambilalihan melalui pintu belakang. Dimana juga Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ?. Presiden PAS, Haji Hadi sendiri tidak bercakap mengenai keperluan prinsip pembubaran untuk penghakiman rakyat ? Yang disebut adalah kepastian agar jumlah anggota parlimen Melayu mestilah merupakan jumlah yang majoriti.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa Anwar ketika itu mempunyai senarai yang cukup bilang dan beliau berhajat ingin mengadap DYMM SPB Yang Dipertuan Agong untuk membentuk kerajaan Pakatan Rakyat yang baru. Soalnya mengapa beliau tidak berbuat demikian ?. Tetapi menggunakan alasan bahawa Perdana Menteri takut untuk mengadakan sidang parlimen untuk menguji undi tidak percaya kepada beliau ?

Sebenarnya apa yang perlu Anwar buat adalah memanggil sidang akhbar bersama-sama ahli parlimen BN yang menyertai beliau dan menghantar surat kepada Yang Dipertua dewan bagi menyatakan beliau mempunyai cukup bilangan untuk membentuk kerajaan dan kemudian mengadap SPB Yang Di Pertuan Agong.

Jika Agong perkenan maka prosesnya sama seperti apa yang berlaku di Perak ataupun pembubaran dewan rakyat. Maka tumbanglah kerajaan pimpinan BN. Rakyat pun akan membuat penyesuaian dengan suasana kerajaan baru. Tetapi masalahnya beliau banyak bercakap tapi kandungannya ‘illek’.

Mana ada Perdana Menteri dalam dunia yang memiliki majoriti wakil rakyat dengan ikhlas mahu mengadakan sidang khas parlimen supaya dilakukan undian tak percaya pada beliau ? Atau mungkin ianya merupakan pengalihan daripada isu peribadi yang Anwar hadapi dan beliau tidak mempunyai senarai mencukupi yang dimaksudkan.

Apa yang berlaku di Perak adalah apabila Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Najib mempunyai jumlah senarai yang cukup untuk dipersembahkan kepada Sultan Perak dan Baginda telah berpuas hati bahawa kerajaan BN mempunyai bilangan yang majoriti untuk membentuk kerajaan baru. Baginda telah menggunakan budi bicara dan kebijaksanaan bagi mengelakkan politiking pilihanraya yang berpanjangan melalui pembubaran dewan.

Semenjak Mac 2008 keadaan politik negara sering terganggu dan tidak pernah tenang. Itu adalah hak baginda berpandukan perlembagaan. Kita harus ingat beliau bukan sahaja seorang Raja yang menggunakan kuasa dan budibicara, tetapi beliau juga adalah bekas ‘Lord President’ yang amat disegani.

Berapa kali mahkamah telah membuat keputusan bahawa surat yang ditandatangani oleh ADUN untuk tujuan meletakkan jawatan tanpa tarikh dan tanpa kerelaan beliau adalah tidak sah. Tektik menandatangani surat sebagai ikatan kepada kesetiaan calon telah dibuktikan mahkamah sebagai tidak sah.

Karpal Singh sebagai peguam sedar perkara ini. Tindakan Pakatan Rakyat yang mahu menyaman Sultan Perak ternyata satu lagi gimik politik balas membalas untuk dipanjangkan sehingga pilihanraya yang ke 13.

Ada yang mengatakan mengapa melalui pintu belakang dan tidak melalui pembubaran dewan. ?. Maka timbullah tuduhan tidak bermaruah, belot, khianat dan sebagainya. Singkat sungguh ingatan manusia seperti ini. Dua ADUN PKR yang keluar parti dianggap sebagai rasuah dan berkualiti rendah.

Soalnya mengapa orang yang sama menuduhnya rasuah dulu menganggapnya sebagai konspirasi ? Sekarang ini soal prisip samada rasuah atau konspirasi pun kena ikut warna bendera politik !!. Sekali lagi ini bukan sangat soal prinsip perjuangan tetapi permainan politik pihak yang berkenaan.
Lupakah kita bagaimana Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri satu ketika dulu pernah menjadi ‘master mind’ dalam pengambilalihan kerajaan negeri Sabah daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan menguruskan pelompatan beberapa ahli-ahli PBS kepada UMNO pada pilihanraya negeri tahun 1994.

Ketika itu PBS menguasai dewan negeri Sabah dengan 2 kerusi majority daripada 25 daripada 48 kerusi dewan negeri. Maka muncullah nama-nama seperti Yong Teck Lee, Lajim Okin dan lain-lainnya. Ketua Menteri Sabah yang berpengaruh ketika itu adalah Datuk Joseph Pairin Kitingan dari kaum Kadazan.

Saya sempat berbual dengan Datuk Lajim Okin yang merupakan ADUN PBS ketika itu yang menceritakan bagaimana Anwar menalipon beliau supaya menunggu di Bilik Bunga Raya, Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz bagi membincangkan isu melompat parti bersama-sama ADUN PBS yang lain. Maka terjadilah peristiwa pengambilalihan kerajaan negeri Sabah melalui pintu belakang.

Tun Mahathir pun tidak harus lupa kerana beliau ketika itu adalah Perdana Menteri. Tak berbunyipun soal moral atau tidak beretika ketika itu. Sekali lagi salah atau benar nampaknya ikut siapa yang untung. PBS ketika itu berada dalam keadaan yang kukuh, jika diadakah pilihanraya semula sudah pasti melalui sikap anti Semenanjung ketika itu PBS akan memenanginya.

PBS berpendapat bahawa kejayaan BN mengambilalih kerajaan negeri tahun itu hanyalah kerana wakil rakyatnya (PBS) menyertai BN dan bukanlah kerana sokongan rakyat. Belaskah Anwar kepada suara rakyat yang telah membuat keputusan memilih PBS? Pekakah Anwar kepada prinsip kuasa rakyat?



Tidak insafkah Anwar terhadap perbuatannya semasa di dalam UMNO maka beliau mahu mengulanginya dalam Pakatan Rakyat melalui Rancangan September 16?. Begitu juga cubaan untuk menarik ahli parlimen dari SAPP Sabah yang gagal.

Ada yang berpendapat isu lompat adalah hak cipta milik UMNO. Soalnya, orang yang dalam UMNO ketika itu adalah Anwar dan beliau cuba melakukan perkara yang sama melalui Pakatan Rakyat melalui rancangan pintu belakang 16 September 2008. Bagaimana kalau rancangan itu benar-benar menjadi kenyataan?.

Sebenarnya bagi Anwar ia adalah seperti senjata makan tuan. Senjata itulah dahulu yang digunakan untuk PBS dan senjata itulah memakan dirinya sendiri sekarang. Bekas-bekas pemimpin PBS pasti ketawa besar..

Tetapi politik punya alasan yang tersendiri untuk berbuat demikian. Rakyat mungkin marah tindakan tersebut tetapi dalam kes Selangor pada pilihanraya 1969, melalui lompatan wakil rakyat DAP lah yang telah menyelamatkan kedudukan orang Melayu sehingga hari ini. Jika tidak corak politik Selangor akan berterusan seperti Pulau Pinang.

Saya setuju kita perlu beretika tetapi kita harus istiqamah mengenainya. Kita perlu meletakkan standard moral yang tinggi bagi pemimpin politik. Tetapi janganlah panggil ianya rasuah jika kita boleh mendapat keuntungan dan di panggil konspirasi jika kita beroleh kerugian.

Prinsip-prinsip keadilan, moral, kebebasan dan perjuangan bangsa dan agama adalah prinsip mulia yang harus mengatasi permainan politik dan ia harus dijunjung pada semua masa dan semua warna politik.

Yang banyak diambil mudah oleh Pakatan Rakyat di Perak adalah peranan institusi Raja atau istana. Raja Nazrin telah berkali-kali membayangkan keperluan menjaga hak-hak kepentingan bangsa Melayu, Islam dan Institusi Raja.

Walaupun Raja adalah manusia biasa namun mereka adalah simbol memayungi kepentingan bangsa. Semenjak PR memerintah, kaum bukan Melayu nampak begitu ghairah mencabar perkara-perkara dasar ini dan ini tidak disenangi istana.

Kes pemberian hak milik tanah 999 tahun kepada kampong-kampong baru adalah salah satu simbolik yang menyakitkan perasaan orang Melayu dan Raja Melayu. Kita faham ini disebabkan DAP merupakan parti politik yang menang majoriti dalam Pakatan Rakyat melalui 16 DAP, 7 PKR dan 6 PAS.

Nizar ambil mudah dengan anggkuh mempertahankannya dan menganggap ini sebagai permainan politik semata. Yang pasti ada suatu kuasa penentu di belakang beliau. Demikian juga pengumuman pembubaran dewan sebelum mendapat perkenan Raja adalah suatu kesalahan.

Itu sebab rakyat Sabah tidak hirau sangat tentang politik rampas kuasa yang berlaku di Perak. Bagi mereka “itu macam parnah dangar bah!!”

I'm back!

I'm back...