"NOTA CINTA" YANG PERLU ORANG KEMENTERIAN PENDIDIKAN BACA...
Rasanya ramai yang rasa bahawa guru-guru kat Malaysia ni lebih ramai yang sokong pembangkang berbanding BN. Yaaa... saya faham...guru-guru yang sokong BN ni selalunya depa lebih suka jadi "silent voters" sebab malas nak bertekak dengan guru-guru sebok berpolitik dari mengajar anak murid...
Kalau tak silap saya, guru merupakan antara penjawat awam paling ramai kat Malaysia ni. Lebih dari 420,000 orang...ramai, kan? Tapi...tak kira depa sokong pembangkang atau BN, depa memang setuju mengatakan sistem pendidikan kita sejak kebelakangan ni ntah hapa-hapaaaa...
Dah banyak kali dah saya dengar rintihan guru-guru ni. Bukan sorang dua kawan-kawan saya yang jadi cikgu... ramai! Lebih dari 30 orang....tapi semuanya komplen pasal beberapa perkara yang sama...
Baru ni, saya terbaca di sini tentang satu "nota cinta" dari guru yang sengaja pencen awal. Secara peribadi, saya setuju sangat dengan "nota cinta" tu...tepat, padat dan memang benar apa yang ditulis...
Salah satunya yang disebut ialah pasal konsep Guru Penyayang. Bila saya tanya kawan-kawan saya, memang betul depa diarahkan dok kat pintu pagar sekolah pagi-pagi atau tengahari. Buat apa? Depa kena sambut murid-murid...sebut "Selamat Datang"...muka kena manisssss... tak boleh kelat!
Ni apa benda ni? Konsep tu dah betul. Tapi bila perlaksanaannya jadi macam tu pulak dah? Nak jadi guru penyayang maka cikgu-cikgu kita tu kena pi tunggu anak-anak murid kat pintu pagar sekolah? Lagu tu? Dulu tok guru Imam Shafiee tunggu anak-anak murid dia depan pintu pagar masjid ka?
Perlaksanaan macam tu bukan saja men"down grade"kan guru-guru yang memberi ilmu, malah kaedah macam tu sama sekali menjatuhkan maruah ILMU itu sendiri! Faham tak?
Patut la sekarang ni ramai guru yang tak puas hati, mengajar ala kadar, malas, ponteng, hilang semangat nak mengajar dan sokong parti pembangkang! Saya nak tanya... sapa yang cadangkan idea yang kurang akal ni? Dia tak pernah jadi cikgu ke apa?
Sorry to say... KSU Kementerian Pendidikan perlu ubah segera perkara ni.. tak perlu ubah konsep guru penyayang... ubah arahan suruh tunggu kat pintu pagar tu... sayang isteri ditinggal-tinggalkan, sayang anak ditangan-tangankan...faham tak peribahaqsa tu? Harap maklum sebelum nasi jadi bubur.
source : the duke's blog
No comments:
Post a Comment