NUFFNANG

Saturday, 6 September 2014

Tranungkite : Anwar Ibrahim ‘Akitek’ Hancurkan Pakatan Rakyat

Tranungkite : Anwar Ibrahim ‘Akitek’ Hancurkan Pakatan Rakyat

AIDCNews – 6/9/14 – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilabel laman PAS, Tranungkite sebagai ‘arkitek’ penghancur Pakatan Rakyat khususnya berkaitan isu Menteri Besar Selangor.
Ini dibuktikan melalui sikap keras kepala Anwar menamakan satu nama iaitu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berlawanan dengan titah Sultan Selangor yang mahu lebih dua nama dicalonkan sebagai Menteri Besar baharu.
“PKR dan Anwar Ibrahim makin meroyan dalam menamakan dua nama untuk calon Menteri Besar Selangor. Titah Sultan tidak diendahkan malah diabaikan oleh Penasihat umum PKR. Akhir ego dan bodoh sombong PKR termasuk pengerusinya makan diri sendiri.
“Keras kepala PKR dan disokong rakannya DAP menamakan satu nama sahaja untuk calon Menteri Besar Selangor dimurka atau ditolak oleh pihak istana.
“PKR dan Anwar Ibrahim disarankan oleh Istana menghantar lebih dari satu nama. Memang nampak bodoh sombong dan ego puak puak PKR khasnya Anwar Ibrahim dan Wan Azizah,” dakwa Tranungkite.
Berbeza dengan Anwar, Tranungkite berkata PAS akur dengan titah Sultan selangor, iaitu menamakan tiga calon untuk jawatan tersebut.
“Krisis menteri besar Selangor di bawah kerajaan Pakatan Rakyat hancur, pecah dan rakyat benci permainan yang direka oleh Anwar Ibrahim sendiri . Mungkin Anwar Ibrahim ada agenda sendiri bagi kepentingan diri Anwar Ibrahim.
“Anwar Ibrahim boleh dianggap “akitek” yang hancurkan PKR atau Pakatan Rakyat dan membuatkan rakyat benci pada PKR atau PAS atau DAP. Anwar Ibrahim dengan gahnya mempertahankan hanya satu nama sahaja calon Menteri Besar Selangor, Wan Azizah, isterinya.
“Akhirnya senjata makan tuan dan Anwar Ibrahim terpaksa akur kehendak Sultan. Atau mungkin Anwar Ibrahim mahu Pakatan Rakyat bergolak dan terus ditolak oleh rakyat Malaysia. ?..,” soal laman itu.
Tranungkite turut menyiarkan pendapat blogger Mazwandi Mustaffa yang mempertikaikan hujah bahawa Pakatan Rakyat merupakan nadi untuk mencapai kemenangan PAS.
“Maka, apabila ada manusia yang mengatakan bahawa PAS akan kiamat jika keluar Pakatan Rakyat, saya menjadi agak kekok dan tercuit kelakar dalam minda saya melihat akan percakapan manusia berkenaan. Ianya seolah-olah, PR adalah penyebab utama untuk PAS menang pilihanraya. Tetapi dari segi matematik, apabila PAS bersama PR, PAS telah hilang Kedah, Kalah di Perak dan jumlah kerusi PAS berkurang 1 kerusi parlimen.
“Itu dari segi matematik jika kita hendak berbuat perbandingan. Namun jangan juga lupa, undi Melayu kepada PAS, terutama di Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan utara Selangor, sudah berkurangan pada PRU13. PAS kalah dengan UMNO pada PRU13 dahulu, kerana undi Melayu.
“Maka, dari segi lojiknya, jika PAS keluar Pakatan Rakyat, dan seterusnya bersendirian, namun MESRA PR, seperti DAP dahulu pada 2001, keluar BA, tetapi mesra BA, adakah akan menyebabkan UMNO BN akan menjadi bertambah kuat, atau PAS akan menjadi lebih kuat dan PR akan kuat seperti sedia kala?
“Inilah perkara yang sedang diperhatikan oleh kita semua. Kerana majoriti orang Melayu, bukan hanya setakat di Selangor, namun di seluruh Malaysia, inginkan PAS keluar PR. Kerana apa? Kerana mereka melihat PAS sudah hilang jati diri apabila dipijak-pijak oleh PKR dan DAP. Mereka melihat, PAS tiada suara didalam Pakatan Rakyat. Hanya Pak turut kepada parti berlambang mata dan parti berlambang roket.
“Maka, adakah PAS perlu mengikut tindakan DAP pada 21 September 2001, meninggal BA dan berjalan dengan kaki sendiri?, ” soalnya.
source : aidc

No comments: