NUFFNANG

Saturday 31 July 2021

[GREAT SESSION! MUST WATCH!!!!...]...WHAT'S GOING ON, MALAYSIA? GK GANESAN AND THE FARCE OF PARLIAMENT

[PANASSS!!! GEMPAR!!! cadangan keahlian MAJLIS PEMULIHAN NEGARA - Tun M...]...MAJLIS PEMULIHAN NEGARA

 

MAJLIS PEMULIHAN NEGARA

1. Saya merasa terpanggil untuk berkongsi sedikit pandangan berkait dengan Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang ditubuh oleh Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin baru-baru ini.

2. Perlu saya jelas bahawa cadangan MPN ini pertama kali saya bentang kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong ketika saya menghadap Baginda pada hari Khamis, 10 Jun lepas.

3. Ketika itu saya mengambil peluang mencadangkan penubuhan satu badan ala-MAGERAN 1969 yang boleh dinamakan Majlis Pemulihan Negara ataupun National Recovery Council. Ketika itu saya tidak berikan nama-nama ahli yang saya ingin cadangkan.

4. Cadangan penubuhan MPN ini timbul kerana rata-rata terdapat sentimen bahawa Kerajaan ini sudah gagal amat meluas dan krisis semakin bertambah.

5. Dengan jumlah kes baru mencapai 17,000 amat jelas sentimen bahawa Kerajaan ini gagal bukanlah satu retorik politik.

6. Kegelisahan kerana keadaan ekonomi yang merudum menambah kepada kemarahan dan ketidak-puasan hati rakyat terhadap Kerajaan. Hari ini rakyat sudah mula bawa kemarahan mereka ke jalanan.


7. Sekarang Kerajaan telah membuat keputusan untuk menubuh MPN Kerajaan. Ianya dipengerusi oleh Tan Sri Mahiaddin dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri penyelaras MPN.

8. Menyuruh orang yang berkali-kali gagal memperbaiki kegagalan yang disebabkan oleh kegagalan mereka bukanlah sesuatu yang bijak.

9. Selain itu, turut dilantik ialah Menteri-Menteri Kabinet yang juga sebahagian dari Kerajaan yang gagal ini.

10. Ketika saya memberi cadangan penubuhan MPN kepada Yang di-Pertuan Agong, saya telah memikir secara amat mendalam keahlian badan itu yang saya yakin dapat membantu Negara mengatasi krisis ini selain menyediakan rancangan jangka panjang pemulihan.

11. Keahlian MPN ini seperti yang telah saya tekankan mestilah tidak mempunyai ahli politik parti-parti kerana mereka akan mempertimbang kepentingan parti mereka dahulu dan tidak rakyat dan Negara.

12. Keduanya, ahli-ahli mestilah terdiri dari pakar, berpengalaman, berupaya menangani krisis serta orang muda yang dinamik telah memperlihat kesungguhan membantu rakyat dan Negara.

13. Beberapa ahli politik yang saya cadang tidak boleh terikat dengan parti mereka.


14. Nama-nama yang hendak saya cadang dan kenapa saya cadang mereka adalah seperti berikut:
Tan Sri Rafidah Aziz
Tan Sri Lin See Yan
Tan Sri Mohd Hassan Marican
Tan Sri Mohamed Azman Yahya
Prof. Dr Jomo K. Sundram



15. Selain itu, dalam bidang perubatan, saya mencadangkan:
Tan Sri Dr. Abu Bakar Suleiman
Datuk Prof Dr Adeeba Kamarulzaman
Emeritus Prof Datuk Dr Lam Sai Kit
Datuk Dr Musa Nordin
Datuk Dr Amar Singh HSS
Dr Kumitaa Theva Das



16. Saya juga ingin mencadang beberapa pakar perundangan yang perlu untuk memastikan segala tindak-tanduk MPN itu tidak mencabar kedaulatan undang-undang dan perlembagaan Negara:
Prof Emeritus Datuk Shad Faruqi
Prof Dato’ Salleh Buang


17. Untuk mengatasi masalah pendidikan, saya bercadang memberi penekanan kepada pembelajaran dari rumah dan menggunakan televisyen dan program-program yang dirakam oleh ahli-ahli akademik, guru-guru dan pendidik terbaik supaya ibu bapa mudah membantu anak mereka dan ini dapat dirangka oleh:
YAM Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz
Tan Sri Mohd Shukri Ab Yajid
Samuel Isaiah


18. Saya juga ingin cadangkan beberapa nama ahli politik untuk menyertai MPN dan mereka dipilih bukan kerana politik kepartian tetapi di atas beberapa usaha yang telah mereka lakukan:
Datuk Seri Azalina Othman Said
Hannah Yeoh
Ahmad Fahmi Fadzil,
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman


19. Saya percaya dengan menghadkan keahlian tidak lebih 20 orang, keputusan dan tindakan dapat dibuat dengan cepat.

20. Cadangan untuk melantik mereka tidak bermakna pegawai-pegawai tinggi Kerajaan akan terpinggir. Saya cadang supaya Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Kesihatan dan kesemua Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Sabah dan Sarawak serta Negeri-Negeri lain di Semenanjung dilantik sebagai ex-officio. Mereka ini akan dijemput hadir bila berkaitan dengan peranan mereka.

21. Setiap dari anggota-anggota MPN ini boleh, dengan kepakaran dan pengalaman mereka membentuk sub-committee mereka sendiri untuk mencadang langkah-langkah perlu dan diaju kepada MPN.

22. Jika mereka dilantik dan MPN diberi kuasa untuk menangani krisis yang dihadapi Negara secara fokus dan terancang, saya yakin badan ini akan mampu membantu Negara keluar dari kemelut yang begitu menggerunkan.

23. Nama-nama yang disenarai di atas dibuat tanpa pengetahuan dan persetujuan mereka. Saya bagaimanapun percaya, dengan perkenan DYMM Yang diPertuan Agong, apabila mereka dijemput menjadi anggota MPN, mereka akan bersetuju kerana ini satu National Service atau khidmat Negara.

24. Jika MPN yang saya cadangkan ini diterima, badan ini akan dapat berfungsi dengan segera dan hit the ground running.

source : chedet


Sunday 18 July 2021

[MESTI TONTON VC INI!!!...]...Hentian terakhir bagi pesakit Covid-19 yang 'tewas'

[SEMAKIN PANASSSS!!!...]...Aktivis junjung 'mayat', gesa Muhyiddin letak jawatan kerana gagal

Muhyiddin patut letak jawatan jika Ordinan Darurat gagal lulus, kata Marzuki

[BONGKAR DAN PANASSS!!!...]...Orang miskin tak malas malah kerja lebih masa, kata pakar ekonomi

[PANASSSS!!!...]...Lebih ramai rakyat tertekan dan jatuh miskin akibat pandemik Covid-19

[PANASSS!!!....]...Bantuan kerajaan hanya RM87 bilion, bukan RM530 bilion - kata pakar ekonomi

Ekonomi makin pulih? Jangan bohong, kata Dr Muhammed Khalid

BARU DIUMUM TADI : 80 NGO "SERBU" AGONG! HABISLAH MUHYIDDIN!

LAGU DITULIS IBU DAN BAPA KHAS UTK AGONG DAN PEMIMPIN, MEMBUAT RAKYAT DUNIA MENANGISI MALAYSIA!

Seputih Warna Bendera. Lagu Ciptaan Dzul Affandi Roslan. Kempen Bendera Putih

Friday 18 June 2021

'As soon as possible' beri pelbagai tafsiran - Ku Li

 

'As soon as possible' beri pelbagai tafsiran - Ku Li

Astro Awani
'As soon as possible' beri pelbagai tafsiran - Ku Li
Menurut Tengku Razaleigh, Perdana Menteri tidak boleh menasihati Agong melanggar Perkara 55 Perlembagaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin atau 'as soon as possible' mengundang pelbagai tafsiran.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li, berkata ada pihak yang berpendapat, ungkapan itu dalam bahasa Inggeris membawa erti 'it is like yesterday' atau 'semalam'.
"Banyak pihak memberi pelbagai tafsiran kepada ungkapan ini. Ada yang berkata dalam Bahasa Inggeris, it means “it is like yesterday” atau 'semalam'," katanya dalam satu kenyataan.
Ujarnya menerusi kenyataan sama, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong melanggar Perkara 55 Perlembagaan.
"Perdana Menteri tidak boleh menasihat Yang di-Pertuan Agong melanggar Perkara 55 Perlembagaan sebab Yang di-Pertuan Agong, di bawah Perkara 55 itu, bertanggungjawab memanggil Parlimen dalam masa enam bulan daripada tarikh akhir persidangan Parlimen yang lepas.
"Jika tidak, Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri telah melanggar Perlembagaan dan sumpah jawatan," tambah beliau.
Terdahulu, pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong bertitah agar persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin untuk menangani COVID-19 dan menyelamatkan ekonomi negara.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, perkara itu perlu dilaksanakan bagi membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.
source: astroawani 

Sunday 11 April 2021

YANG PENTING DI BIDANG POLITIK SEKARANG …

 POLITIK DI MALAYSIA.

PERINGATAN KEPADA UMAT ISLAM DI NEGERI SABAH.

JANGAN JAHIL DI BIDANG POLITIK ...


Jom Fikir.


YANG PENTING DI BIDANG POLITIK SEKARANG …

UMAT ISLAM Mesti Patuhi Perintah اللَّه سُبْحَـٰنَهُۥ وَتَعَـٰلَى iaitu:

iaitu Firman اللَّه سُبْحَـٰنَهُۥ وَتَعَـٰلَى

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّه جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّه عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَ‌ٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّه لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Yang maksudnya:

"Hendaklah kamu semua berpegang teguh dengan tali-tali اللَّه (syariat اللَّه) agama Islam / Al Quran dan Sunnah) dan janganlah kamu semua berpecah-belah (Iaitu berpecah-belah dari beriman dan dari syariat-Nya). Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali اللَّه (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat اللَّه kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu اللَّه di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat اللَّه itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu اللَّه selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah اللَّه menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya.”. [QS. Aal-i-Imran, : 103].


ITULAH pengajaran dari AL-QUR’AN.

Amaran اللَّه سُبْحَـٰنَهُۥ وَتَعَـٰلَى

وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦)

Yang maksudnya:

“Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh اللَّه) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.". [Q.S. Al-Zukhruf, 43 : 36.].

[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 1307-1308].

PERHATIKAN parti-parti politik, yang mana satu para pemimimpinnya dan para aktivisnya berpolitik tidak mengendahkan pengajaran AL-QUR'AN [QS. Aal-i-Imran, : 103] tersebut, yang berkempen termasuk membuat live video yang hanya menambah berpecah belahnya orang Melayu.  Parti-parti politik itulah para pemimpinnya serta para aktivisnya اللَّه سُبْحَـٰنَهُۥ وَتَعَـٰلَى telah Berikan Syaitan sebagai teman yang tidak renggang daripada diri mereka itu.

JIKA Umat Islam tidak mengendahkan pengajaran AL-QUR’AN di bidang politik juga maka اللَّه سُبْحَـٰنَهُۥ وَتَعَـٰلَى akan Berikan Syaitan kepada Umat Islamdi bidang politik itu yang menyebabkan Umat Islam itu terus berbalah dan Umat Islam yang bertemankan Syaitan itu pula akan bantu kaum kafir berkuasa mentadbir pemerintahan Negeri dan Negara seperti di era Pakatan Harapan di mana Lim Guan Eng diangkat sebagai pemimpin tertinggi (auliya) di Kementerian Kewangan.

FIRMAN اللَّه

وَالَّذِينَ كَفَرُوا بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ إِلَّا تَفْعَلُوهُ تَكُن فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ

Yang maksudnya:

“Dan orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh اللَّه ) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.". [QS. Al-Anfaal : 73],

[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal.422.].

FIRMAN اللَّه

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَتُرِيدُونَ أَن تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا مُّبِينًا

Yang maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat (auliya) dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi اللَّه untuk (menyeksa) kamu?”. [QS. An-Nisaa, 4 : 144].

FIRMAN اللَّه

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَتُرِيدُونَ أَن تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا مُّبِينًا

[QS. An-Nisaa, 4 : 144].

Almarhum Prof. Dr. Hamka menterjemah Ayat 144 dalam QS. An'Nisaa' itu sebagai:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi pemimpin, yang bukan dari orang-orang yang beriman. Apakah kamu ingin bahawa اللَّه menjadikan atas kamu sesuatu alasan yang terang?" [QS. An-Nisaa': 144].

Prof. Dr. Hamka, seorang ulama tersohor di Nusantara mentafsirkan Ayat tersebut seperti di atas, dalam tafsirannya beliau menyatakan:

"Di ayat 139 sudah diperingatkan dengan tegas bahwa mengambil orang yang kafir jadi pemimpin adalah salah satu perangai kelakuan orang munafik. Sekarang [Pangkal ayat 144 An-Nisaa': 144]. ditegaskan kepada orang yang beriman, bahwa mereka sekali-kali jangan berbuat demikian. Jangan dipercayakan pimpinan kamu kepada orang yang tidak percaya kepada Tuhan. Keingkaran mereka kepada Tuhan dan peraturan-peraturan Tuhan akan menyebabkan rencana pimpinan mereka tidak tentu arah. Kalau demikian niscaya kamu yang mereka pimpin akan CELAKA."

[Prof. Dr. Hamka, "Tafsir Al-Azhar", Yayasan Nurul Islam, Jakarta, 1984, hal.377].

OLEH itu juga pada PRU15 nanti Umat Islam jangan menangkan calon-calon dari mana-mana parti politik yang para pemimpinnya berbalah, dan yang  berpolitik tidak mahu mematuhi Perintah اللَّه سُبْحَـٰنَهُۥ وَتَعَـٰلَى [QS. Aal-i-Imran, : 103] tersebut kerana calon-calon tersebut adalah dari parti-parti  politik yang اللَّه سُبْحَـٰنَهُۥ وَتَعَـٰلَى telah Berikan Syaitan sebagai teman, yang mana Syaitan itu turut sama menjana gerakan parti-parti politiknya seperti contohnya mengadakan manifesto pelbagai janji,  tetapi setelah menang PRU dikatakan pula “Manifesto itu bukan kitab Suci”.

[Rujukan:

https://www.mindarakyat.net/2020/06/saya-tak-pernah-mungkir-janji-manifesto.html ].


Umat Islam di Malaysia yang menyokong parti-parti politik yang para pemimpinnya adalah tidak mematuhi Perintah Perintah اللَّه سُبْحَـٰنَهُۥ وَتَعَـٰلَى [QS. Aal-i-Imran, : 103] tersebut adalah golongan Umat Islam yang jahil di bidang politik kerana bersubahat dengan parti-parti politik yang para pemimpinnya adalah berteman dengan Syaitan.


RUJUKAN:

1. Sejarah Kerajaan Islam Di Asia Tenggara.

https://youtu.be/pLes-31jdvk


2. Berpolitik mengikut manhaj Al-Qur'an dan As-Sunnah.

http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/07/berpolitik-mengikut-manhaj-al-quran-dan.html


3.  Larangan Memilih Orang Kafir Dan Munafik Sebagai Pemimpin.

https://www.facebook.com/encik.mansuh/videos/202205643942878/


4.  Iblis dan Syaitan adalah Musuh Manusia.

http://alquranalhadi.com/index.php/kajian/tema/3211/iblis-dan-syetan-adalah-musuh-manusia

<.

Saturday 10 April 2021

TOP 5 - LAWAK MAT SABU PALING BRUTAL

[ARTIKEL MESTI BACA!...]...'AGONG DAN RAJA-RAJA MELAYU BUKAN TUHAN'..

 Kita Hanya Berkongsi sejarah atas Perjuangan Pemimpin Melayu dan Keberanian Raja Melayu menerima Pandangan demi Rakyat..


'AGONG DAN RAJA-RAJA MELAYU BUKAN  TUHAN'..


Jasa besar Tun Ghafar Baba pada negara.. dalam isu Pindaan Perlembagaan.. akan tetapi.. mengapa Raja-Raja Melayu berdendam dengan Dr. Mahathir..??..

Sila baca rahsia sebenar tentang isu pindaan Perlembagaan antara FAKTA SEBENAR dengan FAKTA yang disengaja di SELEWENGKAN oleh Raja-Raja Melayu.. kerebat2 mereka dan sebahagian dari Melayu2 pak turut.. 


1. “Jika you batalkan juga  pindaan ini.. saya akan tentang you habis-habisan. You tahu kan negara ini hak siapa.. Yes.. hak rakyat.. bukan hak Agong atau Raja2 Melayu.. itu amaran Tun Ghafar kepada Dr. Mahathir yang tidak mahu meneruskan pindaan Perlembagaan..  

2. “Mereka2 itu semua kena patuh Perlembagaan dan undang-undang.. Mereka bukan Raja Mutlak saperti  Raja-Raja Arab.. Rakyat yang meletakkan mereka2 itu di situ”.. sambung Tun Ghafar lagi..

3. Saya tersentak melihat wajah serius dan kata-kata tegas ayah saya.. Pak Ghafar (arwah  Tun) apabila Dr. Mahathir ( Tun ) menelefon beliau memaklumkan hasratnya tidak mahu meneruskan cadangan meminda Perlembagaan Negara berhubung kuasa Raja-Raja.

4. Ketika itu Pak Ghafar ialah Pengerusi Kompleks Kewangan yang juga salah seorang Naib Presiden UMNO.

5. Pak Ghafar minta saya rahsiakan perkara ini kerana tidak mahu rakyat hilang keyakinan terhadap Dr. Mahathir.

6. Arwah pernah juga memberitahu saya sebab-sebab beliau enggan menerima Bintang-Bintang Kebesaran atas alasan beliau tidak mahu tangan beliau terikat andainya jika berlaku pertikian diantara rakyat dengan Raja.

Katanya lagi mungkin satu hari nanti  anak-anak Raja yang tak senang dengan kita , mereka akan sewenang-wenangnya tarik balik pingat yang diberi oleh bapa mereka kepada kita  . Lagi pun, sambung beliau, itu semua (Pingat dan Gelaran) bukan boleh membantu  kita di dalam kubur nanti.

7. Ayahanda Tun Ghafar  meninggal pada 23hb April 2006 pada umur 81 tahun. ALFATIHAH.

8. Rahsia ini terpaksa saya kongsikan bersama kerana kebelakangan ini saya lihat ada di kalangan Raja-Raja sama ada mungkin terlupa atau tidak tahu punca mengapa dua kali Perlembagaan Negara TERPAKSA  dipinda.. justeri mereka terus berdendam dan menyalahkan Tun Dr. Mahathir seolah-olah  beliau sesuka hati dan beria-ia sangat yang mahu kedua dua Perkara dalam Perlembagaan itu dipinda.

9. Perlu saya berterus terang selepas meninggalkan UMNO dan PAS dan Deklarasi Rakyat yang dipimpin sendiri oleh Tun Mahathir.. saya tidak lagi menganggotai mana-mana parti politik mahu pun NGO.

Perkara ini pernah saya maklumkan juga kepada YAB Datuk Seri Najib sendiri.

10. Saya lebih senang begini, memberi pandangan dan teguran2 secara bebas.

11. Terserahlah kepada sesiapa membuat andaian dan interpretasi terhadap tulisan-tulisan saya.

Kita semua bukan maksum. Tegur menegur dan ingat mengingat adalah amalan baik yang dituntut oleh agama.

12. Niat saya hanya mahu melihat negara kita terus maju dan dihormati oleh dunia dan rakyat hidup aman damai tanpa kira kaum dan agama.

13. Setelah berbincang beberapa kali, akhirnya pada 1hb Ogos 1993, Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu telah membentangkan usul meminda Perkara 66 Perlembagaan Negara.

14. Walaupun Parlimen telah meluluskan Pindaan tersebut tetapi Raja-Raja masih enggan memberi persetujuan kerana mengikut Perkara 38 ( 4 ) 2  Raja-Raja MESTI   bersetuju dengan mana-mana pindaan Perlembagaan yang ada kaitan dengan kedudukan mereka.

15. Rakyat jelata mula marah diatas keenganan Raja-Raja memberi persetujuan. Perhimpunan demi perhimpunan membantah sikap Raja-Raja telah diadakan.

16. Segala rahsia dan kelemahan Raja-Raja dan keluarga mereka ditelanjangkan. Terdapat juga suara-suara dan cadangan yang ekstrim  disuarakan. Itulah perasaan rakyat terhadap Raja-Raja ketika itu.

17. Di sini Dr.Mahathir telah berjaya mententeramkan   keadaan, jika tidak, mungkin  hari ini tidak ada lagi Raja-Raja seperti yang pernah berlaku pada  Negeri  Melaka sejak tahun 1699 iaitu kira-kira  320 tahun dahulu atau yang pernah berlaku di negara-negara Eropah suatu masa dulu. 

18. Bagi mengatasi kemelut itu, Majlis Tertinggi UMNO telah melantik Pak Ghafar mengetuai rombongan UMNO bagi berbincang dengan kesemua Raja-Raja. Ia berlangsung di Istana Kayangan , Selangor. Turut dalam rombongan itu ialah Datuk Harun Idris ( bekas MB Selangor ), Datuk Kamaruddin Md. Isa ( bekas MB Perak ), Datuk Mustapha Jabar ( Setiausaha Agung ) dan Puan Marina Yusoff.

Raja-Raja pula dibantu oleh Raja Aziz Addrause, seorang pakar undang-undang yang terkenal.

19. Akhirnya mereka (Raja-Raj dan peguam  mereka) bersetuju dengan hujah Pak Ghafar bahawa TIDAK ADA terdapat mana-mana perkara  dalam Perlembagaan yang mengatakan Raja-Raja  berhak atau punyai kuasa menolak mana-mana Bill yang diluluskan oleh Parlimen, justeru  mereka ( Raja2 ) BERSETUJU dengan Pindaan Perkara 66 Perlembagaan itu. 

20. TIDAK  ADA  RAJA  JIKA  TIDAK  ADA  RAKYAT kerana  rakyatlah yang mengangkat seseorang itu menjadi Raja.

21. Saya pernah dengar  cakap-cakap  kononnya  ada terdapat  amalan di mana Raja-Raja  perlu meneliti dan meluluskan senarai calon dari parti memerintah sama ada sipolan-sipolan itu boleh bertanding atau sebaliknya . Begitu juga kononnya sama ada sesorang itu boleh dilantik sebagai EXCO  atau tidak turut ditentukan oleh  Raja berkenaan.

Semua amalan ini termasuk meminta mana-nana parti yang telah mendapat kepercayaan dan mandat rakyat menghantar 3 nama kepada Raja untuk dipilih sebagai Menteri Besar dan cakap-cakap kononnya ada Raja  yang TIDAK  AKAN melantik sipolan-sipolan sebagai Ketua Pentadbir Kerajaan jika parti  yang menang tidak digemarinya - ini semua adalah amalan yang terang-terang bertentangan dengan Perlembagaan dan Undang-Undang negara.

22. Jika amalan ini berterusan , maka Pilihanraya adalah sia-sia sahaja. Lebih baik Raja lantik sahaja sesiapa yang mereka suka sebagai Bendahara ( Ketua Kerajaan ) sepertimana yang pernah dilakukan oleh Raja-Raja di zaman Kesultanan Melaka dahulu.

23. Lagi pun cuba bayangkan di mana Raja-Raja nak letakan diri jika sekiranya parti yang mereka tak minat itu mendapat sokongan majoriti rakyat bagi mentadbir Negara atau Negeri.

24. Pindaan Perlembagaan kedua berlaku apabila seorang rakyat biasa, Douglas  Gomez  dipukul dengan teruk oleh Sultan Mahmod Iskandar dari Johor. Insiden ini berlaku di Istana Johor pada 30hb November 1992.

25. Usul yang dibawa oleh Pak Ghafar dan diluluskan  pada  10hb Disember 1992  adalah bagi mewujudkan Mahkamah Khas untuk membicarakan mana-mana Raja yang melanggar Perlembagaan dan Undang-Undang. Jika didapati bersalah, hukuman keatasnya adalah mengikut undang-undang yang sedia ada.

26. Ekoran penubuhan Mahkamah Khas itu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah adalah Raja yang pertama sekali diheret ke Mahkmah. Ia berlaku pada 1995.

27. Adalah  tidak ruginya jika sekiranya Raja-Raja membincangkan sesama sendiri perkara-perkara yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Negara.

28. Raja-Raja mestilah menunjukkan contoh dan teladan yang baik yang boleh diikuti oleh rakyat jelata.

29. Anak ketam tidak akan dapat berlari betul selagi bapa ketam tidak berjalan betul terlebih dahulu.

30. Jika sekiranya mana-mana Raja merasakan mereka boleh berkhidmat lebih hebat untuk rakyat, maka jalan yang sebaik-baiknya  ialah mereka turun takhta dan bertanding dalam pilihanraya.

31. Saya masih teringat kata-kata Sultan Mahmod Iskandar  dari Johor yang berbunyi - 

"AKU  BUKAN  TUHAN  YANG  PATUT  DISEMBAH"

32. Saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan fakta dalam tulisan ini.

33. Tulisan ini akan saya serahkan kepada Raja-Raja melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam masa terdekat ini.

34. Saya bertanggungjawab di atas tulisan ini.

35. HAK  MENGUNDI  IALAH  HAK  RAKYAT.

36. Mohon dikongsikan kepada mereka yang cintakan sistem Raja Berperlembagaan seperti yang kita amalkan sekarang.


Terima Kasih.
Tamrin Tun Ghafar.

Friday 19 February 2021

SIAPAKAH DIA???

 SIAPA KAH DIA..?

Beta jarang memuji pemimpin.. jauh sekali untuk mendendangkan kehebatan sesiapa..

Namun.. dalam berkata benar.. kerana beliau sememangnya dipihak yang benar.. maka beta berani untuk berkata dan menulis tentang kebenaran beliau:

BELIAU TIDAK HANYA BERDOA TANPA BERBUAT APA2..SEPERTI MUHYIDDIN YASSIN NIKA GEE..

1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. 

“Kalau negara Arab ini tidak datang membantu.. kita hantar sahaja askar kita,” kata kata siapakah ini..?

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

5) Dia juga lah pemimpin Islam yang Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya.. menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras.. tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dibahu dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. 

Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi.. tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

"Dari segi apa kamu menghukum dia tidak memperjuangkan Islam..? 

Dari segi apa..? 

Dia pernah DITEMBAK di bahu kanan beliau ketika beliau ingin menyelamatkan umat Islam di Bosnia suatu ketika dahulu. 

Tapi beliau tak nak bagitahu sesiapa pun.

Malah.. sebelum itu.. Beberapa ahli kabinet telah 'OFFER' untuk pergi menemani beliau tapi beliau enggan.. 

Beliau kata "tak pa lah.. kalau hangpa mati sapa nak jaga negara.. biar saya pi sorang ja.."

Kisah ini diceritakan sendiri tentera yang menjaga beliau ketika misi itu. Kuatnya hati beliau. Cekalnya hati beliau. Besarnya hati beliau .

SIAPA KAH DIA..??  Ya.. dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD.. Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.

Beliau bukan DS Najib.. 

Bukan juga Muhyiddin Yassin Nika Gee dan keturunannya.. 

Bukan juga Hadi Awang atau Anwar Ibrahim yang pehidup skandal.. malah tidak juga para walaun yang ngaku perjuang islam.

Dan banyak lagi cerita beliau yang ramai tidak tahu tentang perjuangan membebaskan menentang dasar APARTAI Di Afrika Selatan dan negara2 serantau.. 

'JASANYA TETAP DI KENANG WALAU PUN ADA SEGELINTIR RAKYAT MALAYSIA MALAH ADA JUGA DI KALANGAN ANAK DIDIKAN BELIAU TIDAK MENGENANG JASA BELIAU TERHADAP NEGARA.. BANGSA MELAYU DAN UMNO ITU SENDIRI'


source - Beta@Eddie Adam Benjamin

Tuesday 9 February 2021

Ulasan Dr MAZA Tentang Isu Ebit Lew Dihalang Meneruskan Bantuan Di Sabah

[MESTI TENGOK!...KASI VIRAL VC INI!!]...Patutlah Laju Brader India Ni Turun, TENGOK Dia Buat Apa.

Viral Atuk Pasrah Je Bila Cucu Suruh Masuk Khemah.

"Selamat Jalan Romeo.." Viral Melatah Depan Roadblock, Nasib Abang P0L1S Steady.

Jumpa Anjing Tersangkut Jaring, Respek Tengok Apa Brader Ni Buat.

Dikejar Anjing, Esoknya LIHAT Apa Pemuda Ini Buat....

LAW OF JUNGLE! PUB BUKA SAMPAI 10 MALAM MANA PAS?KALAU RAKYAT FINE MASUK JEL [ ULASAN DS KAMAL AMIR]

TAK MALU KE?MENTERI TUNTUT RM103 RIBU CLAIM PERCUTIAN/RAKYAT SUSAH MENTERI SENANG LENANG?DS KAMAL

Thursday 21 January 2021

TUN DR MAHATHIR : PENDAFTARAN PEJUANG (Terjemahan)


TUN DR MAHATHIR  : PENDAFTARAN PEJUANG (Terjemahan)

http://chedet.cc/?p=3305


1. Seperti parti politik lain, Pejuang telah memohon pendaftaran dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

2. Sehingga kini Pejuang tidak didaftarkan. Kami telah turuti kesemua syarat diperlukan ROS untuk diluluskan. Kami telah pinda perlembagaan, menulis surat kepada ROS dan jumpa Pendaftar. 

3. Akhirnya Pendaftar beritahu bahawa permohonan kami telah memenuhi kesemua syarat pendaftaran. Tetapi ia perlu dihantar kepada Menteri Dalam Negeri untuk diluluskan. 

4. Undang-undang dan peraturan pendaftaran tidak memerlukan kelulusan dari Menteri. Pendaftar Pertubuhan diberi kuasa untuk melulus atau menolak permohonan. Tetapi apabila Pendaftar memaklumkan bahawa permohonan perlu diluluskan Menteri, kami tidak bantah. 

5. Kami tunggu maklumbalas. Tunggu dan tunggu. Tetap masih tidak ada jawapan dari ROS mahupun Menteri. 

6. Kemudiannya kami bawa ke mahkamah untuk meminta jawapan dari ROS. Petang itu sebelum mahkamah buat keputusan, ROS beri jawapan bahawa permohonan kami ditolak. Alasannya ialah perlembagaan yang dimuatnaik tidak lengkap? Tetapi kami telahpun hantar salinan asal kepada ROS.

7. Sekarang ini Kerajaan punyai kuasa darurat. Kami tertanya apakah pandemik ini menjadikan kelulusan terhalang. Apakah dengan kelulusan parti boleh beri kesan buruk kepada pandemik. Ataukah Kerajaan terlalu sibuk mengurus COVID19 hingga tiada masa untuk urus perkara lain. Atau adakah ini cara Kerajaan memastikan tiada pihak lawan dalam pilihanraya nanti. 

8. Pemimpin Bersatu dalam Kerajaan sekarang pasti tahu sebelun PRU14, pendaftaran Bersatu dibatal. Perdana Menteri sekarang yang ketika itu Presiden Bersatu berasa cukup marah. Dia kata ini tindakan yang tidak adil dan satu taktik kotor oleh Kerajaan Najib. 

9. Tetapi sekarang dia dalam Kerajaan dengan kuasa darurat, dia buat perkara yang sama sepertimana yang dia kata kepada Najib. 

10. Dengan kuasa darurat yang ada, Perdana Menteri tidak boleh dicabar. Tidak ada lagi demokrasi. Saya fikir Pejuang tidak boleh lakukan apa-apa untuk paksa Pendaftar meluluskan pendaftaran parti.


YB TUN Dr. Mahathir bin Mohamad 


#PejuangBaniJawi

Wednesday 20 January 2021

TUN MAHATHIR - REGISTRATION OF PEJUANG

 TUN MAHATHIR - REGISTRATION OF PEJUANG


1. Like all political parties Pejuang applied for registration with the Registrar of Societies (ROS). 

2. To date Pejuang has not been registered. We had done everything required by ROS for its approval. We amended our constitution, wrote to ROS and met the Registrar. 

3. In the end the Registrar informed us that our application meets all the conditions of its registration. But it has to be sent to the Minister of Home Affairs for his approval. 

4. The law and rules for registration do not require the approval of the Minister. The Registrar of Societies is empowered to approve or reject the application. But when the Registrar informed us that the approval of the Minister was needed, we did not protest. 

5. We waited for a reply. We waited and waited. But there was no reply from ROS or the minister.

6. We then went to the courts to get the court to ask the ROS for a reply. The evening before the court was to make a decision, ROS replied that our application was rejected. The reason given was that the online version of our constitution was not proper? But we had given the hard copy. 

7. Now the Government has emergency powers. We wonder whether the pandemic stands in the way of our approval. Can it be that an approval of our party would worsen the pandemic. Or is the Government so busy with managing the COVID-19 that it has no time for anything else. Or is it the Government’s way of ensuring elections without opponents. 

8. The Bersatu leaders in the Government must know that a day before the 14th General Election (GE) Bersatu’s registration was cancelled. The Prime Minister who at that time was the President of Bersatu was very angry. He thought it was unfair and a dirty trick for Najib’s Government to do that. 

9. But now that he is the Government with emergency powers, he is doing the same thing that he condemned Najib for. 

10. With the emergency in force the power of the Prime Minister is above challenge. There is no more democracy. So I suppose Pejuang cannot do anything to get the Registrar to register the party. 


DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

20 January 2021

Monday 18 January 2021

DR MAHATHIR - TEKANAN TERHADAP ORANG ISLAM

 TEKANAN TERHADAP ORANG ISLAM

Oleh YBhg Tun Dr. Mahathir bin Mohamad


1. Orang Islam  harus  akui yang mereka merupakan golongan yang paling tertekan di dunia hari ini. Di merata-rata kita lihat mereka kehilangan negara, dihalau daripada negara sendiri, ditolak oleh negara suaka, lemas di lautan semasa cuba melarikan diri dan secara umumnya dilayan dengan amat buruk sebagai kaum minoriti di mana-mana negara.

2.  Mereka dibunuh beramai-ramai, diseksa, di bom dan dibedil dengan roket.

Mereka dihina, dilabel sebagai pengganas dan ditahan tanpa bicara dan dibiar merengkok dalam penjara bertahun-tahun.

3. Kenapa semua ini berlaku kepada orang Islam dan agama Islam. Umumnya kerana orang Islam lemah, tidak berdaya untuk mempertahankan diri mereka. Allah SWT telah memberikan mereka kekayaan yang luarbiasa tetapi mereka tidak menggunakan kekayaan ini untuk mempertahankan diri mereka sebagaimana yang diperintah Allah di dalam Al-Quran. Sebaliknya mereka bermusuh sesama mereka, membunuh dan berperang sehingga hancur negara mereka.

4. Mereka berdoa kepada Allah meminta pertolongan, tetapi lupa akan perintah Allah supaya mereka berusaha untuk menolong diri mereka sendiri sebelum Allah makbulkan doa mereka. Allah mahu umat Islam berusaha untuk melepaskan diri mereka daripada musibah. Tetapi mereka ingkar dengan perintah ini malah tidak pun menyebut akan usaha yang perlu dibuat oleh mereka dalam doa mereka. Apa yang mereka buat hanyalah apabila berdoa, meminta berbagai pertolongan daripada Allah.

5. Kita boleh mula dengan memperbaiki pentadbiran negara kita. Islam bukan sekadar agama. Ianya juga adalah cara hidup. Dan cara hidup umat Islam dijelas dalam Al-Quran, di dalam perintah Allah menerusi Nabi Muhammad SAW untuk sekalian manusia. Dan pentadbiran yang baik sudah tentu menjadi satu cara hidup umat Islam. Pentadbiran yang buruk, penekanan, 

ketidakadilan, penyiksaan dan pembunuhan tidak boleh dijadikan cara hidup orang Islam.

6. Tetapi tidak banyak negara Islam yang ditadbir dengan baik.  Ketua negara seringkali membolot kekayaan negara untuk diri sendiri. Wang tidak dibelanja untuk kebaikan rakyat mahupun agama Islam. Negara-negara Islam selalunya mempunyai  ramai  penduduk  miskin.    Keperluan  mereka tidak diendahkan. Kelemahan integriti menyebabkan kekurangan infrastruktur untuk rakyat seperti bekalan elektrik dan air. Jalanraya berlubang dan tidak diturap dengan sempurna. Tetapi sebaliknya, sebilangan besar kapal layar mewah dan pesawat persendirian dipunyai oleh pemimpin dan orang Islam yang kaya.

7. Ajaran Islam yang dipegang dan dipraktikkan hanyalah amalan Fardhu Ain untuk pahala di akhirat. Umat Islam rata-rata tegas melakukan amalan ini, termasuk apabila melakukan perkara yang diharamkan Islam, iaitu peperangan sesama Islam umpamanya.

8. Saya yakin jika kita ikut cara hidup Islam sebagaimana yang terdapat di dalam Al-Quran kita akan menjadi kuat dan berjaya di dunia dan di akhirat. Kerana kita mengikut secara buta-tuli guru-guru agama dan pemimpin, walaupun apabila mereka tidak patuh kepada ajaran Islam yang terdapat di dalam Al- Quran, hari ini kita tidak berjaya mendiri Kerajaan yang baik, gagal membina umat yang mampu mempertahankan Islam dan umat Islam. Haruslah menjadi misi kita untuk berusaha membina semula negara-negara Islam yang kuat kerana menegakkan ajaran Islam sebagaimana yang terdapat di dalam Al- Quran.

9. Untuk ini kita harus mendirikan Kerajaan yang baik dengan mengambil contoh Madinah. Ianya tidak bermakna yang kita harus tiru kesemua sekali yang dilakukan pada zaman itu. Tetapi ianya bererti mengikut prinsip yang telah ditetapkan Rasulullah – di mana rakyat bersatu dan dilayan dengan baik, dapat mempertahankan diri mereka dan mengembang syiar agama seperti yang diwajibkan oleh Al-Quran. Menerusi prinsip begini tamadun Islam yang gemilang akan terbina semula dan bertahan berkurun lamanya.

10. Sejarah mengingatkan kita bahawa kegemilangan tamadun Islam bertahan hingga abad ke-15 Masehi atau abad 11-12 Hijrah.

11. Kemerosotan disebabkan ajaran tertentu yang menyatakan bahawa tidak ada pahala untuk akhirat daripada mempelajari ilmu selain daripada agama Islam. Ini menyebabkan mereka ketepikan pelajaran sains, matematik dan lain-lain. Kehilangan ilmu ini memberi kesan terhadap kebolehan mereka mencipta dan mengeluarkan senjata yang sesuai dengan zaman. Sebaliknya mereka lebih gemar bercakap tentang masa lampau di waktu mana mereka lebih berjaya di dalam peperangan dan pembangunan.  Mereka percaya yang Allah akan terus menyebelahi mereka kerana mereka penganut agama Islam walaupun mereka sendiri tidak lakukan apa-apa untuk menolong diri mereka sendiri. Bahkan mereka kerap melaku apa yang ditegah oleh agama Islam.

12.  Di masa yang mereka ketepikan tuntutan ilmu selain agama, masyarakat Eropah, teruja  dengan  kegemilangan  tamadun  Islam,  mula  mengkaji penulisan cerdik-pandai Islam yang terdahulu di khutub khanah di Cordoba, Baghdad dan Mesir. Dengan itu, mereka jadi lebih berpengetahuan dan maju.

13. Begitulah  kemunduran  umat  Islam  selari  dengan  kebangkitan  tamadun Eropah (the European Renaissance). Selepas beberapa kurun, jurang di antara tamadun Islam dan tamadun Eropah meluas. Eropah menjadi lebih maju dan kuat manakala umat Islam semakin terkebelakang dan lemah. Lebih teruk lagi, tumpuan kepada agama oleh cerdik pandai Islam menghasilkan perbezaan tafsiran yang ketara di antara mereka. Ini membawa kepada perpecahan dikalangan umat Islam, pembentukan mazhab yang berlainan dan sengketa di antara mereka. Begitu dahsyat sekali perpecahan di antara mereka hinggakan pembunuhan dan peperangan berterusan   berlaku di antara negara mereka. Mereka tidak lagi berpegang kepada persaudaraan Islam. 

14. Begitulah secara ringkas sejarah kemerosotan dan kejatuhan tamadun Islam. Peperangan berlaku antara negara-negara Islam dan antara mazhab- mazhab. Sehingga ke hari ini permusuhan dan peperangan antara orang Islam terus berlaku.

15. Lemah dan berpecah, satu persatu negara-negara Islam ini dikalahkan oleh negara-negara Barat dan ditakluk oleh mereka.

16. Orang Islam tidak ada apa-apa kekurangan berbanding orang lain. Tetapi perbezaan pendapat dan tafsiran agama memecah mereka. Pembentukan nation state juga mencetuskan permusuhan antara mereka. Dan menjadi lemahlah mereka.

17. Untuk pulih semula keperluan yang pertama ialah untuk mentafsir undang- undang Islam dengan mengutamakan keadilan seperti yang dituntut oleh Islam. Menghukum dengan adil disebut di dalam Al-Quran berulang kali. (Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil). Sebaliknya kita tumpu kepada proses, terutamanya kepada empat saksi.   Al-Quran membenarkan bukti yang lain seperti baju Nabi Yusuf yang koyak. Itu   diterima sebagai bukti bahawa Zulaikha yang mengejar Yusuf. Tetapi tekanan hari ni adalah terhadap proses, iaitu untuk empat orang saksi di dalam menentukan salah atau tidak.

18. Yang lebih ditekan oleh pengamal undang-undang Islam ialah hukuman yang amat berat. Walaupun Al-Quran tidak menyebut hukuman pancung, tetapi inilah hukuman yang diamalkan bagi beberapa jenayah di sesetengah negara. Demikian juga dengan hukuman rejam dengan batu, terutama untuk penjenayah perempuan.

19. Kita  orang  Islam  tidak  pernah  berbuat  apa-apa  mahupun  memulakan percakapan tanpa terlebih dahulu melafaz, “Bismillahirahmanirahim”, “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani”. Tetapi kita orang Islam tidak mencerminkan sifat-sifat ini.  Begitu juga dengan 99 nama  Allah  yang  mencermin  kebaikan  dan  bukan  kezaliman.  Hanya 

beberapa nama Allah mencermin ketegasan dan apa yang hari ini boleh dianggap terlalu berat. Tetapi kita mesti tahu yang kita mesti dipandu ajaran Allah, dan sifat Allah juga mestilah menjadi prinsip pegangan Islam. Tetapi nyata sekali yang kita tidak pemurah dan mengasihani.

20. Kita tahu yang kita juga mesti berpandu kepada hadith Rasulullah. Tetapi mengikuti sunnah bukan wajib. Berkenaan tafsiran dan ajaran ulama, sudah tentu jika ianya bertentangan dengan firman Allah di dalam Al-Quran, kita harus berpandukan kepada Al-Quran. Kita tentu sedar yang banyak hadith dan sunnah adalah palsu atau lemah. Apabila di dalam keraguan, Al-Quran menyuruh kita rujuk kepada Al-Quran.

21. Perkara  pertama  berkenaan  pentadbiran  yang  baik  ialah  pengamalan undang-undang. Undang-undang Islam adil dan bertimbangrasa. Di dalam Islam pertimbangan harus diberi kepada sebab-sebab sesuatu jenayah itu dilakukan. Dan Allah lebih suka kepada keampunan daripada mangsa atau saudara-maranya jika dianya dibunuh. Islam tidak bengis dan utamakan balas dendam sahaja.

22. Undang-undang Islam jika diamalkan dengan penuh taqwa akan membawa kepada kebaikan pentadbiran Kerajaan.

23. Sudah tentu ada banyak lagi perkara yang sebuah Kerajaan yang cekap harus lakukan untuk membina sebuah negara Islam yang baik. Meningkatkan keselesaan hidup rakyat daripada rezeki kurniaan Allah amatlah penting. Kekayaan mestilah diagih dengan adil supaya semua dapat merasai nikmat Allah. Orang Islam mesti membayar zakat dan bersedekah agar yang miskin dapat menikmati kehidupan yang baik. Pahala akan terdapat pada yang memberi, bukan yang menerima.

24. Pelajaran dan kecekapan di dalam pelbagai ilmu dan kemahiran mesti diberi keutamaan. Asas-asas agama Islam mesti diketahui oleh semua umat Islam. Tetapi di masa yang sama, kita mesti menguasai sains, matematik, kesihatan dan perubatan. Kita mesti berjaya di dalam semua bidang ini.

25. Tentulah  menjadi  tanggungjawab  setiap  orang  Islam  untuk  berusaha mengembalikan sikap menghormati agama Islam dan penganutnya seperti di zaman kegemilangan tamadun Islam.

26. Kita boleh mulakan secara kecil-kecilan. Demikian kerjasama di antara tiga negara, Turki, Pakistan dan Malaysia. Setiap daripada negara ini agak stabil dan bebas daripada perang saudara dan keganasan di dalam negara. Setiapnya juga telah berjaya mencapai kemajuan di dalam membangunkan negara. Setiap negara ini juga berdedikasi untuk mendokong Islam.

27. Aset setiap negara ini apabila dikumpulkan akan menjadi umat Islam yang kuat. Kekuatan inilah yang harus diguna untuk membangunkan semua negara Islam di dalam semua perkara.

28. Apabila ianya terhasil, negara Islam yang lain bolehlah turut serta. Matlamat utama ialah untuk kembalikan tamadun Islam.

29. Selagi negara-negara Islam tidak dapat ditadbir dengan baik, harapan umat Islam untuk menebus maruah dan mengelak dari dihina dan ditekan tidak akan berjaya.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

14 JANUARI 2021

Tuesday 12 January 2021

Tun Dr Mahathir - EXTREMISM

 EXTREMISM

1. I have been named among the top 20 most dangerous extremists on earth, by a United States’ based website.

2. The Counter Extremism Project website cites; “A controversial figure, Mahathir often criticized (sic) the West, LGBT people, and Jewish people”.

3. It goes on to say; “Mahathir is not directly responsible for specific acts of violence. However, his controversial opinions have led to international condemnation as it was alleged Mahathir supported extremist violence against the West”.

4. Among my views which was cited was that against Macron’s views on Islam recently. Macron asserts that Islam promotes terrorism. This is totally wrong. Islam forbids killing. The killing of a single person, whether Muslim or not is likened to the killing of all of humanity. The killing of a fellow Muslim will earn the killer permanent confinement in the worst of hell. If Muslims kill it is not due to the teachings of Islam.

5. The website regurgitates half of what I wrote and twisted it so as to imply that I advocate terrorism. I specifically stressed that Muslims are not revengeful.

6. So, one can be an extremist for criticising the West, saying things they do not like to hear, even if it’s the truth. You don’t have to do anything. 

7. It is like labelling you as anti-Semitic if you criticise the Jews even mildly.

8. Based on the storming of the Capitol by outgoing President Donald Trump’s supporters, largely attributed to his incitement, Trump should be labelled extremist. But the website has not described him as a terrorist even though Mark Zuckerberg has banned Trump from Facebook till the end of his Presidency for, “use of our platform to incite violent insurrection against a democratically elected government.” 

9. Then there is the complete destruction of Iraq by Bush and Blair based on falsified claims of having weapons of mass destruction as evidenced by the Chilcot report.

10. Iraq Body Count, a website that maintains the world’s largest public database of violent civilian deaths since the 2003 invasion, estimates some 288,000 civilians and combatants lost their lives, with the bulk being civilians, due to the action of these two leaders.

11. Would Bush and Blair be held as extremists considering that all those lives lost were due to their lies about Iraq. Their shock and awe assault which they claim would solve the problem of Iraq’s dictatorship in three months is now in its 18th year. The destruction is still going on.

12. Between March 30 and November 19, 2018, Israeli security forces killed 189 Palestinian demonstrators, including 31 children and 3 medical workers, and wounded more than 5,800 with live fire according to the Human Rights Watch. 

13. Since the creation of Israel thousands of Palestinian lives have been lost due to Israeli action. Yet not a single Israeli is listed among the terrorist-extremists by this website.

14. I am curious about this website which cites itself as “Led by a renowned group of former world leaders and diplomats”. Who are they?

15. While they readily name others as extremists they are not prepared to identify those among themselves who meet their criteria. Among them would be those who supported Zionist State terrorism, the massacre at Deir Yassin, the displacement of Palestinians and killing those who refused. There are also numerous others, the hawkish leaders and diplomats who supported the so-called war on terror and masterminded the invasion of Iraq and Afghanistan, including coming up with the lies on the existence of weapons of mass destruction to justify the invasion.

16. It seems that I am vilified for my thoughts while others get away with acts of terror and violence resulting in death and destruction of the weak and the oppressed.

http://chedet.cc/?p=3297