NUFFNANG

Saturday, 6 September 2014

PANAS KETUM  BERAPI! HADI SOUND KETUM SELAMBA JE! ANWARINAS PASMA SUDAH PANAS BONTOT!

PANAS KETUM  BERAPI! HADI SOUND KETUM SELAMBA JE! ANWARINAS PASMA SUDAH PANAS BONTOT!

Ini memang panas.Kalau dengar seluruh ucapan dan semasa jawab soalan Datuk Seri Haji Hadi Awang pada Majlis Dailog dan Penjelasan Isu Terkini Bersama Presiden PAS di Rusila,Terengganu Jumaat nampaknya PAS sudah sedia ' langgar tembok' isu Menteri Besar Selangor.

Majlis itu diadakan secara tertutup namun mendengarnya melalui youtube,Datuk Seri Anwar Ibrahim.Lim Kit Siang dan geng yang tetap mahu Wan Azizah dilantik ke jawatan itu boleh garu kepala dan tak dapat lelap tidur.

Haji Hadi nampak macam sudah set nak ' cerita semua'.Beliau antara lain mendedahkan sebab sebenar PAS tetap tidak mahu Wan Azizah.

Katanya ia bukan sebab Wan Azizah seorang wanita tetap KERANA DARI AWAL-AWAL LAGI PAS MELIHAT BELIAU TIDAK MAMPU MENTABIR.

“Kemudian perlantikan perempuan sebagai Menteri Besar, adakah sebab ini. Dia nak lantik pemimpin ini banyak syarat-syarat dia.

"Antaranya pemimpin itu sendiri mesti ada kebolehan, ada kebolehan, kelayakannya untuk jadi pemimpin.

"Kalau daripada awal lagi dia tidak ada kebolehan untuk jawab soalan di Parlimen, untuk soal di Parlimen, soal dalam Dewan Negeri, nak berdialog dengan lawan dalam Dewan Negeri pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin? Ini tak boleh.

"Jadi syarat-syarat ni dah dok lepas, bila tak lepas syarat ni maka tak boleh jadi pemimpin, bukan dengan sebab perempuan dengan sebab lelaki.

"Jadi, yang sebenarnya, sebab kita tolak calon di Selangor tu kerana tak layak daripada awal-awal lagi, bukan dengan sebab dia perempuan, bukan dengan sebab itu.

"Tak boleh, tak mampu untuk mengendalikan pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga Negeri Selangor. Itu yang sebenarnya. Bukan dengan sebab dia perempuan, katanya.

Presiden PAS itu juga nampak jelas terus menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim sekalipun PAS melalui mesyuarat jawatankuasa Pusat pada 17 Ogos lalu menarik balik sokongan kerana beliau sudah dipecat dari PKR.

Katanya di dailog itu sebenarnya tuduhan-tuduhan terhadap Khalid sudahpun diadili sebelum PKR memutuskan nak buat Kajang Move yakni pilihanraya kecil Kajang dalam usaha untuk singkir Menteri Besar itu.

Haji Hadi mendedahkan beliau dan dua pemimpin PAS lagi hadir. Juga hadir Datuk Seri Anwar Ibrahim dua dua pemimpin PKR.Begitu juga Lim Kit Siang dan dua lagi.

Katanya masa sesi penghakiman itu Khalid dapat jawab semua soalan yang ditanya pasal tuduhan-tuduhan itu.

Sekalipun didapati Khalid tidak salah namun kemudian PKR tetap nak buat pilihanraya kecil.

Katanya PAS sebagai rakan Pakatan Rakyat ikut saja.

PAS,katanya sejak itu lagi berpendirian Menteri Besar tidak boleh ditukar.

Presiden PAS itu kata apa yang berlaku di Selangor sekarang hanya kerana gelagat PKR semata-mata.

Beliau juga menjelaskan PAS terpaksa hantar tiga nama calon Menteri Besar kepada Sultan Selangor sebagai memenuhi titah baginda.

Katanya jika tak hantar tiga nama macam mana baginda nak buat pilihan.

"Tak kan PAS bodoh...tak reti bahasa,"katannya.

Menurut beliau PKR dan DAP tetap nak hantar satu nama sahaja.

"PKR-DAP tidak boleh ikat kita.Itu hak kita ,"

Mengenai siapa dalam senarai PAS,Haji Hadi tetap enggan dedahkan.Katanya,." itu Tuhan...dan Sultan saja yang tahu".

Berhubung dengan kuasa pilih calon Menteri Besar,Haji Hadi menjelaskan sejak zaman dulu lagi nama-nama itu dipilih oleh Presiden PAS sendiri tanpa perlu lalui Jawankuasa Pusat PAS.

Malah,katanya Datuk Nik Aziz Nik Mat dipilih sebagai Menteri Besar Kelantan guna kuasa Presiden PAS sahaja. 

Mengenai cakap-cakap ada puak ( dikatakan golongan Anwarinas PAS ) yang tidak puas hati pendirian PAS khianati Pakatan Rakyat pada isu Menteri Besar Selangor dan nak tubuh parti baru ,Presiden PAS itu nampak relaks saja.

"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam," ujarnya disambut dengan laungan takbir dari kalangan sekiutar 1,000 orang yang hadir di majlis itu.

Dalam nada berseloroh, katanya jika ada seekor nyamuk menyebabkan tidak lena tidur."Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila...".

Bercakap tentang hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat,beliau tegaskan PAS sebagai parti adalah utama.

Katanya jika parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat langgar janji maka kena tengok balik dari masa ke semasa.

"Kalau tak ikut syarat ( ahli PAS) kena setia pada PAS,".

Kata-kata beliau ini pasti agak sembilu didengar khususnya pimpinan PKR. Kata Hadi ," PAS adalah parti Islam.DAP bukan parti Islam.PKR kita tak tahulah samaada dia rujuk Al-Quran tak.Terpulang pada dia lah...."

Beliau juga menilai kemelut isu Menteri Besar Selangor ini adalah kecil bagi PAS dan tidak membimbangkan.

Katanya parti itu telah melalui berbagai gelombang sejak wujud dulu.

Semasa sesi soal jawab,ada hadirin yang bertanya Haji Hadi isu memujuk Tengku Razaleigh Hamzah masuk Pakatan tidak lama dulu.

Sebelum ini PAS didakwa hendak namakan Ahli Parlimen Gua Musang dari BN itu sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat tawan Putrajaya pada PRU13 lalu.

Haji Hadi mendedahkan sebenarnya PKR dan DAP yang mulakan langkah untuk pujuk Tengku Razaleigh.

Bila gagal,PAS pula diminta pujuk,beliau.

Menurut beliau Tengku Razaleigh tidak mahu kerana hendak kekal dengan BN

Namun katanya kemudian PAS sahaja yang dituduh ( oleh orang-orang Pakatan) yang memujuk Tengku Razaleigh.

Difahamkan sesi dailog di Rusila itu adalah permulaan siri roadshow Hajii Hadi ke seluruh negara untuk menjelaskan kedudukan sebenar isu Menteri Besar Selangor.

Ia dikatakan untuk menangkis salah tanggapan dan usaha untuk kritik pimpinan beliau mengenai isu Menteri Besar Selangor menjelang Muktamar PAS di Batu Pahat bulan depan.- 6/9/2014

HOUSE PK: TQ AGENDA DAILY, YOU REALLY MAKE MY DAY! Menang inilah yang aku nanti-natikan selama ini. Ini adalah satu tamparan buat Anwarinas yang sudah menempa nama parti PASMA, PAS Mejilat Anwar, satu serpihan bangkai-bangkai penjilat kunyit!

AKu salute Haji Hadi dan gang ulamak! Kalau perlukan pertolongan aku email je kat aku 1housepk@gmail.com - ini hanya untuk penyokong golongan ulamak je, gang Anwarinas hanya layak cuci taik aku je.!

source : house pk

No comments: