NUFFNANG

Saturday 21 November 2020

#SepahtuJamming : SLAM - Kembali Merindu

Slam (Konsert Unplugged) Kembali Merindu

[PANASSS! PENGAKUAN CHEDET...]...Tun M : PERDANA MENTERI

 PERDANA MENTERI

1. Ramai yang percaya bahawa sebabnya Anwar tidak dapat jadi Perdana Menteri ialah kerana saya menghalang.

2. Benar dahulu saya berpendapat bahawa kerana sebab tertentu dia hilang kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tetapi apabila Najib menjadi kleptokrat, saya sanggup bekerjasama dengan Anwar untuk jatuhkan Najib. Saya tidak menentang cadangan Pakatan Harapan (PH) bahawa Anwar akan mengganti saya apabila saya letak jawatan. Tetapi belum pun sampai masanya konco-konco Anwar mendesak supaya saya letak jawatan.

3. Pada 21hb Februari, 2020, saya diberitahu oleh Muhyiddin dan beberapa pemimpin Bersatu bahawa pada malam itu Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan akan mendesak supaya saya letak jawatan untuk Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri. Kononnya saya akan dipaksa lantik Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan segera.

4. Tujuan Muhyiddin ialah supaya saya setuju Bersatu keluar dari Pakatan Harapan untuk jatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan. Muhyiddin, Azmin dan Hamzah sudah rancang untuk bekerjasama dengan Muafakat Nasional untuk tubuh Kerajaan baru mengganti PH.

5. Azmin Ali pula telah sahkan bahawa apabila cadangan yang tersebut di atas dibuat dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan, beliau akan walk out.

6. Tetapi pada malam itu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, setelah berbincang dengan panjang lebar, bersetuju supaya saya diberi kuasa untuk letak jawatan bila-bila masa yang saya pilih. Ini bermakna Pakatan Harapan masih sokong saya. Pakatan jahat untuk tolak saya tidak menjadi kenyataan seperti yang didakwa oleh Muhyiddin dan konco-konconya. Saya berpendapat tidak ada sebab kenapa saya perlu bersetuju untuk Bersatu keluar dari PH.

7. Pada 23hb Februari saya telah beritahu kepada Muhyiddin bahawa perancangannya untuk Bersatu keluar dari Pakatan Harapan perlu ditangguh kerana PH masih sokong saya sebagai Perdana Menteri.

8. Apabila Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu bersidang selepas pertemuan saya dengan Muhyiddin dan rakan-rakannya, saya merayu supaya ditangguh cadangan Bersatu untuk keluar dari PH. Saya syor supaya Bersatu tunggu dan lihat akan perlakuan PH.

9. Pendek cerita Majlis tolak syor saya dan setuju Bersatu keluar dari Pakatan Harapan dengan serta-merta. Ada yang tumbuk meja dan dengan lantang sokong Muhyiddin untuk keluar dari PH.

10. Bagi saya ini adalah keputusan muktamad. Ia merupakan kepercayaan kepada saya sebagai Pengerusi parti sudah tidak ada. Keputusan itu juga bermakna Bersatu sudah keluar dari Pakatan Harapan dan Kerajaan PH sudah jatuh.

11. Sepanjang malam itu saya memikir akan kedudukan saya. Kehilangan kepercayaan kepada saya bermakna saya tidak lagi boleh menjadi Pengerusi Bersatu. Jika saya tidak lagi Pengerusi Bersatu dan PH tidak lagi Kerajaan, saya tidak lagi jadi Perdana Menteri. 

12. Pada malam itu Muhyiddin Yasin bersama pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS telah berada di Hotel Sheraton. Kesanggupan Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu berada bersama dengan musuh Pakatan Harapan bermakna bahawa rancangan menubuh Kerajaan Perikatan Nasional sudah jadi kenyataan.

13. Saya buat keputusan untuk isytihar bahawa saya sudah letak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu dan Perdana Menteri. Walaupun ada ura-ura bahawa saya akan diterima oleh gabungan Muafakat dan Bersatu sebagai Perdana Menteri, saya tidak dapat terima kerana penjenayah-penjenayah UMNO akan menjadi sebahagian daripada Kerajaan yang saya akan pimpin.

14. Peletakan jawatan Perdana Menteri oleh saya tidak ada kena mengena dengan cadangan Pakatan Harapan supaya Anwar ambil alih jawatan Perdana Menteri selepas saya letak jawatan. Dengan Bersatu dan puak Azmin Ali keluar dari Pakatan Harapan, Pakatan Harapan sudah tidak lagi jadi Kerajaan dan saya tidak lagi jadi Perdana Menteri.

15. Yang akan jadi Perdana Menteri ialah orang yang dapat majoriti apabila pengakuan oleh ahli Yang Berhormat dihadapan Yang di-Pertuan Agong diadakan.

16. Apabila pengakuan ini dibuat 92 ahli dari Keadilan, Amanah dan DAP menamakan Anwar sebagai pilihan mereka. PH sudah tolak saya sebagai Perdana Menteri.

17. Saya hanya dapat 66 ahli.

18. Jika ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan menamakan saya sebagai calon mereka, saya akan dapat 158 undi setelah ditambah dengan 66 ahli yang sokong saya. Tetapi kerana mereka beri 92 kepada Anwar, saya kalah dan Anwar juga gagal.

19. Jika saya dapat 92 dari Pakatan Harapan dan dengan itu Kerajaan Pakatan Harapan dikekalkan saya akan kembali jadi Perdana Menteri Pakatan Harapan. Dan apabila saya letak jawatan Anwar akan jadi Perdana Menteri mengikut perancangan Pakatan Harapan.

20. Setelah pencalonan Anwar gagal, Pakatan Harapan ingin kembali sokong saya sebagai calon Perdana Menteri. Anwar juga bersetuju tetapi dengan syarat dia dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

21. Saya tidak bersetuju kerana ingin kekal kabinet lama.

22. Akhirnya Anwar bersetuju dan usaha dibuat untuk dapat jumlah yang cukup untuk Pakatan Harapan kembali jadi Kerajaan. Dengan sokongan dari ahli parti Sabah, jumlah meningkat kepada 114.

23. Malangnya Muhyiddin sudah berjaya mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong untuk dia dilantik sebagai Perdana Menteri.

24. Tetapi usaha untuk tumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional diteruskan oleh Pakatan Harapan. Pihak saya dan penyokong saya bersetuju untuk menyertai usaha ini.

25. Tetapi Anwar tolak sama sekali penyertaan saya. Jika saya ditolak, penyokong saya tidak akan menyertai cadangan ini. Dan kita tidak akan dapat tiga orang ahli Dewan Rakyat (DR) untuk mencukupi bilangan.

26. Telah dicadangkan supaya saya akan pegang jawatan Perdana Menteri selama 6 bulan sebelum menyerah kepada Anwar. Amanah dan beberapa ahli DAP bersetuju.

27. Tetapi Anwar tolak. Anwar tidak mahu saya terlibat sama sekali. Tetapi jika saya tidak diberi tempat, penyokong saya tidak akan sokong cadangan Pakatan Harapan. Lagi pun agak sukar mencari tiga orang lagi untuk mendapat majoriti.

28. Pengakuan saya untuk serah jawatan kepada Anwar selepas 6 bulan tidak diterima atau dipercayai oleh Anwar.

29. Rancangan yang munasabah ialah apabila Dewan bersidang, jika Pakatan Harapan mempunyai cukup bilang, Muhyiddin boleh dikalahkan semasa belah bahagi dengan pembangkang mempunyai 114.

30. Apa yang berlaku ialah Muhyiddin masih dapat 112 dan tidak dapat dijatuhkan semasa perbahasan berkenaan perlucutan jawatan Yang di-Pertua Dewan. Ini bermakna Muhyiddin menang dan kekal sebagai PM. Anwar kalah dan tidak jadi PM.

31. Kemudian Anwar isytihar dia sudah dapat cukup bilang dan Muhyiddin sudah tidak jadi Perdana Menteri.

32. Saya dan kumpulan saya ditolak oleh Anwar kerana dia sudah dapat jumlah sokongan yang mencukupi.

33. Tetapi kita semua tahu bahawa Anwar masih tidak dapat jadi Perdana Menteri. Kenyataan Anwar bahawa dia mempunyai cukup bilang didapati tidak benar. Dalam perancangan Anwar saya tidak ada tempat. Jelas setelah ketepikan saya pun Anwar tidak menang.

34. Pada tahun 2008 pun, Anwar gagal. Apakah saya juga yang menghalang Anwar.


http://chedet.cc/?p=3260

Friday 20 November 2020

Tun M : Belanjawan ditolak, penjawat awam dan "frontliners" tak akan terima gaji, pencen dan elaun?

 KENYATAAN MEDIA


1. Tidak ada asas sama sekali untuk Menteri Kewangan dan mana-mana pemimpin Kerajaan untuk mengugut ahli-ahli Parlimen untuk menyokong Belanjawan 2021 di atas alasan jika Belanjawan itu ditolak, penjawat awam dan “frontliners” tidak akan menerima gaji, pencen dan elaun.

2. Ini tidak benar sama sekali. Semasa saya Perdana Menteri pada tahun 1999, Belanjawan 2000 yang telah dibentangkan dalam bulan Oktober tidak diteruskan perbahasannya kerana Parlimen telah dibubar pada bulan November tahun tersebut untuk pilihan raya umum ke 10 diadakan.

3. Setelah pilihan raya selesai, Kerajaan dengan mandat baharu telah mendapat kelulusan Dewan Rakyat untuk peruntukan awal bagi perbelanjaan Kerajaan untuk dua atau tiga bulan sementara menunggu Persidangan Khas Belanjawan diadakan dalam bulan Februari 2000.

4. Peruntukan awal ini memastikan perbelanjaan pentadbiran tidak terganggu dan gaji, pencen serta elaun penjawat awam tidak terjejas. Peruntukan ini juga termasuk pembayaran untuk peruntukan-peruntukan tambahan yang lain sama ada untuk Kementerian-kementerian ataupun untuk memudahkan kehidupan rakyat.

5. Dalam konteks ini, Menteri Kewangan dan lain-lain pemimpin Kerajaan amatlah tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan yang jelas bertujuan untuk menekan ahli-ahli Parlimen untuk meluluskan Belanjawan 2021 walaupun ia adalah Belanjawan yang banyak kekurangan dan keburukannya.

6. Kenyataan itu secara langsung bertujuan mengekang ahli-ahli Parlimen dari melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan Belanjawan itu adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan kepentingan politik parti yang memerintah.

7. Berdasarkan kenyataan Menteri Kewangan dan pemimpin Kerajaan yang lain, jika Belanjawan itu ditolak, rakyat dan penjawat awam akan menderita akibat dari sikap ahli-ahli Parlimen yang menolak Belanjawan 2021.

8. Jika itulah pendirian Menteri Kewangan dan pemimpin Kerajaan, ia bermakna ahli-ahli 

Parlimen perlu memberi “blank cheque” dan menyokong untuk kelulusan Belanjawan tersebut walaupun terdapat kecacatan yang nyata di dalam Belanjawan tersebut.

9. Saya berharap Menteri Kewangan dan pemimpin-pemimpin Kerajaan yang di dalam keresahan kehilangan kuasa berhenti dari mengeluar kenyataan yang tidak berasas, yang menakut-nakutkan rakyat semata-mata untuk kelangsungan politik mereka.


DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

Ahli Parlimen Langkawi

20 November 2020

Seeing Muhammad - and each other - whole: Lesley Hazleton at TEDxRainier

Agnostic Jewish Woman Wanted to See Prophet Muhammad (PBUH)

Dalam kenangan: Khalid Salleh - "Kalau Aku Jadi PM"

Khalid Salleh di Malam Puisi Riong 2013

Puisi Kalau Aku Jadi PM oleh Khalid Salleh