NAJIB, TS MY, SHAHIR SAMAD AND UMNO JOHOR MEMBERS READ THIS IMPORTANT ARTICLE BEFORE JB IS TAKEN OVER BY DAP OR PAS ... WHO'S SHITTING WHO?
NAJIB, TS MY, SHAHIR SAMAD AND UMNO JOHOR MEMBERS READ THIS IMPORTANT ARTICLE BEFORE JB IS TAKEN OVER BY DAP OR PAS ... WHO'S SHITTING WHO?
(Untuk Bahasa Melayu, Sila Tekan Ke bawah)
SEWAGE TREATMENT PLANT – SKUDAI KIRI
It has come to our attention that the mega projects in and around Danga Bay have caused discomfort for the residential areas opposite the projects concerned around Marine Vista. When it rains, because of the lack of proper drainage as promised and planned during the development process, the water rises very quickly and runs deep that even large saloon vehicles can't maneuver through it. This shows how thoughtless and irresponsible the developers are in their duties towards the people who use the road everyday leading to the city.
I have brought the matter up in the Special Actions’ Committee in the Johor Bahru District Office and hope that stern action is taken immediately on the parties concerned to remedy the situation.
But what I am even more concerned about at this moment are the complaints from the residents in Skudai Kiri, Johor Bahru where a Sewage Treatment Plant, 18 acres in size is earmarked to be built. This is to cater for residents from the new development projects around Danga Bay and part of Nusajaya into this primarily Malay populated area.
Skudai Kiri is a Malay enclave in between the heart of the Johor Bahru City and the Capital of the State Administration in Nusajaya. The people there as I do, find it insulting for such a project to be placed in the Malay populated area especially when the total acreage for Danga Bay spans around 450 acres in size. Surely they can find 18 - 20 acres within the realms of that estate away from this village that awaits for better development prospects that might enhance the economy of the rakyat living there instead of causing a stillborn and stunting the appreciation in the value of their property.
I will not mince my words by saying that these are primarily Barisan Nasional voters and in view of a recent call to find the "wow factor" in UMNO by the leadership, the very least we can do first while waiting for the "miracle flashbulb" to blink is to preserve and not hurt the feelings of our own supporters who do not deserve this kind of treatment.
If it is true that this sort of plant which is planned for the area is one that is of the state of the art and is covered with beautiful landscaping etc., in contrast to the open concept of the oxidation pond, then by all means, further beautify the luxurious property development, housing in the future, the rich residents with their own sewage.
Gives A Whole New Meaning To "Taking From The Rich And Giving To The Poor"
We are to understand that there is no concrete decision made yet by the government on this project. It means that it can be reviewed and the STP may be relocated to a place more appropriate.
Soil Them Not With Thy Poop! The Idea Is To "Gatorise" The Malays, Not "Ghetto-Rise" Their Neighbourhood!
Skudai Kiri, Kampung Pasir And Pengkalen Merin Are The Three Main Affected Areas, And The Majority Of These Residents Were The Ones Who Carried Barisan Nasional Through In Pulai In The Last 13 Elections In The History Of This Nation.
These Loyalists Are The Kind Most Commonly Coined Or Referred To By Our Top Leaders As Barisan Nasional’s 'Fixed Deposit". Let Us Not Transform Them Into A Leaking Curent Account".
Johor Cannot Afford To Lose Even One Vote In The Next General Elections.
(DALAM BAHASA MELAYU)
Projek-projek mega yang sedang rancak bertumbuh di persekitaran Danga Bay kini sudah mula menjadi kebimbangan dan kegusaran kepada penduduk kawasan bertentangan yang berhampiran khususnya di kawasan kediaman Marine Vista, yang cukup prihatin dan begitu ketara ketidakselesaannya.Dengan kepadatan penduduk kawasan tersebut, segala permasalahan ketika hujan lebat seperti banjir kilat dan kesesakan lalulintas yang tidak terkawal adalah berpunca dari kurangnya perancangan perparitan semasa proses pembangunan kawasan tersebut yang lebih sistematik dan lebih berpemikiran hadapan.Saya telah berusaha membawa perkara tersebut dalam perjumpaan saya bersama Jawatankuasa Tindakan Khas di Pejabat Daerah Johor Bahru dengan harapan agar pihak-pihak yang berkenaan akan mengambil tindakan tegas dengan serta-merta bagi membaik-pulih keadaan.Namun apa yang lebih menruncing dan membimbangkan saya adalah aduan-aduan dari penduduk-penduduk di Skudai Kiri di mana loji rawatan air kumbahan bakal dibina diatas tanah seluas 18 ekar di kawasan itu . Yang lebih mengharukan, loji tersebut dibina diatas kawasan yang padat dengan penduduk Melayu dan projek itu memberi laluan untuk memenuhi keperluan penduduk pembangunan baru di persekitaran Danga Bay dan Nusajaya.Skudai Kiri adalah kawasan Melayu di antara tengah-tengah bandar Johor Bahru dan ibu kota pentadbiran negeri di Nusajaya. Perancangan loji rawatan air kumbahan ini dilihat seolah-olah seperti suatu bentuk penghinaan untuk diletakkan di dalam kawasan penduduk orang Melayu, sedangkan jumlah keluasan bagi Danga Bay merangkumi lebih daripada 450 ekar. Walaupun tapak yang di cadangkan itu kepunyaan pemaju, pastinya untuk mencari 18 hingga 20 ekar ditempat lain adalah cukup mudah tanpa melibatkan kawasan behampiran penduduk Melayu yang sudah lama bertapak di situ.Secara tidak langsung jika loji tersebut dibina, nilai tanah kawasan tersebut bakal menjunam dan segala bentuk penambahbaikkan dan pertumbuhan ekonomi bakal berhenti dengan serta merta. Taraf kehidupan bagi penduduk Melayu di situ juga besar kemungkinan akan semakin merosot. Adalah tidak keterlaluan untuk saya nyatakan disini bahawa keseluruhan penduduk yang menetap dikawasan ini merupakan pengundi tegar Barisan Nasional. Dalam kesibukan pucuk pimpinan kita mencari 'faktor wow' dan kelainan dalam UMNO, sementara kita menunggu ianya tiba, sekurang-kurangnya kita pelihara dahulu sebaik mungkin kepada mereka yang cukup setia dan tidak berbelah bahagi dalam memberi komitmen dan sokongan kepada kita selama ini. Naluri merekalah yang patut didahulukan.Jika benar seperti yang diwar-warkan bahawa loji yang bakal terbina adalah yang tercanggih didunia, mempunyai ciri tertutup dan akan diterap dengan lanskap yang cantik berbanding dengan konsep konvensional yang terbuka, mengapa tidak loji tersebut dibina didalam kawasan pembangunan hartanah mewah berhampiran tempat tinggal mereka sendiri, yang berlanskapkan kekayaan gaya hidup masa depan? Bukankah ianya bersesuaian bagi memenuhi penyelesaian masalahan kumbahan mereka sendiri? Kami difahamkan bahawa tiada lagi keputusan yang konkrit dibuat oleh kerajaan untuk kelulusan projek ini. Maka segala perancangan masih boleh diubah suai mengikut kesesuaian dan kepentingan penduduk disini.Skudai Kiri, Kampung Pasir dan Pengkalen Merin adalah diantara tiga kawasan utama yang terjejas, dan majoriti penduduk disini adalah orang-orang yang telah bertanggung-jawab di atas kemenangan besar kepada Barisan Nasional di Pulai dalam pilihan raya sepanjang sejarah 13 pilihanraya umum di bumi Malaysia.Bumi Johor inilah yang layak dikategorikan sebagai asset penting dan benteng terakhir Barisan Nasional. Sudah sampai masanya kita mementingkan penyokong tegar kita dahulu dari mengejar apa yang mungkin tidak akan berbelah kepada kita pada akhir hari yang suka berselindung di atas alasan pembangunan.Apa Gunanya Kalau Ada Pembangunan Yang Tidak Menyebelahi Orang Tempatan Malah Menjadi Penyebab Pula Kepada Kita Hilang Kuasa. Allahu Alam.
TPJ
source : the patriot
No comments:
Post a Comment