NUFFNANG

Monday 29 September 2014

BLOGGER PORNO MULUT CELUPAR ALVIN TAN MAHU LARI KE MANA?

BLOGGER PORNO MULUT CELUPAR ALVIN TAN MAHU LARI KE MANA?

Pengecut! Itulah kesimpulan apabila blogger porno mulut celupar, Alvin Tan melarikan diri dan mendapatkan suaka di Amerika Syarikat.


Beliau fikir beliau akan terlepas daripada perbuatan jijik belau sebelum ini tetapi MiM percaya budak ini akan dihantar balik juga oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Portal melaporkan pengguna media sosial yang menghentam perbuatan pengecut budak mulut celupar ini. 
"Sebab dia 'tidak suka Malaysia' kerana dia didakwa atas jenayah dengan undang-undang Malaysia. Pendapat saya, dia perlu dihukum kerana tindakan jijiknya yang lepas," tulis pengguna 
Facebook
 Josh Wu semalam.
 
"Dia mengaku secara terbuka memperdayakan mahkamah dan melarikan diri ke AS selepas mahkamah Malaysia dengan baik hati membenarkannya pergi ke Singapura untuk merakamkan filem. 
"Undang-undang tidak sepatutnya melindungi mereka yang menyalahgunakannya. Mereka yang mencari ekuiti perlu menunjukkan ekuiti." 
Seorang lagi pengguna facebook Eugene Leong berkata Tan yang memulakan seluruh episod ini dengan ucapan Ramadannya yang dirasakan tidak perlu.
Selain daripada itu, portal melaporkan :
"Memang ia sesuatu yang bodoh untuk dilakukan. Ya, memang dia dihukum mahkamah. Ya, dia larikan diri daripada Malaysia dengan alasan. 
"Tetapi apa yang saya ingin tahu ialah apa yang dirasakannya sekarang, selepas mengetahui ibunya kehilangan wang ikat jamin RM20,000 apabila dia melarikan diri, daripada mempertahankan diri di mahkamah!" tulis Leong. 
"Saya rasa dia memalukan diri sendiri kerana egonya! Tidak begitu bijak pun, lebih seperti kebudak-budakan!" tulis Vivian V Kulasingham. 
"Sama ada dia pengecut atau dia bodoh!" tulis Augustin Anthony. 
Mereka juga memberi peringatan kepada Tan jika dia diserahkan balik kepada Malaysia, dia tetap perlu menghadapi mahkamah. 
"Jangan yakin diri sangat. Lama-kelamaan dia akan sedar dia akan diserahkan semula kepada Malaysia. Tetapi saya kasihankan wanita yang ditinggalkan dia," tulis Mohd Shafian Noordin, merujuk kepada bekas teman wanitanya, Lee.
Jangan biarkan budak ini terlepas begitu sahaja. 

Seperkara lagi, siapakah yang sponsor budak ini ke Amerika Syarikat? Parti pembangkang chauvinis?

source : dr mim

No comments: