NUFFNANG

Sunday 28 September 2014

YB BROKAR DAN BARUAH (BB) BUKTIKAN MAKAN BABI DENGAN DAP BEGITU SEDAP DAN MENYELERAKAN...

YB BROKAR DAN BARUAH (BB) BUKTIKAN MAKAN BABI DENGAN DAP BEGITU SEDAP DAN MENYELERAKAN...


Dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin kini benar-benar membuktikan bahawa mereka memang benar-benar 'broker' dan 'baruah' (BB) sepertimana yang dilafazkan oleh Presiden PAS; Dato' Abdul Hadi Awang.

Kedua-duanya didapati melanggar baiah dan arahan parti kerana menandatangani surat akuan bersumpah (SD) bagi menyokong perlantikan Jijah Kipas sebagai Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Dan broker dan baruah PAS itu dianggap sebagai 'wira' penyelamat Pakatan Rakyat (PR)...sedangkan 13 lagi rakan-rakan mereka di kalangan ADUN PAS sebagai pengkhianat...fuyoo tererrnya!


Maka dengan penuh takzimnya dan wala'nya, DAP pun meraikan kedua-duanya dalam satu majlis makan malam besar-besaran bersama penyokong Cina DAP bagi menghargai jasa-jasa mereka.

Jasa kerana sanggup menjadi 'barua' kepada PKR dan jasa memecahbelahkan PAS. 

Beberapa pemimpin DAP ketika berucap dalam majlis makan malam yang dihadiri kira-kira 500 penyokong DAP, telah menggelarkan kedua-duanya sebagai 'Penyelamat Pakatan Rakyat'.

Sebelum ini, Presiden PAS itu dalam satu ucapannya di Muktamar PAS kali ke 66 di Batu Pahat baru-baru ini telah menggelarkan kedua-dua Adun partinya itu sebagai 'broker' dan 'barua'kepada PKR dan Anwar Ibrahim kerana cuba menghasut beberapa Adun PAS lain supaya menyatakan sokongan terhadap perlantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.


Dek kerana teruja dengan sokongan DAP Adun Morib, Hasnul Baharuddin yang sendawa kekeyangan itu telah menyatakan kesediaannya untuk bertanding pada PRU14 akan datang atas tiket DAP sekiranya beliau dipecat atau dikenakan tindakan disiplin oleh pimpinan PAS Pusat

Malah dalam hati si Senul ni sekarang kalau ada peluang pun beliau sanggup keluar PAS dan bersedia untuk menjadi wakil rakyat kepada DAP. Fuyoooo... 

Apa yang dizahirkan oleh si Hasnul dan Saari itu jelas membuktikan semua dakwaan Hadi Awang sebelum ini terhadap mereka yang memang dah jadi 'barua' apatah lagi setelah mereka yamsengdengan makanan-makanan yang dihidangkan DAP malam itu.


So apa kelas baiah-baiah ni, semuanya boleh ubah...bak kata ularmak PASMA; nak batalkan baiah senang jer...sembelih sekor kambing...kira settle.

Hebatkan tarbiyah DAP...yam seng!

Hadi uu ada telorkah mau pecat ini dua ekor BB?


No comments: