LAGI PENDEDAHAN PENYELEWENGAN DAN SALAHGUNA KUASA OLEH NGA KOR MING BAGI MENGUMPUL KEKAYAAN 'MISTERI'!!!
KKN: Kroni-kroni Nga (1)
13 September adalah hari ulangtahun Deklarasi Permatang Pauh. Tak ada sapa pun yang mau cakap tentang Deklarasi Permatang Pauh sekarang ni dan aku rasa kalau tanya kat ahli PKR pun, mungkin 90% daripadanya tak tau pun apa itu Deklarasi Permatang Pauh.
Deklarasi Permatang Pauh adalah penentangan terhadap korupsi, kronisma dan nepotisma. Tapi itu masa selepas Anwar kena tendang dari Umno..sekarang masa dah berubah. Kronisma dan nepotisma sudah dihalalkan bukan saja leh Bn..dalam PR pun serupa juga.
Nak cakap pasal rasuah, memang senang. Tapi nak membuktikannya memang susah. Sama macam orang PR tuduh Umno rasuah, setakat tuduh saja la. Dan kalau kita nak kata orang PR juga rasuah, takat tuduh saja la.
Lebih teruk kalau orang PR dan BN duduk sama-sama..lagi susah nak cari bukti rasuah. Kalau kita tau pun..takat sembang-sembang saja cukup la.
Kronisma dan nepotisma pun susah nak dibuktikan. Dulu kalau pemimpin Umno bagi projek kat kawan-kawan kita kata kronisma, tapi kalau dalam PR, itu bukan kronisma.Dan walaupun dalam PR nampak jelas macam Dinasti Karpal Singh, Kit Siang, Anwar, Hadi, Nik Aziz, itu bukan nepotisma. Kronisma dan nepotisma hanya wujud dalam BN.
Diantara ketiga-tiga parti dalam PR, DAP nampak paling bersih. Tak ada korupsi, kronisma dan nepotisma. Kalau DAP sebelum 2008, aku percaya la..tapi selepas 2008, semua serupa saja.
Selepas PRU 2008 dan PR menang di Perak, ramai cukong-cukong di Perak berubah kem. Kalau dulu depa sokong BN, tapi lepas PRU 2008, ramai pakat-pakat kalih kepada PR. Sapa menang...depa sokong. Tak kisah la Vincent Tan ka, YTL ka..kalau dulu depa jadi kroni BN, sekarang depa jadi kroni PR. Dan kemudian, cukong-cukong inilah yang menjadi warlord kepada ahli politik dan kemudiannya mencatur politik negeri atau negara.
Salah sorang cukong di Perak yang beralih kepada DAP ialah Lee Chee Seng. Dia ni merupakan pemaju perumahan dan juga beberapa stesyen minyak di Perak. Masa BN memerintah Perak, dia adalah orang kuat Gerakan tapi bila PR menang, dia jadi orang kuat DAP.
Nak kenal sapa Lee Chee Seng ni, boleh tengok video kat sini
Lee Chee Seng menjadi funder kepada DAP dan dia menggunakan Nga Kor Ming untuk memudahkan dia mendapat projek. Dalam masa yang singkat, dia menjadi Ketua Cawangan DAP Taman Kaya, Ipoh manakala isterinya pula menjadi Ketua Wanita DAP Ipoh Barat.
Nasib tak baik, Pakatan Rakyat Perak jatuh ketangan BN pada Februari 2009. Tapi penyokong PR termasuk aku percaya, BN boleh ditewaskan balik sekiranya diadakan PRU semula.
Lee Chee Seng juga percaya macam aku percaya. Dan dia mula melabur dengan mengikat Nga Kor Ming menerusi bisnes.
Ketika rakyat Perak sibuk dengan "Kembalikan Hak Rakyat Perak", sampai ada yang sanggup berguling atas jalan, Nga Kor Ming melancarkan restoran barunya bernama Restoran Michellin Star bersama Lee Chee Seng di Sitiawan.
Dalam ceramah, kita di bagitau oleh Nga Kor Ming tentang macam mana teruknya BN dan pemimpin-pemimpnnya, tapi dalam masa yang sama, dia bersama dengan pemimpin BN melancarkan restorannya.
Paling best, pelancaran restoran turut dihadiri oleh Au How Cheong, taiko Gerakan Perak. Manakala restoran tersebut disewa dari MCA Lumut.
Kalau penyokong PAS atau PKR dilihat bersama dengan orang Umno...dah tentu kena kata "dibeli". Tapi dalam DAP tak apa. Politic is politic. Business is business.
Restoran tersebut hanyalah "front" saja. Lagi pun restoran tersebut bukan ada untung..rugi saja. Apa yang berlaku disebalik restoran tersebut yang seronok.
Lee Chee Seng juga ada cita-cita politik...tapi dia dah tua dan lebih kepada tukang cari duit. Dia kemudiannya meminta Nga Kor Ming mengambil anaknya untuk diserap kedalam DAP Perak.
Howard Lee adalah anak Lee Chee Seng. sebelum PRU 2008, dia adalah tukang masak di UK, tapi dipanggil balik oleh bapanya untuk di jadikan kabel dalam DAP. Howard Lee balik dan kemudian dilantik menjadi Pengarah Strategi DAP Perak. Jawatan tu secara rasmi tak wujud pun, tapi itulah jawatan yang dijaja oleh Howard di mana-mana.
Dan dalam PRU 2013, Howard Lee pun menjadi calon DAP DUN Pasir Pinji menggantikan Thomas Su.
Apa keistimewaan Howard? Bapa dia adalah rakan niaga Nga Kor Ming.
So..kalau ada orang DAP nak jadi calon di Perak..perkara pertama ialah mesti menjadi kroni Nga Kor Ming. dan mesti ada duit. Kalau tidak....melepas la macam Leong Mee Meng.
Ada lagi....
source : mat saman koti
No comments:
Post a Comment