NUFFNANG

Saturday 20 September 2014

PRESIDEN PAS DEDAHKAN RAHSIA YANG SANGAT MEMALUKAN ...

PRESIDEN PAS DEDAHKAN RAHSIA YANG SANGAT MEMALUKAN ...

Sungguh memalukan. Rupa-rupanya 2 ADUN PAS yang menyokong Wan Azizah telah dicuri dan dibeli!



Bukan lawan politik yang mendedahkan isu yang memalukan ini tetapi oleh kepimpinan tertinggi parti dalam Pakatan pembangkang sendiri. 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa terdapat "broker" dan "barua" yang mencuri dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor yang menyaksikan mereka menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Hadi ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor berkata, 2 Adun itu – Saari Sungip dan Hasnul Baharudin – juga dicuri dan dibeli.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pihak yang melakukan tindakan tersebut.

"Mereka curi wakil rakyat kita. Inikah etika kita bertahaluf? 
"Kita tidak pandang ringan 2 wakil rakyat kita (tandatangan SD), ada jadi broker, yang jadi barua semua ada," katanya.

Hadi menegaskan, 2 Adun itu seharusnya berfikir panjang sebelum melakukan tindakan sedemikian kerana mereka berikrar ketika sebelum pilihan raya umum lalu untuk taat setia kepada parti.

"Tidakkah wakil rakyat kita berbaiah semasa nak pilihan raya?

"Mana lebih besar baiah atau SD?" soal Hadi dalam ucapannya sempena penutupan muktamar yang berlangsung selama tiga hari itu. – TMK 20 September, 2014.
Jika beginilah ceritanya, di manakah kredibiliti ADUN-ADUN PAS dan juga akuan sumpah yang mendakwa Wan Azizah mendapat sokongan majoriti DUN Selangor?

Bukankah pendedahan Abdul Hadi ini juga telah mencoreng arang ke muka Wan Azizah dan Anwar Ibrahim?

Dan siapakah 'barua' dan 'broker' yang dimaksudkan oleh Presiden PAS itu? 

Kita fikir Abdul Hadi tidak perlu lagi berdolak-dalih dan berkias-kias. Dedahkan sahaja nama-nama tersebut dan biar rakyat tahu. Seperkara lagi, tiada guna lagi bagi PAS berada di dalam Pakatan Pembangkang. 

Dan puak Anwarinas dalam PAS patut dinyahkan dalam parti tersebut jika parti PAS ingin sokongan rakyat.

source : dr mim

No comments: