NUFFNANG

Saturday, 6 September 2014

TERKINI ! ANWAR GIGIT JARI …. PKR HANTAR 3 NAMA CALON MB SELANGOR !

TERKINI ! ANWAR GIGIT JARI …. PKR HANTAR 3 NAMA CALON MB SELANGOR !

Akhirnya, ego dan kedegilan bodoh puak PKR yang engkar dengan titah mudah Sultan Selangor yang mahukan 3 nama calon MB Selangor terserlah dengan perkembangan terbaru di bawah :
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya menamakan tiga calon untuk kerusi Menteri Besar Selangor selepas beberapa minggu mempertahankan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk mengisi kerusi panas itu.



Selain Dr Wan Azizah, dua lagi calon yang dinamakan adalah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok, Dr Idris Ahmad.

Namun, dalam surat yang dihantar ke Istana Selangor pada Jumaat, PKR mendakwa Dr Wan Azizah seharusnya dilantik kerana beliau mendapat sokongan majoriti.

Akaun bersumpah yang ditandatangani seramai 30 Adun sebagai sokongan kepada pencalonan Wan Azizah turut dikepilkan bersama dalam surat tersebut.

Biro Politik PKR membincangkan perkara itu selama dua hari sementara penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap bertegas mahukan isterinya dinamakan sebagai calon tunggal.

"Akhirnya, kami mencapai kata sepakat dan Anwar bersetuju untuk menambah dua lagi nama seperti yang diminta oleh Sultan. Kami turut menghantar bersama akaun bersumpah 30 Adun yang menyatakan sokongan terhadap Wan Azizah," kata sumber.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution mengesahkan kata sepakat telah dicapai tetapi enggan mendedahkan isi kandungan surat tersebut.

"Surat itu dari Presiden Parti kepada Tuanku Sultan. Tidak elok untuk mendedahkan isi kandungan (surat itu) kerana Sultan masih belum menerimanya," kata Saifuddin.

Jelas beliau, surat tersebut akan diserahkan terus kepada Istana hari ini.

Beliau berkata, mereka membalas surat dari Istana bertarikh 3 September berhubung senarai calon yang dihantar oleh parti itu pada 1 September lalu - mSTAR
Kita tunggu dan lihat pula respons parti chauvinis DAP. Apakah mereka akan tunduk dengan titah Sultan Melayu Selangor?

Kita sudah tahu respons parti PAS tentang calon-calon pilihan Abdul Hadi, Presiden PAS : Baca Sini

source : dr mim

No comments: