NUFFNANG

Tuesday 9 September 2014

KEBIADAPAN ANWAR IBRAHIM TERHADAP SULTAN SELANGOR SEMAKIN MEMUNCAK

KEBIADAPAN ANWAR IBRAHIM TERHADAP SULTAN SELANGOR SEMAKIN MEMUNCAK

Kebiadapan Anwar Ibrahim tidak boleh disangkal lagi apabila beliau mengarahkan
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk mengemukakan hanya satu nama sahaja
iaitu isterinya Wan Azizah atau lebih dikenali dengan nama sepat kering sebagai calon
menteri besar Selangor dan akhirnya mengundang kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Anwar Ibrahim cuba menunjukkan betapa dia sebenarnya sudah berkuasa melebihi sultan Selangor walaupun beliau bukan rakyat negeri Selangor.

DAP juga mengambil kesempatan berada dibelakang kebiadapan Anwar Ibrahim itu
dianggap mengingkari titah Sultan Selangor apabila hanya mempersembahkan nama
isteri Anwar iaitu Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk dilantik ke jawatan eksekutif itu.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, "parti DAP dan
PKR masing-masing mengemukakan hanya satu nama yang sama iaitu Datuk Dr Wan
Azizah.

"Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan DAP dan PKR yang ingkar
terhadap baginda.

"Tindakan DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan
 merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah Sultan Selangor," katanya dalam

kenyataan sebentar tadi.

"Dalam masa yang sama memandangkan kuasa melantik menteri besar Selangor terletak
pada budi bicara tuanku, maka baginda juga akan meneliti nama-nama Adun yang lain

dari Pakatan Rakyat yang berkelayakan dan pada fikiran baginda mendapat kepercayaan majoriti Dewan Undangan Negeri," katanya.

Kebiadapan Anwar Ibrahim bukan perkara baru beliau pernah memperlekehkan orang
Melayu yang menganggap Malaysia sebagai Tanah Melayu.Anwar memang sengaja memperlekeh dengan gaya yang begitu biadap! Hanya biadap dan tidak sayangkan
bangsa sesuai untuk diberi nama kepada Anwar Ibrahim. Syaitan inikah yang mahu
dijadikan Perdana Menteri ?

Apakah pemimpin yang masih dibelenggu dengan kes Liwat II mahu diangkat menjadi
orang yang bertanggung jawab ke atas kaum, agama dan ekonomi di Selangor? Orang
yang memperlekeh bangsa Melayu walaupun dia mengaku dia pertahankan bumiputera?

Jangan percaya dengan 'perompak bumiputera' yang dilepaskan dari penjara ini. Orang
 yang tidak sedar diri kerana setiap hari berhalusinasi mahu menjadi Perdana Menteri.
Kini tak dapat jadi PM, dia cuba heret Tuanku sultan supaya melantik bininya untuk jadi
MB Selangor?

Apa pun Anwar Ibrahim sudah berjaya menjijikkan nama Umno dikalangan rakyat Malaysia
kini beliau mahu memastikan orang Melayu sendiri akan jijik bila mahu mempertahankan bangsanya. 

No comments: