NUFFNANG

Sunday, 23 March 2014

PRK KAJANG : PKR DIJANGKA MENANG?

Banjir, Sampah Dan Denggi Tak Menjadi Hal,PKR Bakal Menang Besar?

Ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku di PRK DUN Kajang. Walaupun di sebalik pelbagai usaha dan janji yang dibuat oleh Barisan Nasional untuk mengubah lanskap politik di Kajang menerusi calon mereka, Chew Mei Fun, sambutan dari kalangan masyarakat pengundi Cina Kajang kepada calon BN itu, sungguh daif.
Dari awal pagi, pengundi-pengundi Cina yang telah diketahui kecenderungan dan pangkah undi mereka untuk siapa, telah keluar beramai-ramai untuk membuang undi. Dari semalam lagi, dilaporkan juga pengundi-pengundi Cina Kajang yang tinggal di luar termasuklah di Singapura, telah pulang beramai-ramai untuk membuang undi dengan penajaan dari Pakatan Rakyat.
image
image
image
PAS yang sebelum ini tidak terlibat secara aktif, juga nampaknya telah membuka sebuah barong di PDM Taman Mesra yang kemudian menyaksikan arahan pihak polis agar barong tersebut disuraikan. Kekecohan dilaporkan berlaku ekoran arahan pihak polis itu.
image
PAS Pahang juga turut memeriahkan PRK DUN Kajang dengan penghantaran tentera-tentera mereka yang membawa kangkung sebagai simbol penghinaan kepada Perdana Menteri dan Barisan Nasional.
image
image
Di PDM Sungai Sekamat pula, PKR dan PAS menggunakan kanak-kanak di bawah umur sebagai perayu undi sekalipun tindakan tersebut merupakan perlanggaran terhadap undang-undang kecil pilihanraya.
image
image
Di PDM Sungai Kantan, majoriti yang hadir dari kalangan pengundi Cina. Pengundi Melayu pula berkurangan secara drastik. Manakala jentera kempen pula didominasi oleh PKR dengan kelompok BN hanya tinggal 15 orang sahaja. Ini menyebabkan keadaan bertambah tegang sehingga pihak berkuasa terpaksa menempatkan PORU (‘adik’ FRU) untuk mengawal keadaan.
image
image
Di Pusat Pembuangan Undi Sekolah Agama Batu 10, Cheras yang dewannya telah dijadikan sebagai tempat jentera PKR menjamu selera, kehadiran Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor pada jam 9:35 pagi tadi telah disambut dengan meriah bersama kibaran bendera PKR.
image
image
pisau.net Melihat kepada corak pengundian awal, Wan Azizah dijangka menang besar dan memperolehi majoriti jauh lebih besar berbanding kemenangan oleh Lee Chin Cheh pada Mei 2013. Sokongan masyarakat Cina kepada Wan Azizah nampaknya cukup solid.
image
Ditambah pula dengan sokongan berterusan sama ada dalam bentuk kewangan mahupun teknikal, selain tohmahan tentang sekolah Cina Damansara yang dikatakan telah dihapuskan walaupun sebenarnya sekolah tersebut dipindahkan dan saiznya bertambah besar, membuatkan para pengundi Cina yang rata-rata hanya percaya kepada omongan para pemimpin DAP dan PKR, memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Wan Azizah.
image
Jam kedua PRK DUN Kajang menyaksikan BN sedang merosot jauh berbanding PKR dan Wan Azizah!
source : pisau.net

No comments: