#CNN DAN BERITA ANTARABANGSA DIKECAM HEBAT #BoycottFOXNEWS
Antara luahan rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati
dengan media antarabangsa yang memburukkan Malaysia .
Alasan kenapa perlu boikot CNN :
1. Provokasi
Sering mengeluarkan kenyataan daripada segelintir keluarga
mangsa (minoriti) yang memburukkan Malaysia, seperti Malaysia
pembunuh, Malaysia menyimpan bukti dan sebagainya. Walaupun
ini bukan kenyataan rasmi CNN, tetapi tayangan kenyataan
seperti ini mempunyai unsur provokasi yang mampu membuat penonton
percaya dan melabel Malaysia dengan sesuatu yang negatif.
2. Kesalahan Maklumat
Terlalu banyak kesalahan fakta disiarkan CNN, dan kesalahan-kesalahan
ini tidak sewajarnya dilakukan oleh media sebesar itu. Kesalahan yang
dilakukan adalah menyiarkan Kuala Lumpursebagai salah sebuah
provinsi di Indonesia. Selain itu, CNN juga tersalah menyiarkan
nama Perdana Menteri Malaysia, yang seharusnya Datuk Seri
Najib Razak, menjadi Datuk Seri Najib RAHMAN.
3. Fitnah dan Penipuan
Sejurus selepas pengumuman Perdana Menteri Malaysia bahawa
pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, CNN menyiarkan
ini kepada kaum keluarga melalui SMS. Perkara ini telah menimbulkan
kemarahan penduduk dunia yang merasakan MAS tidak
bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, pihak MAS telah mengeluarkan
satu kenyataan bahawa perkara itu tidak benar. Pihak MAS telah
mendekati keluarga mangsa dan juga menghantar SMS dalam masa
yang sama agar SEMUA ahli keluarga sedia maklum akan perkara tersebut.
4. Fitnah LAGI!
Memang benar pihak CNN tidak mengeluarkan kenyataan menghina
Islam dalam tragedi MH370. Walau bagaimanapun, kita digemparkan
dengan kisah hukuman gantung terhadap 529 anggota Ikhwanul
Muslimin di Mesir. Apa kaitan hal ini dengan CNN? Sewaktu
penggulingan Presiden Morsi, pihak CNN telah menyiarkan kenyataan
seperti berikut :
"Brotherhood's intentions and Morsy's credibility started to become
troubling when they repeatedly broke their word."
Kenyataan ini amat tidak bertanggungjawab. Ikhwanul Muslimin
memerintah hanya setahun, tetapi kenyataan CNN seolah-olah
menuduh Ikhwanul Muslimin gagal dalam setiap aspek melibatkan negara
Mesir. Provokasi dan fitnah. Selain itu, bekas wartawan CNN,
Amber Lyon mendedahkan bahawa semasa dirinya masih berkhidmat
dengan CNN, dia menerima arahan untuk menyampaikan berita palsu
dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan awam dalam misi
pencerobohan ke atas Iran dan Syria.
CNN juga memainkan peranan menuduh pembabitan Saddam Hussein
dengan serangan 9/11 bagi meningkatkan sokongan kepada perang Iraq.
source : mymassa
No comments:
Post a Comment