NUFFNANG

Friday, 21 March 2014

ARTIKEL MENARIK UNTUK DIBACA !! TAZKIRAH KAJANG: NO-2-ANWARIZAH

TAZKIRAH KAJANG: NO-2-ANWARIZAH

SAY NO-2-ANWARIZAH

Tanya sama Zizah
mana jam Omega
nanti jawab Zizah
ada kat rumah

Tanya sama Zizah
pasal tak percaya
nanti jawab Zizah
bukan perut dia

LOOKS LIKE ME, SOUNDS LIKE ME…BUT NOT MY TUMMY!!!
 
Salam 2 all.

Saya menulis ini sebagai peringatan untuk diri saya dan khusus kepada ahli dan penyokong PAS , dan kepada umat Melayu-Islam umumnya, dalam menghadapi PRK Kajang khasnya, dan dalam menilai hubungan dan kerjasama dengan DAP-PKR yang diselindungkan disebalik konsep tahaluf siyasi, dan dalam menilai persoalan survival dan masadepan sosio-politiko umat Melayu-Islam! 

Datin Seri Wan Azizah, calon PKR bagi PRK Kajang adalah Presiden PKR, juga isteri kepada Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dan ibu kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar. Bermakna hubungan mereka bukan sekadar politikal tetapi juga hubungan peribadi dan kekeluargaan. Apa juga tindak-tanduk Anwar dan Nurul Izzah adalah mengikat Wan Azizah samada dari segi politik mahupun kekeluargaan

Pada 16.02.2014, Anwar dalam kapasitinya sebagai Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang membuat kenyataan didalam Gereja Holy Family, Kajang bahawa kristian boleh dan dibenarkan menggunakan kalimah Allah. Ini mengulangi pendirian Anwar yang disebut pada 08.01.2013 bersama Datuk Seri Hadi Awang dan Lim Kit Siang yang menyokong desakan Lim Guan Eng pada 25.1.2012 agar kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah.

Bermakna ini bukan sahaja pendirian peribadi Anwar, malah pendirian rasmi PKR dan pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS.

Sebaliknya Majlis Syura Ulamak PAS telah pada 13.01.2013 membuat ketetapan jelas bahawa ‘kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah kerana ini bukan soal politik tetapi soal aqidah’.

Ketetapan Majlis Syura Ulamak PAS ini memperkaui kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS Dato’ Dr. Haron Din yang menegaskan bahawa ‘barangsiapa yang setuju atau redha dengan kristian untuk menggunakan kalimah Allah maka ia termasuk dalam perlakuan syirik’.

Ini bermakna pendirian Anwar dan PKR adalah bercanggah dengan pendirian Majlis Syura Ulamak PAS.


Percanggahan Antara Majlis Syura Ulamak PAS dan Anwar-PKR

Dalam keadaan itu, saya lontarkan pertanyaan kepada ahli dan penyokong PAS, pendirian mana yang kamu akan patuh dan ikut.

Sudah tentu sebagai ahli PAS, jelas disebut didalam Fasal 7 (3) bahawa ‘Majlis Syura Ulamak diberi kepadanya kuasa-kuasa seperti berikut:

  1. menghuraikan, menjelaskan dan mentafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukkan didalam Perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya; 
  1. mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan didalam PAS dan mengawasi serta memelihara suoaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS; 
Adalah jelas bahawa ketetapan Majlis Syura Ulamak PAS wajib dipatuhi dan dilaksanakan oleh ahli-ahli dan pemimpin PAS.

Persoalannya sekarang, mengapa masih terdapat ahli dan pemimpin PAS yang bertungkus-lumus menyokong dan membantu Wan Azizah dalam kempen PRK Kajang; sedangkan jelas pendirian PKR dalam isu kalimah Allah yang asas dan fundamental membabitkan aqidah sangat bercanggah dengan pendirian dan ketetapan Majlsi Syura Ulamak PAS?

Menyokong dan membantu Wan Azizah dalam kempen PRK Kajang bermakna menyokong dan menerima pendirian PKR bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh kristian, satu pendirian bercanggah bukan sahaja dengan syara’, malah bertentangan dengan Majlis Syura Ulamak PAS!

Menyokong dan membantu Wan Azizah dalam PRK Kajang termasuk membuka bilik gerakan, menjalankan culaan, menampal poster, memacakkan bendera, menyebarkan risalah dan bahan cetak, meraih undi, memakai t-shirt, mengibar bendera PKR, memberi ruang di markaz dan penempatan PAS dan apa juga perlakuan, perbuatan, perkataan dan lain-lain yang boleh membantu Wan Azizah mendapatkan undi dan sokongan pengundi DUN N.25 untuk memenangi kerusi DUN Kajang!

Sekiranya ada mana-mana ahli dan penyokong PAS membuat sedemikian, bermakna mereka telah membelakangkan dan menghina institusi tertinggi dalam PAS iaitu Majlis Syura Ulamak!

Dan kalau diambil kira pendirian Timbalan Mursyidul Am PAS Dato’ Dr. Haron Din, bermakna menyokong dan membantu Wan Azizah dalam PRK Kajang dengan pengetahuan penuh bahawa PKR menyokong kristian mengguna-pakai kalimah Allah boleh menjerumuskan seseorang itu ke kancah kesyirikan!


PENGHINAAN TERHADAP DATUK SERI HADI AWANG OLEH PKR

Malahan pada saya ahli-ahli dan penyokong PAS sepatutnya sedar bahawa menyokong dan membantu Wan Azizah seumpama menghina Presiden mereka sendiri iaitu Datuk Seri Hadi Awang.

Ini kerana Shamsul Mat Amin, seorang pemimpin PKR negeri Trengganu, yang merupakan calon PKR bagi DUN Bukit Besi didalam PRU-13 telah menyaman Datuk Seri Hadi Awang dan memperolehi penghakiman sebanyak RM2 juta atas dakwaan Hadi menghinanya dengan tuduhan sebagai pengedar pil kuda, menyebabkan PAS memutuskan untuk meletakkan calon menentang beliau dan calon BN di DUN Bukit Besi.

Sehingga hari ini, tiada sebarang tindakan diambil oleh Wan Azizah mahupun PKR terhadap Shamsul Mat Amin. Malahan sikap membisu Wan Azizah memberi gambaran beliau tidak menghormati langsung Datuk Seri Hadi Awang, sedangkan beliau adalah Presiden PKR dan ketua kepada Shamsul Mat Amin.


10 DALIL MENOLAK WAN AZIZAH DAN PKR

Dan ahli-ahli PAS wajib mendesak Wan Azizah memberikan penjelasan tentang pendirian beliau samada sebagai isteri Anwar Ibrahim atau ibu kepada Nurul Izzah atau dalam kedudukan beliau sebagai Presiden PKR dalam isu-isu fundamental berikut:

1. KALIMAH ALLAH – apakah pendirian Wan Azizah dalam isu kristian mahu mengguna-pakai kalimah Allah? Adakah Wan Azizah berkongsi pendirian dengan suaminya yang juga Ketua Umum PKR seperti yang dinyatakan didalam Gereja Holy Family Church, Kajang pada 16.02.2014 bahawa kristian boleh mengguna-pakai kalimah Allah; sedangkan pendirian ini bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura Ulamak PAS yang dibaut pada 13.01.2013?

2. SAMAN DATUK SERI HADI AWANG ­– apakah pendirian Wan Azizah dalam kes saman dan penghakiman RM2 juta yang dibuat oleh pemimpin PKR Trengganu dan calon PKR Bukit Besi Shamsul Mat Amin? Jika Wan Azizah bersetuju, ini satu penghinaan terhadap Prseiden PAS dan pengkhianatan terhadap kerjasama politik PAS-PKR. Jika tidak bersetuju, apakah tindakan Wan Azizah terhadap Shamsul Mat Amin; adakah beliau akan dikenakan tindakan disiplin termasuk dipecat atau di arah menarik balik saman terhadap Datuk Seri Hadi Awang?

3. PLURALISMA - apakah pendirian Wan Azizah dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang dibuat di London School of Ecnomics London yang membawa maksud bahawa semua agama adalah sama; apa yang disebut oleh Allahyarham Prof Dr. Uthman El-Muhammaddy sebagai fahaman pluralismayang boleh merosakkan aqidah. Adakah Wan Azizah bersama sependapat dan sependirian dengan Anwar dalam isu ini?

4. MURTAD LINA JOY - apakah pendirian Wan Azizah dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang menyatakan bahawa ‘Lina Joy (Azlina Jailani) memang patut diberi kebenaran untuk menukar agamanya (daripada Islam ke kristian). Itu adalah haknya’.  Ringkasnya Azlina Jailani patut dibenarkan murtad. Persoalannya, adakah Wan Azizah bersama satu pendirian dengan Anwar dalam isu ini iaitu membenarkan murtad dikalangan umat Islam?

5. NURUL IZZAH DAN MELAYU MURTAD - apakah pendirian Wan Azizah dengan kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR yang juga anak sulongnya Nurul Izzah Anwar pada 03 Nov 2011 di premis Gereja Tabernacle USJ yang membawa maksud orang Melayu wajar diberi kebenaran untuk menukar agamanya sebagaimana kaum lain. Ringkasnya orang Melayu wajar dibenarkan murtad. Adakah Wan Azizah bersetuju dengan pendirian Naib Presiden PKR yang juga anak kandungnya sendiri?

6. MURTADNYA NOR AZMAN - apakah pendirian Wan Azizah apabila ahlinya bernama Nor Azman Abdullah menukar agama daripada Islam kepada kristian. Nor Azman adalah saksi bagi Anwar dalam kes liwat terhadap Azizan Abu Bakar. Beliau juga adalah calon PKR bagi Parlimen Kapit dalam PRU-11 dan calon PKR bagi DUN Engkili dalam PRN Sarawak 2001. Beliau dilapurkan telah menukar agama dan memakai nama Beginda Anak Minda. Anak Beginda juga terlibat dalam kontroversi membawa sosej babi ke sekolah. Persoalannya, apakah pendirian Wan Azizah dalam isu ini, adakah beliau bersetuju atau sebaliknya?

7. MENJAGA KESELAMATAN ISRAEL apakah pendirian Wan Azizah dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang dibuat kepada akhbar Wall Street Journal bahawa ‘saya menyokong sebarang usaha untuk menjamin keselamatan negara Israel’. Adakah Wan Azizah bersetuju dengan pendirian ini dan berkongsi pendirian dengan suaminya yang juga Ketua Uum PKR?

8. BAR COUNCIL & LIWAT SUKA SAMA SUKA - apakah pendirian Wan Azizah dengan kenyataan Christopher Leong, Presiden Majlis Peguam Malaysia yang mengulas keputusan Mahkamah Rayuan pada 07 Mac 2014 mensabitkan Anwar dengan pertuduhan meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan dan menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara; bilamana Christopher menyatakan bahawa ini adalah kes ‘liwat suka sama suka’. Adakah Wan Azizah bersetuju dengan pendirian ini? Jika ya, adakah Wan Azizah bersetuju dengan amalan seks bebas LGBT? Jika tidak bersetuju, adakah Wan Azizah akan menyaman atau menegur Presiden Majlis Peguam ini?

9. SAKSI ALIBI Wan Azizah juga wajib memperjelaskan mengapa beliau tidak hadir sebagai saksi alibi dalam kes pertuduhan liwat oleh Anwar Ibrahim terhadap pembantunya Saiful Bukhari Azlan. Ini adalah kerana didalam Notis Alibi kepada Mahkamah, peguam Anwar Ibrahim menyenaraikan Wan Azizah sebagai saksi. Namun Wan Azizah, dan saksi-saksi alibi yang lain telah tidak hadir memberi keterangan ke Mahkamah; menyebabkan pembelaan alibi Anwar gagal dikemukakan. Jadi Wan Azizah bertanggungjawab memperjelaskan kepada ahli PAS dan pengundi DUN Kajang mengapa beliau tidak hadir memberi keterangan dalam kes melibatkan Ketua Umum PKR yang juga suaminya sendiri?

10. JAM OMEGA - Wan Azizah juga wajib memperjelaskan dimana jam Omega yang didedahkan oleh Datuk Eskay Shazryl. Semasa menjawab pertanyaan pemberita, Anwar Ibrahim menyatakan jam Omega itu ada dalam simpanan Wan Azizah, dan ini diperakui oleh Wan Azizah sendiri didalam satu sidang media. Namun Datuk Eskay telah mengeluarkan satu videoklip menunjukkan jam Omega itu ada dalam simpanannya, dan beliau telah menyerahkan kepada pihak Polis yang menjalankan siasatan. Isu jam Omega ini bukan satu isu kecil, tetapi melibatkan isu kredibiliti dan kewibawaan; samada Wan Azizah dan Anwar berbohong atau Datuk Eskay yang berbohong. Maka wajib bagi Wan Azizah memberikan penjelasan tentang perkara ini.


RUMUSAN

Berdasarkan fakta-fakta diatas, maka semua ahli dan penyokong PAS khususnya, dan pengundi Kajang umumnya wajib menilai semula dan bertanya satu soalan fundamental: adakah wajar untuk terus menyokong dan memberikan undi kepada Wan Azizah sebagai calon PKR dalam PRK DUN N.25 Kajang ini.

Adakah wajar memebri amanah kepimpinan dan perwakilan kepada Wan Azizah dalam keadaan ada sepuluh (10) dalil yang boleh mempertikaikan kredibiliti dan kewibawaan Wan Azizah sebagai Presiden PKR, sebagai isteri kepada Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, dan sebagai ibu kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar!

Ingatlah firman Allah swt, ‘janganlah kamu condong kepada sesuatu kezaliman, kelak nanti kamu akan disambar oleh api neraka’.

Pisau ditangan kamu, mentimun ditangan kamu, kamulah yang membuat pilihan. Cuma ingat, kamu akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah terhadap apa juga perlakuan, perbuatan dan pendirian kamu; walau sebesar zahrah sekalipun.

Dan jangan kamu nanti dihadapan Allah menyatakan ‘saya tidak tahu; kerana kamu telah diperingatkan

Inilah tazkirah saya buat kamu semua ahli dan penyokong PAS khususnya, dan umat Melayu-Islam umumnya.

Wallahua’lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias!

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
19 Jamadil Awal 1435
21 Mac 2014

No comments: