Gempar!!! Teori Terkini Kehilangan #MH370 Libatkan "Drone" Amerika???? #PrayForMH370
Kenapa MH370 “membawa diri” jauh ke lautan yang sangat dalam paling sunyi dan terpencil di dunia untuk bersemadi. Dapatkan kronologi kejadian dan motif dalam artikel ini.
Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH370? Perkara ini berlaku seperti ini:
Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) KLIK SINI telah dirampas oleh Talibanketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit. Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini. KLIK SINI
Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi. Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu. KLIK SINI
Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut.
China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik.
Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.
Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remotecontrol). Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika.
Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone.
Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China.
Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional.
Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi. Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen.
Memandangkan MH370 dan kapten kamikazenya memilih untuk menyelam di selatan Lautan Hindi yang paling ganas ombaknya jauh dari daratan dan tak mungkin usaha menaikan pesawat dapat dilakukan MAKA kerajaan Malaysia menghentikan segala usaha untuk recovery pesawat dan mayat-mayat penumpangnya.
Maka disitulah kubur semua 239 penumpang dn anak kapal. Kotak hitam tak mungkin ditemui sebab dah lama US tanggalkan dari pesawat sewaktu parking kat Diego Garcia lagi. Sadis kan bunyi ending drama ni? Tapi itu mungkin kemungkinannya kalau US decides untuk korbankan 239 org ni demi nak tutup malu dan kebodohan mereka. Yang dimangsakan adalah kerajaan kita yg tiada kena mengena dengan krisis US dan China ni. Cuma sekarang terpulang kepada US macam mana nak "create story" yang masuk akal andaikata mereka "decides" nak bebaskan 239 orang ni.
Bila Menteri Datuk Seri Hishammuddin sahkan memang MH370 "carry wooden pallet", maka teori pesawat bawa 20 tan CNC yang dibeli kerajaan Cina dari Taliban boleh kita ambil kira wooden pallet hanya digunakan dalam kargo Mas untuk lapik benda berat. Semua manifest kargo MH370 diambil oleh US Military Intelligent sebelum pesawat berlepas lagi. Salahnya Kerajaan China yang nak beli benda tu dari Taliban. US cuma rampas hak dia balik dan kita tak sengaja terlibat sebab China guna pesawat kita. Kerajaan kita dilibatkan bukan terlibat. Bila kargo sulit 20 tan dihantar dengan Mas melalui tiket diplomatik kedutaan Cina kita tak boleh buat apa-apa kecuali ikut kargo tu..
source : kulaan niring
No comments:
Post a Comment