NUFFNANG

Sunday, 30 March 2014

GEMPAR DAN PANASSS!! Nik Aziz Menangis Mohon Maaf...ANWAR BILA PULAK?

Nik Aziz Menangis Mohon Maaf

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil bergenang air mata pagi ini memohon maaf di atas segala kesilapan yang beliau lakukan sepanjang memimpin Kelantan sebelum ini.
Nik Aziz memohon maaf itu ketika beliau menyampaikan kuliah subuhnya di Masjid Pulau Melaka yang terletak di sebelah rumahnya.
Bahkan, Nik Aziz mengaitkan sakit yang beliau alami sekarang adalah kifaarat (balasan untuk membersihkan dosa) daripada dosa dilakukan selama memimpin Kelantan.
“Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan. Ni sakit saya mungkin Allah nak kifaarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan,” kata bekas menteri besar Kelantan yang paling lama memimpin negeri itu pagi tadi.
Lazimnya, Nik Aziz akan membelakangkan makmum ketika memberikan tazkirah Subuh di masjid, tetapi pagi ini beliau mengadap Jemaah yang memenuhi Masjid Pulau Melaka.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini pernah mengkritik Nik Aziz kerana menyampaikan tazkirah sembil membelakangkan orang yang mendengar tazkirahnya.
Nik Aziz tidak menyambung tugasnya sebagai menteri besar Kelantan selepas menduduki kerusi itu selama lima penggal mulai 1990 hingga 2013.
Beliau adalah MB Kelantan paling lama memerintah iaitu selama 23 tahun.
Beliau digantikan oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yakub. Namun sejak Nik Aziz tidak memimpin Kelantan, kepimpinan negeri itu agak kecoh apabila berlaku kritikan dalaman terhadap kepimpinannya dari dalam PAS dan Pakatan Rakyat sendiri.
Sejak tidak menjadi MB, kesihatan Nik Aziz semakin teruk dengan kerap berulang-alik ke Hospital Universiti Sains Malaysia, yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
Beliau mengalami masalah prostat sehingga terpaksa membawa beg plastik untuk menampung urinnya.
Bagaimanapun, semangatnya tidak pernah luntur dan sentiasa memberikan sokongan moral kepada partinya dan Pakatan Rakyat.
Jika sihat, Nik Aziz akan ke pejabatnya di Kota Darul Naim iaitu Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) yang ditubuhkan oleh pentadbiran Kelantan yang baru.
Institut itu ditubuhkan bertujuan memastikan pemikiran Nik Aziz terus dapat dimanfaatkan walaupun beliau bukan menteri besar lagi.
Malam tadi Nik Aziz tidak menyertai majlis himpunan Reformasi 2.0 di Kota Baru yang turut disertai Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak sihat – The Malaysian Insider









12 Comments
  1. Nik Aziz mendapat hukuman dari Allah Taala kerana dia lah yang membuat umat Islam di Malaysia berpecah belah. Kenapa dia sanggup mengatakan yang UMNO tu kafir, bukan Islam? Kenapa dia sanggup memfitnah orang-orang yang sebangsa dan seugama dengan nya? Kenapa hatinya begitu busuk sekali dan menghalang PAS dan UMNO berbaik-baik semula? Kenapa dia sanggup bersengkokol dengan parti-parti politik yang boleh menjahanamkan Malaysia dan orang Melayu?
    Ini adalah balasan dari Allah Taala didunia, belum lagi di akhirat. Insaflah Nik Aziz sebelum terlambat. Minta maaf pada semua rakyat M’sia yang berugama Islam/Melayu.
    Masa kita muda, kita ingat kita ni kuat dan sihat. Kita ingat kita ni kebal, tapi ingatlah, kita hanya manusia biasa., kerdil se kerdil-kerdil nya.
  2. fuckin anwar
    sudahla tu anwar lama mana sgt hidup nk hidup dekat bumi allah umur pun dh lanjut ingat mati byk2……kumpul amalan anda sbyk yg mgkin lepas masuk penjara nanti bykkan amalan bekalan dikubur nanti
  3. Maap ckp la, bkn la aku nk menghukum sesiapa ,dosa nya bkn setakat dgn rakyat kelantan saja, apa cite yg dia dok kafirkam org umno? Cmna dgn perpecahan umah dia malaysia ni yg sdh berketurunan? Dn byk lagi ….Ya Allah kau am
    Uni la dosa hamba mu ini Yarabbi…
  4. Anak Rantau Selangor
    Baguslah dia dah sedar… Tapi dia kenalah ingat, kalau dia anggap sakitnya sbg kifarah maka dia kena faham kalau panjang umurnya bermaksud banyaklah DOSA nya pada umat Islam yg telah difitnah kafir dan sesat. Bagi kita yg di inaya dan di fitnah nik aziz sampai ada yg bercerai laki bini pun mungkin tak berani nak doakan dia pendek umur. Nak doakan panjang umur pun takut. Nak doa kan sihat nanti dia sibuk minta jawatan MB Kelantan semula. Nasib mu lah Nik Aziz… Sesal dulu ada faedahnya, dah hujung hujung ni nak mohon maaf pun bertahun tak habis!
  5. sman
    Anwar nampak termenung seoalah-olah merenung masa depannya ,adakah sama seperti yg di alami Nik Aziz,atau mungkin lebih parah.Bagi kita org biasa tentulah tertanya-tanya manakah yg lebih dimurkai Allah ,sama ada si jahil yg bergelumang maksiat atau si alim yg sering memesongkan?.
  6. Qalam Qabut
    Tak payahlah kita melalut2. Dia ‘memohon maaf di atas segala kesilapan yang beliau lakukan sepanjang memimpin Kelantan sebelum ini.’ Silap di Kelantan saja yang dia sebut.
  7. hamat yakob
    Bila dah tiada kuasa baru ingat pernah buat salah. Masa tika jadi MB langsung tak fikir bahwa tentang perasaan orang lain dan dibuai oleh ulikan syaitan mengkafir dan mencerca serta berdoa agar musuh politiknya dihancurkan oleh Allah. Tapi sayang….kerana Allah tidak makburkan doa orang semacam beliau. Mungkin dia akan menerima nasib yg sama macam penasihat agama beliau ia itu karpal SELAM singh. Minta saja ampun pada Allah.
  8. nurhasan
    Dari Allah kita dtg, kpd Allah kita akan pulang. Jangan menghukum dan mengeluarkan hukum sesedap rasa. Masa muda, mgkn ok, tapi bila dah berusia, semuanya akan tersepuk atas kepala, mampukah kita menanggungnya?
  9. sman
    Pertama-tama Nik Aziz kena mohon maaf dengan Saiful,kerana,Nik Aziz menggalakan rakyat menyokong peliwat dan mereka semua menuduh Saiful sebagai pemfitnah.Dosa menyokong peliwat dan menzalimi mangsa dgn menuduhnya sebagai pemfitnah bukan sembarangan,tambahan pula Saiful telah melakukan sumpah laknat.Sebaiknya sesiapa ‘bersama’ Anwar termasuklah Nik Aziz minta lah perlindungan dari Allah agar laknat tidak tertempias kepada mereka.
    Selain daripada itu,Nik Aziz juga perlu memohon ampun daripada mereka yg sering kali di kiasnya sebagai sesat,mereka-mereka ini adalah dari kelompok yg tidak sealiran politik dgn Nik Aziz.Mudah-mudahan akan ringan lah beban kesakitan Nik Azi,dan seterusnya lebih menginsafi akan kesilapan beliau dalam soal ketaksubannya yg melampau terhadap politik,sehingga sangup mengatakan al Quraan semuanya politik,juga kerap menjatuhkan hukum atas dasar politik.
  10. Qalam Qabut
    Terkelu aku…
  11. Abu Zarim Hashim
    Watak Nik Aziz ini diterangkan oleh Allah dalam Al Quran pada ayat 138 dan 139 dalam surah An-Nisa. Kepada pengikutnya , amaran dari Allah seperti yang dinyatakan Nya pada ayat 113 dalam surah Hud.
    Sesiapa yang tidak percaya kepada ayat ayat tersebut, bermakna ia tidak beriman kepada Al Quran. Bermakna ia kafir.
  12. atuk ulong
    Terbaik.

    source : aidc

No comments: