8 Bukti Untuk Sangkal Dakwaan Tun Musa Terhadap Tun Mahathir Dalam Isu Memali
Pada 27 Mac 2014, Tun Musa mendakwa Tun Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika berlakunya peristiwa Memali dalam satu forum politik di Kota Bharu.
Apakah benar dakwaan Tun Musa Hitam tersebut? Mengapa sekarang dakwaan itu dibuat? Mengapa dakwaan itu dibuat sehari sebelum Anwar Ibrahim datang ke Kota Bharu untuk membuat jelajah Reformasi 2.0 dan berjumpa dengan Nik Aziz?
Berikut adalah lapan bukti jelas di mana Tun Mahathir berada pada 20-28 November 1985.
Bukti Pertama : Kit Siang Tahu Mahathir Ke China
Ucapan Kit Siang pada 19 November 1985
“Tomorrow, the Prime Minister, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed, will be leading a 250-strong delegation to China, the third Malaysian Prime Minister to visit China after the establishment of diplomatic relations between Malaysia and the People’s Republic of China 11 years ago.” kata Kit Siang, ketika itu menjadi Ahli Parlimen Bandar Melaka. Salah seorang delegasi ke China adalah Tan Sri Lee Lam Thye.
Bukti Kedua : Akhbar Singapura Lapor Tun M Ke China.
Akhbar Singapura, Straits Times pada 20 November 1985 bertajuk " “Mahathir to call on Zhao today”, referring to Zhao Ziyang, the Premier of the State Council of the People’s Republic of China". Pada 24 November 1985, Straits Times memetik laporan Reuters bertajuk “I accept China stand on CPM: Mahathir”.
Dalam artikel tersebut menyebut, Tun Mahathir hadir pada 20 November 1985 untuk lawatan 8 hari dengan delegasi sejumlah 130 orang ahli perniagaan dan 20 orang diplomat. Lawatan itu termasuklah ke Xian, Canton, Hanzhou dan Shanghai. Dalam mukasurat sama, Straits Time turut melaporkan kejadian yang berlaku di Baling, “Baling incident: Law is supreme, says Musa.”
Bukti Ketiga : Musa Hantar Mahathir Di Lapangan Terbang
Gambar dari NST bertarikh 20 November 1985 dengan tulisan bertulis “Datuk Musa Hitam and Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad smile as seven-year-old Putri Mohamed Noh comes up to bid the Prime Minister farewell at the Subang Airport. The Prime Minister is leaving for China for a nine-day official visit.”
Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985, tuduhan Tun Musa bahawa Tun Mahathir berada di Malaysia dua tiga hari selepas kejadian Memali boleh disangkal. Malah Tun Musa sendiri yang menghantar Tun Mahathir ke lapangan terbang untuk berlepas ke China.
Bukti Keempat : Gambar Kepulangan Tun M Dari China
Gambar dari NST bertarikh 28 November 1985, bertulis “The Prime Minister, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad being greeted by the newly elected MCA president Mr Tan Koon Swan and MCA youth leader Senator Kee Yong Wee (far right) upon arrival at the Subang Airport. Behind Dr Mahathir is MCA secretary-general Datuk Lee Kim Sai. Dr Mahathir is returning from a visit to China.”. Ini membuktikan fakta bahawa Tun Mahathir memang berada di Cina pada 20 hingga 28 November 1985.
Bukti Kelima : Tun Mahathir Periksa Perbarisan Di China
Gambar dari NST yang menunjukkan Tun Mahathir memeriksa perbarisan di Peking, China ketika lawatan rasmi. Gambar tersebut bertulis “Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad memeriksa perbarisan setibanya di Peking untuk lawatan rasminya ke China.”. Gambar ini tidak bertarikh tetapi bertulis tahun sahaja iaitu 1985.
Umum mengetahui bahawa Tun Mahathir hanya melawat China sekali sahaja pada 1985 dan ianya pada 20-28 November 1985.
Bukti Keenam : Arkib Ucapan Tun Mahathir
Tun Mahathir menyampaikan 8 ucapan di China. Menerusi arkib ucapan Tun Mahathir pada 1985, satu ucapan bertajuk “The Welcoming Banquet Hosted by H.E. Zhao Ziyang, Premier of the State Council of the People” pada 20 November 1985.
Kemudian pada 22 November 1985, Tun Mahathir memberikan satu lagi ucapan bertajuk “The Return Banquet Hosted in Honour of H.E. Premier Zhao Ziyang”. Pada hari yang sama Tun Mahathir memberikan ucapan yang ketiga bertajuk “Qing Hua University, Beijing, Regional Co-Operation: Challenges and Prospects”.
Lima lagi ucapan Tun Mahathir disampaikan antara tarikh 23 hinga 27 November 1985 di Hangzhou, Xian dan Guangzhou China.
Bukti Ketujuh: Tulisan Akademik, Lawatan Mahathir Ke China
Dalam buku karya Joseph Chinyong Liow bertajuk "China and Southeast Asia" mukasurat 290, bertulis "Mahathir first visit to Beijing, in 1985, was also his only visit in the 1980s". Artikel ini mengesahkan lagi lawatan Tun Mahathir pada era 1980an hanyalah pada tahun 1985 sahaja.
Bukti Kelapan : Kajian Mengesahkan Lawatan Tun Mahathir Ke China.
Dalam buku tulisan Dr Pobzeb Vang bertajuk "Five Principles Of Chinese Foreign Policies" mukasurat 404 menyatakan "On November 20-28, 1985, Malaysian Prime Minister, Mahathir Mohamad visited China and he meet with Chinese Premier Zhao Ziyang and other Chinese government officials and leaders".
No comments:
Post a Comment